Skim Insurans Pekerjaan (SIP) diperkenalkan awal tahun ini yang bertujuan membantu rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan atau menganggur setakat ini telah mencapai kutipan melebihi RM 19 juta hingga 15 Februari lalu, menurut Dewan Rakyat baru-baru ini.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot berkata, skim yang dilaksanakan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) itu, telah pun meluluskan bayaran faedah sebanyak lebih RM800 ribu kepada pemohon yang layak.
Sejumlah 1,336 peserta skim tersebut telah menerima faedah daripada SIP sejak perlaksanaannya sehingga 28 Februari lepas.
“Saya ingin menjelaskan sebenarnya pembayaran atau tarikh matang untuk dapatkan bayaran atau faedah pertama ialah pada 1 Jan 2019, akan tetapi atas keprihatinan kerajaan Barisan Nasional telah  memperuntukkan RM122 juta untuk pastikan sistem ini amat berkesan.
“Dengan peruntukan begitu banyak setakat ini hingga 28 Feb lepas walaupun belum sampai tempoh matang (daripada) pemohon seramai 2,471, pembayaran diluluskan (kepada) 1,336 (pemohon) dan dibayar sebanyak RM600 sebulan untuk tiga bulan,” katanya pada sesi Pertanyaan Menteri.
Menurut beliau lagi, mereka yang layak akan menerima alaun serta menjalani latihan berkaitan kemahiran bagi menggalakkan mereka memasuki semula industri pekerjaan.
Leave a Comment