Insurans Kereta

Dalam panduan komprehensif ini, kami menunjukkan kepada pembaca bagaimana anda boleh mendapatkan insurans kereta dari talian (online) untuk mendapatkan diskaun sebanyak 30%. Terdapat lebih daripada 20 syarikat insurans yang menjual insurans kereta atau motosikal di Malaysia.

Secara tradisi, kita selalunya akan membeli insurans motor dan cukai jalan dari ejen insurans atau takaful. Tetapi sejak bermulanya liberalisasi insurans kenderaan pada bulan Julai 2017, semakin banyak syarikat insurans dan pengendali takaful telah mula menjual polisi kereta di dalam talian.

Ini memudahkan pengguna bagi mendapatkan insurans kereta di mana mereka sendiri boleh membelinya secara online. Bukan itu saja, kelebihan besar membelinya dengan cara ini ialah diskaun 10% yang diperolehi. Kelemahannya pula ialah tiada lagi bantuan ejen apabila berlakunya kemalangan di mana anda perlu membuat tuntutan ke atas polisi anda.

Tetapi jika anda ada kemahiran tentang insurans dan ingin mencuba memperbaharui insurans anda malaui talian untuk dapatkan penjimatan 10%, mulakan dengan memeriksa harga insurans yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat insurans di talian. Berikut adalah senarai syarikat insurans dan pengendali takaful yang telah pun mula menawarkan produk mereka di internet dengan diskaun sehingga 30%.

Syarikat Insurans Kenderaan Malaysia yang menjual insurans kereta secara online

#CompanyUser ReviewsDiscount &
Unique Features
Webpage friendliness
1Etiqa Insurance & Takaful
Beli takaful online 10% diskaun

(2,514 reviews)
10% online + Agreed Value + All Drivers
VERY EASY
2Allianz General
Beli online

(916 Reviews)
-VERY EASY
3AXA Affin
Mengisi Tinjauan & get RM20 Cash Voucher
Beli online 10% diskaun

(233 reviews)
30% = 10% online + 20% safe driver discount
VERY EASY
4Syarikat Takaful Malaysia
Beli takaful online 10% diskaun

(505 Reviews)
10% online + Cash Back for no claims
VERY EASY
5Takaful Ikhlas
Beli online 10% diskaun

(483 reviews)
10% online
VERY HARD
6Tokio Marine
Beli online 10% diskaun

(243 reviews)
10% online
EASY
7MSIG Malaysia
Beli online 10% diskaun

(173 reviews)
10% online
EASY
8Liberty Insurance
Beli online 10% diskaun

(284 reviews)
10% online
VERY HARD
9AmGeneral & Kurnia
Beli online 10% diskaun

(510 reviews)
10% onlineMEDIUM
10AIG Malaysia
Beli online 10% diskaun

(220 reviews)
10% online
EASY
11Berjaya Sompo
Beli online 10% diskaun

(167 reviews)
10% online
MEDIUM
12Tune Insurance
Beli online 10% diskaun

(88 reviews)
10% online
EASY
MIA Penarafan #1, Pemenang Anugerah Insurans 2017/2018
#1, Pemenang Anugerah Takaful 2017/2018
Pengunaan laman web Sangat mudah
Cukai jalan Tiada
Diskaun 10% di talian
Pautan Beli takaful online 10% diskaun
etiqa online car insurance renewal

Source: https://www.motortakaful.com/getonline/SMTtakafulQQ1

Ulasan

Etiqa mendapat penarafan tertinggi di dalam Anugerah Insurans Motor 2017/18 bagi kedua-dua kategori insurans takaful dan konvensional. Etiqa adalah antara syarikat yang terawal dalam menawarkan insurans kereta secara online kepada pengguna Malaysia.

Kami mendapati portal sesawang Etiqa adalah yang paling mudah untuk mendapatkan sebutharga insurans. Anda hanya perlu mengisi enam maklumat berikut:

1. Nama
2. Nombor pendaftaran kenderaan
3. NRIC
4. Poskod
5. Alamat e-mel
6. Nombor telefon

Sama seperti Syarikat Takaful Malaysia, Etiqa juga tidak menawarkan cukai jalan melalui laman sesawangnya. Anda perlu mendapatkannya secara berasingan.

MIA Penarafan #2, MIA 2017/2018
#1, Winner 2016 Insurance Konvensional
Penggunaan laman web Sangat mudah
Cukai jalan Tiada
Diskaun
Pautan Beli Online

Source: https://getquote.allianz.com.my

Ulasan

AXA Affin telah menduduki tempat ke-7 di dalam penarafan tahunan Anugerah Insurans kenderaan 2017/18.  Produk insurans kenderaannya digelar SmartDrive Enhanced Private Car.

AXA adalah satu-satunya syarikat yang menawarkan telematik bagi insurans kereta di Malaysia. Produk ini adalah AXA FlexiDrive, yang mana ia merupakan tambahan kepada pelan insurans kenderaan asal.

Apakah itu telematik? Telematik adalah kaedah pemantauan penggunaan kenderaan serta tabiat pemandu.  Di sini, syarikat insurans akan memasang peranti kecil di dalam kenderaan anda yang membolehkan pengesanan dan pemantauan penggunaan kenderaan dan tingkah laku pemandu. Bagi AXA FlexiDrive, pemandu yang selamat akan menikmati diskaun sehingga 20% terhadap harga insurans kereta mereka.

Inilah manfaat yang tersenarai di laman web AXA:

  • Bonus pemanduan selamat sehingga 20%
  • Peningkatan ciri keselamatan
  • 24/7 keselamatan kenderaan & pemulihan kecurian
  • Perhubungan pintar melalui aplikasi mobil FlexiDrive

Pembelian insurans kereta melalui online dari AXA adalah mudah. Anda hanya perlu memberikan maklumat berikut untuk mendapatkan sebutharga bagu insuran kereta anda:

  • Nombor Kenderaan
  • Nama
  • NRIC
  • Lokasi (Semenanjung Malaysia atau Sabah & Sarawak)
  • Nombor telefon
  • Alamat e-mel

Sama seperti kebanyakan syarikat insurans lain, anda tidak boleh membeli cukai jalan di portal AXA. Untuk membeli cukai jalan, anda perlu pergi ke pejabat Pos Malaysia atau membelinya secara online dari MyEG.

MIA Penarafan #7, Insurans konvensional
Penggunaan laman web Mudah
Cukai jalan Tiada
Diskaun 30%
Pautan Beli online 10% diskaun
axa online car insurance renewal

Source: https://www.axamotoronline.com/

Ulasan

AXA Affin telah menduduki tempat ke-7 di dalam penarafan tahunan Anugerah Insurans kenderaan 2017/18.  Produk insurans kenderaannya digelar SmartDrive Enhanced Private Car.

AXA adalah satu-satunya syarikat yang menawarkan telematik bagi insurans kereta di Malaysia. Produk ini adalah AXA FlexiDrive, yang mana ia merupakan tambahan kepada pelan insurans kenderaan asal.

Apakah itu telematik? Telematik adalah kaedah pemantauan penggunaan kenderaan serta tabiat pemandu.  Di sini, syarikat insurans akan memasang peranti kecil di dalam kenderaan anda yang membolehkan pengesanan dan pemantauan penggunaan kenderaan dan tingkah laku pemandu. Bagi AXA FlexiDrive, pemandu yang selamat akan menikmati diskaun sehingga 20% terhadap harga insurans kereta mereka.

Inilah manfaat yang tersenarai di laman web AXA:

  • Bonus pemanduan selamat sehingga 20%
  • Peningkatan ciri keselamatan
  • 24/7 keselamatan kenderaan & pemulihan kecurian
  • Perhubungan pintar melalui aplikasi mobil FlexiDrive

Pembelian insurans kereta melalui online dari AXA adalah mudah. Anda hanya perlu memberikan maklumat berikut untuk mendapatkan sebutharga bagu insuran kereta anda:

  • Nombor Kenderaan
  • Nama
  • NRIC
  • Lokasi (Semenanjung Malaysia atau Sabah & Sarawak)
  • Nombor telefon
  • Alamat e-mel

Sama seperti kebanyakan syarikat insurans lain, anda tidak boleh membeli cukai jalan di portal AXA. Untuk membeli cukai jalan, anda perlu pergi ke pejabat Pos Malaysia atau membelinya secara online dari MyEG.

MIA Penarafan #1, Pemenang Anugerah Takaful 2018
Pengunaan laman web Sangat mudah
Cukai jalan Tiada
Diskaun 10% online + semasa pembaharuan
Pautan Beli takaful online 10% diskaun
Takaful-Malaysia online car insurance renewal

Source: https://online.takaful-malaysia.com.my/Motor

Ulasan

Syarikat Takaful Malaysia telah memenangi Anugerah Takaful yang dianjurkan oleh iBanding selama dua tahun berturut-turut. Ini menunjukkan kepuasan pelanggan terhadap mutu perkhidmatan mereka yang serta manfaat yang ditawarkan oleh produk syarikat tersebut.

Produk insurans kenderaan oleh Syarikat Takaful Malaysia digelar myClick Motor. Tidak seperti syarikat insurans lain, produk ini dilengkapi liputan Kemalangan Peribadi percuma sebanyak RM 15,000 untuk setiap pemandu dan penumpang.

Laman sesawang mereka sangat mudah untuk digunakan di mana pelanggan hanya perlu mengisi beberapa maklumat tentang kenderaan untuk mendapatkan sebutharga insurans. Selain daripada diskaun 10%, pelanggan juga akan menerima 15% rebat semasa membuat membaharuan yang berikutnya sekiranya tiada tuntutan dibuat (bergantung kepada prestasi kewangan syarikat).

Bagaimanapun, kelemahan membeli melalui Syarikat Takaful Malaysia secara online ialah anda perlu membeli cukai jalan secara berasingan, sama ada secara online melalui MyEG atau di pejabat pos. Ia tidak ditawarkan di dalam talian dari Syarikat Takaful Malaysia.

MIA Penarafan #3, Takaful
Penggunaan laman web Sangat sukar
Cukai jalan Tiada
Diskaun 10% online
Pautan Beli takaful online 10% diskaun
takaful-ikhlas online car insurance renewal

Source: https://w7.financial-link.com.my/PremiumLink2/login.jsp?compcode=A1

Ulasan

Takaful Ikhlas adalah salah satu daripada 4 syarikat insurans di Malaysia yang menawarkan perlindungan kereta patuh syariah. Di dalam Anugerah Takaful Motor 2017/18, Takaful Ikhlas menduduki tempat ke-3 selepas Etiqa Takaful dan Syarikat Takaful Malaysia. Produk insurans kenderaan Takaful Ikhlas digelar d IKHLAS Comprehensive Private Car Takaful.

Kami dapati membeli insurans kereta secara online dari Takaful Ikhlas bukan suatu perkara yang mudah. Malah, ia mungkin salah satu portal yang paling sukar untuk digunakan. Untuk mengisi semua maklumat yang diminta, anda perlu mahir dan berpengetahuan tentang kereta anda.

Membeli secara online di sini akan memberikan anda diskaun sebanyak 10%. Akan tetapi, anda mungkin memerlukan bantuan seorang ejen untuk mengisi semua maklumat.

MIA Penarafan #4, Insurans Konvensional
Penggunaan laman web Mudah
Cukai jalan Tiada
Diskaun 10%
Pautan Beli online 10% diskaun
tokio_marine_insurans__malaysia__berhad

Source: https://www.tokionow.com

Ulasan

Tokio Marine ranked 4th in the Motor Insurance Award 2017/2018. This is a good result given that Malaysia has over 20 insurance companies in Malaysia.

To get a price you only need to provide 8 information on the webpage, so that it is easy and quick. Tokio Marine is one of 5 companies that you can try out to compare car insurance within 5 minutes online. 

MIA Penarafan #5, Insurans Konvensional
Penggunaan laman web Mudah
Cukai jalan Tiada
Diskaun 10%
Pautan Beli online 10% diskaun
msig online car insurance renewal

Source: https://takeiteasy.msig.com.my/msigonline/products/motor/registration.html#checkncd

Ulasan

MSIG Malaysia menduduki tempat ke-5 di dalam Anugerah Insurans Motor 2017/2018. Ini adalah hasil yang baik memandangkan Malaysia mempunyai lebih daripada 20 syarikat insurans di Malaysia.

Portal web mereka mudah untuk digunakan, walaupun tidak semudah Takaful Malaysia atau Etiqa. Tetapi anda boleh mendapatkan harga dan memperbaharui insurans anda dalam masa beberapa minit. Kelemahannya, sekali lagi anda tidak boleh memperbaharui cukai jalan anda di sini.

MIA Penarafan #6, Insurans konvensional
Penggunaan laman web Sangat sukar
Cukai jalan Tiada
Diskaun 10%
Pautan Beli online 10% diskaun
liberty online car insurance renewal

Source: https://w10.financial-link.com.my/PremiumLink2/jsp/searchRenewal.jsp

Ulasan

Liberty Insurance menduduki tempat ke-6 di dalam Tinjauan Insurans Motor 2017/2018. Sekali lagi, memandangkan terdapat lebih daripada 20 syarikat insurans di negara ini, kedudukan ini adalah pencapaian yang baik. Liberty menawarkan beberapa pelan insurans komprehensif. Berikut adalah tiga pelan insurans komprehensif oleh Liberty.

Malangnya, untuk memperbaharui atau membeli insurans kereta secara online dari Liberty adalah amat sukar. Liberty menggunakan sistem yang sama seperti Takaful Ikhlas, jadi kedua-duanya tidak mudah digunakan. Sama seperti Takaful Ikhlas juga, anda perlu mahir tentang insurans serta kereta anda untuk mengisi semua maklumat yang diminta.

Jika anda berjaya mengisi semua maklumat, anda boleh membeli insurans anda dengan diskaun 10%. Tetapi sama seperti portal-portal yang lain, anda tidak boleh memperbaharui cukai jalan anda di sini.

MIA Penarafan #8, Insurans konvensional
Penggunaan laman web Sukar
Cukai jalan Ya
Diskaun 10%
Pautan Beli online 10% diskaun
kurnia online car insurance renewal

Source: https://www.kurnia.com/content/motor-insurance-driven-protection

Ulasan

Kurnia/ AmGeneral menduduki tempat ke-8 di dalam penarafan Anugerah Motor Insurance 2017/2018, meletakkannya di tengah-tengah di kalangan syarikat insurans motor di Malaysia. Kurnia telah dibeli oleh AmGeneral Insurance pada tahun 2012, oleh sebab itu, kedua-dua nama sering digunakan. Walau bagaimanapun, produk insurans motor secara umumnya diiklankan di bawah jenama Kurnia.

Kurnia menawarkan dua jenis insurans kereta komprehensif:

Kesukaran proses pembaharuan atau pembelian insurans motor melalui laman web Kurnia adalah sederhana di mana ia bukanlah yang paling mudah tetapi tidak juga terlalu sukar. Sesiapa sahaja yang mempunyai pemahaman asas tentang penggunaan internet dan pengetahuan mengenai kenderaan mereka mungkin dapat melakukannya.

Satu kelebihan besar membeli melalui Kurnia ialah anda boleh memperbaharui cukai jalan bersama-sama dengan insurans kereta anda! Pada masa ini Kurnia adalah satu-satunya syarikat yang menawarkannya.

MIA Penarafan #9, Insurans konvensional
Penggunaan laman web Sukar
Cukai jalan Ya
Diskaun 10%
Pautan Beli online 10% diskaun

Ulasan

coming soon

MIA Penarafan #12, Insurans konvensional
Penggunaan laman web Sukar
Cukai jalan Tiada
Diskaun 10%
Pautan Beli online 10% diskaun
berjaya sompo online car insurance renewal

Source: https://customer.berjayasompo.com.my/directsales/#

Ulasan

Berjaya Sompo telah menduduki tempat # 12 di dalam Anugerah Insurans Motor 2017/2018. Ini meletakkan mereka di bahagian bawah di kalangan syarikat-syarikat insurans konvensional Malaysia.

Membeli insurans kereta melalui portal Berjaya Sompo Insurance adalah sederhana sukar. Berbeza dengan syarikat insurans lain, anda perlu mendaftarkan akaun pelanggan terlebih dahulu. Tanpa akaun, anda tidak boleh membeli insurans kereta dari Berjaya Sompo. Ini menjadikannya lebih sukar bagi mereka yang mementingkan simplifikasi penggunaan dan prospek yang hanya ingin membuat perbandingan harga.

Sama seperti kebanyakan syarikat insurans lain, anda tidak boleh membeli cukai jalan di laman web Berjaya Sompo. Untuk membeli cukai jalan, anda perlu pergi ke pejabat Pos Malaysia atau membelinya secara online dari MyEG.

MIA Penarafan #15, Insurans konvensional
Pengguna laman web Mudah
Cukai jalan Tiada
Diskaun 10%
Pautan Beli online 10% diskaun
tune online car insurance renewal

Source: https://www.tuneprotect.com/motor-easy-buy/

Ulasan

Tune Insurance adalah syarikat insurans yang dikendalikan oleh AirAsia. Kebanyakan pengguna Malaysia sudah mengenali AirAsia iaitu syarikat penerbangan kos rendah, tetapi bukan semua yang sedar bahawa mereka juga menawarkan insurans kereta.

Tune adalah syarikat kecil berbanding syarikat insurans ternama seperti Allianz dan AmGeneral/ Kurnia. Tune menduduki tempat # 15 dalam Anugerah Insurans Motor 2017/2018. Produk insurans kereta yang ditawarkan Tune adalah Tune Protect Motor Easy.

Pembelian insurans kereta melalui Tune Insurance online adalah mudah. Anda cuma perlu memberikan maklumat nombor IC anda, nombor pendaftaran kenderaan dan tempat penggunaan kenderaan untuk mendapatkan sebutharga bagi insurans kereta anda. Dalam langkah seterusnya anda boleh memilih perlindungan tambahan seperti cermin hadapan dan lain-lain.

Sama seperti syarikat insurans lain, anda tidak boleh membeli cukai jalan pada laman web Tune. Untuk membeli cukai jalan, anda perlu pergi ke pejabat Pos Malaysia atau membelinya secara online dari MyEG.