Gaya Hidup

4 Tip Berjimat Ketika Menyambut Hari Raya 2018

Tinggal beberapa lagi sahaja sebelum umat Islam menyambut hari raya Aidil Fitri. Sudah menjadi kebiasaan, tiba sahaja Syawal, tidak kiralah bagaimana kita cuba meyakinkan diri bahawa kita tidak akan melakukan pembaziran, tetapi akhirnya kecundang juga.

Jadi elok juga jika kita ingatkan diri kita dengan beberapa tip untuk mengelakkan pembaziran serta menjimatkan wang menjelang hari raya kali ini.

 

Tip berjimat ketika menyambut hari raya:

1. Ketahui bajet anda

Anda PERLU mengetahui berapa banyakkah wang yang anda ada yang diperuntukkan untuk menyambut hari raya. Jika anda ada seribu ringgit untuk dibelanjakan untuk balik kampung dan perbelanjaan di sana, buatlah bajet terlebih dahulu.

Contoh bajet untuk pulang ke kampung:

Tambang balik kampung: RM 150 (tiket bas, atau minyak dan tol)
Duit raya emak dan ayah: RM 200
Belanja dapur: RM 400
Duit raya (tidak wajib ya!): RM 100

Jumlah RM 850 (selebihnya RM150 untuk kecemasan)

Jangan lari bajet sewenang-wenangnya! Jadi semasa buat bajet perlu fikir betul-betul supaya ianya realistik dan sudah pun merangkumi segala perbelanjaan.

Selebihnya, simpan untuk kegunaan kecemasan. Beritahu diri anda bahawa yang selebihnya itu bukan untuk kegunaan melainkan jika betul-betul perlu sahaja. Sebab biasalah, manusia ni, selagi ada, selagi tu akan guna. Jika akhirnya duit itu tidak disentuk langsung, masukkan ke dalam simpanan anda.

 

2. Gunakan sampul untuk bajet anda

Sampul bukan sekadar untuk duit raya. Ianya sangat berguna untuk memastikan kita tidak lari bajet. Kita ambil contoh di atas. Jika duit kita sudah dibahagikan kepada 5 bahagian (tambang, duit raya emak ayah, duit belanja dapur, duit raya sanak saudara dan kecemasan), kita asingkan kelima-lima bahagian ke dalam 5 sampul yang berasingan. Ini memastikan anda sentiasa mengetahui jumlah wang yang tinggal bagi setiap bahagian.

Jika semua RM1000 disimpan di dalam dompet tanpa diasingkan, kita akan diberi gambaran palsu bahawa duit kita masih banyak lagi, dan tidak teragak-agak untuk membelanja di luar bajet kita. Inilah salah satu punca mengapa ramai yang sering kehabisan duit gaji di pertengahan bulan. Jadi ingat kaedah ini perlu diikut. Sekadar meyakinkan diri dan minda kita untuk belanja mengikut bajet sahaja tidak mencukupi tanpa bantuan kaedah ini.

 

Related Post

3. Jangan layan nafsu

Untuk melakukan ini, salah satu caranya janganlah selalu merayau-rayau di pusat membeli-belah, sebab nanti ada sahaja yang hendak dibeli. Kemudian, tanya diri anda, perlukah ada 5 pasang baju raya? Atau sepasang dua sudah memadai? Hanya anda yang boleh menjawab soalan ini. Dan soalan ini perlu dijawab mengikut kemampuan masing-masing.

Rancang dahulu apa yang perlu anda sediakan dan senaraikannya. Jangan lupa bajet juga perlu ada. Misalnya, RM400 untuk 2 pasang baju dan sepasang kasut. Masa memilih baju pula biarlah yang praktikal dan boleh dipakai lama.

Setiap kali berjumpa sesuatu yang diinginkan, tanya diri sama ada ianya betul-betul diperlukan, atau ianya hanya suatu kehendak anda. Jika ianya diperlukan, tanya pula jika ada alternatif lain yang lebih murah? Jangan terlalu impulsif ketika membelanja.

 

4. Gunakan tunai

Akhir sekali, seboleh-bolehnya, gunakan wang tunai untuk perbelanjaan anda. Tinggalkan kad kredit dan kad debit di rumah. Jika anda ke pusat membeli belah untuk membeli kasut raya di saat akhir ni, tahu dahulu berapa yang anda sanggup bayar bagi tujuan ini dan sediakan duit yang lebih-kurang (jangan lupa pula duit untuk bayar parking nanti ya).

Pendek saja tip ini. Tetapi amat penting!

 

Akhir sekali, sentiasalah beringat bahawa anda masih perlu bertahan atau “survive” beberapa minggu setelah raya sebelum dapat gaji bulan hadapan.

Kami di sini ucapkan kepada semua rakyat Malaysia yang beragam Islam, Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Semoga selamat di jalanraya dan riang ria di samping keluarga yang tercinta.

 

 

Recent Posts

Insurans dengan Perlindungan Kesihatan Mental di Malaysia

Masalah kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan, dan gangguan bipolar semakin biasa, dengan sekitar satu juta…

22 jam ago

Cari Ejen Insurans Pemenang Anugerah Malaysia!

Hey! Kami teruja untuk berkongsi sesuatu yang cukup istimewa dengan anda - "Anugerah Kecemerlangan" kami.…

1 minggu ago

Menavigasi Kenaikan Kos Penjagaan Kesihatan di Malaysia dengan Samuel

Tahukah anda kadar inflasi perubatan di Malaysia ialah 15% pada 2023-2024? (Sumber: AON The Global…

1 minggu ago

Memahami Insurans Perubatan Standalone bersama Adeline

Memilih jenis insurans yang tepat boleh menjadi sesuatu yang membingungkan, terutamanya dengan begitu banyak pilihan…

4 minggu ago

Apakah Kad Perubatan Termurah di Malaysia?

Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia lebih prihatin terhadap penyakit kritikal berbanding orang di bahagian lain…

4 minggu ago

Kenaikan Premium Insurans Perubatan

Adakah anda tahu bahawa premium insurans perubatan telah meningkat sebanyak 20% atau lebih tahun ini?…

1 bulan ago