Ramai yang sedar bahawa takaful dan insurans perubatan dan kesihatan adalah penting untuk dimiliki, dan setiap hari ramai yang membeli atau membuat keputusan membelinya. Tapi sebelum anda membuat keputusan untuk membeli, baca artikel ini agar anda tidak mengulangi beberapa kesilapan yang sering dilakukan.
Apa itu takaful/ insurans perubatan dan kesihatan? Ia adalah polisi yang melindungi anda dari kos perubatan, termasuk kos kemasukan ke hospital, ubat-ubatan, rawatan dan pembedahan.
Kami di sini sering mengingati pembaca bahawa takaful perubatan dan kesihatan adalah salah satu polisi yang perlu dimiliki oleh semua individu. Ramai yang menyedarinya tetapi ramai juga yang mengabaikannya. Yang selebihnya pula hanya berdoa agar mereka dihindari penyakit. Kata mereka, “setidaknya tunggulah hingga aku mampu membeli insurans dan takaful perubatan”. Tapi malangnya hari di mana mereka mampu memiliki takaful perubatan ini tak pun mengunjung tiba. Sebab sebaik saja mereka dapat pendapatan lebih sedikit, ada saja keperluan lain yang “lebih mustahak”.
Jangan jadi begini. Sedarlah bahawa anda memerlukan takaful perubatan dan kesihatan, dan anda perlukannya secepat mungkin. Tidak kira lah betapa muda usia anda, sihat tubuh badan anda ataupun jika anda kurang berkemampuan sekali pun. Sekurang-kurangnya mulakan dengan menghubungi beberapa orang ejen dan ketahui alternatif bagi anda.
Ada kalanya ejen akan mengesyorkan pelan yang memang cukup komprehensif, senang hati jika memilikinya. Akan tetapi hanya anda yang tahu sama ada anda betul-betul mampu untuk menanggung kos premiumnya. Anda perlu realistik dengan kemampuan anda. Fahami keperluan anda serta keadaan ekonomi anda. Tidak ada guna miliki pelan yang melindungi anda dari segala jenis penyakit jika anda terpaksa pecah tabung untuk membayar premiumnya. Bincang dengan beberapa ejen dan buat bandingan produk-produk yang paling sesuai dengan anda. Anda mungkin tidak mampu untuk memiliki apa yang anda inginkan sekarang, tetapi anda mungkin boleh upgrade polisi anda di masa akan datang.
Purata inflasi perubatan di negara kita adalah sebanyak 10% setiap tahun! Jika angka ini tidak memberi apa-apa kesan kepada anda, cuba lihat gambarajah di bawah. Ia dapat memberi gambaran apa ertinya inflasi ini terhadap kos perubatan dan rawatan yang bakal dihadapi di masa 20 tahun akan datang. Kami tidak pula mengesyorkan agar anda membeli perlindungan sebanyak 10 juta ringgit. Itu terlebih insurans namanya. Premiumnya tidak pula murah dan jika anda mampu memilikinya pun, mungkin lebih wajar anda menggunakan duit lebih itu untuk pelaburan yang menguntungkan. Tapi anda juga perlu berhati-hati agar tidak pula terkurang insurans, terutama sekali jika anda sememangnya mampu. Jadi dapatkan nasihat pakar insurans dan takaful anda supaya membuat pilihan yang paling bijak.
Ini berlaku kerana sikap leka dan tidak apa rakyat Malaysia. Sebilangan pula tidak peduli untuk membanding produk atau syarikat insurans lain kerana sikap malas. Industri insurans dan takaful adalah sangat dinamik. Untuk kekalkan daya saing, syarikat insurans sentiasa memperkenalkan produk dan perkhidmatan baru yang menarik. Jadi kami nasihatkan sebelum tamatnya tempoh polisi anda, kaji produk-produk oleh syarikat lain dan buat perbandingan dengan polisi sedia ada anda. Anda mungkin akan dapat polisi atau tawaran yang lebih baik.
Ada yang merahsiakan rekod perubatan mereka atau maklumat penting lain seperti amalan merokok ketika membeli insurans dan takaful perubatan. Mereka melakukan sebegini sama ada untuk mendapat kelulusan takaful perubatan dan kesihatan ataupun untuk dapatkan premium yang rendah. Tindakan ini buruk padahnya. Jika diketahui pihak syarikat insurans anda, tuntutan anda bukan sahaja akan ditolak, tetapi juga syarikat insurans mungkin akan menyaman anda atas segala tuntutan terdahulu yang dibayar oleh mereka.
Banyak faktor yang perlu anda fikirkan sebelum membeli apa-apa polisi perlindungan. Jadi jangan buat keputusan yang melulu. Fahamkan dahulu keperluan dan bajet anda dan rujuk pakar dalam bidang ini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, kami sedia membantu di ops@ibanding.my.
Masalah kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan, dan gangguan bipolar semakin biasa, dengan sekitar satu juta…
Hey! Kami teruja untuk berkongsi sesuatu yang cukup istimewa dengan anda - "Anugerah Kecemerlangan" kami.…
Tahukah anda kadar inflasi perubatan di Malaysia ialah 15% pada 2023-2024? (Sumber: AON The Global…
Memilih jenis insurans yang tepat boleh menjadi sesuatu yang membingungkan, terutamanya dengan begitu banyak pilihan…
Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia lebih prihatin terhadap penyakit kritikal berbanding orang di bahagian lain…
Adakah anda tahu bahawa premium insurans perubatan telah meningkat sebanyak 20% atau lebih tahun ini?…
View Comments
Hi. Boleh WA saya 0167191104. Saya nak tahu medical card terbaik utk saya.
Sila emel kami di support@ibanding.my, kami akan mencari ejen terbaik dan terdekat dengan anda untuk mengesyorkan medical card paling sesuai untuk anda.