Apa yang lebih teruk daripada jatuh sakit semasa sedang seronok bercuti? Terutamanya jika kita sudah pun buat segala persediaan dengan rapi. Malah, duit tambang dan penginapan hotel dikumpul selama berbulan-bulan. Tiba masa sakit pula. Kawan yang lain seronok bergambar di sekitar kota London, kita terdampar di atas katil di bilik hotel. Tapi itu sudah dikira cukup baik. Ada yang lebih malang daripada itu.
Contohnya peristiwa yang menimpa Mohamad Sahar Mohd Noor pada tahun 2016 di mana beliau dikenakan bil rawatan pembedahan sebanyak RM250,000 setelah diserang strok di London. Manakala keluarga seorang pelajar Malaysia, Mohd Arif Gamar, terpaksa bertungkus lumus mendapatkan sumbangan orang ramai untuk membiayai kos perubatannya akibat apendiks pecah ketika berada di Seoul.
Walaupun tidak banyak yang dapat dilakukan untuk mengelak terus daripada diserang strok atau masalah apendiks pecah, kita masih boleh lakukan persediaan untuk jauhkan diri daripada penyakit-penyakit biasa seperti selsema, demam, dan serangan alahan. Bukan hanya kerana tak seronok bercuti ketika sakit, tetapi juga sebab kos perubatan yang jauh lebih tinggi berbanding di negara kita.
Jangan harap untuk bayar RM50 – 100 bagi pemeriksaan dan ubat bagi selsema di klinik. Kos perubatan untuk beberapa jahitan dan ubat antibiotik di Amerika Syarikat dan Kanada sahaja boleh menelan belanja lebih seribu ringgit.
Jadi kepada pembaca yang dalam perancangan untuk bercuti di luar negara, ini beberapa tip mudah untuk elakkan diri daripada jatuh sakit.
Sudah jadi kebiasaan, beberapa minggu sebelum cuti bermula, kita pun mula abaikan kesihatan kita. Kerana terlalu teruja sehinggakan tidak cukup tidur, ataupun terlalu sibuk untuk siapkan sebanyak mungkin kerja agar tidak perlu risau semasa cuti nanti. Akibatnya ketika melancong badan yang sudah kepenatan mudah jatuh terutama kerana perubahan cuaca dan persekitaran. Jadi pastikan kesihatan terjaga serta tingkatkan imunisasi diri sebelum percutian bermula.
Sebelum pergi melancong, pastikan anda semak senarai keperluan imunisasi bagi negara-negara tertentu, yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO’s vaccination). Sekiranya anda perlu mendapatkan imunisasi, jangan tunggu sehingga di saat akhir untuk lakukannya. Sesetengah imunisasi mempunyai kesan sampingan sementara seperti rasa loya dan demam. Manakala sesetengah pula perlukan masa sehingga 10 hari untuk mula berkesan. Jadi pastikan anda merancang dengan rapi.
Memang seronok berjalan-jalan di negara orang sambil mencuba berbagai-bagai jenis makanan yang asing bagi kita. Tetapi bukan semuanya perlu dicuba. Makanan di tepi jalan walaupun nampak menarik tetapi seboleh-bolehnya dielakkan jika ingin utamakan kesihatan. Di sesetengah negara pula, lebih selamat jika meminum air dari botol seperti mineral water atau bottled drinking water.
Sediakan satu beg kecil yang mengandungi ubat-ubatan biasa, seperti paracetamol, ubat selsema dan alahan, ubat tahan sakit dan muntah, serta botol minyak angin kegemaran anda. Semasa penerbangan, bawa beg ini ke dalam kabin dan bukan simpannya di dalam bagasi yang didaftar. Bag kecil ini juga wajar dibawa bersama ketika berjalan-jalan di tempat peranginan.
Selama beberapa hari sebelum melancong, pastikan anda periksa di internet keadaan cuaca serta ramalan di tempat yang ingin dituju. Ini dapat membantu anda mengenalpasti jenis pakaian yang perlu dibawa bersama. Ingat, pentingkan keselesaan daripada gaya. Tak guna jika dihidap selsema kerana jaket kulit baru anda yang canggih tidak cukup tebal untuk memanaskan badan anda di kala musim sejuk di Stockholm.
Walau bagaimana pun, ini hanyalah langkah berjaga-jaga yang boleh kita amalkan untuk mengelak diri dari jatuh sakit. Tetapi mereka tidak dapat menberikan sebarang jaminan. Sekadar selsema dan batuk masih boleh kita bertahan, tetapi jika berlakunya kes yang lebih serius, bukan hanya percutian kita tergendala, malah segala wang simpanan kita mungkin lesap dibuatnya.
Di atas sebab ini, perlu juga kita ambil tahu kepentingan insurans perjalanan dan bagaimana ia mungkin dapat menyelamatkan wang ringgit anda semasa percutian anda.
Jatuh sakit, demam atau patah kaki semasa bercuti? Insurans perjalanan anda akan tanggung kos perubatan yang diperlukan. Ia juga akan membiayai kos pembedahan yang mungkin mencecah beratus ribu ringgit seperti kes-kes yang disebut di atas. Ini satu beban yang amat besar yang dapat dielakkan, terutama terhadap keluarga kita di tanahair yang tidak lagi perlu bertungkus-lumus mencari wang untuk pembiayaan kos rawatan kita.
Jika kita dimasukkan ke wad hospital untuk rawatan ketika berlancong di luar negara, insurans perjalanan akan memberikan elaun hospital yang membolehkan kita biayai kos-kos lain, seperti tambang bas dan teksi untuk rakan atau keluarga kita (yang melancong bersama) untuk berulang alik menziarahi kita di hospital.
Setelah mendapatkan rawatan di luar negara semasa bercuti, jika anda masih memerlukan pemeriksaan susulan setelah pulang ke tanahair, insurans perjalanan juga akan menyediakan sejumlah wang untuk tujuan ini.
Malangnya ramai di kalangan kita yang selalu mengabaikan kepentingan rawatan susulan atas alasan ingin menjimatkan wang. Dengan adanya insurans perjalanan, ini tidak perlu lagi dirisaukan. Contohnya, insurans perjalanan Tokio Marine menawarkan jumlah sebanyak RM30,000 atas tujuan ini.
Bayangkan anda bercuti di sebuah pulau terpencil dan tiba-tiba diserang masalah jantung. Atau mungkin juga anda berada di puncak gunung ketika berlakunya suatu komplikasi perubatan. Satu-satunya cara anda boleh dipindahkan ke hospital terdekat ialah melalui helikopter. Kos pemindahan ini bukanlah murah malah mencecah ratusan ribu ringgit untuk mengerahkan helikopter dan kakitangan perubatan yang berpengalaman ke lokasi anda. Helikopter juga adalah jenis khusus yang dilengkapi dengan peralatan perubatan. Jika kes seperti ini berlaku, insurans perjalanan anda akan membiayai kosnya.
Juga jika terdapat kes di mana pesakit perlu dihantar pulang ke tanahair untuk mendapatkan rawatan. Pesawat yang dinaiki pesakit juga perlu dilengkapi dengan peralatan bersesuaian serta doktor atau jururawat mengiringi pesakit. Tokio Marine menawarkan jumlah sehingga RM 1 juta untuk membiayai kos-kos ini.
Perkara yang menyedihkan apabila jatuh sakit di luar negara ialah kita sering menanggung kesiksaan sendirian kerana jauh dari keluarga. Tetapi sesetangah insurans perjalanan menawarkan penjagaan ehsan iaitu sejumlah wang untuk membiayai kos bagi ahli keluarga atau sahabat untuk bersama-sama kita semasa sakit di luar negara. Wang ini boleh digunakan untuk perbelanjaan tambang tiket kapalterbang dan hotel semasa kunjungan mereka.
Jangan pandang ringan isu jatuh sakit di luar negara, walaupun semasa di tanahair ianya sebahagian daripada kehidupan harian. Tetapi di luar negara, kita terdedah kepada segala jenis bakteria dan serangga baru, serta keadaan cuaca dan persekitaran yang tidak biasa kita alami. Kemungkinan diri kita dihidapi penyakit lebih tinggi. Jadi berhati-hatilah sebelum bermulakan dan semasa dalam percutian. Jangan lupa juga untuk dapatkan insurans perjalanan untuk melindungi diri sekiranya musibah yang tidak dapat dielakkan berlaku.
Untuk mengetahui bagaimana insurans perjalanan juga dapat menyelamatkan anda daripada kehilangan wang ringgit akibat kelewatan penerbangan, baca artikel seterusnya:
Masalah kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan, dan gangguan bipolar semakin biasa, dengan sekitar satu juta…
Hey! Kami teruja untuk berkongsi sesuatu yang cukup istimewa dengan anda - "Anugerah Kecemerlangan" kami.…
Tahukah anda kadar inflasi perubatan di Malaysia ialah 15% pada 2023-2024? (Sumber: AON The Global…
Memilih jenis insurans yang tepat boleh menjadi sesuatu yang membingungkan, terutamanya dengan begitu banyak pilihan…
Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia lebih prihatin terhadap penyakit kritikal berbanding orang di bahagian lain…
Adakah anda tahu bahawa premium insurans perubatan telah meningkat sebanyak 20% atau lebih tahun ini?…