Ada banyak faktor yang menentukan harga premium insurans hayat. Ada faktor yang menyebabkan harga meningkat yang memang tidak dapat dielak atau dikawal oleh pemegang polisi. Tetapi ada juga faktor yang boleh dikawal. Masih berlengah untuk membeli insurans hayat? Baca artikel ini dan ketahui bagaimana anda boleh mengawal harga premium insurans hayat anda dari melambung tinggi.
6 Faktor yang Menyebabkan Premium Insurans Hayat Anda Tinggi
1. Umur
Peraturan asas dalam pengiraan premium insurans ialah: semakin tinggi risiko seseorang, semakin tinggi harga premiumnya. Contohnya, pemuda berumur 21 tahun biasanya berisiko lebih rendah terhadap penyakit berbanding seseorang yang berumur 55 tahun. Kerana sebab ini, anda selalu dinasihatkan agar membeli insurans hayat ketika masih muda.
Bagi yang lelaki, besar kemungkinan anda akan berkahwin suatu hari nanti dan akan miliki keluarga yang akan bergantung pada anda. Maka insurans hayat adalah suatu keperluan bagi anda. Ini taklah bermakna anda perlu milikinya pada usia 22 tahun. Tetapi setelah anda berkahwin, ianya menjadi satu keperluan yang kritikal bagi anda dan keluarga anda. Malah ianya satu tindakan yang bijak jika anda membelinya secepat mungkin kerana anda usia muda anda.
Tapi anda perlu fahami dengan jelas struktur premium polisi hayat sebelum membelinya kerana sesetengah polisi mempunyai struktur premium yang meningkat mengikut masa. Buat perbandingan beberapa produk dan sebutharga sebelum tentukan satu yang sesuai dengan anda.
2. Gaya hidup dan pekerjaan
Jika anda pengemar aktiviti lasak dan berisiko tinggi, harga premium anda akan lebih tinggi berbanding mereka yang tidak amalkan gaya hidup berisiko tinggi sebegini. Sama juga pekerjaan seseorang. Jika pekerjaan anda mendedahkan anda kepada risiko yang membahayakan nyawa anda, seperti pelumba kereta atau jurukamera profesional haiwan liar, anda juga akan dikenakan harga premium yang lebih tinggi.
Jika anda salah seorang dari golongan di atas, anda perlu teliti dalam memilih polisi. Sesetengah syarikat insurans atau takaful agak longgar dalam mengambil kira faktor ini bagi pengiraan premium mereka. Jadi sekali lagi, nasihat kami, sentiasa buat perbandingan beberapa produk dari beberapa syarikat insurans dan takaful sebelum membeli apa-apa polisi insurans.
3. Sejarah perubatan keluarga
Semasa membuat permohonan untuk membeli polisi hayat, anda perlu mengemukakan sejarah atau rekod perubatan keluarga anda. Banyak penyakit kronik seperti kanser dan kencing manis adalah penyakit keturunan. Syarikat insurans dan takaful akan menilai rekod perubatan keluarga anda untuk menentukan risiko anda menghidapi penyakit-penyakit tertentu. Jika risiko anda tinggi kerana sesuatu penyakit yang terdapat dalam sejarah kesihatan keluarga anda, anda akan dikenakan harga premium yang lebih tinggi.
Malangnya ini bukanlah sesuatu yang dapat anda kawal tetapi ini bukanlah sebab anda perlu berlengah atau tidak langsung membeli perlindungan insurans atau takaful. Sebaliknya jika anda mempunyai keluarga yang memiliki sejarah sesuatu penyakit keturunan, anda perlu segera mendapatkan polisi hayat (jika perlu) atau insurans perubatan semasa anda masih muda. Ini bukan sahaja dapat memberi perlindungan awal terhadap anda tetapi juga harga premium yang lebih rendah.
4. Merokok
Perokok dikenakan harga premium yang lebih tinggi berbanding bukan perokok. Sebabnya kerana penyakit yang dikaitkan dengan amalan merokok seperti:
- Kanser
- Strok
- Penyakit jantung
- Hipertensi
- Penyakit paru-paru obstruktif
Perokok mempunyai risiko yang tinggi terhadap banyak penyakit berbanding mereka yang tidak merokok dan ini menjejaskan juga jangka hayat mereka. Maka ini memberi risiko kepada syarikat insurans yang memberi perlindungan kepada perokok maka harga premium yang mereka kenakan perlulah lebih. Bekas perokok yang telah tidak merokok selama 12 bulan tidak lagi dianggap sebagai perokok bagi syarikat insurans.
5. Syarat-syarat pra-wujud (pre-existing health conditions)
Syarat-syarat perubatan pra-wujud bererti penyakit yang anda sedia ada sebelum memohon polisi hayat. Contohnya jika anda pernah menghidap penyakit kanser, atau pernah mempunyai masalah jantung, atau masih menghidap kencing manis. Risiko seseorang yang menghadapi penyakit atau pernah menghidap penyakit seperti ini adalah lebih tinggi maka premium yang dikenakan juga lebih tinggi. Tapi itu bukanlah satu-satunya sebab kenapa premium lebih tinggi. Juga kerana bukan semua syarikat insurans dan takaful yang akan menawarkan perlindungan hayat kepada pemohon yang memiliki penyakit pra-wujud. Ini juga antara sebab kenapa premium yang lebih tinggi.
6. Penggunaan dadah atau bahan-bahan yang membahayakan
Bahan-bahan seperti alkohol, ganja dan heroin membahayakan kesihatan manusia. Maka jika anda mempunyai sejarah penggunaan bahan-bahan sebegini, anda akan dianggap berisiko tinggi. Syarikat insurans dan takaful akan menilai dengan serius situasi anda dalam menentukan harga premium polisi hayat anda. Jika anda masih lagi menggunakan bahan-bahan ini, syarikat insurans mungkin akan terus menolak permohonan anda.
Harga premium juga bergantung pada jenis polisi sendiri. Jangka masa polisi dan jumlah perlindungan menentukan harga premium. Polisi berjangka masa 10 tahun pada amnya lebih murah berbanding polisi berjangka masa 40 tahun. Insurans hayat bertempoh pula pada amnya lebih murah daripada polisi hayat seumur hidup. Jumlah perlindungan juga memainkan peranan utama dalam menentukan harga premium. Lebih besar jumlah perlindungan, lebih tinggi harga premium.
Pastikan anda dapatkan sebutharga yang terbaik bagi produk yang paling sesuai dengan keperluan anda. Kami sering sarankan supaya pembaca kami yang ingin membeli apa-apa jenis insurans sekali pun agar menyelidik dan membuat perbandingan produk-produk di pasaran sebelum membeli sesuatu polisi.Membeli polisi hayat adalah satu keputusan penting dan komitmen jangka panjang, jangan tergesa-gesa memilih sesuatu produk. Bincang dahulu dengan beberapa ejen takaful atau insurans yang boleh anda percayai di sini.
English version of this article can be found here.
Leave a Comment