Gaya Hidup

Infografik: 6 Jenis Risiko Ketika Mengembara Yang Perlu Diberikan Perhatian

Kalau sebut pasal travel saja, semua mesti seronok sebab dapat jalan-jalan, tak kiralah ke luar negara atau di dalam Malaysia. Tapi jarang sekali terlintas di fikiran kita risiko-risiko yang boleh dialami ketika bercuti.

Sesetengah di antara kita pulak, menabung sekian lama untuk rancangan percutian kita. Duit tabungan cukup-cukup je untuk menampung perbelanjaan perjalanan dan sedikit extra untuk makan minum dan shopping apa yang patut. Langsung tak terfikir apa akan jadi sekiranya berlaku kecemasan.


Jadi jom kita bincangkan apakah jenis risiko yang boleh menimpa seseorang traveler. Tak kira lah dia kerap travel atau pun sekali sekala, sebab malang tidak berbau, kan? (Bersambung selepas infografik di bawah)

Kongsikan Infografik ini di laman web anda!

Jenis-jenis risiko ketika mengembara:

1. Kelewatan penerbangan, pembatalan penerbangan dan ketinggalan pesawat

Dan bukan setakat itu, kita mungkin tidak dapat berlepas kerana pesawat sudah overbook oleh pihak syarikat penerbangan, atau juga kita terlepas penerbangan sambungan kerana penerbangan sebelumnya lewat tiba. Di sini saja boleh dilihat bermacam-macam risiko sebenarnya yang boleh terjadi.

Kelewatan penerbangan berlepas mungkin berpunca daripada cuaca buruk, atau masalah teknikal pesawat. Akibatnya, kita terkandas di lapangan terbang selama beberapa jam. Jika lebih daripada itu, kita mungkin terpaksa sewa pula hotel untuk menginap satu malam. bertambah pulak kos perjalanan kita. Kadang kala cuaca buruk di destinasi boleh juga mengakibatkan penerbangan dibatalkan. Padahal kita sudah pun membuat segala tempahan.

Risiko lain mungkin disebabkan oleh kita ketinggalan pesawat kerana sama ada pesawat kita naiki sebelumnya tiba lewat, ataupun kerana tren kita naiki ke lapangan terbang tergendala.

Bagaimana pula dengan tiket yang telah dibayar?

 

2. Kelewatan dan kehilangan bagasi

Kalau tiada halangan untuk kita tiba di lapangan terbang destinasi, kita mungkin menghadapi risiko lain pula. Contohnya bagasi yang tidak muncul di conveyor belt, atau muncul dalam keadaaan rosak.

Bagi bagasi yang tak muncul terus, macam mana pula kita hendak mulakan percutian kita ya? Pakaian yang dibawa semua tidak sampai. Perlu pula kita keluarkan kad kredit untuk membeli pakaian dan barangan keperluan seperti berus dan ubat gigi yang baru. Rosak segala mood nak bercuti.

Ada kalanya bagasi cuma lambat sampai kerana masalah teknikal, tetapi sementara menunggu, kadang-kadang ambil masa berhari-hari juga, wang ringgit masih tetap perlu dikeluarkan untuk membeli barang keperluan. Bayangkan pergi ke London ketika musim sejuk tak berjaket walhal ada jaket yang baru dibeli di dalam bagasi kita.


Kos lagi tu.

 

3. Kehilangan barangan peribadi

Contoh barangan peribadi? Kamera, laptop, telefon bimbit dan sebagainya, termasuklah passport. Ketika melancong di luar negara, pelancong sering menjadi mangsa scammers. Atau dalam asyik melihat permandangan tempat baru yang indah, kita mudah menjadi lalai maka menjadi sasaran mudah bagi peragut atau penyeluk saku. Mereka ini sudah pun cekap dengan teknik yang digunakan dan sering target pelancong yang tidak suspek apa-apa.

Jika kehilangan passport pula lagi teruk. Anda tidak boleh meneruskan perjalanan jika ia melibatkan kemasukan ke negara lain. Serta anda juga tidak boleh pulang ke tanahair selagi tidak dapatkan permit perjalanan sementara. Banyak juga kos yang akan terlibat dalam mendapatkan permit ini. Contohnya terpaksa memanjangkan tempoh penginapan di hotel sementara menunggu permit siap.

Siapa pula yang nak tanggung belanja ni semua?

Related Post

 

4. Kecurian dan kehilangan wang ringgit

Ini bukanlah risiko kehilangan wang akibat shopping sakan di luar negara ya, walaupun itu sering terjadi. Yang dimaksudkan di sini, risiko kehilangan wang sama ada secara tidak sengaja atau pun akibat kecurian. Sama seperti risiko kecurian barangan peribadi, kadang kala pelancong seperti kita mudah menjadi sasaran penyeluk saku.

Atau ingatkan peti keselematan di dalam hotel selamat, tetapi sesudah penat sehari berjalan makan angin, pulang ke bilik hotel dapati duit dan travelers cheque yang disimpan dicuri. Penat duit dikumpul untuk belanja semasa bercuti, habis hilang atau diseluk saku pula. Nak makan pun terpaksa pinjam duit kawan. Cuti pun dah tak seronok. Tambahan lagi kerana terpaksa memikirkan macam mana nak langsaikan hutang kawan nanti.

Terpaksalah pula keluarkan wang daripada simpanan untuk menampung belanja tambahan ini kan?

 

5. Penukaran jadual perjalanan

Kadang kala segala perancangan telah dibuat. Tiket penerbangan telah pun dibayar, hotel pun telah ditempah. Tetapi disebabkan faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan, perancangan perjalanan terpaksa ditukar. Mungkin akibat daripada kemalangan atau sakit yang menimpa diri sendiri atau ahli keluarga. Ataupun semasa sedang bercuti di luar negara, ada kecemasan yang berlaku yang menyebabkan anda terpaksa pulang ke tanahair secepat mungkin. Seperti kematian ahli keluarga.

Penukaran jadual perjalanan, pembatalan dan pemendekkan perjalanan akan menyebabkan kerugian. Tambang perjalanan dan penginapan yang telah berbayar penuh atau telah dibayar bayaran pendahuluan (deposit) ada kemungkinan akan hilang begitu saja. Itu belum lagi termasuk tempahan tour, sewa kereta, teater dan sebagainya.

Dah lah rancangan percutian terjejas, duit pulak lesap. 

 

6. Sakit atau kemalangan

Sudah sering kita terbaca kisah rakyat Malaysia yang jatuh sakit ketika mengembara ke luar negara. Kerana kos rawatan yang amat tinggi berbanding kos rawatan di negara ini, dan dengan tiadanya perlindungan insurans, mereka terkandas di hospital di luar negara tanpa boleh membayar bil perubatan mereka.

Ini juga risiko yang boleh berlaku kepada diri kita. Contohnya jika kita keracunan makanan dan terpaksa dapatkan rawatan, atau kita kemalangan dan perlu diwadkan selama beberapa hari. Bayangkan diserang jantung ketika di negara seperti Amerika Syarikat atau United Kingdom, parah jugak tu nak bayar kos pembedahan dan lain-lain.

Simpanan cukup ke nak tanggung kos yang mungkin mencecah beratus ribu?

 

Beringat semasa merancang percutian anda

Sebagai penutup, ingin kami tekankan kepada pembaca agar beringatlah semasa membuat perancangan percutian. Musibah boleh berlaku di mana dan pada bila-bila masa. Ketika di negara sendiri, kita dekat dengan bantuan yang boleh kita harapkan. Tetapi ketika di luar negara, mungkin agak susah untuk dapatkan pertolongan. Ditambah pula dengan kos yang lebih tinggi, percutian yang pada mulanya bertujuan untuk menghilangkan stress mungkin akan mengakibatkan kita papa kedana.

Apa pula jawapan kepada segala permasalahan di sini? Kami di sini banyak mengeluarkan artikel berkenaan insurans dan takaful perjalanan. Banyak sebenarnya manfaat yang diberikan. Diharap pembaca dapat memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap perlindungan perjalanan.

 

Recent Posts

Insurans dengan Perlindungan Kesihatan Mental di Malaysia

Masalah kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan, dan gangguan bipolar semakin biasa, dengan sekitar satu juta…

22 jam ago

Cari Ejen Insurans Pemenang Anugerah Malaysia!

Hey! Kami teruja untuk berkongsi sesuatu yang cukup istimewa dengan anda - "Anugerah Kecemerlangan" kami.…

1 minggu ago

Menavigasi Kenaikan Kos Penjagaan Kesihatan di Malaysia dengan Samuel

Tahukah anda kadar inflasi perubatan di Malaysia ialah 15% pada 2023-2024? (Sumber: AON The Global…

1 minggu ago

Memahami Insurans Perubatan Standalone bersama Adeline

Memilih jenis insurans yang tepat boleh menjadi sesuatu yang membingungkan, terutamanya dengan begitu banyak pilihan…

4 minggu ago

Apakah Kad Perubatan Termurah di Malaysia?

Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia lebih prihatin terhadap penyakit kritikal berbanding orang di bahagian lain…

4 minggu ago

Kenaikan Premium Insurans Perubatan

Adakah anda tahu bahawa premium insurans perubatan telah meningkat sebanyak 20% atau lebih tahun ini?…

1 bulan ago