Ramai di kalangan kita yang beranggapan kita sudah selamat dengan adanya takaful kenderaan. Tanggapan itu salah. Sebenarnya banyak situasi yang mungkin kita rasakan dilindungi polisi tetapi sebenarnya tidak. Di sini kami senaraikan 7 contoh situasi sedemikian. Berapa banyak kah yang tidak anda ketahui sebelum ini?
7 situasi yang tidak dilindungi insurans kenderaan:
No. 7: Kerosakan akibat rusuhan
Segala kerosakan terhadap kenderaan anda yang disebabkan oleh rusuhan dan perbalahan tidak dilindungi polisi insurans. Perkara ini tidak lah merisaukan sangat kerana di Malaysia kurang berlaku keadaan seperti ini. Walau bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, semakin banyak pula perhimpunan yang diadakan di kota-raya. Kita masih bernasib-baik kerana tidak banyak berlaku kerosakan harta-benda. Tetapi jika anda khuatir, terdapat polisi tambahan yang boleh didapati untuk lindungi kenderaan anda akibat situasi sebegini.
No. 6: Aksesori selepas jualan
Ini termasuklah sport rims dan alat stereo yang canggih yang bukan dipasang bersama kenderaan yang dibeli. Jika berlaku kecurian ke atas peralatan ini, polisi insurans kenderaan anda tidak akan membayar ganti-rugi kepada anda. Jadi, jika anda telah banyak berbelanja ke atas aksesori kereta anda, kami nasihatkan supaya membeli polisi tambahan yang melindungi peralatan ini.
No. 5: Banjir (dan juga lain-lain bencana alam)
Malangnya ramai rakyat Malaysia yang agak biasa dengan keadaan ini. Kerana ianya sering berlaku, ramai di antara kita yang bertanggapan kerosakan akibat banjir dilindungi polisi insurans. Sebenarnya tidak. Ini termasuklah enjin rosak akibat kemasukan air, kereta ranap akibat pokok tumbang dan sebagainya. Jika ingin dilindungi, anda boleh juga dapatkan perlindungan tambahan untuk tujuan ini.
No. 4: Bila kereta dipandu orang lain
Ini termasuklah suami atau isteri sendiri, anak-anak, ibu-bapa dan rakan. Jika berlaku kerosakan pada kereta akibat kemalangan di mana kereta dipandu oleh orang lain selain anda, polisi anda tidak akan membayar ganti rugi untuk membaiki kereta anda. Perkara ini boleh diselesaikan dengan membayar RM 400 kepada syarikat insurans anda jika anda masih ingin buat tuntutan ke atas kerosakan itu. Tetapi cara yang lebih murah dan mudah adalah dengan menambah pemandu lain ke dalam polisi anda. Setiap nama yang ditambah dikenakan harga RM10 sahaja. Mana lagi murah? RM10 atau RM400?
No. 3: Liabiliti undang-undang kepada penumpang dan untuk penumpang
Cuba bayangkan sinario ini. Suatu hari anda memandu rakan anda tiba-tiba anda berkemalangan. Walaupun tiada yang cedera, tetapi rakan anda saman anda di mahkamah ke atas trauma yang beliau lalui. Di sini, polisi anda tidak akan menjamin anda dan tidak akan membayar pampasan kepada rakan anda, walaupun beliau betul-betul cedera sekali pun! Jika ingin elakkan perkara sebegini daripada berlaku, samada elakkan berkawan dengan orang-orang seperti ini, atau beli perlindungan tambahan yang dipanggil: Liabiliti Undang-Undang kepada Penumpang.
Dalam sinario lain, jika penumpang anda pula yang menyebabkan kerosakan harta benda atau kecederaan pada orang lain dan anda pula yang disaman. Contohnya, jika penumpang anda membuka pintu kereta dengan tiba-tiba dan cederakan penunggang motosikal di sebelah. Polisi kenderaan tidaklah melindungi anda atas kes sedemikian. Jadi perlindungan tambahan yang boleh dibeli untuk tujuan ini dipanggil: Liabiliti Undang-Undang untuk Penumpang.
Jika anda pemandu bagi GrabCar atau Uber, anda dinasihatkan agar mengambil kedua-dua polisi tambahan ini. Malah polisi tambahan ini diwajibkan ke atas anda jika anda ingin memandu ke Singapura.
No. 2: Kerosakan total – tidak dapat dibaik-pulih
Kebanyakan antara kita membeli kereta dengan pinjaman bank. Tetapi tahukah anda, jika anda berkemalangan dan kereta anda rosak teruk yang tidak lagi dapat dibaiki, pihak insurans tidak akan menanggung baki pinjaman anda. Ia hanya akan bayar pampasan sebanyak mana nilai kereta anda pada harga pasaran. Kebiasaannya jumlah ini lebih rendah dari baki pinjaman kerana 2 faktor iaitu kadar susut nilai kenderaan dan kadar bunga yang dikenakan oleh pihak bank. Oleh sabab itu, pastikan anda melindungi kenderaan anda dengan jumlah yang mencukupi.
No. 1: Kecederaan dan kematian diri
Ramai sebenarnya yang tidak tahu tentang ini. Sebenarnya polisi kenderaan anda tidak melindungi diri anda dari kecederaan ataupun kematian. Jika kemalangan disebabkan oleh orang lain, polisinya akan membayar pampasan kepada anda ke atas kecederaan diri anda. Tetapi jika anda yang menyebabkan kemalangan, harap-harap anda ada simpanan yang secukupnya untuk bayar kos perubatan, kerana memang polisi kenderaan tidak akan membayar pampasan. Kerana inilah kami sentiasa ingatkan rakyat Malaysia agar membeli insurans atau takaful perubatan. Terutama sekali kerana kos perubatan yang semakin melonjak sekarang ini.
Fahami jenis-jenis polisi kenderaan di Malaysia di sini dan apa pula bahayanya terkurang insurans?
Hendak dapatkan khidmat nasihat pakar insurans dan takaful? Dapatkan mereka di sini.
firmac
September 2, 2018 2:33 pmAdakah insuran kereta cover Harta benda? Contoh,jika kereta tersebut langgar pagar atau rumah org adakah dibawah dan bole claim under insuran kereta tersebut?
Selina
September 3, 2018 7:04 pmHi Firmac.
Ya. Semua jenis polisi kenderaan melindungi harta benda pihak ketiga. Jadi ya boleh buat tuntutan.
Fatin
September 9, 2018 4:41 pmSalam. Nak tnya. Kalau kita langgar orang, dan orang tersebut patah tangan. Adakah insurans kereta saya boleh membayar pampasan kecederaan org tersebut?
luke
September 10, 2018 12:45 pmya, jika ia berlaku dengan kereta atau motosikal
Azrul Izam hashim
Januari 12, 2022 8:07 pmSekiranya bas yang saya pandu terlanggar palang sekuriti semasa hendak keluar Dari Dari sebuah condominium..bolehkah pihak pegurusan kondomiun claim insuran bas yang saya bawa? Saya bekerja dengan sebuah universiti Dan pihak universiti tidak mahu terlibat DALAm Hal ini.
Justine
Januari 25, 2022 10:44 pmYa. Pengurusan kondominium perlu membuat laporan polis dan membuat tuntutan terhadap syarikat insurans bas.
Faizul
September 14, 2018 5:17 amKalau kereta saya kemalnagan dilanggar dari belakang dan kereta yang melanggar melarikan diri…adakah dapat saya memohon insurans saya sendiri untuk pembaikan kereta saya??
Selina
September 14, 2018 10:42 amEncik Faizul dapat nombor plat kereta tersebut? Sudah buat laporan polis?
Encik Faizul boleh claim dari syarikat sendiri jika encik miliki polisi komprehensif. Tapi encik akan kehilangan % NCD.
luke
Oktober 2, 2018 12:35 amAnda boleh jika anda mempunyai insurans komprehensif. Anda akan kehilangan NCD
Azlin
November 2, 2018 11:18 pmSaya telah menyebabkan kemalangan berlaku kepada pihak ketiga tnpa sengaja dan insurance kenderaan saya hanya third party. Adakah pihak insurance saya boleh cover segala kos yg dituntut oleh pihak ketiga ? kos yg dituntut trmasuk kos rawatan, kerosakan kenderaan dan lain-lain lagi.
Selina
November 8, 2018 11:48 amHi Azlin.
Boleh. Polisi pihak ketiga Cik akan tanggung segala tuntutan pihak ketiga termasuk rawatan kecederaan dan kerosakan harta benda (kenderaan). Polisi pihak ketiga tidak menanggung kerosakan ke atas kenderaan sendiri. Harap jawapan ini dapat membantu.
Noname
November 10, 2018 9:34 pmKalau orang melanggar saya lari, dan saya claim guna insurans saya sendiri, saya akan kehilangan %NCD, betul? Jadi nya bila next renewal insurans, saya perlu membayar premium insurans berdasarkan harga market kereta saya tanpa NCD atau sama harga premium yang pertama kali membeli kereta dan insurans?
Selina
November 13, 2018 11:01 amHi.
Betul tu, jika claim dari insurans sendiri, akan kehilangan diskaun NCD. Apabila renewal dibuat, sum insured akan mengikut harga pasaran kenderaan semasa, bukan harga semasa pertama kali insurans dibeli. Harap membantu.
Azrul Izam hashim
Januari 12, 2022 8:09 pmSekiranya bas yang saya pandu terlanggar palang sekuriti semasa hendak keluar Dari Dari sebuah condominium..bolehkah pihak pegurusan kondomiun claim insuran bas yang saya bawa? Saya bekerja dengan sebuah universiti Dan pihak universiti tidak mahu terlibat DALAm Hal ini.
Justine
Januari 25, 2022 10:44 pmYa. Pengurusan kondominium perlu membuat laporan polis dan membuat tuntutan terhadap syarikat insurans bas.
Nazira
November 11, 2018 1:09 amSebagai pembonceng motosikal..jika kita mengalami kecederaan selepas kemalangan..dan bukan punca kemalangan bukan dari kesalahan pihak kita tetapi pihak ketiga , dan pihak ketiga itu telah meninggal dunia..bolekah kita membuat tuntutan kecederaan seperti patah tulang belakang?? Dan bagaimana pula jika kenderaan pihak ketiga telah tamat insurans dan roadtax?? Adakah tuntutan masih bole dibuat??
Selina
November 13, 2018 11:05 amCik Nazira boleh tujukan soalan ini ke forum insurans di sini: http://forum.ibanding.my.
atika
November 17, 2018 2:16 amKalau kita terlanggar binatang dan menyebabkan kerosakan pada kereta,adakah kita boleh claim insurans???
Selina
November 17, 2018 10:45 amHi Atika,
Boleh, tapi perlu ingat, claim ke atas polisi sendiri akan menyebabkan kehilangan NCD. Ini akan menyebabkan harga insurans mahal ketika pembaharuan. Jadi perlu pertimbangkan jika kos perbaiki kereta dan kenaikan harga insurans kerana tiada lagi NCD.
Naseef
November 19, 2018 8:26 amHi
Kereta saya tidak ada insurance dan roadtax semasa dilanggar oleh sebuah lori.. Bolekah saya claim insuran pihak yang langgar kereta saya?
luke
November 20, 2018 2:26 pmMaaf tidak awak tidak boleh.
Naz
November 22, 2018 8:53 pmAs salam..hi..
Semasa membeli kereta sy turut membeli pakej tinted 3M. Kemudian kereta sy dilanggar oleh kereta lain, apabila sy membawa ke pusat servis utk baiki pintu dan tinted seperti asal. Mereka ckp, insuran tidak cover utk memberikan tinted spt asal atau sebelum dilanggar. Sekiranya sy hendak seperti asal, sy perlu membayar sendiri kos trsebut. Adakah pihak insuran yg melanggar sy tidak cover? Sy hanya ingin keadaan seperti asal @ sebelum dilanggar. Apa yg harus sy buat kerana sy yg menjadi mangsa dan dilanggar?
Selina
Januari 23, 2019 1:39 pmInsurans hanya akan melindungi keadaan asal kenderaan, seperti dikeluarkan dari kilang. Lapisan tint yang dipasang tidak dilindungi oleh insurans.
Arif
November 26, 2018 6:09 amSy telah mengalami kemalangan sendiri . Terlanggar divider jln . kerosakan yg sy nmpk sendiri pd kereta sy ialah absorber dan alignment tayar lari . Body kit tercabut sikit. Kereta baru beli tiga bulan lepas . Boleh sy claim insurans?
Selina
Januari 22, 2019 1:20 pmHi Arif. Kalau encik milik polisi komprehensif, ya boleh tuntut daripada polisi tersebut.
AZ
Disember 13, 2018 5:44 pmKlu kita langgar lamboghini, then pihak ketiga claim atas insurance kita adakah sebarang limit untuk claim tersebut. Katalah coverage kita hanya 5 ribu, tapi claim kerosakan lambo tu 20 ribu?
Selina
Januari 23, 2019 1:37 pmYa, limit di sini hanya setakat RM5 ribu.
mashita
Disember 25, 2018 4:58 amAssalamualaikum, sorry nak tye . saya tak ada lesen tapi dah beli motor dulu. Tak sampai 4 bulan motor saya hilang. Lesen tetap takde. So kalau nak claim insurance boleh tak ye ?
Selina
Januari 22, 2019 1:14 pmMotor ada insurans yang sah? Atas nama siapa?
Mashita
Disember 25, 2018 5:00 amAssalamualaikum, saya nak tye. Saya takde lesen tapi daa beli motor , tak sampai 4 bulan motor saya hilang org curi. Kalau nk claim insurance takde lesen boleh kee ye ?
Fatin
Disember 26, 2018 7:54 pmHi,
Saya nak tanya. Saya tengah memandu diatas jalan biasa Dan hendak tiba dikawasan rumah. Tiba-tiba ezkos berasap Dan enjin sangkut2. Bila saya sampai di parking rumah, saya memeriksa enjin saya. Penuh dengan minyak. Adakah pihak insurance cover untuk kerosakan enjin kereta saya?
Selina
Januari 23, 2019 1:51 pmInsurans kenderaan hanya melindungi kerosakan akibat kemalangan.
Izwan
Disember 26, 2018 9:33 pmjika salah tulis nma singkat dalam pembelian insuran kenderaan. adakah menjadi masalah jika nk claim nanti.
Selina
Januari 22, 2019 1:44 pmIzwan. Ya, mungkin akan timbul masalah ketika tuntutan dibuat. Pihak syarikat insurans sangat terperinci dalam maklumat yang dikutip untuk pastikan tiada keselewangan atau penipuan dibuat. Jadi perlulah memberikan maklumat 100% tepat.
yana
Disember 28, 2018 11:01 pmsy telah memandu kereta suami sy, dan telah dilanggar oleh kereta lain.. tp nama sy tidak ada dlam insurans kereta suami.. sy dah bt report polis untuk claim insurans kereta yg langgar sy, ade kaitan ke kalau name sy tak ade dalam insurans keta suami
Selina
Januari 23, 2019 1:36 pmHi Yana. Kerana pihak Yana tidak bersalah, sepatutnya tidak akan timbul apa-apa isu, walaupun Yana bukan pemandu yang dinamakan di dalam polisi insurans sendiri.
Isa
Januari 6, 2019 3:43 amSalam tuan nak tanya bolehke nak claim insurance kereta. Kereta reverse langgar tiang
Selina
Januari 22, 2019 1:01 pmBoleh kalau miliki polisi komprehensif. Tetapi perlu diingatkan bahawa jika tuntut polisi sendiri, apabila masa buat pembaharuan nanti, tiada lagi diskaun NCD kerana tuntutan sudah dibuat. Sebaiknya, anggarkan dahulu kos perbaiki kereta akibat langgar tiang, dan diskaun (jangka penderk dan panjang) yang bakal kehilangan, dan buat keputusan adakah membayar sendiri kos membaiki adalah lebih kos effektif.
Ain
Januari 17, 2019 2:37 pmSalam tuan. Kalau kereta masuk longkang atas kecuaian sendiri, boleh tuntut insurans tak?
luke
Januari 18, 2019 4:45 pmComprehensive Insurance boleh.
[email protected]
Januari 22, 2019 1:04 pmAin, jawapan sama juga jawapan bagi encik Isa di atas. Boleh jika polisi komprehensif, tetapi perlu pertimbangkan NCD yang bakal dilepaskan.
zaza
Januari 23, 2019 1:06 amSy terbabas sendiri langgar divider jalan. Sy nak claim insurance. Sy perlu buat report polis terlebih dahulu. Betul ke sy akan dikenakan saman sebanyak RM300?
Selina
Januari 23, 2019 5:35 pmHi Zaza. Ye berkemungkinan akan disaman kerana tetap salah cik walaupun tidak melibatkan pihak ketiga.
HaNiF
Januari 24, 2019 11:59 amNak tanya, kalau kereta saya dilanggar oleh kereta klon boleh tak saya claim insurans utk repair kerosakan? atau kena repair guna duit sendiri?
Selina
Januari 24, 2019 12:01 pmMaaf En. Hanif, apa maksud kereta klon tu?
HaNiF
Januari 24, 2019 1:00 pmMaksud saya kereta yg menggunakan no pendaftaran palsu
Selina
Januari 27, 2019 6:30 pmYe. Kerana ianya tidak akan ada insurans. Jadi penyelesaian, hanya dengan menggunakan duit sendiri, atau jika ada polisi komprehensif, boleh cuba tuntut dari polisi sendiri (akan kehilangan NCD).
Lee Chong Siong
Januari 30, 2019 8:47 amNak tanya, kereta saya dilanggar oleh teksi yang berdaftar atas nama sendirian (bukan syarikat teksi). Selepas siasat didapati pemandu teksi yang bersalah. Boleh tak saya tuntut insuran kerosakan kereta saya daripada pemilik teksi?
Selina
Januari 30, 2019 9:36 pmHi Lee.
Ya boleh tuntut daripada syarikat insurans teksi tersebut. Dan jika encik Lee memiliki polisi komprehensif, encik Lee boleh hubungi syarikat insurans En Lee, mereka sepatutnya akan membuat tuntutan bagi pihak encik.
jihah
Februari 1, 2019 5:16 amhai nk tnya.. saya trbabas sndri lnggar dvider.. bonet dpan komek teruk.. kreta sya blm smpai 1 thun lg.. insurans akn cover ke?
Selina
Februari 2, 2019 5:25 pmHi Jihah. Kalau insurance polisi komprehensif, ye, insurance akan cover. Tetapi kalau polisi pihak ketiga, malangnya insurance tak cover kerosakan kereta sendiri. Harap membantu.
Izuan
Februari 2, 2019 6:22 pmKereta saya dari manual gear tukar ke auto.kalau terlibat kemalangan bagi tuntutan isurance ada masalah ke tak?
luke
Februari 4, 2019 4:56 amAnda perlu memberitahu syarikat insurans anda mengenai pertukaran tersebut kerana nilai kereta manual dan auto berlainan.
Izuan
Februari 2, 2019 6:26 pmKereta saya dari gear manual tukar ke auto..jika terlibat kemalangan ada masalah ke dengan tuntutan insurans?
mohd hafezee anuar
Februari 8, 2019 10:08 amhi saya nak tanya, kereta saya diparking dalam kawasan KTM parking berbumbung, dan kereta saya telah dilanggar oleh sebuah lori yang roadtax dan insurans nya mati pada tarikh kejadian.keadaan kereta saya remuk total lost,dan saya punya insuran kereta bukan komprenhensif,bagaimana saya nak buat claim atas insuran lorry tersebut,semua report polis telah dibuat dari pihak saya dan pihak berkenaan, tetapi saya tidak dapa issue insuran lorry tersebut, bagaimana cara lain untuk saya dapatkan ganti rugi terhadap kereta saya, minta jasa baik pihak encik memberi pandangan.
luke
Februari 11, 2019 2:27 amHi, hanya satu cara untuk memdapat ganti rugi dari pihak berkenaan adalah melalui dakwaan. Anda memerlukan perkhidmatan peguam untuk mengendalikan kes anda.
Kim
Februari 13, 2019 11:14 pmHi, sebuah kereta langgar kereta saya dari belakang, lalu saya telah lapor polis tetapi pelanggar enggan lapor polis, tetapi sarjan beritahu saya bahawa cukai jalan pelanggar sudah mati, tidak dapat tuntut pampasan dari insurans dia. Saya nak tanya ada cara apa boleh but tuntutan dari pihak insurans dengan tidak jejas NCD? dan saman apa akan perlanggar tanpa cukai jalan yg hidup hadapi?
luke
Februari 21, 2019 4:27 amJika anda mempunyai insurans kereta komprehensif, anda boleh membuat tuntutan dari insurans anda tanpa kejejasan NCD anda. Syarikat insurans anda akan mendakwa pelanggar tersebut. Jika anda tidak mempunyai insurans komprehensif, anda sendiri perlu melantik peguam sendiri untuk dakwa pihak tersebut
yana
Februari 21, 2019 10:35 pmhai..saya nak tanya. boleh tak kita claim insuran kemalangan terhadap kenderaan yang telah tamat tempoh insurannya? contoh kemalangan berlaku pada bulan december, pada ketika itu, insuran kenderaan terbabit masih hidup.. tetapi tuntutan dimulakan pada bulan january, setelah kenderaan yang terlibat tamat tempoh insurannya. mohon penjelasan
Rae
Mac 1, 2019 10:11 pmClaim insurans anda tidak akan terjejas sekiranya:
1. Anda membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan tersebut
2. Anda menghubungi syarikat insurans anda dalam tempoh 7 hari selepas kemalangan (tidak kisah tarikh/tahun)
faisal
Februari 24, 2019 2:39 pmnak tanya..boleh ke kereta dan insuran kereta atas nama saya tapi mak saya yang pandu kereta tu and dia yang pergi tuntut insuran tu jika berlaku kerosakan akibat kemalangan?
Rae
Mac 1, 2019 10:14 pmTuntutan akan dibuat atas insurans anda dengan nama ibu anda sebagai pemandu. Ini tidak menjejaskan sebarang tuntutan anda.
Khamaria
Februari 26, 2019 5:44 pmHi..
Nk tnya.. Kereta saya accident & kereta tu ats nama arwah ayah saya..
Semntra nk tggu byrn bank habis & tukar nama.. Boleh x sya claim insurance untk kereta trsebut.. Sya renew insurance & bayar ansuran da 2thn sjk ayah meninggal..
Rae
Mac 1, 2019 10:18 pmIni adalah kes istimewa dan kami menasihatkan anda cuba membuat tuntutan tersebut.
Hidayah
Mac 2, 2019 3:50 pmhi nak tanya. kereta saya rosak teruk kemalangan rempuh pokok. report polis dan pihak insuran da hubungi. tapi sebelum hantar kereta untuk towing, sy tukarkan tayar dengan tayar dr kereta satu lagi sebab tayar dan rim kereta yg rosak tu baru ditukar dan tak ada kerosakan. akan ada masalah ke dengan pihak insuran dan proses claim? sebab sy dihubungi pihak bengkel (sebab suami ada bgtau bengkel kami tukar tayar) untuk kembalikan tayar dan rim tersebut. sedangkan setahu sy tayar dan rim hanya aksesori tambahan, xada kaitan dgn insuran kereta
Rae
Mac 6, 2019 8:27 pmYa, anda betul mengenai tayar dan rim – ia tidak berkaitan dengan tuntutan insurans anda. Anda akan dibayar ‘market value’ atau ‘agreed value’ apabila syarikat insurans anda isytiharkan kereta anda total loss.
Norliza
Jun 25, 2019 7:29 pmKereta saya telah dilanggar dari belakang oleh teksi. Polis dah sahkn kesalahan pihak teksi. Pada permulaan semasa hantar kereta diberitahu guna insuran sendiri then baru akan claim insuran teksi. (Insuran teksi adalah 3rd party shj) bila kereta siap kata saya akan hilang ncd saya sebab tak blh claim insuran teksi kerana mereka dilindungi / kebal sbb pengangkutan awam dilindungi oleh bank negara. Betul ke fakta ini? Amat tak berpuas hati ni
Rae
Jun 27, 2019 3:00 pmTeksi adalah dilindungi oleh syarikat insurans biasa ataupun MMIP (Malaysia Motor Insurance Pool), bukan Bank Negara.
Layani web kami https://www.kamibantu.org untuk memdapatkan jawapan lebih lanjut.
azlina
Mac 3, 2019 12:16 amhaii nak tanya..sy mengalami kemalangan dimana kereta y dipandu dilanggar dari arah belakang sehingga memyebabkan kereta sy diishtiharkan total lost..pihak insurance telah membayar loan sebanyak rm20k tetapi loan bank masih sebanyak rm30k kiranye balance loan ada lg sebanyak rm10k..persoalanye bolehkah sy menuntut pihak y melanggar sy membayar baki loan kerana hanya insurance sy y digunakan.
Rae
Mac 6, 2019 8:29 pmAnda tidak akan dapat berbuat sedemikian kerana value kereta anda menyusut di Malaysia. Oleh itu, ia adalah penting untuk membeli insurans yang padan dengan loan anda, bukan nilai kereta.
Anuar
Mac 5, 2019 9:38 amSelamat pagi Tuan/Puan
Anak saudara saya telah melanggar seekor anjing yang melintas secara tiba2 dan menyebabkan radiator bocor dan agak berat juga kerosakan yang dialamainya. Adakaha insurance komprehensif melindunginya?
Rae
Mac 12, 2019 5:40 pmYa, anda boleh membuat tuntutan untuk kerosakan ini tetapi anda juga akan kehilangan NCD.
Rozaimah Binti Abdul Hamid
Mac 5, 2019 11:52 amHi,
saya telah mengalami kemalangan apabila kereta yang dinaiki telah dilanggar oleh penunggang motorsikal yang masih dibawah umur. Bolehkah saya membuat tuntutan ke atas insurans motorsikal tersebut.
Rae
Mac 11, 2019 9:50 pmAnda perlu mendapatkan peguam untuk mendapatkan pampasan dari penunggang tersebut.
Rozaimah Binti Abdul Hamid
Mac 5, 2019 12:12 pmHi,
kereta sy telah mengalami kerosakan akibat dilanggar olen penungang motorsikal dibawah umur.
Boleh kan sy claim insurans dari motosikal tersebut?
Ein
Mac 12, 2019 8:23 pmHai..kereta atas nama wife saya terlibat kemalangan dan kereta tersebut dianggap total lost oleh pihak bengkel. Orang yang membawa kereta wife saya pula meninggal dunia dan tidak mempunyai lesen. Boleh saya buat tuntutan ke atas insurans?
Amrie
Mac 13, 2019 12:39 amHi
Kereta saya parking di halaman rumah Dan sebuah motosikal melanggar kereta saya. Di dapat motor tersebut tiada Insurance dan pemandu tidak berlesen..sekiranya saya menuntut claim atas kenderaan sendiri walaupon keputusan polis mengatakan kesalahan pihak motosikal, adakan NCD saya akan terjejas?
Aen
Mac 19, 2019 11:25 amApa yang perlu sy buat sekiranya syarikat insurans enggan membiayai kerosakka akibat kemalangan dengan alasan kerana kerete sy berdaftar sebagai grab car..walaupun semasa kemalangan sy tidak membuat sebarang service grab
Ika
Mac 25, 2019 5:12 pmHye,
Saya nak tanya.. boleh ke tuntut insuran untuk kereta rosak..? Contoh nak tukar enjin baru, kerosakan x mahu start dan jenis2 pembaikian menukar badan kereta akibat karat.. Kereta lama.. X mampu nak bayar, anggaran 3-5k..
Lai
April 2, 2019 11:06 amHai.. kereta saya mengalami kerosakan pada enjinnya dan sukar di baiki kerana enjinnya harus di tukar baharu dan saya tidak mampu untuk menampung kos tersebut.. bolehkah saya membuat tuntutan kepada syarikat insuran yg melindungi kenderaan saya..tq
luke
April 5, 2019 3:29 amInsurans anda tidak meliputi gantian ini.
awin
April 4, 2019 1:00 pmsaya langgar lori tapi kereta saya saya rosak abeh boleh claim insuran tak dan saya akan disaman tak kalau tak bagi lori punya plat no?
Rae
April 18, 2019 4:09 pmAnda boleh claim insurans anda dan tidak akan disaman.
Hadi Suhaimi
April 5, 2019 6:43 pmHye. Nak tnya, kereta sya menggunakan 3rd party insurans telah dilanggar oleh sebuah kereta yg menggunakan 1st party insurans dan telah menyebabkan kerosakan teruk di bahagian depan dan enjin tidak dpt dihidupkan. Persoalan sya, pihak bengkel memberitahu sya yg pihak insurans hanya cover kerosakan pd body shja tidak pd kerosakan enjin. Adakah ini benar?
Rae
April 17, 2019 2:10 pmPembaikian akan ditanggung kepada sesiapa yang langgar anda. Anda perlu pergi ke bengkel pihak yang langgar anda.
Sila rujuk ini:
https://review.ibanding.my/industry/panel_repair_workshops
atie amy
April 12, 2019 9:37 amHai.. saya nak tanya, apa saya perlu buat sekiranya model kereta silap cetak pada insurans.. saya dah hubungi ejen untuk pembetulan. apa akan jadi sekiranya saya terlibat dengan kemalangan semasa menunggu pembetulan dilakukan, boleh kah insurans melindungi saya dan kenderaan saya?
Rae
April 17, 2019 2:13 pmYa ia akan menjejaskan tuntutan anda pada masa tersebut.
Dwan
Mei 6, 2019 11:25 amKereta saya terlibat dalam kemalangan , insuran saye guna third party. Tetapi sekarang kereta itu sudah saya jual, masa berlaku kemalangan insuran masih ada lagi
Adakah di benarkan untuk pihak ketiga untuk claim atas kerosakan dan perobatan dia , mengingat bahawa saya yang menyebabkan berlakunya kemalangan
Rae
Mei 7, 2019 4:05 pmSekiranya pertukaran nama telah selasai, pihak ketiga tidak akan dapat membuat tuntutan tersebut.
safri
Mei 11, 2019 12:45 pmkereta sy insurans 3rd party dan telah dilanggar oleh lori membawa muatan pasir. sy telah membuat laporan polis dan juga pemandu lori membuat laporan polis. keputusan nya adalah pihak lori yang salah. sekarang sy membuat tuntutan melalui panel insurans kereta sy terhadap insurans lori untuk kos pembaikan atau boleh dikatakan total lost (sekiranya). Adakah pihak insurans lori akan menanggung segala tuntutan pembaikan atau total lost? tetapi sekarang ini pihak panel sy meminta sy untuk bayaran pendahuluan untuk urusan penilaian terhadap kereta sy dan beberapa bayaran proses lain disebabkan insurans kereta sy td 3rd party. Adakah betul dan perlu ke tidak sy membayar sedangkan ianya bukan kesalahan sy dan juga tidak menggunakan tuntutan insurans kereta sy. mohon penjelasan.
Rae
Mei 21, 2019 12:01 pmAnda perlu hantar kereta anda ke panel workshop yang syarikat insurans sahkan. Kemungkinan besar workshop tersebut bukan tetapi sejika ia adalah panel, anda perlu laporkan hal ini kepada syarikat insurans anda.
https://review.ibanding.my/industry/panel_repair_workshops
Sati
Mei 12, 2019 5:18 pmSaya nak Tanya kereta sy kemalangan,kereta waja tapi saya ubahsuai bodykit pakai evo10,boleh ke claim insurance..saya ambil insurance 1st part..
Rae
Mei 21, 2019 12:03 pmAdakah anda isytiharkan anda telah munukarkan bodykit semasa membeli/memperbaharui insurans anda? Anda perlu menghubungi syarikat insurans untuk mengesahkan ini.
Eya
Mei 25, 2019 1:46 amHai.. Sy nak tanya.. Kerata sy terlibat dalam kemalagan..dan dikira kan totalos,yang mandu kereta itu org lain, dn memandu tampa ke izinan sy.. sy dapati dia juge tidak memilik lesen.. Boleh ke sy membuat tuntutan kepada pihak insuran..insuran sy cuma 3party saja?? Ape sy perlu buat yea..??
Rae
Mei 27, 2019 9:18 pmAnda tidak akan dapat membuat tuntutan dengan third party insurance. Sekiranya anda ingin, anda boleh mendakwa pihak yang memandu kereta anda tanpa izin.
Din
Mei 31, 2019 5:05 amSalam nk tanya.. kalau kemalangan berlaku di kawasan parkir dlm bangunan contohnya shopping complex, boleh ke buat report polis dan tuntut ganti rugi dr syarikat insuran. Tkasih.
Rae
Jun 3, 2019 8:32 amYa, anda boleh buat sedemikian dan sekiranya anda dapat memperolehi rakaman cctv juga akan dapat membantu kes anda.
Norrie
Mei 31, 2019 11:49 pmNak tanya..saya excident tahun lepas..tapi baru dpt surat mahkamah tahun ni…excident sbb saya elak pokok tumbang tp sempat masuk lorong saya balik…tetiba de motor masuk lorong saya dn langgar depan kereta saya…adakah saya yang salah???kemalangan berlaku dlm lorong saya…ape yang perlu sy buat ??pergi mahkamah??
Rae
Jun 3, 2019 8:33 amMaaf kami tidak dapat membantu anda. Anda perlu mendapatkan nasihat dari peguam untuk kes anda.
Hazim
Jun 3, 2019 8:52 amNak tanya.. Saya menunggang motorsikal, kemudian berlaku kemalangan disebabkan jalan berlubang. Kemalangan tidak melibatkan kenderaan lain.. Adakah boleh saya claim insuran untuk kos perubatan..? Bagaimana pula dengan kos repair kerosakan motorsikal..? (COMPREHENSIVE)
Rae
Jun 5, 2019 1:18 pmIni tertakluk kepada syarikat insurans anda. Secara am, anda boleh tuntut untuk kerosakan motorsikal anda tetapi bukan untuk perubatan.
Hazim
Jun 3, 2019 9:02 amNak tanya.. Saya menunggang motorsikal. Kemudian berlaku kemalangan disebabkan jalan berlubang. Kemalangan tidak melibatkan kenderaan lain. Adakah boleh saya claim insuran untuk kos perubatan..?
Bagaimana pula dengan kos baiki motorsikal..? ( comprehensive )
Wann
Jun 3, 2019 8:55 pmKenderaan saya mempunyai kerosakan pada enjin dan perlu diovehol semua. Adakah insuran saya boleh dituntut. Saya mengunakan insuran first party.
Rae
Jun 5, 2019 1:22 pmTuntutan anda bergantung kepada bagaimana kerosakan tersebut berlaku.
Fara
Jun 4, 2019 4:09 pmBerapa lama panel insurance cover warranty untuk component yang di tukar?
Rae
Jun 8, 2019 10:59 amIni bergantung kepada syarikat insurans, jenis insurans serta coverage yang anda beli. Anda juga perlu pastikan sama ada component tersebut original atau tidak. Secara am, warranty adalah 3-6 bulan.
Enon
Jun 5, 2019 4:21 pmSaya memandu kenderaan milik kakak saya dan mengakibatkan kemalangan. 4 kenderaan lain yg terlibat dlm kemalangan tersebut claim insurans dengan saya. Jadi apabila adjuster insuran apa yg perlu saya lakukan bg claim total loss? Adakah kemalangan disebabkan oleh kesalahan saya akan menyebabkan saya gagal utk mendapatkan claim dari pihak insurans?
Rae
Jun 13, 2019 9:52 amKami memerlukan lebih banyak maklumat, oleh itu ia lebih baik untuk anda menghubungi ejen insurans anda. Secara am, Sekiranya kakak anda mempunyai insurans komprehensif, syarikat insurans akan membiayai kos kereta untuk membeli kereta baru dan juga kos pembaikian kereta-kereta lain. Sekiranya, nama anda tidak terterai sebagai pemandu dalam insurans tersebut, bayaran RM400 perlu dibuat.
M.Shamil Faiz
Jun 12, 2019 9:22 pmNak tanya , saya baru beli kereta tak sampai seminggu saya parking di kawasan parking di rumah saya, tayar dan rim kereta saya asal dari kilang hilang telah dicuri 2 biji. Report polis dah dibuat. Boleh kah saya claim nutuk kehilangan tersebut dari pihak insurance?
Rae
Jun 14, 2019 10:52 amAnda dapat membuat tuntutan sekiranya insurans anda adalah komprehensif.
Rozam
Jun 17, 2019 1:02 pmnak tanya… Saya telah perbaharui… Insuran kenderaan tapi tidak berkesempatan untuk buat pembaharuan cukai jalan road tax… Dan dalam tempoh tersebut.. Dan dalam tempoh tersebut kenderaan yang saya pandu terlibat dalam kemalangan…terbabas… Boleh kah saya menuntut insuran… Sedangkan road tax saya belum diperbaharui…
Rae
Jun 19, 2019 6:37 pmYa anda boleh membuat tuntutan.
Rin
Jun 19, 2019 7:44 pmBagaimana nak claim insurans kereta terbakar kalau besi2 kereta tu org curi dan jual?
Rae
Jun 21, 2019 9:12 pmAnda perlu membuat laporan polis serta-merta dan menghubungi syarikat insurans anda.
Darren
Jun 20, 2019 3:05 pmSalam sejahtera, nak tanya, kalau kenderaan yang accident yang mana pihak 1 mengaku kesalahan terlanggar dengan pihak 2, keluar dari tempat kejadian kiranya pihak 1 nak settle luar(bayat terus) dengan pihak 2, tapi beberapa jam kemudian pihak 1 berubah fikiran nak gunakan kaedah insuran macam mana tu ya?
Darren
Jun 20, 2019 3:17 pmSalam sejahtera, nak tanya, kenderaan yang accident yang mana pihak 1 mengaku kesalahan terlanggar dengan pihak 2 ingin settle luar(bayar terus), lalu keluar dari tempat kejadian, tapi beberapa jam kemudian pihak 1 berubah fikiran nak gunakan kaedah insuran kerana tidak mampu bayar macam mana tu ya ? Tolong ya..Belum habis 24 jam..baru2 jak ni..
Rae
Jun 21, 2019 8:30 pmKedua-dua pihak perlu membuat laporan polis dengan kereta terlibat. Pihak polis perlu mengambil gambar kereta tersebut sebagai bukti. Selepas itu, anda perlu menghubungi ejen atau syarikat insurans anda. Sekiranya anda mempunyai ejen, biar ejen tersebut mengambil alih untuk mengendalikan hal ini untuk anda.
Fazli
Julai 5, 2019 7:43 pmKereta rosak dihempap pokok, boleh ke kita tuntut dengan pemilik jalan, kalau boleh bagaimana caranya
luke
Julai 10, 2019 12:47 amAnda patut mendapatkan peguam untuk mengendalikan kes ini.
Is
Julai 14, 2019 7:46 pmBagaimana kalau…
Pemandu kedua tidak diinsurankan, kemudian berlaku kemalangan (kereta dilanggar org org lain), adakah masih boleh claim insuran pihak yg melanggar?
luke
Julai 19, 2019 5:25 pmIni sukar dipastikan tanpa mengetahui lebih lanjut. Tapi anda boleh mendapat bantuan di http://www.kamibantu.org. Secara am, anda boleh membuat tuntutan dengan MIB. https://ibanding.com.my/accident-with-uninsured-driver-motor-insurers-bureau-mib-can-help/
Rae
Julai 26, 2019 4:11 amMaaf kami tidak dapat bantu anda tanpa lebih maklumat lanjut. Anda boleh mendapat bantuan atau nasihat melalui https://www.kamibantu.org. Terdapat ejen insurans yang layak sedia membantu.
Faiz
Julai 22, 2019 8:29 pmAssalam, saya mengalami kemalangan yang agak serius. Mengikut pihak bengkel, kereta berkemungkinan total loss dan mereka meminta saya untuk menjelaskan bayaran towing sebab kereta total loss. Sedangkan sewaktu saya menghubungi pihak insurans untuk towing, mereka menyatakan tiada bayaran akan dikenakan. Adakah benar saya perlu melunaskan bayaran towing disebabkan kereta saya total loss?
Rae
Julai 26, 2019 9:37 pmApakah jenis insurans atau takaful yang anda ada? Sekiranya insurans anda adalah komprehensif, kebanyakan syarikat akan membayar untuk towing.
Sekiranya syariakt anda menyatakan tiada bayaran towing akan dikenakan, sila rujuk mereke kepada bengkel anda. Anda juga perlu memastikan bengkel tersebut adalah panel untuk syarikat insurans anda. Anda boleh mendapat bantuan lebih lanjut di https://www.kamibantu.org
Scott
Julai 31, 2019 9:38 pmSaya membeli kenderaan pacuan 4 roda pada Jan’18, dan kenderaan tersebut rosak secara major selepas 6 bulan daripada tarikh pembelian dan telah dihantar ke pusat servis utk claim warranty.
Kenderaan tersebut telah berada di
pusat servis berkenaan pd jangkamasa 1-2 bulan drpd tarikh kerosakan dan setelah itu, kenderaan tersebut selesai diperbaiki dgn claim warranty.
Selang beberapa bulan, kenderaan tersebut bemasalah lagi dan sekali lagi dihantar ke pusat servis berkenaan utk claim warranty. Kenderaan tersebut juga memerlukan jangkamasa lama utk
dibaiki disebabkan ketiadaan stok alat ganti dan selepas 2 bulan kenderaan tersebut diserahkan kpd kami setelah dibaiki.
Kurang lebih 6 bulan selepas kerosakan kali kedua, kenderaan tersebut rosak lagi utk kali yg ketiga. Dalam tempoh 1 tahun 6 bulan, kenderaan baru ini harus menempuh 3 kali proses pembaikan yg memakan masa lebih kurang 5-6 bulan tersimpan di pusat servis.
Adakah kami layak untuk mendapatkan gantirugi daripada syarikat insuran?
Apakah insuran dpt membantu bagi jenis kerosakan begini ?
Mohon pencerahan
Sekian terima kasih.
Rae
Ogos 1, 2019 3:57 amInsurans tidak dapat membantu kerosakan begini. Insurans adalah cuma untuk kerosakan dari kemalangan ataupun hilang dicuri. Untuk kes anda, anda kemungkinan perlu bantuan dari peguam kerana kerosakan ini adalah kerosakan dari kilang.
syed azman
September 3, 2019 12:19 pmKenderaan saya dan beberapa kenderaan lain dilanggar oleh pemandu mabuk (positif). Semua kenderaan dilanggar di kawasan parkir kawasan apartment. Bagaimana tuntutan insuran keatas pemandu yang positif mabuk boleh dilakukan serta apakah pilihan lain untuk menuntut gantirugi jika pelaku tidah dapat membayar secara tunai.
Rae
September 4, 2019 7:34 pmSekiranya pemandu tersebut tidak mampu bayar gantirugi sendiri, anda boleh membuat tuntutan dari syarikat insurans pemandu tersebut. Anda perlu mempunyai butiran seperti nombor kereta tersebut serta membuat laporan polis.
Wahab
September 25, 2019 1:12 amAssalamualaikum, sekiranya road tax kenderaan tamat tempoh dan di parking halaman rumah tetapi dilanggar oleh kenderaan lain bagaimana penyelesaian
Rae
September 27, 2019 4:50 amSekiranya anda telah membuat laporan polis, anda boleh tuntut dari insurans pihak yang langgar kereta anda.
lan
September 29, 2019 12:57 amslm, kalau moto xde rotax xde insurans dicuri.. buat report polis, dan pencuri dpt dikesan dan ditangkap.. kalau kes camni macammna tuan? moto jumpa tp dah xcomplete sbb ada part yg telah dijual oleh pencuri.. terima kasih
Rae
Oktober 9, 2019 5:55 amAnda boleh mandakwa pencuri tersebut untuk mendapatkan pampasan. Anda perlu mendapatkan bantuan peguam ataupun dari claims advisor dari http://www.kamibantu.org dengan bayaran minimal 10% dari pampasan anda.
Alieya
Oktober 3, 2019 9:38 amKereta dipandu oleh orang lain. Bukan owner yg pandu. Dan dilanggar dia bhgian belakang kereta. Repot Polis dah di buat . Bolehkan pihak kami menuntut insurance tanpa pengetahuan owner
Rae
Oktober 9, 2019 5:56 amOwner akan tahu kerana pampasan akan dibayar oleh syarikat insurans ke bank owner tersebut.
Zam
Oktober 11, 2019 7:34 pmLori langgar saya yang menaiki motor dan mmg lori tu salah tetapi motor saya tiada cukai jalan dan insuran. Bagaimana ye?
Rae
Oktober 14, 2019 4:06 amAdakah anda mempunyai insurans lain? Adakan anda mempunyai informasi pemandu lori tersebut?
ema
Oktober 12, 2019 8:48 amAssalammualaikum.
Kenderaan xde roadtax d parking di shopping complex dan dilanggar oleh lori sampah(lori tersebut bergerak sendiri kerana keadaan kenderaan tersebut d tempat y agak curam dan kebarangkalian handbrake jatuh). Report dah dibuat. So bagaimana tuntutan perlu dibuat dan bolehkah claim pampasan dr syarikat lori sampah tersebut.
Rae
Oktober 14, 2019 4:07 amAnda boleh claim pampasan dari insurans lori tersebut.
afif
November 10, 2019 10:26 pmkalau kereta kena calar dengan orang, boleh ke claim insurance? kena ade report polis jugak ke?
Rae
November 15, 2019 7:59 pmYa anda boleh membuat tuntutan tersebut tetapi anda akan kehilangan NCD anda.
Julina
November 13, 2019 8:21 amAnak sy kemalangan dan mengalami patah kaki..kereta atas nama ayah sy..nama anak sy ada sbg pemandu pertama dlm insurans tersebut..adakah anak saya layak mendapat pampasan sbb kaki patah dr insurans kereta tu
Rae
November 15, 2019 8:00 pmYa anda boleh membuat tuntutan dari pihak yang bersalah.
Asyraf
November 18, 2019 10:41 pmHi, saya nak bertanya, harini kereta saya breakdown secara tiba tiba and bukan masalah bateri. Saya mengesyaki masalah fuel pump and fuel tank saya kerana saya isi minyak tapi indicator minyak tak naik. Setelah saya call bengkel and cuba quote harga untuk tukar parts, ianya agak mahal. Saya memiliki insurance comprehensif first party, jadi bolehkah saya nak claim dari pihak insurance walaupun kereta saya breakdown bukan berpunca dari kemalangan ataupun bencana alam. Terima kasih
Rae
November 28, 2019 3:56 amKerosakan sedemikian tidak diliputi oleh insurans komprehensif oleh itu anda perlu membiayai pembaikian.
ariff
Disember 30, 2019 9:35 amassalam. nak tnya jika sy memandu kenderaan yg roadtax mati & kenderaan berkenaan bukan milik sy kemudian berlaku kemalangan. kemalangan melibatkan 4 kenderaan, sy adalh kenderaan akhir sekali. bila pergi buat report sy dan 2 lagi kenderaan dihadapan sy kene saman. soalan sy. bolehkah kenderaan dihadapan sy yg kene saman jugak claim insuran ats kenderaan yg sy bawa dlam keadaan kenderaan sy mati roadtax?
Rae
Januari 9, 2020 6:10 amIni bergantung kepada laporan polis anda. Selalunya kemalangan yang melibatkan banyak kereta, tuntutan akan dibuat dari insurans individu sendiri.
siva
Januari 8, 2020 2:51 pmkalau pemandu yg langgar belakang tidak membuat laporan polis dan berada diluar negera tetapi tuan punya kereta/suami datang untuk membuat report boleh ke kita claim pihak ke tiga
Rae
Januari 9, 2020 6:12 amTuntutan boleh dibuat bergantung kepada apa yang tertera dalam laporan polis, bukan bergantung kepada siapa yang laporkan. Sekiranya kedua-dua laporan tidak bercanggah dan menunjukkan pihak tersebut yang bersalah, anda tidak akan menghadapi masalah dalam tuntutan tersebut.
Ayu
Januari 21, 2020 8:22 amHai…ayah saya warga emas….d langgar kereta hingga meninggal dunia…tp pihak insurans kereta yg langgar ayah kata insurans tak cover warga emas….btol ke mcm tu….warga emas pon manusia juga kot….bkn binatang boleh d langgar sesuka hati….
Rae
Januari 27, 2020 7:40 pmKami minta maaf atas kesulitan anda. Kami tidak dapat menasihatkan anda tanpa sebarang rujukan. Anda boleh hubungi kami dengan lebih lanjut di kamibantu.com.my.
Jo
Januari 26, 2020 10:46 amAssalamualaikum, bru2 ni sy ada kemalangan dan menbabitkan tiga bijik kereta dan sy brda di blkg, dan cukai jln sy tmt tempoh mcn mne ya sy nk clim, laporan polis telah buat, adakah sy harus byar gatin rugi smua??
Rae
Januari 30, 2020 4:16 amIni bergantung kepada sekiranya insurans anda telah tamat tempoh pada masa kejadian. Sekiranya sudah tamat, anda harus bayar ganti semua. Anda juga akan didenda kerana cukai jalan yang sudah tamat tempoh.
lan
Februari 7, 2020 10:19 amSalam,
Saya ada satu soalan. Bagaimana jika motor yang saya pinjam dari kawan dicuri didepan rumah. Adakah ia dilindungi dibawah insurans? walaupun motor bukan milik saya. Terima kasih
Lan
Rae
Februari 11, 2020 6:25 amYa sekiranya insurans pemilik motor adalah komprehensif atau TPFT. Pemilik motor tersebut perlu membuat laporan tersebut dan membuat tuntutan dari syarikat insurans beliau.
Nas
Februari 14, 2020 2:40 amNk tnye bos..kalau kereta kita melanggar kereta org..kita blh claim atas insuran kita kedua2 kereta yg rosak ke?or kenderaan kita kita kne baiki kos sendri?
Rae
Februari 14, 2020 6:58 pmAnda boleh buat tuntutan tersebut untuk kereta pihak lain dan kereta sendiri, anda akan kehilangan NCD anda.
Mat
Februari 19, 2020 4:51 pmAssalam tuan..kalau saya tiada lesen tp langgar kereta orang..adakah org itu boleh claim kerosakan kereta dia keatas kereta saya..tq..
Rae
Februari 22, 2020 3:26 amYa, pihak tersebut berhak buat tuntutan dari insurans anda.
Zainun
Februari 25, 2020 4:31 pmPads Bulan Mei 2019 saya terlibat dlm kemalangan jalanraya yg mana kenderaan saya rosak teruk akibat merempuh objek bas perdagangan yg kemalangan dihadapan. Pihak insuran tidak bayar kerosakan keseluruhan kos kerugian dan selebihnya saya yg terpaksa menanggung kos kerosakan membaiki kenderaan. Persoalannya pihak insuran lepas tangan dan pihak bas yg bersalah tidak ambil tahu dan bagaimana caranya utk tuntut ganti rugi dengan pihak bas terbabit?
Quya
April 7, 2020 4:09 pmHi tuan, sy ada persoalan jika kenderaan hilang dicuri bolehkah kita claim insurance? insurance masih active tetapi roadtax sudah expired.
Rae
April 26, 2020 3:10 pmYa, anda masih boleh claim.
Rubestar
April 24, 2020 8:54 amkalau pemandu kereta meninggal dunia semasa kemalangan ..adalah warisnya sambung bayar atau kereta tersebut dilidungi insuran tidak perlu bayar
Rae
Mei 6, 2020 2:26 amKereta tersebut dilindungi insurans.
Farnim
Mei 5, 2020 5:21 pmHi tuan, saya ada persoalan
Pada tarikh 2/5/2020 ada sebuah kontena difahamkan membawa pokok di tepi jalan yang jatuh diatasnya lalu dia memandu lebih kurang 200-300 meter sehingga mengakibatkan kerosakan kepada kereta awam yang berada di parking lot tepi jalan tanpa dia sedari. Sebagai pemilik kereta yang rosak yang disebabkan oleh kecuaian pemandu lori tersebut bolehkah kita claim kat atas insurance lorry tersebut?. Untuk makluman tuan, saya telah mendapat no plate lorry tersebut, alamat company, no telefon and IC pemandu.
Rae
Mei 26, 2020 12:35 amYa anda boleh membuat tuntutan tersebut (third party).
Misz suha
Mac 23, 2021 8:59 pmSaya nak tanya,kereta pakcik saya terlibat dalam satu kemalangan dengan pemandu yang tiada lesen..laporan polis telah dibuat oleh kedua-dua belah pihak,didapati pemandu tersebut bersalah..apabila pakcik saya call pihak insuran untuk buat tuntutan kepada pihak ketiga yang telah melanggar kereta pakcik saya,pihak insuran memberitahu yg pakcik saya tidak dapat tuntut insuran pihak ketiga kerana pihak ketiga tiada lesen..skiranya kereta pakcik didapati total lost..adakah hanya insuran pakcik saya sahaja yang dapat dituntut untuk kereta dia yg total lost..macam mna dengan pihak ketiga,sedangkan pihak ketiga yang mengakibatkan kemalangan..kalau nak tuntut insuran kedua2 insuran utk cover kerugian pakcik saya
Justine
Mac 28, 2021 4:18 pmSekiranya semua maklumat anda betul, syarikat insurans parti lain perlu membayar, tidak mengambil kira sama ada kerugian total atau tidak. Sekiranya pakcik anda mempunyai insurans yang komprehensif, maka pakcik anda harus membuat tuntutan di bawah “Tiada kesalahan” dengan syarikat insuransnya sendiri. Syarikat insurans pakcik anda akan mengurus semuanya dan dia tidak akan kehilangan NCD-nya. Inilah kelebihan insurans komprehensif. Sekiranya pakcik anda mempunyai insurans TPFT atau Pihak Ketiga, maka pakcik anda perlu membuat tuntutan itu dengan sendiri. Dia juga harus menghubungi seorang peguam untuk menentukan sama ada kes itu wajar diselesaikan.
Ani
Mei 22, 2020 11:58 amHi,
Encik nak tanye..
Motor atas nama saye terlibat excident, dipandu orang lain yang tak mempunyai lesen.
Boleh tak saya claim insurans atas name saye atas kerosakan motor tersebut? Saye mempunyai lesen sah.
Adzly
Mei 29, 2020 3:03 amInsuran saya third party..kereta saya di langgar dari belakang dan saya telah buat laporan polis yg melanggar pn telah akui kesalahannya dan membaiki kereta saya mengguna kan insurannya..tetapi yg peliknya knpa pihak workshop berkata saya perlu tanggung kos bayaran kemudian claim semula insuran yg langgar kereta saya..adakah syaratnya polisi insuran macam tu?
Rae
Jun 11, 2020 9:58 pmadakah workshop yang and hantar itu panel syarikat insurans? Jika tidak, anda perlu bayar dahulu.
.
Atie
Jun 14, 2020 1:13 amHai..andai kereta kemalangan dan total dah x bleh diguna..adakah baki pinjaman tersebut perlu dibayar atau ada solusi lain?
Rae
Julai 5, 2020 3:21 amAnda boleh hubungi bank anda mengenai total loss. Anda boleh gunakan wang tuntutan anda untuk bayar pinjaman anda.
pian
Jun 20, 2020 11:55 pmsaya menaiki kereta isteri saya dan terlanggar moto tetapi moto tersebut insuran telah tamat tempoh bleh moto tersebut claim insuran kereta isteri saya
Rae
Julai 5, 2020 3:23 amYa, pihak tersebut boleh membuat tuntutan tersebut.
Nurul
Jun 23, 2020 12:30 pmKereta suami saya telah dilanggar oleh sebuah motor pada sebelah kanan bahagian belakang pintu pemandu. Insurans kereta suami third party insurans. Bagaimana nak tuntut kerugian akibat kemalangan ini? Blh tak tuntut untuk kehilangan penggunaan kereta? berapa limit tuntutan?
Rae
Julai 5, 2020 3:24 amSekiranya laporan polis menyatakan bahawa ia adalah 100% kesalahan motorsikal, anda boleh membuat tuntutan dari insurans pihak tersebut. Anda perlu menghubungi syarikat insurans pihak tersebut untuk membuat tuntutan.
Frank
Julai 8, 2020 4:02 pmHello Admin nak tanya,
Kereta saya terlanggar bas Rapid, kalau saya ta kclaim insurance tapi bas yang claim insurance saya, adakah saya akan kehilangan NCD? Perlu ke saya claim insurance juga sekali?
Rae
Julai 28, 2020 7:17 pmYa, anda boleh boleh sedemikian tetapi anda akan kehilangan NCD anda.
Rose
Julai 25, 2020 9:54 amHai Saya accident langgar pokok, tapi insuran yang Saya bayar lebih rendah dari market value. Bengkel maklumkan Saya perlu menanggung sebahagian bayaran. Adakah perkara ini betul.
Rae
Ogos 6, 2020 11:41 pmYa, ini benar. Ini digelar ‘under insurance’. Anda terpaksa tanggung sebahagian bayaran tersebut. Lebih baik anda membeli insurans anda dalam agreed value.
Md Shah
Julai 27, 2020 1:48 pmKereta saya hilang semasa digunakan oleh orang lain.Saya juga tidak dimaklumkan kehilangan tersebut.Saya dapat tahu kehilangan kereta tersebut setelah setahun berlalu. Adakah saya layak claim insurance?
Rae
Ogos 6, 2020 11:42 pmIni bergantung kepada banyak butiran. Anda boleh mendapatkan lebih nasihat dari ‘claims experts’ di https://kamibantu.com.my/
Md Shah
Julai 27, 2020 2:26 pmKereta saya hilang semasa digunakan orang lain.Laporan polis dibuat oleh pengguna tersebut tetapi dia tidak memaklumkan kepada saya kehilangan tersebut, sehingga lah setahun berlalu baru saya dapat maklumat tentang kehilangan tersebut.Layak kah saya membuat tuntutan insuran?
ahmad
Ogos 9, 2020 2:41 pmsaya ingin bertanya jika tahun kenderaan di dalam geran 2007 dan dalam covernote insuran 2004. adakah saya boleh klim insuran tersebut ataupon pihak ketiga boleh klim insuran tersebut?
Rafhael
Ogos 10, 2020 3:14 pmAssalammualaikum , maaf bertanya . saya nak tanya tentang pembayaran kereta apabila penama telah meninggal dunia ? adakah lebihan bayaran kereta akan ditanggung oleh insuran ?
Rae
Ogos 26, 2020 4:32 pmIni bergantung kepada jenis insurans. Kami tidak dapat menasihati anda tanpa mengetahui jenis insurans tersebut.
Muhammad
September 21, 2020 10:54 amHi Support ,
Saya ingin menanyakan jika stereng saya airbags meletup secara tiba-tiba bole saya membuat tuntutan?
Muhammad
September 21, 2020 10:59 amHi ,
JIKA STERENG KERETA SAYA AIRBAGS PECAH DAN SAYA INGIN MEMBUAT TUNTUTAN , APAKAH IANYA BOLEH MENGIKUT POLISI?
Rae
November 13, 2020 3:48 pmSekiranya kereta anda masih mempunyai waranti, anda boleh menghubungi penjual kereta atau manufacturer.
pak leman
Oktober 11, 2020 9:43 amjika kenderaan sudah di ubahsuai enjin,turbo, sportrim besar body sebagainya.dan jika kemalangan boleh ke kenderaan itu klaim insuran?
tolong email sy setelah anda membalas. sy mahu tahu jawapan nya. TQ
Rae
November 13, 2020 3:46 pmYa anda masih boleh membuat tuntutan.
Masuan
Oktober 15, 2020 3:19 pmAsalam Tuan/Puan,sedikit pertanyaan,anak saya dan rakannya kemalangan motorsikal,rakan anak saya tidak mempunyai lesen dan motorsikalnya tidak mempunyai cukai jalan dan Insuran,anak saya juga tidak mempunyai lesen tetapi motorsikal yang ditunggangnya kepunyaan saya dan mempunyai cukai dan insuran first party dan rakan anak saya telah jadi oku sedangkan anak saya alami kecederaan ringan. Pertanyaannya adalah, pihak keluarga melalui peguamnya membuat banyak tuntutan seumur hidup melalui makamah utk anaknya yang oku dan menyebabkan saya teramat risau.Jadi adakah saya perlu membayar semua tuntutan tersebut ?.atau pihak insuran,sedangkan Saya juga tidak mampu untuk membayarnya..sekian,tuan/puan t.kasih.
Rae
November 13, 2020 3:45 pmAnda perlu menghubungi peguam untuk mendapatkan jawapan yang anda perlu. Kami minta maaf atas kesulitan anda.
alfrid jamait
November 9, 2020 10:58 amsalam sejahtera.untuk kenderaan yang ubah suai enjin cc sama tanpa berdafter.adakah itu menjejaskan apabila claim insurance dan jika ya.adakah kerosakn yang tidak melibatkan bahagian enjin turut terjejas.
Justine
Disember 16, 2020 9:22 amYa, boleh. Anda perlu menghubungi syarikat yang berkenaan untuk mendapat keterangan lanjut mengenai bagaimana mereka menangani perkara ini.
Azizi
November 13, 2020 10:22 pmAdakah insuran akan cover akibat kemalangan jikalau perlindungan insuran masih aktif tetapi roadtax telah tamat.
Justine
Disember 16, 2020 9:21 amYa.
Rosnani Binti Bakar
Disember 2, 2020 11:57 pmKereta saya calar akibat perbuatan khianat.Boleh claim insurans?
Justine
Disember 16, 2020 9:17 amYa, jika anda mempunyai insurans/takaful komprehensif tetapi anda akan kehilangan diskaun NCD anda.
Red
Disember 20, 2020 3:00 pmJika tinggal di PPR ada org khianat membakar motor org lain tapi motor anda turut rebakar ada di cover insurans
Justine
Disember 21, 2020 3:57 pmYa, beberapa insurans motosikal seperti komprehensif dan TPFT akan melindungi kerosakan kebakaran.
Abdul Malek Bin Bujang
Disember 27, 2020 9:17 pmSekiranya kenderaan pecah Di bahagian harapan terlanggar anjing, adakah layak pampasan or bayaran insuran
Justine
Disember 28, 2020 4:08 pmAnda boleh membuat tuntutan daripada syarikat insurans anda sekiranya anda telah membeli insurans komprehensif. Anda akan kehilangan NCD anda.
Amizan
Januari 28, 2021 6:38 amSalam sejahtera, Jika Insuran kereta 3rd party, bolehkah membuat tuntutan Insuran utk baik pulih kereta? Kerosakan kereta akibat terkena sepihan kaca tingkap jatuh ke bawah tempat letak kereta perumahan dari rumah Pangsapuri terbakar
Justine
Januari 30, 2021 4:15 pmAnda boleh menuntut insurans untuk ganti rugi jika kenderaan adalah milik anda dan pelan insurans juga didaftar menggunakan nama anda. Jika anda merupakan pihak ketiga dan tidak memiliki kenderaan tersebut, anda tidak boleh menuntut insurans untuk ganti rugi.
Izwan
Februari 3, 2021 8:39 pmHai admin saya nk bertanya untuk kes saya kereta saya dipandu oleh kawan berbangsa lain kemudian mengalami kemalangan. Sekarang isu nyer tuntutan claim daripada pihak insurans masih belum selesai pihak insurans memaklumkan dia akan menjalankan siasatan kaitan antara owner dan kawan tersebut. Adakah mmg prosedur begitu sedangkan insurans tersebut telah dibuat all riders (all excess claim) maknanya siapa2 saja boleh memandu walaupun bukan nama di policy. Mohon pencerahan admin
Justine
Februari 7, 2021 9:32 amHai, anda salah memahami “All excess claim” dengan klausa insurans “All unnamed driver”. Ia tidak sama. Sekiranya polisi insurans anda tidak termasuk “All unnamed driver” ataupun anda tidak memasukkan nama rakan anda dalam polisi insurans sebagai “Named Driver”, maka insurans anda boleh menyiasat. Syarikat insurans akan tetap membayar tuntutan tersebut, tetapi anda akan membayar penalti kerana membenarkan orang lain memandu kereta anda.
Tengku solehah
Mac 13, 2021 11:22 amSaya nak tanya. Pada tahun pertama saya membeli kereta, saya pernah kemalangan dengan sebuah motosikal. Bagaimana saya nak tahu sama ada menunggang motosikal itu telah terima tuntutan ganti rugi untuk dirinya atau belum.? Sebab sampai sekarang saya masih belum terima panggilan dari pihak insuran keputusan nya. Kejadian berlaku pada 2013.kira masih dalam tahun pertama saya beli kereta..tolong email saya ya untuk bagi jawapannya. T. Kasih
Justine
Mac 17, 2021 10:20 amAnda boleh menghubungi syarikat insurans anda untuk mengetahui sama ada tuntutan telah dibuat atau dibayar.
Azam
Mac 16, 2021 9:35 pmSy memandu lori dan terjadi pelanggaran dengan teksi dimana situasi kemalangan adalah berpunca daripada penumpang teksi membuka pintu penumpang belakang tanpa menyedari lori sy ada disebelah yg mengakibatkan geseran antara badan Lori dan pintu teksi terbabit.apa tindakan yg perlu sy ambil jika teksi ingin buat tuntutan insurans pada lori sy.
Justine
Mac 17, 2021 3:28 pmDaripada keterangan anda, penumpang pemandu teksi itu bersalah. Anda harus membuat laporan polis dan laporan tersebut perlu menyatakan bahawa kes ini adalah kesalahan penumpang pemandu teksi. Dengan bukti ini, anda mungkin boleh mempertahankan diri daripada tuntutan pemandu teksi dan anda tidak akan kehilangan NCD.
Azhar
Mac 17, 2021 1:34 pmHi Tuan/ Puan,
Saya telah terlanggar belakang sebuah kereta yang berhenti secara mengejut pada awal tahun 2020.
Laporan polis telah dibuat oleh kedua-dua pihak yg terlibat dan tuntutan insurans berkaitan telah dilakukan.
Selepas setahun kejadian, pihak yang dilanggar telah mengupah peguam untuk menuntut bayaran pampasan ke atas penumpang bawah umur yang berada di dalam kenderaan yang dilanggar tersebut. Writ tuntutan telah dikeluarkan ke atas saya dan pihak insurans kenderaan saya. Dalam kes sebegini, adakah tuntutan plaintif akan dibayar oleh pihak insurans kenderaan saya atau saya sendiri yang perlu membayar tuntutan tersebut?
Justine
Mac 17, 2021 4:11 pmSyarikat insurans anda akan menangani perkara ini dan jika perlu membayar tuntutan tersebut, kerana situasi ini masih berada di bawah perlindungan insurans Pihak Ketiga anda.
AHMAD AMSYAR BIN ABD HALIM
Mac 27, 2021 1:34 pmsalam,saya naj bertanya.adik saya baru terlibat dalam kemalangan.dia menunggang motosikal.dalam kejadian dia melanggar sebuah kereta di traffic light.pemandu kereta kata dia betul sebab lampu sudah bertukar kepada hujau untuk dia jalan.saya nak tanya.sekiranya adik saya(penunggang motosikal) bersalah.adakah pihak insurans dapat menanggung kos baik pulih kereta tersebut? dan adakah insurans akan menanggung kos baik pulih motosikal adik saya?
Justine
Mac 30, 2021 10:20 amSoalan pertama: Adik anda perlu membuat laporan polis. Pihak polis akan menentukan siapa yang bersalah. Syarikat insurans boleh menanggung kos pembaikan.
Soalan kedua: Ini bergantung pada jenis insurans yang dimiliki oleh adik anda. Insurans komprehensif akan membayar untuk membaiki motosikal tersebut.
Kimi
April 5, 2021 4:45 pmHi Tuan/Puan.
Pada 6 tahun lepas, saya telah kemalangan dengan kenderaan polis. Kenderaan yg dibawa adalah milik abang saya, saya telah membayar excess fee 400 kpda pihak ins utk membuat tuntutan membaiki kenderaan abg saya…dan sekarang selepas 6tahun baru pihak kerajaan membuat tuntutan baiki kerosakan kenderaan polis tersebut. Adakah pihak ins akan membayar tuntutan tersebut kerana saya bukan penama didalam ins kereta abg saya?
Justine
April 7, 2021 10:43 amPihak polis perlu membuat tuntutan terhadap syarikat insurans kenderaan abang anda.
ZIAH
April 6, 2021 5:04 pmSaya nak tanya, kereta saya sudah terlibat dalam kemalangan pada disember 2020 & total lost. Tetapi baru-baru ni saya mendapat 1 mesej untuk meminta saya pergi ke JPJ untuk membuat pertukaran nama. apa yang patut saya lakukan?
Justine
April 21, 2021 1:42 pmAnda harus menghubungi syarikat insurans anda untuk menjelaskan. Sekiranya syarikat insurans telah membayar anda untuk jumlah kerugian, maka syarikat insurans akan menjadi pemilik kereta lama anda.
Yazer
April 15, 2021 5:16 pmSelamat petang Tuan. Untuk makluman 25 Feb 2021 kereta saya terlibat dgn kemalangan dgn sebuah lori dan saya terbabas ke tepi jalan (penghadang jalan). Lori tersebut tidak berhenti dan saya tidak dapat mengambil butiran lori tersebut. Saya dapati tayar hadapan bahagian kiri pecah, bumper depan,fender kiri, kanan, pintu bahagian kiri mengalami kerosakan. Dan saya telah menyerahkan kereta kepada pihak insurans untuk tuntutan.pada hari ini 15 April 2021 saya telah terima panggilan drpd seseorang mengatakan dari pihak bengkel, dan meminta saya membayar harga cat Rm800..Kenapakah perkara ini berlaku sedangkan saya serah kepada pihak insurans dan kereta saya dilindungi insurans.! Minta Tuan memberi keterangan isu ini samada itu amalan atau rutin pihak bengkel tersebut?
Justine
April 21, 2021 1:45 pmAnda perlu menghubungi ejen insurans atau syarikat insurans anda untuk mendengar penjelasan mereka. Sekiranya kos cat berkaitan dengan kemalangan, maka syarikat insurans akan membayarnya. Walaubagaimanapun, ada sesuatu yang disebut ‘penambahbaikan’ ataupun ‘betterment’ dan anda akan membayar sendiri. Betterment bermaksud bahawa kereta anda berada dalam keadaan lebih baik selepas pembaikan daripada sebelum kemalangan. Beberapa syarikat insurans tidak akan menanggungnya sehingga anda perlu membayar sendiri.
Lan
April 27, 2021 11:24 amJika saya memindahkan NCD ke kenderaan baharu sedangkan insyuran kenderaan asal belum tamat tempoh, adakah kereta asal masih dilindungi insyuran?
Justine
April 28, 2021 7:26 pmYa masih dilindungi, tetapi syarikat insurans asal akan meminta untuk bayar NCD yang dipindahkan.
Rifaei
April 30, 2021 2:14 pmKalau tak sure siapa langgat siapa, tapi sorang darinya meninggal, boleh ke keluarga simati tuntut insurans tanpa melalui mahkamah..?
Justine
Mei 12, 2021 9:38 pmPerkara ini bergantung kepada polisi insurans. Sebilangan polisi insurans membayar sekiranya berlaku kematian. Tidak kira siapa yang bersalah, biasanya anda tidak perlu menuntut melalui mahkamah. Pihak tersebut perlu menyemak polisi insurans mereka dengan ejen insurans mereka.
dania
September 17, 2021 9:53 pmhye.nak tanya kalau kenderaan dilanggar trailer..dan dibawa ke proton.tapi proton bagi tahu walaupon claim under insurance trailer still akn kacau ncd kereta saya..betul ke?
aika
Oktober 9, 2021 12:45 amhi..klu kemalangan sbb tayar pecah sendiri, blh claim ke? dan andai brlaku kematian (contoh hilang kawalan sbb tayar pecah) mcm mne, blh claim jugak ke?
Airie
November 13, 2021 8:31 amSalam nak tanya , kalau saya kemalangan dengan motosikal , yang langgar terus blakang saya dan moto saya tiada lesen dan roadtax tapi moto yg langgar saya tu ada ada roadtax dan insuran takaful . Dia tak boleh claim insuran atas saya kan ? Saya boleh claim insuran atas dia yang langgar saya kan , saya hanya akan dikenakan saman dan saya boleh jalan kes tuntutan kan begitu ke? Betul tak.
Justine
November 29, 2021 5:44 pmSukar untuk dikatakan daripada penerangan anda dan ia juga bergantung kepada laporan polis. Kami mencadangkan anda menghubungi ejen insurans anda atau syarikat secara terus untuk menjelaskan kes khusus anda. Jika terdapat kecederaan pada badan, anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk mengambil peguam untuk membuat tuntutan anda.
Abdullahsani
Disember 15, 2021 1:22 amJika kereta dilangar masa diletakkan di petak parking..boleh tak cllaim insurance..tak tahu siapa yg langgar…di. Petak parking perumahan
Justine
Januari 20, 2022 11:14 pmJika anda mempunyai insurans komprehensif, maka ya.
Azrul Nizam
Februari 6, 2022 3:30 pmSelamat ptg dn salam sejahtera. Saya nak tanya 3 hari lepas saya kemalangan elak dari anjing lintas dan terbabas. Motosikal mengalami bnyak kerisakan juga. Dan saya juga mengalami kecederaan patah bahu kanan. Dan masih ddirawat dirumah. Atas nasihat doktor.9hb 2 kena pergi hospital lagi nk kena buat radiologi . Ada kah saya boleh claim insyuren untuk repair kerosakan moto yg dialami. Motor baru saja beli. Bulan² pun baru bayar sekali ada lg 4 tahun lagi. Moto baru dah tentu insyuren pn 1st party. Cuba bg cadangan mcmana
Justine
Mei 31, 2022 7:24 pmAnda boleh menuntut untuk pembaikan, jika anda telah membeli insurans komprehensif.
fiza
April 4, 2022 6:09 pmKereta dilane sebelah accident and langgar tiang lampu.
Tiang lampu jatuh ke atas kereta saya di lane bertentangan. kereta saya kemek. cermin retak.
Kereta yang accident tu tiada road tax.
Takkan saya nak guna NCD sendiri?
Justine
Mei 31, 2022 7:26 pmTidak, jika syarikat insurans lain membayar tuntutan itu.