Categories: Insurans Kereta

7 Situasi Malang yang Tidak Dilindungi Insurans Kenderaan Anda

Ramai di kalangan kita yang beranggapan kita sudah selamat dengan adanya takaful kenderaan. Tanggapan itu salah. Sebenarnya banyak situasi yang mungkin kita rasakan dilindungi polisi tetapi sebenarnya tidak. Di sini kami senaraikan 7 contoh situasi sedemikian. Berapa banyak kah yang tidak anda ketahui sebelum ini?

7 situasi yang tidak dilindungi insurans kenderaan:

 

Car damaged during riot? Not covered.

 

No. 7: Kerosakan akibat rusuhan

Segala kerosakan terhadap kenderaan anda yang disebabkan oleh rusuhan dan perbalahan tidak dilindungi polisi insurans. Perkara ini tidak lah merisaukan sangat kerana di Malaysia kurang berlaku keadaan seperti ini. Walau bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, semakin banyak pula perhimpunan yang diadakan di kota-raya. Kita masih bernasib-baik kerana tidak banyak berlaku kerosakan harta-benda. Tetapi jika anda khuatir, terdapat polisi tambahan yang boleh didapati untuk lindungi kenderaan anda akibat situasi sebegini.

Fancy accessories? Not covered.

 

No. 6: Aksesori selepas jualan

Ini termasuklah sport rims dan alat stereo yang canggih yang bukan dipasang bersama kenderaan yang dibeli. Jika berlaku kecurian ke atas peralatan ini, polisi insurans kenderaan anda tidak akan membayar ganti-rugi kepada anda. Jadi, jika anda telah banyak berbelanja ke atas aksesori kereta anda, kami nasihatkan supaya membeli polisi tambahan yang melindungi peralatan ini.

No. 5: Banjir (dan juga lain-lain bencana alam)

Malangnya ramai rakyat Malaysia yang agak biasa dengan keadaan ini. Kerana ianya sering berlaku, ramai di antara kita yang bertanggapan kerosakan akibat banjir dilindungi polisi insurans. Sebenarnya tidak. Ini termasuklah enjin rosak akibat kemasukan air, kereta ranap akibat pokok tumbang dan sebagainya. Jika ingin dilindungi, anda boleh juga dapatkan perlindungan tambahan untuk tujuan ini.

Your friend crashed your car? Not covered.

 

No. 4: Bila kereta dipandu orang lain

Ini termasuklah suami atau isteri sendiri, anak-anak, ibu-bapa dan rakan. Jika berlaku kerosakan pada kereta akibat kemalangan di mana kereta dipandu oleh orang lain selain anda, polisi anda tidak akan membayar ganti rugi untuk membaiki kereta anda. Perkara ini boleh diselesaikan dengan membayar RM 400 kepada syarikat insurans anda jika anda masih ingin buat tuntutan ke atas kerosakan itu. Tetapi cara yang lebih murah dan mudah adalah dengan menambah pemandu lain ke dalam polisi anda. Setiap nama yang ditambah dikenakan harga RM10 sahaja. Mana lagi murah? RM10 atau RM400?

test

 

No. 3: Liabiliti undang-undang kepada penumpang dan untuk penumpang

Cuba bayangkan sinario ini. Suatu hari anda memandu rakan anda tiba-tiba anda berkemalangan. Walaupun tiada yang cedera, tetapi rakan anda saman anda di mahkamah ke atas trauma yang beliau lalui. Di sini, polisi anda tidak akan menjamin anda dan tidak akan membayar pampasan kepada rakan anda, walaupun beliau betul-betul cedera sekali pun! Jika ingin elakkan perkara sebegini daripada berlaku, samada elakkan berkawan dengan orang-orang seperti ini, atau beli perlindungan tambahan yang dipanggil: Liabiliti Undang-Undang kepada Penumpang.

Related Post

Dalam sinario lain, jika penumpang anda pula yang menyebabkan kerosakan harta benda atau kecederaan pada orang lain dan anda pula yang disaman. Contohnya, jika penumpang anda membuka pintu kereta dengan tiba-tiba dan cederakan penunggang motosikal di sebelah. Polisi kenderaan tidaklah melindungi anda atas kes sedemikian. Jadi perlindungan tambahan yang boleh dibeli untuk tujuan ini dipanggil: Liabiliti Undang-Undang untuk Penumpang.

Jika anda pemandu bagi GrabCar atau Uber, anda dinasihatkan agar mengambil kedua-dua polisi tambahan ini. Malah polisi tambahan ini diwajibkan ke atas anda jika anda ingin memandu ke Singapura.

 

Car wrecked beyond repair? Not covered.

 

No. 2: Kerosakan total – tidak dapat dibaik-pulih

Kebanyakan antara kita membeli kereta dengan pinjaman bank. Tetapi tahukah anda, jika anda berkemalangan dan kereta anda rosak teruk yang tidak lagi dapat dibaiki, pihak insurans tidak akan menanggung baki pinjaman anda. Ia hanya akan bayar pampasan sebanyak mana nilai kereta anda pada harga pasaran. Kebiasaannya jumlah ini lebih rendah dari baki pinjaman kerana 2 faktor iaitu kadar susut nilai kenderaan dan kadar bunga yang dikenakan oleh pihak bank. Oleh sabab itu, pastikan anda melindungi kenderaan anda dengan jumlah yang mencukupi.

 

Injured during an accident? Not covered.

 

No. 1: Kecederaan dan kematian diri

Ramai sebenarnya yang tidak tahu tentang ini. Sebenarnya polisi kenderaan anda tidak melindungi diri anda dari kecederaan ataupun kematian. Jika kemalangan disebabkan oleh orang lain, polisinya akan membayar pampasan kepada anda ke atas kecederaan diri anda. Tetapi jika anda yang menyebabkan kemalangan, harap-harap anda ada simpanan yang secukupnya untuk bayar kos perubatan, kerana memang polisi kenderaan tidak akan membayar pampasan. Kerana inilah kami sentiasa ingatkan rakyat Malaysia agar membeli insurans atau takaful perubatan. Terutama sekali kerana kos perubatan yang semakin melonjak sekarang ini.

 

Fahami jenis-jenis polisi kenderaan di Malaysia di sini dan apa pula bahayanya terkurang insurans?

Hendak dapatkan khidmat nasihat pakar insurans dan takaful? Dapatkan mereka di sini.

 

 

View Comments

  • Adakah insuran kereta cover Harta benda? Contoh,jika kereta tersebut langgar pagar atau rumah org adakah dibawah dan bole claim under insuran kereta tersebut?

    • Hi Firmac.

      Ya. Semua jenis polisi kenderaan melindungi harta benda pihak ketiga. Jadi ya boleh buat tuntutan.

  • Salam. Nak tnya. Kalau kita langgar orang, dan orang tersebut patah tangan. Adakah insurans kereta saya boleh membayar pampasan kecederaan org tersebut?

    • Sekiranya bas yang saya pandu terlanggar palang sekuriti semasa hendak keluar Dari Dari sebuah condominium..bolehkah pihak pegurusan kondomiun claim insuran bas yang saya bawa? Saya bekerja dengan sebuah universiti Dan pihak universiti tidak mahu terlibat DALAm Hal ini.

      • Ya. Pengurusan kondominium perlu membuat laporan polis dan membuat tuntutan terhadap syarikat insurans bas.

  • Kalau kereta saya kemalnagan dilanggar dari belakang dan kereta yang melanggar melarikan diri...adakah dapat saya memohon insurans saya sendiri untuk pembaikan kereta saya??

    • Encik Faizul dapat nombor plat kereta tersebut? Sudah buat laporan polis?

      Encik Faizul boleh claim dari syarikat sendiri jika encik miliki polisi komprehensif. Tapi encik akan kehilangan % NCD.

  • Saya telah menyebabkan kemalangan berlaku kepada pihak ketiga tnpa sengaja dan insurance kenderaan saya hanya third party. Adakah pihak insurance saya boleh cover segala kos yg dituntut oleh pihak ketiga ? kos yg dituntut trmasuk kos rawatan, kerosakan kenderaan dan lain-lain lagi.

    • Hi Azlin.

      Boleh. Polisi pihak ketiga Cik akan tanggung segala tuntutan pihak ketiga termasuk rawatan kecederaan dan kerosakan harta benda (kenderaan). Polisi pihak ketiga tidak menanggung kerosakan ke atas kenderaan sendiri. Harap jawapan ini dapat membantu.

  • Kalau orang melanggar saya lari, dan saya claim guna insurans saya sendiri, saya akan kehilangan %NCD, betul? Jadi nya bila next renewal insurans, saya perlu membayar premium insurans berdasarkan harga market kereta saya tanpa NCD atau sama harga premium yang pertama kali membeli kereta dan insurans?

    • Hi.

      Betul tu, jika claim dari insurans sendiri, akan kehilangan diskaun NCD. Apabila renewal dibuat, sum insured akan mengikut harga pasaran kenderaan semasa, bukan harga semasa pertama kali insurans dibeli. Harap membantu.

      • Sekiranya bas yang saya pandu terlanggar palang sekuriti semasa hendak keluar Dari Dari sebuah condominium..bolehkah pihak pegurusan kondomiun claim insuran bas yang saya bawa? Saya bekerja dengan sebuah universiti Dan pihak universiti tidak mahu terlibat DALAm Hal ini.

        • Ya. Pengurusan kondominium perlu membuat laporan polis dan membuat tuntutan terhadap syarikat insurans bas.

  • Sebagai pembonceng motosikal..jika kita mengalami kecederaan selepas kemalangan..dan bukan punca kemalangan bukan dari kesalahan pihak kita tetapi pihak ketiga , dan pihak ketiga itu telah meninggal dunia..bolekah kita membuat tuntutan kecederaan seperti patah tulang belakang?? Dan bagaimana pula jika kenderaan pihak ketiga telah tamat insurans dan roadtax?? Adakah tuntutan masih bole dibuat??

    • Hi Atika,

      Boleh, tapi perlu ingat, claim ke atas polisi sendiri akan menyebabkan kehilangan NCD. Ini akan menyebabkan harga insurans mahal ketika pembaharuan. Jadi perlu pertimbangkan jika kos perbaiki kereta dan kenaikan harga insurans kerana tiada lagi NCD.

  • Hi
    Kereta saya tidak ada insurance dan roadtax semasa dilanggar oleh sebuah lori.. Bolekah saya claim insuran pihak yang langgar kereta saya?

  • As salam..hi..
    Semasa membeli kereta sy turut membeli pakej tinted 3M. Kemudian kereta sy dilanggar oleh kereta lain, apabila sy membawa ke pusat servis utk baiki pintu dan tinted seperti asal. Mereka ckp, insuran tidak cover utk memberikan tinted spt asal atau sebelum dilanggar. Sekiranya sy hendak seperti asal, sy perlu membayar sendiri kos trsebut. Adakah pihak insuran yg melanggar sy tidak cover? Sy hanya ingin keadaan seperti asal @ sebelum dilanggar. Apa yg harus sy buat kerana sy yg menjadi mangsa dan dilanggar?

    • Insurans hanya akan melindungi keadaan asal kenderaan, seperti dikeluarkan dari kilang. Lapisan tint yang dipasang tidak dilindungi oleh insurans.

  • Sy telah mengalami kemalangan sendiri . Terlanggar divider jln . kerosakan yg sy nmpk sendiri pd kereta sy ialah absorber dan alignment tayar lari . Body kit tercabut sikit. Kereta baru beli tiga bulan lepas . Boleh sy claim insurans?

Recent Posts

Insurans dengan Perlindungan Kesihatan Mental di Malaysia

Masalah kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan, dan gangguan bipolar semakin biasa, dengan sekitar satu juta…

55 minit ago

Cari Ejen Insurans Pemenang Anugerah Malaysia!

Hey! Kami teruja untuk berkongsi sesuatu yang cukup istimewa dengan anda - "Anugerah Kecemerlangan" kami.…

7 hari ago

Menavigasi Kenaikan Kos Penjagaan Kesihatan di Malaysia dengan Samuel

Tahukah anda kadar inflasi perubatan di Malaysia ialah 15% pada 2023-2024? (Sumber: AON The Global…

1 minggu ago

Memahami Insurans Perubatan Standalone bersama Adeline

Memilih jenis insurans yang tepat boleh menjadi sesuatu yang membingungkan, terutamanya dengan begitu banyak pilihan…

4 minggu ago

Apakah Kad Perubatan Termurah di Malaysia?

Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia lebih prihatin terhadap penyakit kritikal berbanding orang di bahagian lain…

4 minggu ago

Kenaikan Premium Insurans Perubatan

Adakah anda tahu bahawa premium insurans perubatan telah meningkat sebanyak 20% atau lebih tahun ini?…

1 bulan ago