Anugerah Insurans Motor Terbaik 2016

Anugerah Insurans Motor Terbaik Malaysia 2016/17

 

TERBAHRU : Keputusan 2017/18 DI SINI – Klik untuk ketahui syarikat Takaful Kenderaan Terbaik

Ini adalah SUARA rakyat Malaysia

Terima kasih Malaysia di atas undian anda! Kami di iBanding dengan berbesar hati ingin mengumumkan Syarikat Insurans dan Takaful Motor Terbaik di Malaysia bagi 2016. Andalah yang menjadikan anugerah ini suatu kenyataan. Setiap seal-selidik yang kami terima adalah suara and pandangan anda mengenai syarikat insurans motor anda. Kami yakin bahawa setiap seorang daripada anda memainkan peranan yang kritikal dalam menjadikan industri insurans lebih baik dan mantap bagi pengguna Malaysia.

Anda boleh baca siaran akhbar rasmi kami di sini.

Syarikat Insurans dan Takaful Motor Terbaik Malaysia 2016

– Tempat Pertama dan Kedua

best motor takaful companies in Malaysia 2016
best motor insurance companies in Malaysia 2016

Mengapa Perlunya Anugerah Insurans Motor? 

Anda mungkin tertanya apakah signifikasi anugerah ini, terutamanya kerana syarikat-syarikat insurans dan Takaful menawarkan harga dan produk yang hampir sama sahaja. Ini salah satu punca mengapa kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengambil berat dalam memilih syarikat insurans untuk membeli insurans kenderaan mereka. Akan tetapi, tahap perkhidmatan pelanggan setiap syarikat tidak serupa. Syarikat yang mempunyai mutu perkhidmatan yang cemerlang bukan sahaja akan memanfaatkan anda, tetapi yang paling penting sekali, ia menyelesaikan kes tuntutan secepat mungkin apabila anda mengalami kemalangan jalanraya. 

Walaupun harga atau premium adalah sama, tidak lama lagi ini akan berubah apabila kerajaan Malaysia memperkenalkan liberalisasi tarif insurans kenderaan. Oleh itu, mengetahui syarikat insurans yang terbaik dapat membantu anda membuat keputusan bijak semasa membeli insurans motor. 

Anugerah Syarikat Insurans dan Takaful Motor tahunan iBanding membantu anda mengetahui kedudukan syarikat-syarikat insurans berbanding satu sama lain melalui kaji selidik yang kami lakukan ke atas pengguna sebenar. 

Apa itu Liberalisasi Tarif Insurans Motor?

Liberalisasi tarif motor adalah satu pelaksanaan di mana harga insurans kenderaan tidak lagi dikawal oleh Bank Negara Malaysia seperti mana yang telah berlaku selama 30 tahun sebelum ini. Pengiraan harga insurans yang selama ini dikawal mengikut struktur tarif bermakna harga insurans adalah sama (atau lebih kurang sama) tidak kira dari mana syarikat anda membeli insurans kenderaan anda. Ini akan berubah mulai 1 Julai 2017.

Dengan liberalisasi tarif, kaedah pengiraan premium tidak lagi dikawal. Ini bermaksud setiap syarikat insurans boleh menentukan harga untuk setiap pelanggan, menjadikan harga lebih fleksibel. Negara-negara seperti Singapura dan United Kingdom telah pun melaksanakan sistem ini selama beberapa tahun dan pelanggan manfaat dari harga insurans yang telah disesuaikan. Untuk keterang lanjut mengenai liberalisasi tarif insurans, anda boleh layari laman Bank Negara: “Phased Liberalisation of Motor and Fire Tariffs”.

Apakah trend bagi 2016?

Tahap kepuasan pengguna Malaysia dengan insurans motor mereka telah meningkat pada tahun 2016 berbanding tahun 2015. Ini fakta yang amat menggalakkan kerana ia menunjukkan peningkatan mutu perkhidmatan pelanggan oleh syarikat insurans untuk terutama dalam penyediaan menghadapi liberalisasi tarif insurans.

overall-market-satisfaction motor insurance malaysia

Satu lagi fakta menarik yang didapati dari kaji selidik kami ialah tabiat pengguna dalam membeli insurans kenderaan. Kajian kami menunjukkan bahawa peratusan pengguna membeli insurans dari ejen semakin menurun. Pada tahun 2015, 5 daripada setiap 10 orang pengguna membeli insurans dari ejen insurans tetapi angka ini merosot ke 3 dari setiap 10 pengguna pada tahun 2016.

Peningkatan sebanyak 2.6% jelas bagi wakil penjual kenderaan, ataupun dikenali sebagai wakil francais. Ini adalah di mana anda membeli kenderaan anda serta mendapatkan insurans dan pinjaman wang sekaligus. Satu faktor yang mempengaruhi pengguna menyambung pembelian insurans mereka dengan wakil francais adalah dengan adanya program-program khas yang ditawarkan seperti Total Protect program seperti oleh Perodua.

Peningkatan sebanyak 7.2% telah dicatakan bagi pembelian insurans melalui cawangan syarikat insurans, bank dan pejabat pos Malaysia.

Apa yang ketara adalah semakin ramai pengguna membeli insurans motor secara online  (di talian) – ia menunjukkan peningkatan yang terbesar iaitu 8.2%. Ini bukan sahaja disebabkan syarikat insurans seperti Etiqa Takaful dan Takaful Ikhlas telah bermula menjual secara online, sebab utama adalah kerana syarikat-syarikat seperti MyEG dan ejensi-ejensi lain kini juga mula menjual insurans secara online melalui laman mereka sendiri. Ejensi-ejensi lain yang kini menjual insurans secara online adalah seperti House of Insurance (HOI Services Sdn. Bhd.), einsuran.com dan renewinsurance.com.my. Tabiat membeli insurans ini dijangka akan meningkat sekiranya trend membeli secara online melalui ejensi-ejensi berkembang.

Motor-Insurance-Survey-2016-Distribution

Apa yang memeranjatkan adalah sebab mengapa pengguna mengesyorkan syarikat insurans mereka kepada rakan dan kenalan mereka. Sebab utama adalah kualiti perkhidmatan. Ini amat membantu syarikat insurans kerana ini menentukan bahawa harga insurans bukan satu-satunya faktor yang menarik perhatian pengguna. Cara untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan adalah memberi mutu perkhidmatan yang lebih tinggi. 

Di bawah adalah senarai kedudukan Syarikat Insurans dan Takaful Motor bagi 2016 mengikut kaji selidik yang dijalankan.

Kedudukan Syarikat Insurans dan Takaful Motor Malaysia 2016 mengikut Undian Pengguna.

Conventional Insurance

1. Allianz General Insurance 72 points
2. Etiqa 72 points
3. AXA Affin 71 points
4. AmGeneral & Kurnia 71 points
5. MSIG Insurance (Malaysia) 71 points
6. AIA 70 points
7. Zurich Insurance Malaysia 70 points
8. RHB Insurance 70 points
9. Lonpac 69 points
10. AIG Malaysia 68 points
11. Tokio Marine 67 points
12. Berjaya Sompo 65 points
13. Liberty, formerly Uni.Asia 64 points
14. Chubb, formerly known ACE Jerneh 63 points
15. Pacific Insurance, formerly MCIS 62 points
16. Pacific & Orient 57 points

Takaful Companies

1. Syarikat Takaful Malaysia 82 points
2. Etiqa Takaful 77 points
3. Takaful Ikhlas 76 points
4. ZURICH TAKAFUL, formerly known MAA TAKAFUL 69 points

Mengapakah bukan semua syarikat insurans tersenarai di sini?

Bagi kajian insurans motor 2016, kami menerima lebih dari 4,000 maklum balas. Kami menggunakan kaedah statistikal dan parameter untuk mengesan unsur penipuan bagi menentukan keputusan yang tidak berat sebelah. Oleh itu, hanya 2,600 maklum balas yang diterima. Malangnya, sesetengah syarikat insurans menerima hanya sedikit balasan menyebabkan kami terpaksa mengecualikan mereka. Kami hanya dapat menyenaraikan syarikat-syarikat yang mempunyai angka yang mencukupi supaya analisa syarikat insurans dapat dilakukan dengan adil.

Anugerah Insurans Motor Malaysia dan Anda

Anugerah Insurans Motor Malaysia iBanding adalah sabuah kajian tahunan yang dijalankan oleh iBanding. Semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas serta mempunyai insurans motor yang sah boleh menyertai kajian ini. Kami melancarkan kajian pertama kami pada tahun 2015 dan ia memperoleh sambutan yang baik.

>> Ketahui Pemenang Anugerah Insurans Motor 2015 di sini <<

Jangan lupa, anda juga boleh menyuarakan pandangan anda mengenai syarikat insurans anda. Beritahu kami pengalaman anda dengan syarikat insurans anda, biar baik atau buruk, serta bantu pengguna lain agar dapat bersama kita menentukan syarikat insurans yang terbaik di Malaysia.

[wd_hustle id=”inpost-newsletter”]