Panduan Membeli Insurans/ Takaful Motor dan Cukai Jalan Malaysia 2017 

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, memperbaharui insurans motor tahun adalah mudah. Di dalam industri yang dinamik di mana syarikat insurans sentiasa bersaing sengit, para pelanggan hari ini tidak perlu lagi menghubungi ejen untuk pembaharuan insurans. Sebaliknya, ejen yang cekap akan menghubungi pelanggan mereka untuk menawarkan perkhidmatan memperbaharuian insurans dan cukai jalan sebelum tarik luput berlaku.


 

 

Cara BARU bagi pembelian Insurans Motor di Malaysia

Pengguna kini mempunyai pelbagai cara untuk membeli insurans motor. Syarikat dan teknologi baru menawarkan semakin banyak cara untuk membeli insurans motor. Setiap cara memiliki kebaikan dan keburukan tersendiri. Tiada satu cara yang betul untuk membeli insurans. Ketika membuat keputusan membeli insurans, anda mungkin lebih mengutamakan kemudahan dan kepantasan daripada faktor harga. Manakala pengguna lain mungkin lebih mementingkan perkhidmatan cekap yang ditawarkan syarikat insurans ketika berlakunya tuntutan. Dalam panduan ini, kami akan melihat semua cara untuk membeli insurans di Malaysia serta kebaikan dan keburukan setiap satu.

Satu perkara yang perlu diingat di sini ialah, tidak kira anda membeli daripada syarikat mana pun, liputan insurans adalah sama atau seakan sama. Apa yang beza adalah HARGA, KEPANTASAN, KEMUDAHAN, NASIHAT NIAGA dan BANTUAN TUNTUTAN yang ditawarkan.

HARGA

Lihat pada purata harga ketika anda membeli insurans. Nilai “BAIK” adalah apabila anda dapat membeli insurans pada harga yang paling berpatutan.

KEPANTASAN & KEMUDAHAN

Ini menunjukkan betapa pantas dan mudah anda mendapatkan insurans and cukai jalan. Contoh yang BAIK adalah apabila anda boleh mendapatkan kedua-duanya pada hari yang sama tanpa meninggalkan rumah atau tempat kerja anda.

NASIHAT NIAGA

Ini menunjukkan bantuan sokongan yang anda dapat ketika anda membeli insurans. Contoh yang BAIK adalah apabila anda dapat dilayani oleh ejen yang boleh menerangkan insurans dengan jelas dan bantu anda membuat pilihan terbaik.

BANTUAN TUNTUTAN

Bantuan tuntutan menunjukkan sama ada anda mendapat bantuan jika berlakunya kemalangan jalanraya atau kecurian di mana anda perlu membuat tuntutan. Contoh BAIK adalah apabila syarikat insurans mempunyai kakitangan yang sedia membantu dan membimbing anda untuk membuat laporan polis dan tuntutan dengan syarikat insurans anda.

Beli dari MyEG (online)

HARGA: NEUTRAL

Apabila anda membeli insurans melalui MyEG, anda tidak memperolehi diskaun 10%. MyEG berfungsi sebagai ejen, ini bermakna anda bukan membeli insurans dari syarikat insurans. Pada masa ini (Jun 2017), MyEG menawarkan insurans dari syarikat insurans berikut: AIG, Zurich Takaful, Etiqa Takaful, RHB Insurance, Berjaya Sompo Insurance dan Takaful Malaysia.

KEPANTASAN & KEMUDAHAN: BAIK

MyEG mempunyai kelebihan di bahagian ini. Selain daripada membeli insurans motor, anda boleh manfaat dari servis-servis yang sangat berfaedah seperti periksa saman anda dan membeli cukai jalan. Ini dapat menjimatkan masa anda dan tanpa mengalami sebarang kesukaran, anda boleh memperolehi kedua-dua insurans motor dan cukai jalan sekali gus tanpa keluar dari rumah.

NASIHAT JUALAN: BURUK

Untuk membeli insurans secara terus dan online, anda perlu mempunyai pengetahuan supaya anda memilih syarikat dan polisi insurans yang betul. Dengan MyEG, anda boleh memilih dari pelbagai syarikat insurans tetapi anda kemungkinan tidak mengetahui perbezaan polisi-polisi tersebut. Mulai Julai ini dengan liberalisasi tarif motor, anda akan ingin membanding harga insurans untuk mendapatkan insurans yang paling murah dan baik. Anda akan perlu berbuat sedemikian bagi setiap syarikat insurans.

BANTUAN TUNTUTAN: BURUK

Apabila anda perlu membuat tuntutan, MyEG menawarkan hotline untuk anda. Akan tetapi apabile anda menelefon hotline tersebut, ia akan merujuk anda ke hotline atau laman web syarikat insurans anda. MyEG tidak membantu anda mengisikan borang tuntutan. Tanpa pengetahuan dan pengalaman, anda mungkin mengalami kesukaran membuat tuntutan dengan sendiri.

Beli dari Pos Malaysia

HARGA: BURUK

Pos Malaysia tidak menawarkan 10% diskaun. Kami mengesyorkan anda untuk membeli dari cawangan syarikat insurans sekiranya terdapat cawangan mendekati anda untuk menikmati diskaun tersebut.

KEPANTASAN & KEMUDAHAN: BAIK

Kebaikan yang terbesar membeli insurans di Pos Malaysia adalah Pos Malaysia berada di pelbagai tempat. Pos Malaysia mempunyai lebih daripada 700 lokasi cawangan. Satu kebaikan juga adalah anda boleh membeli cukai jalan dengan serentak. Anda juga mempunyai beberapa pilihan syarikat insurans dari Pos Malaysia.

NASIHAT JUALAN: NEUTRAL

Apabila anda membeli di Pos Malaysia, pengalaman membeli anda akan bergantung kepada kerani di belakang kaunter, Jika kerani tersebut berpengalaman dan mempunyai pengetahuan mengenai insurans, dia akan dapat memberi nasihat yang baik kepada anda. Disebaliknya, anda akan mendapat kerani yang cuma ingin menjual anda insurans yang dapat mengganjari mereka insentif atau komisen yang baik.

BANTUAN TUNTUTAN: BURUK

Pos Malaysia tidak mempunyai bahagian tuntutan. Apabila anda ingin memfailkan tuntutan, anda perlu membuat sedemikian sendirian dengan syarikat insurans anda. Tanpa pengetahuan dan pengalaman, membuat tuntutan agak mencabarkan.  

Beli secara Terus dari Cawangan Syarikat Insurans/Takaful

HARGA: BAIK

Anda dapat menikmati 10% diskaun atas premium anda jika anda membeli dari cawangan syarikat insurans. Ini bermakna anda akan ditawar dengan harga yang terendah semungkin dari syarikat insurans tersebut. Syarikat Takaful pula menawarkan rebet sebanyak 15% apabila membuat pembaharuan. Ini bermakna anda boleh jimat sehingga 25% atas insurans motor anda.

KEPANTASAN & KEMUDAHAN: BURUK

Untuk membeli insurans secara terus, anda perlu mencari cawangan syarikat insurans yang terdekat dengan anda. Ini kurang mudah berbanding dengan Pos Malaysia yang mempunyai lebih dari 700 cawangan di serata negara. Allianz Malaysia, salah satu syarikat insurans motor yang terbesar hanya mempunyai 35 cawangan. Anda juga perlu berhati-hati kerana sesetengan cawangan hanya menjual insurans hayat. Selain daripada itu, anda juga perlu membuat perjalanan ke cawangan untuk menikmati diskaun kerana cawangan memerlukan kad pengenalan anda. Bukan semua cawangan mempunyai kemudahan memperbaharui cukai jalan, jadi anda perlu membuat lagi satu perjalanan ke tempat yang menawarkan kemudahan tersebut.

NASIHAT JUALAN: BURUK

Keburukan membeli insurans secara terus adalah anda perlu mempunyai sedikit pengetahuan mengenai insurans dan syarikat insurans tersebut. Anda perlu membuat pelbagai perbandingan dengan syarikat insurans lain untuk membuat keputusan anda. Dengan MyEG dan Pos Malaysia, anda mempunyai pilihan syarikat insurans yang anda ingin dari satu lokasi. Apabila anda pergi ke cawangan syarikat insurans, anda cuma boleh membeli insurans dari syarikat insurans tersebut sahaja.

Sekiranya anda ingin membuat perbandingan mengenai kualiti syarikat insurans, anda boleh membace artikel kami Anugerah Insurans Motor Terbaik Malaysia 2016.

BANTUAN TUNTUTAN: NEUTRAL

Apabila anda mengalami kemalangan jalanraya, anda boleh pergi ke cawangan syarikat insurans yang anda membeli insurans untuk membuat tuntutan. Mereka boleh membantu anda dalam proses tuntutan serta-merta. Ini lebih baik dari membuat panggilan telefon ke talian mereka ataupun melalui emel. 

Beli secara Online dan Terus dari Syarikat Insurans/Takaful

HARGA: BAIK

Seperti membeli insurans terus dari cawangan, anda dapat menikmati diskaun 10% atas premium anda dengan membeli insurans secara online dan terus dari syarikat insurans anda. 15% rebet juga ditawarkan oleh syarikat Takaful. Oleh itu, anda boleh jimat sehingga 25%.

Anda boleh mengetahui syarikat insurans yang menawarakan penjualan online dalam artikal kami Kelebihan dan Keburukan Membeli Insurans Kenderaan Online.

KEPANTASAN & KEMUDAHAN: BURUK

Seakan dengan membeli terus dari cawangan, keburukan membeli secara online dan terus adalah anda perlu mempunyai sedikit pengetahuan tentang insurans.Anda perlu tahu sendiri syarikat insurans and produk mana yang terbaik untuk anda.

Pembaharuan cukai jalan juga tidak dapat dibuat dengan serentak.

NASIHAT JUALAN: BURUK

Tahap nasihat jualan yang anda akan dapat adalah lebih kurang sama seperti membeli melalui MyEG. Anda perlu memiliki sedikit pengetahuan dan tahu syarikat insurans mana yang anda ingin beli dari. Jika berbanding dengan membeli melalui cawangan, beli secara online mempunyai kelebihan dan keburukan. Kelebihannya adalah anda boleh membuat perbandingan secara online tanpa perlu pergi ke setiap cawangan syarikat insurans. Apa yang buruk adalah anda dapat menanya soalan yang anda mungkin ada.

BANTUAN TUNTUTAN: NEUTRAL

Tidak seperti membeli melalui MyEG, anda boleh pergi ke cawangan syarikat insurans anda untuk mendapatkan bantuan. Kami menyenaraikan ini sebagai NEUTRAL kerana sekiranya syarikat insurans menolak tuntutan anda, anda tidak akan mendapatkan sebarang bantuan untuk memahami apa yang berlaku. Syarikat Insurans juga boleh membuat kesilapan, oleh itu, anda ingin mempunyai seseorang yang anda boleh rujuk.

Beli dari Ejen Insurans/Takaful (Sepenuh Masa)

Dari kajian mencari syarikat insurans motor terbaik Malaysia, kami mendapati bahawa kebanyakan rakyat Malaysia membeli insurans dari ejen insurans. Pada tahun 2016, 34% dari peserta kajian membeli dari ejen. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai anugerah ini di sini. Kami ingin tahu betapa baik ejen insurans berbanding dengan saluran pembelian yang lain.   

HARGA: NEUTRAL

Kami senaraikan kategori ini neutral kerana ini bergantung kepada kecekapan ejen anda serta betapa rapat anda dengan ejen. Sekiranya ejen anda ialah salah satu ahli keluarga anda, anda mungkin dapat membuat urus janji di mana ejen memberi balik sedikit komisen dia. Walau bagaimanapun, ia bukannya buruk membeli dari Pos Malaysia, di mana anda dapat menikmati layanan lebih baik dengan harga yang anda bayar.

KEPANTASAN & KEMUDAHAN: BAIK

Anda dapat menikmati tahap perkhidmatan yang paling baik dari ejen, terutamanya ejen tersebut boleh dipercayai. Memilih ejen yang betul adalah kritikal bukan sahaja mereka meletakkan keperluan anda terdahulu, malah mereka akan membantu anda memilih produk insurans yang terbaik. Membeli dari ejen juga adalah paling mudah, mereka akan membuat segala proses seperti mengisi borang, bayaran dan kutipan cukai jalan untuk anda.

Bukan semua ejen dapat memberi cukai jalan serentak dengan insurans anda seperti Pos Malaysia dan cawangan syarikat insurans. Sesetengah ejen mempunyai kemudahan untuk memperbaharui cukai jalan melalui MyEG. Anda boleh mengenalpasti mereka dengan papan tanda MyEG di pejabat mereka. Selalunya, mereka dikenali sebagai Kiosk MyEG.

NASIHAT JUALAN: BAIK

Ejensi-ejensi yang besar mewakili lebih daripada satu syarikat insurans. Ejensi seperti ini dapat membantu anda membuat perbandingan harga produk syarikat. Ini sangat memanfaatkan anda dengan permulaan liberalisasi tarif insurans kenderaan pada Julai 2017. Setiap syarikat insurans akan menawarkan harga yang berlainan kepada anda. Ketahuilah lebih mengenai Liberalisasi Tarif di artikel kami Liberalisasi Tarif Insurans Kenderaan.

BANTUAN TUNTUTAN: BAIK

Ejen insurans memainkan peranan yang amat penting ketika kemalangan jalanraya berlaku. Apabila anda mengalami kemalangan jalanraya ataupun kenderaan anda dicuri, ejen insurans yang baik akan menasihatkan anda apa yang patut dan tidak patut dibuat. Ejen tersebut akan menasihatkan anda apa yang boleh dituntut dari syarikat insurans anda. Ejen yang cemerlang akan membuat segala urusan dari mengisi borang tuntutan serta mengumpulkan semua dokumen yang diperlukan dan failkan untuk anda.

Beli dari Wakil Penjual Kenderaan tanpa Ejen Insurans

Kami akan menumpu kepada wakil penjual kenderaan yang kecil tanpa ejen insurans. Wakil penjual yang besar selalunya mempunyai ejen insurans sendiri yang akan menguruskan segala urusan insurans. Membeli dari wakil penjual kenderaan yang memiliki ejen sendiri mempunyai ciri kelebihan dan keburukan yang sama seperti beli dari ejen insurans.

Anda boleh mengetahui jika wakil penjual kenderaan anda mempunyai ejen insurans sendiri dengan mencari wakil anda di direktori ejen insurans kami. Sekiranya wakil penjual anda ditemui, wakil penjual anda mempunyai ejen sendiri. Anda juga boleh mendapat tahu rating dan review ejen insurans tersebut.

HARGA: NEUTRAL

Kemungkinan besar insurans kenderaan akan dibeli sekali ketika anda membeli kenderaan dari wakil penjual. Anda tidak akan menikmati diskaun 10% kerana wakil penjual dianggap sebagai ejen. 

Walau bagaimanapun, sekiranya wakil penjual atau pengeluar kereta menawarkan manfaat lebih kepada anda, ia lebih beruntung untuk anda memperbahurui insurans dengan mereka. Contohnya, Perodua menawarkan pemilik kenderaan mereka perlindungan 10 tahun apabila memperbaharui insurans dengan mereka.

KEPANATASAN & KEMUDAHAN: BURUK

Malangnya hanya segelintir yang berpengetahuan dan kebanyakan hanya ingin memperolehi komisen dari menjual insurans. Selalunya, mereka akan membantu anda membeli insurans pada tahun pertama, tahap perkhidmatan mereka akan merosot tahun berikutnya. Dalam kebanyakan kes juga yang anda perlu membuat perjalanan ke kedai atau pejabat wakil penjual untuk membuat bayaran pembaharuan insurans and kutip insurans sendiri.

NASHAT JUALAN: BURUK

Seperti dengan kategori kepantasan & kemudahan, membuat keputusan insurans yang mana satu agak sukar tanpa ejen insurans menasihati anda. Wakil penjual tanpa ejen tidak akan dapat memberi apa-apa panduan atau menjelaskan lebih lanjut mengenai insurans. Anda perlu membuat segala kajian sendiri.

BANTUAN TUNTUTAN: BURUK

Kebanyakan wakil penjual cuma tumpu kepada menjual kenderaan. Ini tidak salah kerana tanggungjawab mereka adalah menjual kenderaan dan mereka memperolehi lebih banyak wang sebegitu berbanding dengan menjual insurans di mana mereka masih perlu menguruskan susulan seperti tuntutan. Mereka tidak ingin meluangkan masa mereka menguruskan tuntutan yang memakan masa panjang. 

Kesimpulan Membeli Insurans/Takaful dan Cukai Jalan Malaysia

CARA PEMBELIAN INSURANS

HARGA

KEPANTASAN & KEMUDAHAN

NASIHAT JUALAN

BANTUN TUNTUTAN

MyEG

NEUTRAL
BAIK
BURUK
BURUK

Pos Malaysia

BURUK
BAIK
NEUTRAL
BURUK

Terus Dari  Cawangan Syarikat Insurans/Takaful

BAIK
BURUK
BURUK
NEUTRAL

Online Terus dari Syarikat Insurans/Takaful

BAIK
BURUK
NEUTRAL
NEUTRAL

Ejen Insurans/Takaful yang Baik

NEUTRAL
BAIK
BAIK
BAIK

Wakil Penjual Kenderaan tanpa Ejen Insurans

NEUTRAL
BURUK
BURUK
BURUK