iBanding hari ini telah melancarkan forum insurans yang pertama di Malaysia.
Ditubuhkan pada tahun 2015, iBanding Services Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat bebas yang menyediakan platform insurans dan Takaful kepada semua penduduk negara ini. Dengan tujuan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan perlindungan insurans dan Takaful yang masih di tahap rendah.
iBanding juga adalah syarikat yang telah memperkenalkan direktori ejen insurans dan Takaful di talian yang pertama di Malaysia.
Forum insurans yang diperkenalkan hari ini memberi pengguna sebuah platform untuk mengemukan sebarang pertanyaan mereka mengenai hal-hal insurans dan Takaful. Selain berfungsi sebagai sebuah alat yang berguna untuk meningkatkan kesedaraan dan pemahaman pengguna tentangnya.
Forum insurans pertama di Malaysia – ejen dan pengguna dialu-alukan
Setiap individu – ejen dan pengguna dialu-alukan untuk mendaftar. Ini membolehkan mereka untuk pos, komen dan berkongsi pengetahuan dan maklumat bersama orang ramai.
Dengan adanya moderator iBanding sendiri dan juga ejen dan profesional dari industri ini di komuniti forum, ianya diharapkan forum ini dapat dijadikan pentas di mana pengguna mendapat jawapan bagi permasalahan dan pertanyaan mereka mengenai insurans.
Ruang khas juga disediakan bagi ejen insurans dan Takaful. Ini dapat menggalakkan ahli-ahli berhubung dan bertukar-tukar pandangan dan berkongsi maklumat mengenai isu-isu semasa yang dihadapi oleh profesional di industri ini.
Untuk mendaftar sila lawati: www.forum.ibanding.my
Leave a Comment