Rang Undang-Undang (RUU) Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (SIP) dibentangkan di Dewan Rakyat minggu lepas oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot.
RUU tersebut bertujuan menghulurkan bantuan kewangan serta memcarikan pekerjaan baru bagi rakyat tempatan yang kehilangan pekerjaan.
Pihak kementerian menyenaraikan 4 jenis elaun yang akan diterima mereka yang kehilangan pekerjaan di bawah RUU tersebut.
Elaun yang dimaksudkan adalah: Â elaun mencari pekerjaan, elaun pengambilan semula, elaun pendapatan berkurangan dan elaun latihan.
Di bawah Skim Insurans Pekerjaan tersebut, kadar elaun yang diperuntukan adalah seperti berikut: 80% dari gaji terakhir pada bulan pertama, 50% pada bulan kedua, pada bulan ketiga dan keempat 40% dari gaji terakhir manakala bulan kelima dan keenam adalah 30% dari gaji terakhir.
Skim insurans pekerjaan ini akan melibatkat kira-kira 6.5 juta pekerja Malaysia di dalam sector swasta. Akan tetapi ianya tidak membabitkan pekerja yang berhenti dengan suka rela.
Leave a Comment