Insurans dan Takaful hayat (atau apa jenis insurans dan Takaful sekalipun) bukanlah topik kesukaan ramai. Pernah tertanya mengapa ramai yang masih tidak gemar bercakap tentang insurans atau Takaful? Daripada pemerhatian dan pengalaman kami sendiri, boleh dikatakan ianya disebabkan oleh 2 faktor utama. Pertama: ianya suatu subjek yang tidak mudah difahami. Kedua: Ianya terlalu mahal!
Kami tidaklah mengatakan faktor-faktor ini memang benar tetapi masih ramai yang berpendapat sedemikian. Insurans dan Takaful yang kebiasaannya dikaitkan dengan kematian dan penyakit juga tidak membantu. Topik yang menyedihkan!
Jika ditanyakan mana-mana ejen Takaful, tentu saja mereka akan mengatakan kita perlunya. Walaupun ramai antara kita yang sangsi akan saranan mereka, apa yang mereka katakan itu adalah benar. Perlindungan yang diberikan insurans dan Takaful bukanlah satu kemewahan tetapi keperluan yang semestinya dimiliki untuk jaminan diri dan keluarga dari malapetaka dan musibah kewangan.
Jika anda merasakan insurans hayat mengelirukan, kita ringkaskan di sini untuk tujuan mengenalpasti sama ada anda memerlukannya.
Anda Perlukan Takaful Hayat Jika Anda:
Kongsikan Infografik ini di laman web anda!
Source https://www.ibanding.my
1. Anda penberi nafkah
Jika anda pemberi nafkah bagi keluarga anda, and perlukan insurans hayat. Ini untuk melindungi waris anda daripada terputusnya nafkah jika sesuatu yang buruk menimpa diri anda.
Kebanyakan orang mengatakan pemberi nafkah utama sahaja yang memerlukan insurans atau Takaful hayat dan selalunya ini jatuh kepada suami. Tetapi di zaman ini banyak isi rumah walaupun kedua suami isteri bekerja tetapi masih menghadapi kesukaran untuk menampung perbelanjaan keluarga. Maka disarankan kedua-duanya mendapatkan perlindungan hayat.
2. Anda menanggung pinjaman perumahan
Jika anda menanggung pinjaman perumahan, anda semestinya memerlukan insurans atau Takaful hayat. Ini untuk memastikan keluarga dan waris anda tidak kehilangan tempat berlindung ekoran kematian anda atau jika anda hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD) akibat kemalangan. Tiada yang lebih menyayat hati daripada melihat orang yang kita sayangi terpaksa merempat pada masa yang menyukarkan, bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga.
Pilihan lain yang anda boleh dapatkan ialah MLTT (Mortgage Level Term Takaful) atau MRTA (Mortgage Reducing Term Takaful). Walaupun pelan ini bukan mandatori ketika permohonon pinjaman, tetapi ianya sangat-sangat disarankan terutama sekali jika anda masih belum memiliki Takaful hayat dan perlindungan perubatan yang secukupnya.
3. Anda mempunyai ibu-bapa yang bergantung kepada anda
Walaupun anda bujang, dan tidak bercadang untuk berumahtangga. Anda mungkin masih mempunyai orang yang bergantung kepada anda terutamanya dari segi kewangan. Seperti kedua orang tua anda atau adik-beradik yang kurang upaya.
Waris anda tidak semestinya bererti anak-anak dan isteri/ suami anda. Bagi budaya Asia ini, ia sememangnya perkara biasa bagi anak-anak yang sudah dewasa untuk menjaga kedua ibu-bapa mereka. Jadi jika anda salah seorang darinya, anda pastinya ingin menjamin kesejahteraan mereka di mana mereka terus mendapat penjagaan walaupun setelah ketiadaan anda.
4. Anda memiliki perniagaan
Jika anda adalah peniagaan atau usahawan, waris anda mungkin dibebani hutang-piutang perniagaan anda ekoran ketiadaan anda. Dengan adanya perlindungan hayat, pampasan yang diterima oleh waris anda boleh digunakan untuk biayai hutang piutang yang ditinggalkan.
Insurans yang sangat disarankan bagi pengurusan risiko perniagaan adalah pelan Key Man. Pelan berasingan ini dapat membantu perniagaan yang ditinggalkan terus bertahan setelah kematian salah seorang rakan kongsi atau pekerja utama. Manakala pelan beli-jual (buy-sell) pula membolehkan rakan-rakan kongsi membuat perjanjian pembelian saham bagi ahli perniagaan sekiranya salah seorang daripadanya meninggal dunia?
5. Anda menanggung hutang dan pinjaman
Pernah anda terfikir apa yang akan berlaku terhadap hutang piutang dan pinjaman anda sekira anda meninggal dunia? Hutang-hutang kad kredit, pinjaman sewa beli kenderaan, pinjaman peribadi dan sebagainya. Ramai yang tidak hiraukan persoalanan ini. Manakala yang pernah tertanya pula mungkin membuat andaian bahawa hutang dan pinjaman ini akan dibatalkan begitu saja.
Bagaimana hutang dan pinjaman dikendalikan setelah kematian seseorang adalah berdasarkan beberapa faktor. Adakah ianya secured atau unsecured loan? Wujudkah penjamin (guarantor) bagi pinjaman tersebut? Adakah harta pusaka yang ditinggalkan?
Berdasarkan faktor-faktor yang disebutkan, pihak peminjam atau institusi kewangan berhak:
a. memberikan pilihan kepada waris untuk mengambil alih pinjaman tersebut dan memindah nama aset
b. mengarahkan penjamin untuk menyambung bayar hutang atau pinjaman tersebut
c. mendapatkan jumlah tunggakan dari peninggalan harta pusaka si mati
Jadi dengan adanya perlindungan hayat, pampasan yang diterima oleh waris anda dapat digunakan untuk melangsaikan hutang piutang dan pinjaman tertunggak.
Masih tidak pasti sama ada anda memerlukan Takaful hayat? Kami syorkan agar anda membuat sedikit lagi kajian mengenai perlindungan hayat, jenis dan kelebihan mereka sebelum berbincang dengan pakar di bidang ini. Pastikan anda dapat khidmat nasihat dari ejen yang dipercayai. Untuk mendapatkan ejen bertaraf 5 bintang, semak direktori iBanding di sini.
Leave a Comment