Dalam usaha mereka untuk memperluaskan rancangan mereka untuk menjadikan insurans hayat lebih mudah dimiliki oleh penduduk negara ini, HLA kini menawarkan produk insurans hayat mereka melalui portal MyEG. Ini telah pun diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HLA, Puan Loh Guat Lan pada awal bulan ini.
Lanskap industri insurans dan tingkah laku pengguna kini melalui perubahan yang pesat didorongi teknologi digital, suatu strategi digital membolehkan syarikat itu mengembangkan perniagaannya dan memberikan perkhidmatan dengan lebih efisien, kata Puan Loh.
Kerjasama ini yang dengan rasminya bermula pada lewat bulan Ogos tahun ini menyaksikan penawaran produk Enhanced Hospital Cash Refund sebagai produk pertama yang ditawarkan di MyEG. Ini akan disusuli oleh banyak lagi produk yang juga akan ditawarkan di platform di talian ini.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila baca di sini.
Leave a Comment