Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata kebanyakan produk insurans dan takaful adalah terlalu kompleks dan tidak mampu dimiliki sebahagian besar rakyat Malaysia.
“Ketika ini kadar penembusan industri adalah kira-kira 56 peratus berbanding negara maju yang mencatat 100 peratus.
“Kerajaan menyasarkan penembusan 75 peratus menjelang 2020 namun, pastinya, kita mahu mencatat lebih 100 peratus,” kata Tan Sri Muhammad ketika berucap di Sidang Kemuncak Insurans Malaysia Ke-7 pada awal minngu ini.
Menurut beliau, daripada perspektif penduduk yang tidak memiliki perlindungan insurans, model perniagaan bagi insurans dan takaful yang sedia ada pada dasarnya telah gagal.
Bagi yang memiliki insurans pula, proses pembelian dan tuntutan adalah rumit.
Produk dan saluran penyampaian perlu dipelbagaikan agar ianya lebih menyesuai keperluan penduduk keseluruhannya.Tumpuan perlu diberikan kepada keperluan perlindungan terutamanya bagi pembeli kali pertama.
Perlindungan Tenang
Oleh itu, Tan Sri Muhammad berkata, BNM kini bekerjasama dengan industri insurans untuk melaksanakan Perlindungan Tenang – satu platform penjenamaan dan komunikasi kebangsaan yang akan dilancarkan pada bulan hadapan di Kuching.
Produk di bawah Perlindungan Tenang perlu memenuhi tiga kriteria iaitu: mampu milik, mudah diakses dan senang difahami.
Matlamat Perlindungan Tenang adalah untuk mencapai 8 juta rakyat Malaysia pada umur bekerja dan lebih 700,000 perusahaan mikro, yang memerlukan perlindungan insurans dan takaful bagi perlindungan terhadap risiko utama.
“Setakat ini, empat syarikat insurans dan empat pengendali takaful telah membangunkan produk yang akan diperkenalkan di bawah inisiatif ini dan BNM menjangkakan lebih banyak syarikat yang akan menyertai platform ini,” katanya.
Asraedelan bin ramli
November 14, 2018 2:52 pmBagaimana hendak dapatkan insuran perlindungan tenang