iBanding Services Sdn. Bhd. bulan ini telah melancarkan kempen Anugerah Insurans Motor 2017 (Motor Insurance Award – MIA). Ini merupakan kempen kaji selidik tahunan yang bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada pengguna atau pemilik kenderaan di negara ini. Tujuan kaji selidik ini adalah untuk menentukan syarikat insurans dan takaful yang menjadi pilihan pengguna di Malaysia.

best motor insurance company

Peserta kempen tahun ini berpeluang memenangi 2 buah iPhone 8 daripada iBanding. Untuk sertai, klik di sini.

 

Anugerah tahunan yang diberikan kepada syarikat insurans dan pengendali takaful ini adalah suatu pengiktirafan ke atas kecemerlangan mereka dalam usaha penyediakan perkhidmatan yang terunggul bagi kepuasan pelanggan mereka. Kempen tahunan yang dianjurkan oleh iBanding secara bebas ini bermula dari tahun 2015. Tahun ini, ianya dijadualkan pada bulan November 2017 dan akan berterusan sehingga 31hb Januari 2018.

Kaji selidik di talian ini disasarkan kepada semua pemilik kenderaan berusia 18 tahun ke atas, yang memiliki polisi insurans atau takaful yang sah. Peserta kaji selidik akan ditanyakan beberapa soalan mengenai syarikat insurans dan pengendali takaful mereka.

Apa yang menarik tentang kempen kali ini adalah hadiah yang merupakan 2 buah iPhone 8 yang baru dilancarkan. Ianya akan diberi kepada 2 pemenang bertuah di penghujung kempen tahun hadapan. Di samping hadiah mingguan yang berupakan kad petrol daripada Petronas.

Klik untuk kaji selidik dalam Bahasa Malaysia

Klik untuk kaji selidik dalam Bahasa English

 

Syarikat takaful kenderaan terbaik 2016

Tahun lepas, Syarikat Takaful Malaysia dan Allianz Malaysia dianugerahkan Syarikat Takaful Motor dan Syarikat Insurans Motor Terbaik 2016. Sejumlah lebih 2,600 maklum balas telah diterima. Salah satu penemuan penting kaji selidik tersebut telah mengenalpasti tiga faktor utama yang mendorong pengguna membuat pemilihan syarikat insurans mereka. Tiga faktor utama ini adalah harga, mutu perkhidmatan dan manfaat polisi.

 

best motor insurance company

Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Takaful Malaysia, Dato’ Sri Mohamed Hassan Kamil menerima anugerah Syarikat Takaful Motor Terbaik tahun 2016 daripada pengasas iBanding, Encik Luke Roho pada bulan Mac 2017.

 

Anugerah Syarikat Insurans iBanding – Memperkasa pengguna dalam membuat keputusan berpandukan pengetahuan 

Pengiktirafan iBanding terhadap Syarikat Takaful Malaysia dan Allianz Malaysia sebagai Syarikat Takaful Motor Terbaik dan Syarikat Insurans Motor Terbaik 2016 merupakan anugerah pertama sepertinya di dalam industri ini. Selain menyampaikan maklumat yang bernilai, penarafan tahunan iBanding untuk syarikat-syarikat insurans motor konvensional dan motor Takaful insurans menyediakan pengguna dengan pengetahuan dan keyakinan untuk memilih syarikat insurans yang terbaik dan bersesuaian.

syarikat takaful kenderaan terbaik

Untuk menyertai kempen ini dan sumbangkan pendapat anda tentang syarikat takaful atau insurans kenderaan anda, sila klik pautan di bawah. Anda mungkin berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik!

Klik untuk kaji selidik dalam Bahasa Malaysia

Klik untuk kaji selidik dalam Bahasa English