Anugerah Insurans Motor (Motor Insurance Award) yang dilancarkan oleh iBanding tahun ini bermula pada bulan November dan akan berakhir pada 31hb Januari tahun hadapan.
Anugerah yang bertujuan untuk mendapatkan pendapat orang ramai mengenai syarikat insurans dan pengendali takaful kenderaan mereka. Tahun ini, peserta yang menghantarkan jawapan bagi kaji selidik anugerah ini berpeluang memenangi 2 buah iPhone 8 dan juga kad Petronas bernilai RM50 setiap minggu bagi pemenang bertuah.
Pada 20hb November, iBanding telah pun mengenal pasti pemenang mingguan yang pertama bagi penyertaan tahun ini. Pemenang bertuah itu adalah En. Amir Hamzah yang berasal dari Shah Alam. Tahniah diucapkan kepada Encik Amir!
Adakah anda sudah menyertai kaji selidik Anugerah Motor Insurans tahun ini? Klik pautan di bawah untuk sertainya:
Leave a Comment