Tak ramai di antara kita yang mengambil inisiatif membaca dan fahami dengan teliti terma dan syarat yang tertakluk dalam polisi insurans atau takaful kenderaan kita. Sehinggalah sesuatu musibah berlaku, barulah kelam kabut memunggah laci mencari polisi. Tapi sudah baca pun masih tak faham.
Jadi kami mudahkan kerja anda di sini dan terangkan sebab-sebab lazim mengapa tuntutan takaful atau insurans kenderaan anda ditolak oleh syarikat insurans atau pengendali takaful.
 5 Sebab Mengapa Tuntutan Takaful Kenderaan Anda Mungkin Ditolak
1. Pemandu tidak dinamakan/ Unnamed driver
Adakah kereta anda dipandu oleh pasangan anda, anak atau rakan anda ketika kemalangan berlaku? Tahukah anda, polisi insurans/ takaful anda hanya melindungi anda?
Tetapi ini tak bererti orang lain tak lagi boleh memandu kereta anda. Perlindungan yang sama boleh ditawarkan kepada orang lain dengan mendaftarkan mereka sebagai “named driver” di dalam polisi anda. Jadi jika kereta anda sering dipandu oleh orang lain selain anda, contohnya, anak, suami atau isteri, maka wajarlah mendaftarkan nama mereka.
Tapi jangan risau, jikalau kemalangan sudah berlaku dan pemandu bukanlah seorang named driver, anda masih boleh buat tuntuta. Anda hanya perlu membayar excess sebanyak RM400.
Di Malaysia, anda boleh masukkan dua nama ke dalam polisi kenderaan anda secara percuma. Nama-nama tambahan dikenakan RM10 seorang.
2. Tiada laporan polis
Jika anda tidak pasti tentang prosedur yang perlu diambil jika berlakunya kemalangan, anda boleh rujuk artikel ini.
Salah satu perkara yang paling kritikal perlu anda lakukan ialah melapurkan kemalangan tersebut kepada pihak polis trafik dalam masa 24 jam. Jangan sesekali terlepas pandang atau mengambil mudah langkah ni! Buruk padahnya. Kerana jika tiada laporan polis, atau laporan dibuat hanya setelah masa 24jam berlalu, tuntutan anda mungkin ditolak terus oleh pihak syarikat insurans.
Jadi jangan berlegah. Segera pergi ke balai polis sebaik sahaja kemalangan berlaku. Dan pastikan anda ke balai polis trafik!
3. Polisi anda tidak melindunginya
Ramai yang beranggapan memiliki insurans atau takaful sahaja sudah cukup untuk melindungi segala apa sahaja jenis kerosakan atau kemalangan. Tak tepat tu.
Misalnya anda memiliki Third Party atau Polisi Pihak Ketiga, polisi jenis ini tidak melindungi kos membaiki bagi KERETA ANDA SENDIRI! Fahamkan betul-betul. Memanglah premium perlindungan jenis ini mudah berbanding polisi komprehensif. Tetapi ia hanya menampung kos membaiki kereta milik pihak ketiga. Ini bererti jika berlaku kemalangan, walaupun bukan salah anda, seperti kes langgar lari katakan, pihak syarikat tidak akan membayar kos membaiki kereta anda.
Bagi polisi komprehensif pula, jangan berfikir yang anda selamat dari segala jenis kes. Contoh-contoh jenis kerosakan yang TIDAK dilindungi ialah:
- kerosakan/ kerugian akibat rusuhan
- kecurian aksessori
- kerugian/ kerosakan akibat banjir
- kecederaan atas diri sendiri (jadi pastikan anda miliki perlindungan kemalangan peribadi)
7 Situasi Malang yang Tidak Dilindungi Insurans Kenderaan Anda
Untuk fahami jenis-jenis perlindungan, rujuk artikel ini.
4. Kegagalan memenuhi syarat/ memberikan maklumat yang tepat
Ketika membuat pemharuan/ renewal, terutama sekali jika anda melakukannya dengan sendiri contohnya melalui online, pastikan anda memberikan maklumat yang 100 peratus tepat.
Dengan terlancarnya liberalisasi tarif insurans kenderaan pada Julai 2017, syarikat insurans dan takaful memerlukan lebih banyak maklumat sebelum dapat menentukan harga insurans kereta. Di antaranya: taraf perkahwinan, pekerjaan, ciri-ciri keselamatan kenderaan dan juga tempat meletak kereta.
Contohnya, tempat letak kereta persendirian yang dikawal rapi memiliki risiko kecurian lebih rendah berbanding tempat letak kereta awam yang terbuka. Jadi jika berlaku kecurian kerana maklumat yang anda berikan adalah tidak tepat dengan realiti, pihak syarikat berhak menolak tuntutan anda.
5. Memandu dalam keadaan mabuk
Memang ternyata ini melanggar undang-undang jalan raya. Bukan sekadar memandu dalam keadaan mabuk, tetapi juga dalam keadaan khayal akibat penyambilan substan seperti dadah. Jika anda terlibat dalam kemalangan ketika di dalam keadaan sedemikian, tuntutan insurans anda tidak akan dilayani. Malah anda mungkin akan dikenakan denda atau dihadapi ke mahkamah.
Berhati-hatilah, kerana walaupun anda pemandu cekap walaupun dalam keadaan mabuk, anda mungkin berkemalangan akibat pemandu lalai atau tidak berpengalaman.
Sebab-sebab lain yang wajar difikirkan adalah:
- Penggunaan kenderaan peresendirian untuk tujuan perniagaan atau komersil. Jika anda terlibat dalam kemalangan contohnya ketika menghantar barangan perniagaan kepada pelanggan, jika diketahui pihak syarikat, mereka mempunyai hak untuk menolak tuntutan anda.
- Under-insurance atau terkurang insurans. Ini tidak semestinya mengakibatkan penolakan tuntutan, tetapi anda mungkin hanya akan dapat menuntut jumlah yang lebih rendah dari apa yang sepatutnya.
Tuntutan anda ditolak? Nak buat apa sekarang?
Jika anda berasakan anda telah dilayan secara tidak adil oleh syarikat insurans atau pengendali takaful anda, ketahui jika anda boleh melakukan rayuan. Jika masih tidak mendapat keputusan yang anda inginkan, anda boleh membawa aduan atau pertikaian anda ke PIAM (Persatuan Insurans Am Malaysia), Bank Negara Malaysia atau Ombudsman Financial Services. Untuk mengetahui apa tindakan yang boleh anda ambil, sila rujuk artikel ini.
Apa Yang Boleh Anda Lakukan Sekiranya Tuntutan Takaful Ditolak
Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang insurans atau takaful kenderaan anda, sila tujukan pertanyaan anda di sini.
Untuk mendapatkan nasihat dari pakar-pakar industri atau ingin mendapatkan ejen yang boleh dipercayai, sila layari direktori ejen di sini.
Mohd aidil Sulaiman
September 18, 2018 8:41 pmBagaimana kita ingin membuat tuntutan insuran pada pihak yg melanggar kereta kita. Yang melanggar adalah bus express.
Selina
September 20, 2018 10:35 pmHi Mohd Aidil. Cara untuk buat tuntutan sama seperti kenderaan persendirian. Maklumkan kepada syarikat insurans encik dan mereka anda tuntut dari pihak syarikat insurans bas express tersebut.
Fizan
Oktober 5, 2018 1:45 amJika saya memandu kenderaan sendiri dan berlaku kemalangan (langgar tiang), bolehkah saya menuntut insurans? bagaimana prosesnya jika boleh?
Selina
Oktober 16, 2018 11:12 amKalau miliki polisi komprehensif, boleh tuntut dari syarikat insurans. Tapi itu akan akibatkan NCD kembali kepada 0% semasa pembaharuan nanti. Jadi perlu pertimbangkan kos perbaiki kenderaan dan kehilangan diskaun NCD. Jika NCD besar, manakala kos baiki rendah, mungkin lebih berbaloi bayar kos baiki sendiri.
Naim
Oktober 27, 2018 11:13 pmSaya excident motor dengan kereta..kalau nak ikut salah,memang salah kereta..tapi saya nak claim motor saya atas kereta tak boleh..roktax motor saya mati..tapi polis cakap saya boleh claim atas kereta yang salah..bila saya pergi kedai motor untuk claim,kedai motor suruh jumpa lawyer..bila jumpa lawyer,lawyer tak nak buat sebab saya tak ada luka teruk atau patah..habis tu macam mana saya nak claim motor saya yang rosak tu..terasa macam diri teranaiya..sakit dapat motor plak nak keluar duit sendiri..rasa macam tak adil pulak dekat kereta yang salah tu..dia lepas macam tu je..
huda
November 16, 2018 5:42 pmsalam,
camne klau kta claim insurans lambat?repot polis mmg ad.tp skrg ni nk gn dl kreta tu sbb still boleh grk.FYI..ni utk claim org yg lnggar krta sya
razali
Februari 8, 2019 12:56 pmSalam Cik Huda, bagaimana dengan claim? dapat tak?
Markonah
Februari 7, 2019 8:24 pmSy kne langgar Dr belakang kat Bandar Uda JB. Pelanggar dengan senang hati Dan riak mnyatakan pd Sy jgn bising2 p claim kat insurance kete dia. Dah la mak dia akui ank pempuan dia ni bwk laju tak sempat break semasa tu ramai2 bhenti kat traffic light. Dia dgn slumber ckp claim je jgn nk bising2. Tuan puan yg tak kuat iman ni rasa hati nk je tu tumbok2 muke betina tu. Kalau lah jdi pape kat kami masa tu lagi boleh bangun aku tarik kau. Dah la tak keluar lansung dari kereta. Muke pulak tak bersalah. Alasan penat kne paksa ambik mak kat tempat kerja. Huntung kau senah Malaysia ni ada law… Org2 mcm kau lah punca org lain dpt penyakit. Kau elok je aku tgok mengunyah2 lepas accident. Dasar!!!!!!!!
syikin
Mac 25, 2019 10:45 amkwn sy ade kmalangan..dia yg slh..phak 1 lgi nk klim insyuran ats kereta dia..tpi owner kereta tu dh mninggal 5 thun lps…boleh ke nk klim klu cmtu?
Miss BadLuck
April 3, 2019 4:37 amSelamat sejahtera,
Kereta Sy dilanggar oleh pemandu mabuk kemudian lari. Ada video dan nombor plate. Lepas report polis boleh claim under pemandu maduk ke?
luke
April 5, 2019 3:33 amYa, anda hanya perlu mengikuti prosedur seperti biasa.
Romanawa
April 7, 2019 8:55 pmSaya terlibat kemalangan, bergesel kereta dgn kereta, stlh disemak pemandu berkenaan bukanlah pemilik kereta tersebut, jika saya bersalah…bolehkah pemilik kereta menuntut ncd kereta saya sedangkan keretanya dipandu oleh orang lain? Terima kasih.
Rae
April 17, 2019 2:12 pmYa, pihak tersebut boleh membuat tuntutan tersebut.
Raafiq
April 26, 2019 1:10 pmAdik saya kemalangan, ada kereta langgar belakang. Kereta adik saya dah 20 tahun, keluar tahun 1999. Call man dah hantar ke satu bengkel. Kemudian dalam 2 minggu bengkel maklumkan insurance x cover full cost repair dan adik saya kena topup RM 1000, serta deposit RM 500.
Soalan saya, memandangkan dlm kes ni kita nk claim dari insurance kereta satu lg, adakah kita akan claim full atau insurance kereta satu lagi akan ambil kira umur kereta juga? Setahu saya kalau kita claim dari kereta satu lagi (memandangkan kereta tu yang salah), kita boleh claim 100%.
Rae
Mei 2, 2019 9:03 amKami tidak pasti apabila anda rujuk kepada ‘insurance kereta satu lg’.
Norliza
Jun 25, 2019 9:16 pmSaya dilanggar oleh teksi dari belakang dan polis dah sahkan ianya salah teksi. Isunya sekarang betul ke kita tidak boleh tuntut insurans teksi tersebut dan perlu guna insuran sendiri sehingga menyebabkan ncd balik ke 0?
Abg Li
Julai 2, 2019 7:44 pmKereta saya telah dilanggar dari belakang oleh motorsikal. Anggaran kos pembaikan RM2000. Saya membuat tuntutan ganti rugi tetapi pesalah tidak mampu bayar. Kami bersetuju membuat laporan polis dan beliau mengaku salah dalam laporannya.
Jika saya membuat tuntutan dengan insuran takaful saya. Adakah NCD 55% saya akan hilang? Atau tuntutan ganti rugi itu dibayar oleh pihak insuran motor yang melanggar? Mohon pencerahan tuan moderator.
luke
Julai 10, 2019 12:45 amAnda patut membuat tuntutan dengan pihak insurans motor yang melanggar dengan laporan polis yang anda ada. Sekiranya anda membuat tuntutan insurans sendiri, anda akan kehilangan NCD anda.
AMIR
Julai 25, 2019 1:30 amadakah pihak insurance cover sekiranya, kereta saya dibawak lari oleh penyewa?jika ya,insurance mana yang paling reliable ye encik?
Rae
Julai 26, 2019 9:43 pmKemungkinan besar kes sedemikian tidak dilindungi. Anda perlu insurans untuk kenderaan komersial ataupun khas untuk kereta sewa.
Nor Aishah mahat
Ogos 5, 2019 4:15 pmKereta Saya telah mengalami kemalangan akibat kecuaian pihak ke 2,nama pihak ke 2telah tertulis dlm agreement insurand,bagaimana untuk Saya membuat tuntutan atas insurance Saya,keadaan kereta bhgn bonet teruk,tepi pintu sebelah kiri kesan kemek,adakah Saya perlu ke centre mbawa kereta atau mencari panel sendiri memandangkan bengkel yg kaki pergi hanya terima kerosakan atas kenderaan lain,bkn kenderaan atas kecuaian sendiri,mohon pandangan
Rae
Ogos 6, 2019 8:52 pmAnda perlu membuat laporan polis untuk membuat tuntutan tersebut dan hantar kereta tersebut ke panel bengkel syarikat insurans. Anda perlu menghubungi syarikat insurans anda mengenai hal ini.
nur atikah
Ogos 18, 2019 9:28 pmSaya mahu tanya jika kenderaan tersebut tidak rosak teruk hanya kemik sikit dan sekeres tidak sampai 5 inci dapat kah yang empunya kereta claim insuran menggunakan insuran orang lain yang melanggar kereta tersebut?
Rae
Ogos 26, 2019 7:16 pmYa, anda boleh claim insurans orang tersebut, anda perlu membuat laporan polis serta hantar kereta ke bengkel panel.
Adzim
September 19, 2019 5:54 pmSaya terlibat dalam kemalangan dan telah berjaya tuntut claim insurans. Kerosakan adalah tayar dan rim,serta sedikit calar. Selepas bengkel selesai baiki tayar, saya ambil kereta untuk kegunaan kecemasan di mana bengkel masih belum selesai baik pulih calar. Malangnya berlaku kemalangan kecil sehingga calar di bahagian pintu pula. Untuk kemalangan kedua, adakah insurans akan cover juga?
Rae
September 23, 2019 2:02 amYa anda masih boleh lagi buat tuntutan tersebut.
Paul
September 19, 2019 9:25 pmsya mo tanya klau kenderaan atas nama sya, tapi kawan sya pakai kenderaan tersebut, dpt ka sya claim insuran jika berlaku kemalangan? ada tambah nama dia dlm insuran
Rae
September 23, 2019 1:55 amYa anda boleh membuat tuntutan tersebut dengan syarikat insurans sekiranya namanya tertera dalam insurans anda. Walaupun namanya tidak tertera dalam insurans, anda masih boleh buat tuntutan tersebut tetapi syarikat insurans akan mengenakan bayaran RM400.
syaa
September 23, 2019 4:20 pmsaya nak tanya..kalau ada orang yang langgar kereta kita..pahtu da buat report..report tulis dua2 bersalah..boleh claim insuran tak untuk baiki kereta kita?
Rae
September 26, 2019 8:22 pmIni bergantung kepada jenis insurans anda. Sekiranya insurans anda adalah komprehensif, anda boleh membuat tuntutan dari insurans anda.
Azlan
Oktober 9, 2019 8:29 amAdik terlibat kemalangan baru-baru ni, terbabas masuk bulatan dan kereta mengalami kerosakan.
Setelah proses laporan polis dibuat, kereta dihantar ke bengkel untuk pembaikian melalui tuntutan insuran. Semalam agak terkejut bila bengkel panel insuran bagitahu anggaran kerosakan adalah sebanyk RM 26k! Tak logik langsung kerana fizikal kereta hanya rosak bahagian tayar depan dan bawah sebab kereta tersangkut pada longkang.
Soalan:
1. Adakah pihak bengkel melakukan ‘penipuan’ ke atas kerosakan kereta tersebut? Gambar kereta di tempat kejadian ada pada saya.
2. Bagaimana jika pihak insuran bagitahu nilai kerosakan dan pembaikian tidak mencecah harga anggaran sepertimana pihak bengkel beritahu, apa yang perlu saya lakukan?
Terima kasih.
Rae
Oktober 10, 2019 3:54 amIa mungkin atau bukan penipuan kerana kami tidak tahu betapa seriusnya kerosakan kereta tersebut. Tetapi, besar kemungkinan sekiranya workshop tersebut minta anda bayar tunai.
Ia adalah sukar untuk kami menasihatkan anda tanpa lebih maklumat seperti jenis insurans anda. Anda boleh menuju ke http://www.kamibantu.org dan post soalan anda, ejen insurans professional dapat membantu anda dengan bayaran minimal.
Zam
Oktober 15, 2019 5:57 pmTuan, Saya Terlibat dengan Kemalangan pokok tumbang masa Ribut 9/8 baru Nie…masa Ribut berlalu… Untuk makluman Tuan, pihak insuran menolak tuntutan Saya kerana Alasan Ribut sewaktu kejadian. Betul masa Itu Ribut… Tetapi Saya Sedang memandu bersama isteri & anak² Saya. Saya memandu untuk balik Ke rumah… Ribut berlaku semasa Saya & family dalam perjalanan balik Ke rumah…kenapa tuntutan Saya ditolak sedangkan itu adalah Kemalangan… Bukan Saya perking kereta Saya…mohon bantuan sekiranya Saya Boleh buat sebarang rayuan…
Rae
Oktober 24, 2019 2:33 amTulis kami [email protected] dan kami akan review sekiranya syarikat insurans adalah betul. Sesetengah syarikat insurans cover ribut, sesetengah tidak, oleh itu kami perlukan polisi anda untuk review. Perkhidmatan ini adalah percuma.
Muzhafar
Oktober 16, 2019 10:19 amSoalan bukan mengenai tuntutan.
Saya nak tau ketika nk renew insurans kereta,
1. jumlah kita nk cover tu perlu ikut harga pasaran semasa kereta atau macam mana?
2. kalau kita cover lebih dari harga pasaran semasa,jika berlaku sesuatu,kita akan dapat claim ikut jumlah yg kita cover atau pihak insurans still ikut harga pasaran semasa kereta?
3. Seeloknya jika nk renew insurans, mana lebih bagus,cover ikut harga pasaran semasa kereta atau cover lebih tinggi dari harga pasaran?
Rae
Oktober 24, 2019 2:34 am1. Patut beli harga pasaran semasa.
2. Pampasan akan dibuat mengikut harga pasaran semasa kereta.
3. Sebaiknya renew dengan harga pasaran semasa kereta.
han
Oktober 23, 2019 8:23 pmkereta sy telah dilanggar dibahagian fender belakang mengakibatkan kemek dan calar. selepas membuat laporan polis, sy diberitahu oleh pihak polis yg laporan polis dibuat oleh dua2 pihak bercanggah dimana sy yg telah melanggar kereta dia (menipu). macam mana sy nak proceed tuk claim insuran dr syarikat insuran kereta yg melanggar sy? sarjan yg ditugaskan juga beritahu yg kes macam ni susah nak selesaikan kerana kereta sy dilanggar dari sisi tepi belakang. dan sudah hampir 2 bulan selepas membuat laporan polis, sy belum dapat keputusan atau info dr sarjan tersebut. boleh bagi cadangan bagaimana untuk selesaikan masalah ni? terima kasih
Rae
Oktober 24, 2019 2:48 amAnda tidak akan dapat membuat claim dari syarikat insurans pihak yang melanggar dengan laporan polis yang tidak dapat membuktikan pihak yang bersalah. Anda cuma boleh membuat claim dari syarikat insurans anda sendiri (NCD akan hilang) ataupun anda biayai sendiri baiki. Kami cadangkan anda dapatkan anggaran baiki dan compare sekiranya berbaloi untuk claim insurans sendiri ataupun bayar sendiri.
zulhelmi
Oktober 28, 2019 6:20 amsaya nk bertanya tentang kemalangan membabit kan 3 buah kenderaan . Tetapi kalau nk kata kan saya memang tak bersalah dalam hal ni kerana situasi nya ,kereta A dalam keadaan parking dan buka pintu secara tiba2. Telah menyebabkan kecederaan pada penunggang motosikal . tetapi motosikal tersebut melanggar kereta saya iaitu kereta B yang menyebabkan kerosakan . Boleh ke saya claim insuran pada kereta A ( punca kemalangan) walaupun die tak langgar kereta saya. mohon pencerahan
zulhelmi
Oktober 29, 2019 4:43 amkemalangan ini melibatkan 3 buah kenderaan . Kereta A dalam keadaan parking telah membuka pintu kereta secara tiba-tiba dan telah menyebabkan kecederaan kepada penunggang motosikal tersebut. Dalam masa yang sama penunggang motor tersebut cuba mengelak , kemudian melanggar kereta saya (kereta B) dari belakang yang menyebabkan kerosakan pada kereta saya. Boleh ke saya claim insuran pada owner kereta A (punca kemalangan)?? mohon pencerahan
Rae
November 15, 2019 7:49 pmAnda perlu rujuk kepada additional coverage insurans anda. Legal Liability of Passenger (Liabiliti penumpang di sisi undang-undang) cover isu begini. Anda boleh ketahui lebih lanjut dengan artikel kami: https://ibanding.com.my/perlindungan-tambahan-bagi-insurans-kenderaan/
Anuar
November 5, 2019 10:51 pmSaya ingin mmbuat claim insurans akibt exident. Tp telah ditolak oleh Pihak Insurans dengan alasan tayar saya botak dan menyebabkan berlakunya kemalangan. Adakah tayar botak jd punca claim saya d tolak??
Rae
November 15, 2019 7:55 pmPunca yang diberi tidak rasa munasabah. Kami boleh bantu dan review kes anda, sila hantar surat rejection anda ke [email protected].
Razi
November 6, 2019 11:35 pmKereta kena langgar 17/10 dan sampai sekarang masih dibengkel. Keputusan laporan polis saya ada. Adjuster letak anggaran 8 hari je kereta boleh siap dibaiki. Dalam masa yang sama saya menyewa kereta sebagai ganti bagi memudahkan urusan harian. Insuran saya Etiqa Takaful & insuran pihak yang bersalah ialah Lonpac. Adakah saya boleh menuntut bayaran sewa kereta kepada Lonpac atau hanya LOU/CART utk hanya tempoh 8 hari yg diberikan adjuster? Jika boleh buat tuntutan bayaran sewa kereta apa syarat² yang perlu? Apakah Lonpac berhak menolak tuntutan sebegini?
Rae
November 15, 2019 7:57 pmCuba hubungi Lonpac dahulu untuk dapatkan pampasan tersebut. Jika tidak berjaya, sila rujuk kes anda ke [email protected] dan kami akan cuba membantu anda untuk dapatkan pampasan tersebut.
Syahid
November 27, 2019 10:46 amKenderaan saya di langgar oleh pemandu mabuk.. Bolehkah saya claim insurance kenderaan pemandu mabuk itu tadi?
Rae
November 28, 2019 3:57 amYa anda boleh. Anda perlu membuat laporan polis dengan butiran pemandu tersebut.
syahmi
Disember 8, 2019 7:48 pmsalam.. boleh ke saya nk claim insurence jika saya kemalangan sendiri contohnye saya terlangar tembok semasa parkin ???
Rae
Disember 11, 2019 2:30 amYa, anda boleh tuntut dari insurans anda tetapi anda akan kehilangan NCD.
Anis
Disember 20, 2019 2:39 pmSaya baru mengalami kemalangan kecil dengan sebuah motorsikal,boleh ke saya terus buat report polis ,tapi kereta yg saya pandu atas nama anak saya.nama saya ada dlm polisi insuran sbgai driver kedua.
Rae
Disember 22, 2019 4:53 amYa anda patut buat laporan polis itu serta-merta sebagai pemandu kedua.
Anis
Disember 20, 2019 2:53 pmSebgai pemandu kedua dalam polisi insuran,boleh ke buat report polis jika betlaku kemalangan tanpa pemilik kereta.?
Noranita
Disember 22, 2019 4:28 pmKenderaan saya di langgar oleh pemandu mabuk..Saya dah buat repot polis tetapi pemandu mabuk tersebut masih tidak membuat repot polis. Bolehkah saya claim insurance kenderaan pemandu mabuk itu tadi?
Rae
Januari 18, 2020 5:31 amYa, anda boleh membuat tuntutan tersebut samada pihak ketiga buat laporan polis atau tidak.
Nuratiqah
Disember 23, 2019 10:23 pmSaya telah terlibat dalam satu kemalangan di simpang 3. Ketika itu saya ingin membelok masuk ke kanan, dan secara tiba tiba sebuah motosikal datang dari jalan yg lurus (main road) dan telah melanggar sisi belakang kereta saya. Laporan polis telah dibuat. Namun, owner motosikal terbabit ingin claim insurans melalui kenderaan saya. Sedangkan saya taknak claim insurans atas kereta saya sendiri tapi owner motosikal berkeras ingin claims atas kenderaan saya, kira macam mana ye?
Rae
Januari 18, 2020 5:33 amAnda terpaksa mengikut pihak tersebut sekiranya beliau ingin membuat tuntutan tersebut.
Adam
Februari 13, 2020 4:58 amSaya membawa motor excident dengan kereta dan langgar belakang kereta saya mempunyai lesen L dan membawa penumpang bolehkah claim saya diluluskan dan saya juga disaman oleh polis atas sebab membawa penumpang menggunakan lesen L
Rae
Februari 22, 2020 3:27 amAnda memiliki lesen L dan membawa penumpang atas motorsikal. Ia adalah salah disisis rang undang-undang. Oleh sedemikian, pihak insuran berhak untuk tidak membayar tuntutan anda.
Sam
Mac 3, 2020 2:17 pmKereta saya dilanggar dari belakang dan report polis telah dibuat… berapa lamakah tempoh yang diberi untuk menghantar kereta ke bengkel untuk klaim insurans kerana saya masih menggunakan kereta saya untuk urusan harian saya.
Rae
Mac 6, 2020 8:14 pmDi bawah kandungan keadaan no.2 dalam polisi kenderaan anda, pihak diinsurankan perlu maklumkan syarikat insuran dengan butir-butir lengkap mengenai kerugian tersebut secepat mungkin selepas kemalangan berlaku. Anda boleh diberi sehingga 30 hari untuk memaklumkan syarikat insuran secara bertulis. Sekiranya tidak, pihak syarikat insuran boleh menolak tuntutan anda. Anda diperlukan memberi dokumen dibawah kepada syarikat insuran:
1. Laporan polis oleh anda/pemandu
2. Salinan IC anda/pemandu
3. Salinan cukai jalan
4. Salinan geran kenderaan
5. Saman polis yang dikemukakan kepada anda/pemandu
6. Surat keterangan mengenai sebab kelewatan melaporkan insiden kemalangan.
Loqman
Mac 13, 2020 12:43 pmSalam. Saya terlupa nak notify pihak agensi saya sebab saya ingatkan apabila pihak yang dilanggar buat tuntutan claim, pihak insurans saya akan segera di notify. Tapi selepas saya bayar renew insurans dalam bulan february, harini baru saya terima surat yang saya kene buat penjelasan kenapa tidak menghubungi mereka. Adakah akan ada apa apa yang terjadi terhadap insurans saya atau pun pihak yang claim itu?
Rae
April 1, 2020 1:25 amAnda boleh balas dengan apa yang anda telah jelaskan kepada kami. Ia adalah tanggungjawab anda untuk menghubungi syarikat insurans anda. Apa yang akan terjadi selapas ini adalah atas syarikat insurans tersebut. Kes senario terburuk adalah syarikat insurans anda menolak tuntutan tersebut.
zul
Mac 30, 2020 2:29 pmhelo..pertanyaan..saya terlibat kemalangan pada bulan puasa tahun lepas melibatkan motor(saya) dan sebuah kereta..kemalangan berpunca dari kereta tersebut..laporan polis dibuat dan tuntutan insuran telah dilakukan bagi membaiki motor saya..claim pada asalnya menggunakan insuran saya iaitu RHB insurance dan akan diclaim keatas kereta tadi..tetapi masa saya ingin renew insuran didapati NCD saya 0%..kenapa jadi begitu??sedangkan pihak insuran mebuat claim dari pihak ketiga(kereta)..sepatotnya NCD saya tidak hilang….
Rae
April 12, 2020 4:23 pmAnda patut hubungi syarikat insurans anda. Sepatutnya, tuntutan anda patut difailkan sebagai ‘No fault claim’. Kemungkinan besar tuntutan anda telah salah diuruskan.
Ijat
Mei 8, 2020 3:14 amKereta saya dilanggar, tak tau sapa langgar.. Abis kemek bumper dan pecah sikit serta kemek pintu. So boleh ker saya claim insurances.. Kerosakkan dianggarkan lebih dari Rm300. Rasa berapa lama masa kereta akan dimasukkan ke workshop.
Rae
Mei 8, 2020 8:52 pmAnda boleh boleh tuntutan dengan MIB. Sila baca artikel ini untuk mengetahui cara tuntutan: https://ibanding.com.my/kecederaan-akibat-pemandu-tidak-berinsurans-biro-insurans-motor/
Ini bergantung kepada kesibukan workshop tersebut. Kami tidak dapat anggarkan jangka masa kereta anda akan berada di workshop.
Sofia
Mei 10, 2020 8:10 pmkenderaan kemalangan adalah sewa ,tapi bukan orang penyewa yang memandu. Jika begini kenderaan bolehkah claim insurance?
Haider
Julai 7, 2020 11:59 amBaru2 ni sy ada terlibat dgn kemalangan..saya telah melanggar Plastik Barrier ( plastik pengadang jalan ) yg berada di tengah2 jalan..kejadian berlaku pd waktu malam dan kawasan sekitar kejadian mmg gelap serta kurang pencahayaan serta tanda2 amaran..apakah saya juga boleh claim/tuntut??bagaimana?? apakah ada kaedah lain untuk tuntutan??harap Tuan dpt membantu.
Rae
Julai 28, 2020 7:15 pmSekiranya anda mempunyai insurans kereta komprehensif, anda boleh membuat tuntutan Syarikat insurans akan membiayai kos baiki tetapi anda akan kehilangan NCD anda.
Lina
Julai 18, 2020 12:23 pm16/07/2020 saya ada accident..sebab cuai jugak…kereta saya dan kereta mangsa cuma ada calar sedikit saya di bahagian bumper depan dan rusuk kiri kereta.. adakah pihak insurans terima permohonan claim saya nanti?
Rae
Julai 28, 2020 7:18 pmSudahkan anda membuat laporan dengan polis? Apakah kesimpulan laporan tersebut?
Lina
Julai 29, 2020 11:47 amlaporan polis telah dibuat pada hari kejadian.
junaidi jamali
Julai 20, 2020 12:43 pmTuan,
Kereta saya terbabit dlm kemalangan sendiri..terbabas jln licin.. Segala proses tuntutan telah dilakukan, pihak insurance pun telah luluskan tuntutan, pihak bengkel menghubungi saya coverage insurance x cukup untuk repair sepenuhnya..diberitahu insurance tak cover sepenuhnya sebab kereta saya sudah lebih 5 tahun. Apa harus saya buat ?
Rae
Ogos 6, 2020 11:38 pmIni bergantung kepada jenis insurans yang anda miliki serta syarikat insurans anda. Sesetengah syarikat insurans tidak membiayai kos baiki untuk gantian baru/original untuk kereta lama. Sekiranya, anda ingin diganti dengan gantian baru/original, anda mungkin perlu membiayai kos sendiri.
Lina
Ogos 7, 2020 9:28 amadakah NCD saya tetap kembali kepada 0%, walaupun saya membiayai dengan kos sendiri?
Rae
Ogos 16, 2020 1:19 amNCD anda tidak akan terjejas apabila anda tidak membuat sebarang claim dari insurans anda.
ahmad
Ogos 9, 2020 3:12 pmsaya nak tanya pasal insuran no3 tpft. ada perbezaan tahun kereta dalam geran dengan polisi insuran. cth dalam geran tahun 2008 dan dalam polisi isuran 2005. adakah pihak ketiga dapat membuat tuntutan insuran tersebut jika berlaku kemalangan??
Rae
Ogos 26, 2020 4:31 pmMaaf, kami tidak faham soalan anda. Sila emel kami di [email protected] dengan butiran lanjut.
Amir
Mac 12, 2021 12:45 amSekira nya saya melanggar kereta org tetapi saya tak di saman di sebabkan kesalahan pemandu tersebut memotong laluan dari kiri ke kanan ketika saya sedang membelok ke haluan kanan. Ada kah mereka dpt membuat tuntutan insurance tanpa persetujuan saya?
Justine
Mac 12, 2021 9:45 pmSituasi ini bergantung pada laporan polis. Pihak lain boleh membuat tuntutan terhadap syarikat insurans anda, walau bagaimanapun syarikat insurans anda akan menyemak sama ada tuntutan itu adalah sah atau tidak.
Amir
Mac 12, 2021 12:51 amPembetulan. Sekira nya di dalam bulatan. Saya dari arah dlm ke kiri sudah memberi signal utk msok smpang laluan yg saya mahu tuju. tiba tiba. Kereta dari arah kiri membelok ke arah kanan . Selepas itu saya tak sempat utk mngelak . Jd saya melanggar blakang sisi tepi kereta dia . Bila di bawa ke balai. Saya di dapati tak bersalah dan tak di saman. Ada kah meraka berhak membuat tuntutan sekira nya saya tak memberi kerja sama utk claim insuran kereta saya?
Justine
Mac 12, 2021 9:44 pmSekiranya laporan polis mengatakan bahawa anda tidak bersalah, maka pihak lain tidak boleh membuat tuntutan terhadap syarikat insurans anda. Walau bagaimanapun, lebih baik jika anda menyemak dengan ejen insurans anda untuk memastikan bahawa semua maklumat yang relevan dikaji.
SitiAbdKarim
Mei 25, 2021 9:45 pmKereta saya telah di langgar oleh sebiji treler dari belakang… menyebabkan kereta saya diseret dan berpusing ke hadap an treler tersebut . Kereta mengalami kerosakkan bumper belakang dan pintu kanan depan dan belakang… Report polis sahksn treler bersalah, masalah pihak insurance reject kerosakkan di bumper dan approved kerosakkan di pintu sahaja… pihak adjuster yg reject…. masalahnya kereta saya di langgar oleh treler yg sama…. Tp claim saya telah di tolak… Apa yg perlu saya lakukan?
Justine
Jun 22, 2021 12:37 pmAnda boleh membuat rayuan. Sekiranya jumlah tuntutan tinggi, kami mencadangkan anda mengambil peguam.