Tahukah anda, pada tahun 2017, Honda mencatatkan rekod jualan tertinggi yang pernah dicapai syarikat itu dalam sejarahnya di Malaysia dengan jumlah 109,511 unit?
Tak hairanlah, Honda sememangnya jenama yang popular di negara ini, bukan sahaja kerana ciri-ciri dan reka bentuk yang terkini dan menarik tetapi juga kerana harganya yang lebih mampu milik berbanding jenama yang setaraf dengannya.
Tapi bukan ini saja kelebihan-kelebihan yang ditawarkan kereta jenama Honda, sebenarnya banyak lagi yang pemiliknya sendiri sering terlepas pandang. Untung sebenarnya jadi pemilik kereta Honda, terutama sekali dari segi pakej insurans yang diberikan.
Tahukah anda tentang Honda Insurance Package yang anda nikmati sebagai pemilik kereta Honda?
Honda Insurance Package atau HIP adalah pakej insurans yang ditawarkan oleh Honda Malaysia secara eksklusif kepada pemilik-pemilik kereta Honda yang bukan sekadar memberikan perlindungan terhadap kereta sahaja.
Malangnya ramai pemilik yang tidak sedar kelebihan ini yang hanya didapati apabila mereka memperbaharui insurans kereta mereka melalui pengedar Honda yang diiktiraf.
Apakah kelebihan HIP yang diberikan kepada pemilik kereta Honda?
1. 100% alat gantian tulen
HIP menjamin semua penggantian alat dengan alat ganti tulin yang memiliki waranti selama 6 bulan atau 10,000 kilometer waranti servis. Tidak lagi perlu risau tentang alat ganti tiruan atau alat ganti terpakai.
2. Agreed value atau nilai dipersetujui sehingga 10 tahun
Bukan semua syarikat insurans dan pengendali takaful yang menawarkan polisi mengikut nilai dipersetujui. Tetapi bagi pemilik kereta Honda di bawah HIP, kereta anda diinsuranskan mengikut nilai dipersetujui selama 10 tahun. Di mana tahun pertama nilai dipersetujui mengikut harga asal (harga beli) dan kereta yang berusia 2 tahun hingga 10 tahun pula mengikut nilai yang disyorkan oleh penilaian ISM (Insurance Service Malaysia).
Untuk fahami lebih lanjut tentang kelebihan menginsuranskan kereta anda mengikut nilai dipersetujui, baca artikel ini.
3. Tiada kos betterment
HIP menjamin pemilik kereta Honda di bawah perlindungannya tidak dikenakan kos betterment sehingga 10 tahun! Berbeza dengan syarikat insurans lain yang mengenakan kos betterment seperti jadual di bawah:
4. Tiada ekses
HIP menjamin tiada ekses (melainkan ekses wajib) dikenakan berbeza dengan syarikat insurans dan pengendali takaful lain yang kebanyakannya mengenakan ekses berdasarkan usia dan model kereta, umur dan rekod tuntutan pemegang polisi. Ini bererti polisi insurans HIP anda akan mebayar balik 100% kos membaiki kereta anda akibat kemalangan.
5. Proses tuntutan yang pantas
Kelulusan bagi tuntutan kurang daripada RM20,000 akan diberikan dengan lebih pantas bagi kereta yang dibaiki di pusat Honda Authorised Body & Paint Centre. Pihak pengedar akan memberikan bantuan dalam mengendali kes tuntutan dengan berhubung terus bersama pihak syarikat insurans.
Ada lagi? Banyak lagi sebenarnya…
- Senarai panel syarikat insurans dan pengendali takaful yang ulung. HIP bergabung dengan syarikat insurans dan pengendali takaful yang dipercayai. Seperti Tokio Marine, Berjaya Sompo, Allianz, Liberty Insurance dan AIG bagi insurans konvensional, manakala bagi takaful pula adalah Zurich Takaful dan Etiqa Takaful.
- 100% bayaran balik. HIP menawarkan 100% pembayaran balik kepada pemilik daripada jumlah sum insured (jumlah yang diinsuranskan) bagi tempoh 10 tahun pertama jika berlakunya total loss atau kecurian. Ini berlainan dengan syarikat insurans lain kebiasaannya cuma membayar setakat nilai pasaran kenderaan sewaktu kecelakaan berlaku
- Bantuan kecemasan 24 jam. Perkhidmatan trak tunda 24 jam disediakan bagi keperluan kecemasan secara percuma bagi 450km (jumlah perjalan ualng alik bagi trak tunda). Perkhidmatan membaiki kereta di tempat kejadian juga disediakan tanpa kos buruh (sehingga RM200 bagi setiap kes) tidak termasuk alat ganti, bagi pertukaran tayar, pengisian minyak, dan jump-start atau penggantian bateri.
Bagaimana untuk mula nikmati keistimewaan ini?
- Hubungi mana-mana pengedar Honda yang diiktiraf yang juga panel bagi HIP; atau hubungi talian HIP 1800-18-1177.
- Minta sebutharga bagi insurans atau takaful kereta anda serta perlindungan tambahan yang anda kehendaki.
- Dapatkan polisi yang bersesuaian denagn keperluan anda dan mulakan perlindungan di bawah HIP!
Istilah dan penerangan berguna
Agreed value atau Nilai dipersetujui
Agreed value (nilai dipersetujui)Â adalah nilai yang telah dipersetujui oleh pemegang polisi dan juga syarikat insurans terlebih dahulu ketika pembaharuan polisi dibuat. Ini berlainan dengan market value (nilai pasaran) yang lebih kerap digunakan di mana jumlah dilindungi (sum insured) adalah mengikut harga pasaran kereta ketika pembaharuan polisi.
Penambahbaikan atau Betterment
Betterment terjadi apabila anda perlu menukar alat ganti yang rosak pada kereta anda akibat kemalangan. Keadaan ini menguntungkan anda kerana alat lama pada kereta anda akan diganti dengan alat yang baru. Di sinilah anda akan dikenakan kos betterment oleh kebanyakan syarikat insurans, di mana anda perlu menanggung perbezaan kos di antara alat baru dan alat lama. Semakin berusia kereta anda, semakin tinggi kos betterment yang dikenakan.
Ekses
Juga dikenali sebagai deduktibe adalah jumlah kerugian yang perlu anda tanggung sebelum syarikat insurans membayar baki tuntutan kerosakan kenderaan. Ekses wajib yang dikenakan oleh semua syarikat insurans ialah terhadap pemandu bukan dinamakan atau seseorang yang dinamakan yang berusia 21 tahun ke bawah, pemegang lesen memandu sementara (L) atau pemegang lesen memandu penuh yang kurang dari dua tahun. Bagi kes ini, ekses sebanyak RM400 dikenakan.
Nak fahami lebih lanjut mengenai Honda Insurance Package dan segala terma dan syarantnya, layari laman ini.
Ma'aroff bin mohamed salleh
Januari 20, 2019 8:58 pmNak tahu sebut harga
Selina
Januari 22, 2019 1:11 pmBoleh hubungi pihak authorized dealer Honda yang berdekatan jika inginkan sebutharga bagi HIP.
Rubaayah binti zin
Februari 21, 2019 10:36 amJoin HIP
MUHAMMAD HAYKAL ABDULLAH
Mei 17, 2019 2:23 amBagaimana saya nak buat valuation kereta saya n kebetulan saya nak renew insurans kereta. cuma nak basic cover saja (theft and accident) sebab nak raya ni…siapa boleh bantu ye?
Rae
Mei 21, 2019 12:08 pmValuation kereta anda boleh dibuat di website syarikat insurans semasa anda ingin membeli insurans tersebut. Sila lihat senarai syarikat insurans di sini:
https://ibanding.com.my/guide-to-buying-car-insurance-online-in-malaysia/