Pertumbuhan industri hayat di Malaysia terus mencatatkan peningkatan manakala prospek sektor ini kekal positif berikutan peratusan bagi penduduk yang memiliki insurans hayat atau pelan takaful adalah masih di tahap rendah iaitu sebanyak 54%.

Industri hayat negara bagi tahun 2017 telah menyaksikan peningkatan sebanyak 6% bagi sekemua jumlah gabungan polisi insurans kepada RM1.38 trilion berbanding RM1.3 trilion pada tahun sebelumnya. Ini satu tanda peningkatan kesedaran rakyat Malaysia tentang kepentingan perlindungan hayat.

Menurut Life Insurance Association of Malaysia (LIAM), jumlah premium untuk perniagaan baru bertambah 3.8% dari tahun ke tahun kepada RM10.11 trilion pada 2017 berbanding RM9.74 trilion sebelum ini.

Menrurut LIAM lagi, industri insurans hayat juga mencatatkan peningkatan tuntutan sebanyak 5.3% kepada RM10.1 bilion daripada RM9.7 bilion. Sebahagian besar daripada peningkatan ini disumbangkan oleh peningkatan kematian dan tuntutan hilang upaya.

Walaupun jumlah jaminan insurans per kapita naik pada tahun 2017 kepada RM42,992 daripada RM41,055 pada 2016, nilai ini masih jauh di bawah jumlah yang diperlukan untuk menyokong anggota keluarga sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya di kalangan ketua keluarga.

“Berdasarkan Kajian Insurans Terkurang di Malaysia yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dan LIAM pada 2013, jurang purata kematian bagi setiap anggota keluarga adalah kira-kira RM100, 000 hingga RM150,000”, katanya.