Minggu ini kami berbual bersama beberapa ejen insurans dari Melaka. Mereka berkongsi kisah dan pengalaman mereka bagaimana biasanya mereka berhadapan dengan pelanggan dan apa yang boleh boleh anda harapkan apabila berunding dengan mereka.

Inilah apa yang mereka katakan.

#1. Pang Wan Khim (7 ulasan)

Penarafan: 

Lokasi: Ayer Keroh, Melaka

Agensi: VKA Wealth Planners Sdn Bhd

Baca Profil Pang

Pang adalah perancang kewangan berlesen yang pakar dalam pelbagai bidang perkhidmatan kewangan, seperti insurans perancangan pelaburan, pengurusan kewangan,  perancangan hartanah, perancangan cukai dan juga perancangan pengantian perniagaan.

Beliau bernekad untuk mewakili kepentingan anda dalam membantu mencari penyelesaian bagi apa jua masalah kewangan yang anda hadapi.

Ulasan Pelanggan (Contoh)

Temuduga Bersama Pang

Apakah produk insurans terbaik yang anda syorkan kepada pelanggan?

Pada kebiasaannya, ia bergantung kepada keperluan pelanggan. Apakah matlamat dan niat mereka dalam mendapatkan sesuatu produk? Adakah ianya untuk perlindungan diri sendiri ataupun untuk keluarga. Atau adakah ia untuk perlindungan kesihatan? Tiada dua pelanggan yang sama.

Apakah prinsip yang anda praktikkan dalam berinteraksi bersama pelanggan?

Saya rasa, penting bagi saya kumpulkan maklumat tentang pelanggan. Terdapat pelbagai cara untuk berhadapan dengan mereka dan cara saya dapatkan maklumat itu juga sama pentingnya. Ini kerana bukan semua orang selesa berkongsi maklumat peribadi. Kadangkala ada di antara mereka yang teragak-agak, tetapi ia adalah tugas saya untuk memastikan mereka rasa selesa berkongsi maklumat-maklumat peribadi dengan saya supaya dapat saya membantu mereka.

Penarafan: 

Lokasi: Masjid Tanah, Melaka

Agensi: Akademi SWA

Baca Profil Muhammad

Kami sedar bahawa kadang-kala berunding dengan ejen insurans boleh melengahkan keadaan. Tetapi, Muhammad membuktikan ini tidak semestinya benar. Apabila kami mula berkenalan dengan Muhammad, serta merta kami sedari beliau merupakan seorang yang mudah berbual.

Beliau sentiasa berkongsi feedback dengan jujur dan memberi nasihat yang munasabah tentang insurans.

Kini Muhammad bekerja sebagai penasihat perubatan sepenuh masa dan beliau juga ejen takaful am mewakili Takaful Malaysia Berhad, Takaful IKHLAS Berhad dan Etiqa Takaful Berhad.

Ulasan Pelanggan (Contoh)

Temuduga Bersama Muhammad

Apakah produk insurans terbaik yang anda syorkan kepada pelanggan?

Selalunya, saya akan tanya pelanggan sebab utama mereka melanggan insurans. Adakah ia untuk diri sendiri, untuk keluarga, untuk sebab kesihatan atau adakah mereka ingin cari takaful hibah?

Pengetahuan ini dapat membantu mengenalpasti sama ada mereka boleh dan ingin komit, kerana dengan maklumat tersebut, saya boleh cadangkan pelan yang sesuai untuk mereka.

Maklumat yang mereka kongsikan juga penting kerana pada masa hadapan, liabiliti mungkin berubah mengikut masa. Sebenarnya ini adalah salah satu bahagian dalam membina perhubungan dengan pelanggan.

Apakah prinsip yang anda praktikkan dalam berinteraksi bersama pelanggan?

Saya percaya bahawa seseorang itu perlu ada keinginan berkenalan dengan pelanggan dan juga sifat terbuka. Fahami keadaan kewangan dan situasi kehidupan mereka.

Penarafan: 

Lokasi: Melaka

Agensi: Takaful Ikhlas Afsheen Falah Agency

Baca Profil Mazween

Seorang yang ceria dan peramah ianya jelas kelihatan pada gambarnya juga. Mazween menawarkan pelan takaful yang merangkumi kad perubatan, pendidikan, pelaburan, perlindungan, hibah termasuk Badal Haji.

Kini Mazween mewakili Takaful Ikhlas.

Ulasan Pelanggan (Contoh)

Temuduga Bersama Mazween

Apakah produk insurans terbaik yang anda syorkan kepada pelanggan?

Saya lebih suka mengenalpasti keperluan pelanggan. Sesetengah orang kemungkinan kad perubatan manakala orang lain mencari pelan pelaburan. Apa jua keperluan, saya akan cuba untuk membuat cadangan yang paling sesuai.

Apakah prinsip yang anda praktikkan dalam berinteraksi bersama pelanggan?

Berkenalan dengan seseorang terlebih dahulu. Setiap orang mempunyai keperluan yang berlainan. Ada yang akan beritahu kepada saya yang insurans yang mereka cari adalah insurans perlindungan di mana mereka boleh gunakan semasa mereka masih hidup, manakala sesetengah orang mencari pelan perlindungan untuk keluarga dan masa hadapan mereka.

Penarafan: 

Lokasi: Ayer Keroh, Melaka

Agensi: Usrah Associates

Baca Profil Syawalludin

Bekerja di Ayer Keroh, Syawalludin ialah seorang ejen insurans yang berusaha sedaya upaya bagi menawarkan pelan pelaburan yang terbaik.

Sebagai graduan dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Syawalludin mewakili Takaful Ikhlas dengan menawarkan pelbagai polisi insurans seperti perlindungan perubatan, penyakit kritikal, perancangan persaraan, perancangan kewangan, simpanan dan pelaburan.

Ulasan Pelanggan (Contoh)

Temuduga Bersama Syawalludin

Apakah produk insurans terbaik yang anda syorkan kepada pelanggan?

Saya hanya akan menwarkan kepada pelanggan dengan produk yang mereka benar-benar mampu. Sebab itu saya rasa amat penting untuk bertanyakan bajet yang selesa. Jika tanya saya, ia benar-benar bergantung kepada keadaan kewangan mereka.

Apakah prinsip yang anda praktikkan dalam berinteraksi bersama pelanggan?

Sentiasa pastikan saya mengenal dan memahami pelanggan. Ia adalah sebahagian daripada usaha fact finding.