Kuala Lumpur, 2 Mac 2018 – Syarikat Takaful Malaysia Berhad (Takaful Malaysia) hari ini melancarkan portal jualan dalam talian “Click for Cover” sebagai inisiatif permulaan ke arah insurans digital yang mana menandakan perluasan jejak digital syarikat tersebut dengan menyediakan pengalaman pelanggan yang lancar apabila mereka menyertai produk insurans dalam talian.

“Pelancaran pelan strategi digital pada hari ini menandakan komitmen kami ke arah merevolusikan cara kami untuk memperluaskan perniagaan dengan mentransformasikan jualan dan operasi secara digital,” kata Dato’ Seri Mohamed Hassan Kamil, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia.

“Dengan memanfaatkan perkakasan digital dan teknologi dalam menawarkan kepelbagaian produk dan perkhidmatan, kami akan mengembirakan pelanggan kami dengan pengalaman pengguna yang lebih baik, produk perlindungan yang dipertingkatkan serta perkhidmatan yang berkualiti tinggi,” tambah beliau lagi.

Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan II, merasmikan majlis pelancaran tersebut yang juga turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian dengan Fusionex International, peneraju pasaran dalam teknologi data, analitik dan Artificial Intelligence, dan ReMark International, sebuah syarikat pakar pemasaran digital. Kolaborasi kerjasama bersama Lembaga Tabung Haji (LTH) dan Bank Islam (BIMB) juga ditandatangani untuk memperkenalkan produk Takaful dalam talian kepada pendeposit LTH dan pelanggan BIMB.

Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, “Pelancaran strategi digital Takaful Malaysia pada hari ini adalah sejajar dengan strategi digital keseluruhan yang digariskan oleh Kerajaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi digital.”

Dato’ Seri Hassan Kamil merumuskan, “Kami akan memanfaatkan kos transaksi yang lebih rendah daripada saluran jualan dalam talian, untuk memberi harga yang lebih baik serta produk yang lebih mudah diakses ke pasaran secara keseluruhannya.”

Click for Cover

Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Finance Minister II, berucap sempena pelancaran Click for Cover.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Click for Cover, layari https://online.takaful-malaysia.com.my.