Generasi millenial yang dibebani kos perubatan yang tinggi kini diberikan pilihan mendapatkan kad perubatan serendah RM37 sebulan.

Kad perubatan AXA Affin Life Insurance Berhad yang ditawarkan di talian ini adalah yang pertama seumpamanya di pasaran. AXA eMedic ini ditawarkankepada golongan millennial yang berusia di antara 16 sehingga 39 tahun.

Ia bertujuan untuk memastikan golongan millenial mempunyai perlindungan yang secukupnya ketika baru mengorak langkah untuk berdikari serta membantu mereka membuat persediaan untuk menghadapi situasi luar jangkaan.

Dengan kadar kos perubatan yang dijangka meningkat sebanyak 12.7% dalam tempoh 5 tahun akan datang, rakyat Malaysia terutamanya golongan millenial dijangka menghadapai kesukaran dalam menanggung beban kos perubatan.

AXA eMedic menawarkan pelan serendah RM37 sebulan dan memberikan perlindungan sehingga RM100,000 setahun. Ia boleh diperbaharui sehingga usia 80 tahun.

 

Pelanggan kini boleh dapatkan sebutharga dengan mudah dan mendaftarkan diri dalam masa 5 minit sahaja melalui  eMedic di mana mereka www.AXAeMedic.com. AXA eMedic. Tiada pemeriksaan perubatan diperlukan untuk mendapatkan kelulusan.