KUALA LUMPUR – MSIG Insurance (Malaysia) Bhd akan membayar balik premium insurans perjalanan sepenuhnya kepada pelanggan mereka sekiranya mereka ingin membatalkan perjalanan berikutan Pilihan Rara Umumke -14 (PRU14) yang dijadualkan berlangsung pada 9hb Mei bulan hadapan.
“Pelanggan yang memutuskan untuk membatalkan rancangan perjalanan kerana pertindihan tarikh pengundian 9 Mei dengan waktu perjalanan mereka adalah layak untuk mendapat bayaran balik penuh,” dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MSIG hari ini.
Selain dari pembayaran balik premium sekiranya pembatalan dibuat, MSIG juga bersedia memberikan pilihan kepada pelanggan mereka yang telah pun membeli insurans perjalanan untuk meminda tarikh perjalanan mereka tanpa dikenakan sebarang premium tambahan jika tundaan baharu dalam tempoh 90 hari dari tarikh asal.
Bagaimanapun, premium tambahan akan dikenakan sekiranya pelanggan melanjutkan tempoh perjalanan atau mengubah destinasi asal mereka.
Pelanggan yang berhasrat membuat sebarang pindaan boleh menghubungi penasihat insurans mereka atau menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan MSIG sebelum 7 Mei, 2018.
Leave a Comment