Setiap bulan kami membuat satu cabutan bertuah di kalangan semua peserta yang sah untuk mendapatkan seorang pemenang bagi hadiah mingguan, sama ada wang tunai atau Kad Petronas bernilai RM 50. Pemenang seterusnya akan diumumkan pada April 30th, 2019.
Setiap tahun iBanding menjalankan kaji selidik bebas untuk mendapatkan pandangan pengguna Malaysia mengenai syarikat insurans kereta mereka. Pada tahun lalu lebih daripada 8,600 rakyat Malaysia telah berkongsi pengalaman mengenai insurans kereta mereka. Melalui maklumbalas peserta, iBanding telah menentukan menduduki lebih daripada 20 syarikat insurans dari yang terbaik sehingga yang terlemah, berdasarkan beberapa faktor. Penarafan ini adalah unik kerana ia tidak berdasarkan pendapat pakar atau ahli juri, ia juga tidak dibayar oleh mana-mana syarikat insurans. Hasilnya hanya berdasarkan jawapan oleh pemandu Malaysia dengan insurans kereta yang sah di Malaysia.
iBanding adalah sebuah laman web pendidikan insurans bebas. Kami memaklumkan dan mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan insurans. iBanding tidak menjual insurans dan tidak memihak kepada mana-mana syarikat insurans atau produk insurans. Objektif kami adalah untuk memberikan sebanyak mungkin maklumat kepada pengguna tentang produk insurans serta memberikan pautan bagi memudahkan pembelian insurans dalam talian. Jika anda memerlukan bantuan profesional mengenai insurans, anda boleh menyemak Direktori Ejen Insurans kami untuk mendapatkan ejen insurans yang berdekatan dengan anda.
Anugerah Insurans Motor (MIA) adalah anugerah tahunan yang dianjurkan oleh iBanding, sebuah laman web pendidikan insurans bebas. Anugerah ini diberikan kepada Syarikat Insurans Motor dan Takaful Terbaik yang dipilih oleh rakyat Malaysia.
Anugerah ini diumumkan bersama kedudukan syarikat Insurans dan Takaful di Malaysia. Matlamatnya adalah untuk menyediakan para pengguna Malaysia dengan maklumat bebas bagi membantu mereka menentukan syarikat insurans yang terbaik bagi diri mereka.
Featured on
Sejak permulaan Liberalisasi Tarif Insurans Motor, syarikat insurans dibenarkan menetapkan harga mereka sendiri untuk produk insurans motor masing-masing. tTdak seperti sistem sebelumnya di mana semua harga dikawal oleh Bank Negara. Dengan bertambahnya syarikat insurans yang mula mengenakan harga yang berlainan untuk produk mereka, semakin penting bagi rakyat Malaysia membandingkan bukan sahaja harga polisi insurans motor mereka tetapi juga kualiti yang ditawarkan oleh syarikat yang berbeza.
Kini, pengguna boleh menyemak harga insurans dalam talian. Lebih daripada 10 syarikat menawarkan sebut harga dalam talian. Anda boleh mendapatkan senarai terkini insurans di sini.
Walau bagaimanapun, sukar bagi pengguna untuk membandingkan kualiti perkhidmatan antara syarikat insurans. Oleh itu, iBanding menjalankan Kaji Selidik Insurans Motor setiap tahun bagi mengenal pasti mutu perkhidmatan syarikat insurans serta kecekapan perkhidmatan tuntutan mereka. Syarikat terbaik dalam setiap kategori insurans konvensional dan takaful yang dikenalpasti akan dianugerahkan dengan Anugerah Insurans dan Takaful Motor.
Anugerah Insurans Motor kami bukan satu pengesyoran untuk membeli. Sebaliknya, ia menawarkan panduan syarikat insurans atau takaful manakah yang menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia. Pada tahun lepas, lebih daripada 8,600 rakyat Malaysia telahpun mengambil bahagian.
Leave a Comment