AXA Affin Life Malaysia telah bertindak balas terhadap kebimbangan yang serius tentang Coronavirus dan memperluaskan insurans perubatan mereka untuk meliputi kos rawatan hospital untuk Coronavirus.
The World Health Organisation (WHO) telah mengisytiharkan wabak Coronavirus sebagai satu darurat kesihatan global. Perkembangan terbaru daripada WHO telah dilaporkan di laman web mereka di sini. Rakyat Malaysia sudah takut, dan banyak berita palsu mula tersebar di media sosial. Menteri Kesihatan Malaysia telah melaporkan pada 2 Februari 2020 bahawa terdapat lapan kes yang dikesan melibatkan penduduk di Malaysia. The New Strait Times telah menyatakan bilangannya dengan tepat (New Strait Times: Kes Coronavirus di Malaysia kekal pada 8). Dapatkan perkembangan dan statistik terbaru di sini “Novel Coronavirus (2019-nCoV) – Maklumat Terkini”
Kami bukannya ingin menakutkan anda malah ingin berkongsi berita yang baik yang mana syarikat-syarikat insurans Malaysia telah bertindak balas untuk membantu rakyat Malaysia. AXA Affin Life adalah antara syarikat Malaysia terawal dalam memperluaskan perlindungan mereka untuk Coronavirus kepada semua pemegang polisi. Jika anda mempunyai standalone seperti Axa Affin eMedic, maka bertuahlah anda, kerana bukan sahaja anda mempunyai kad perubatan yang murah, malah ia juga meliputi rawatan sekiranya anda menghidap Coronavirus.
Kebanyakan syarikat insurans tidak meliputi penyakit seperti Coronavirus yang membahayakan rakyat Malaysia. Ia disembunyikan dalam Terma dan Syarat. Dalam senarai pengecualian anda akan terjumpa ayat seperti “… dan sebarang penyakit berjangkit perlu dikuarantin mengikut undang-undang.” Ayat ini bermaksud syarikat insurans tidak akan membayar sebarang kos rawatan atau hospital untuk penyakit seperti Coronavirus.
Faedah Utama AXA eMedic
-
Menampung sepenuhnya rawatan untuk CoronavirusÂ
-
Bermula dari serendah RM 37 setiap bulan
-
Kemasukan Tanpa Tunai di lebih 100 pusat perubatan dan hospital di Malaysia
-
dan banyak lagi
Kad Perubatan Terbaik Malaysia - AXA eMedic
AXA Affin Life adalah antara syarikat terawal yang bertindak balas terhadap bahaya Coronavirus dari China dan telah mengetepikan sekatan tersebut. Syarikat AXA Affin Life Malaysia telah mengumumkan berita gembira tersebut pada 30 Januari 2020 melalui laman web dan Instagram mereka.
Jika anda ada membeli tiket penerbangan ke China dan bercadang untuk membatalkannya, semak jika anda mempunyai insurans perjalanan. AXA juga mengesahkan bahawa jika anda telah membeli insurans perjalanan anda sebelum 23 Januari 2020, maka anda layak untuk mendapat tuntutan semula. Semak dengan ejen anda atau berhubung terus dengan AXA
Anda tidak mempunyai insurans perubatan AXA seperti eMedic? Teruskan bersama kami; kami sedang menyemak syarikat insurans lain untuk mengetahui samada mereka juga telah mengetepikan sekaran mereka dan menampung perbelanjaan untuk Coronavirus. Sila semak respons yang kami terima daripada syarikat-syarikat insurans di bawah.
Leave a Comment