Dalam artikel ini, kami menerangkan mengenai add-on BARU Etiqa: Maintain Like New. Add-on ini ditawarkan dalam pelan Insurans Motor Etiqa and Takaful Motor Etiqa.
Mengalami kemalangan adalah satu peristiwa sangat mengecewakan. Ketika mengalami peristiwa begini, mempunyai polisi insurans yang baik yang dapat menangani tuntutan kemalangan tersebut dengan efisyen adalah sesuatu yang diinginkan oleh semua orang. Kita sering risau sekiranya kereta kita yang musnah akan diperbaiki dengan sempurna setelah berlaku kemalangan. Masalah yang dihadapi oleh ramai pemilik kenderaan yang pernah terlibat dalam kemalangan ialah, kereta mereka mungkin tidak tahan lama selepas pembaikan. Walaupun kereta dibaiki, ketahanannya akan merosot lebih pantas kerana kesan kemalangan tersebut.
Satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan menggunakan alat ganti baharu sebagai pengganti dan bukannya alat ganti terpakai. Apabila mekanik anda menggunakan alat ganti baharu dalam membaiki kereta, kereta itu akan dianggap lebih baik berbanding sebelum kemalangan. Mari kita jelaskan bagaimana add-on Maintain Like New dapat membantu anda menyelesaikan masalah ini.
Mengapa Perlu Add-On Maintain Like New?
Dengan add-on Maintain Like New, anda akan dapat mengganti peralatan yang rosak dengan alat ganti baharu tanpa kos tambahan. Di samping itu, anda juga layak mendapat keseluruhan kereta anda dicat semula, dan bukan hanya kawasan yang rosak. Berikut adalah beberapa contoh:
Contoh 1: Bahagian Badan Rosak
Anda memiliki Honda Civic berusia 6 tahun dan mengalami kemalangan.
- Bumper belakang remuk akibat kemalangan
- Pintu sebelah kiri kemek kerana kemalangan
- Cat kereta tercalar dengan teruk
Dengan add-on Maintain Like New, mekanik bengkel panel akan menggantikan bumper belakang yang remuk dengan bumper yang baharu dan pintu kiri yang baharu untuk anda. Mekanik TIDAK akan menggunakan alat-ganti terpakai atau mengetuk semula pintu yang kemek untuk membaiki kereta anda. Selain itu, mekanik juga akan mengecat semula keseluruhan kereta anda bukannya hanya mengecat bumper belakang dan pintu kiri kereta anda yang telah dibaiki.
Contoh 2: Bahagian Enjin Rosak
Anda memiliki Toyota Vios yang berusia 7 tahun dan mengalami kemalangan.
- “Gear box” rosak kerana kemalangan
- “Clutch Pad” rosak akibat kemalangan
Dengan tambahan add on Maintain Like New, mekanik bengkel panel akan menggantikan “gearbox” dan “clutch pad” yang baharu untuk anda. Mekanik TIDAK akan menggunakan “gearbox” terpakai atau “clutch pad” terpakai untuk membaiki kereta anda
Siapa yang Layak Untuk Add-On Ini?
Jadual menunjukkan gambaran keseluruhan mengenai siapa yang layak dan tidak layak untuk add-on ini berpandu pada usia kereta anda. Lihat dibawah.
Adakah Maintain Like New Serupa Dengan Waiver of Betterment?
Kedua-dua “add-on” ini serupa. Namun, ada satu perbezaan yang sangat ketara antara kedua-dua “add-on” ini.
Add-on ‘Waiver of Betterment’ ditawarkan oleh beberapa syarikat insurans sahaja di Malaysia. “Add-on” ini tidak termasuk pengecatan keseluruhan kereta selepas kerja pembaikan. Anda kemungkinan besar hanya layak mendapat bahagian rosak sahaja dicat semula. Akibatnya, hanya bahagian kereta anda yang dicat semula akan kelihatan baru manakala bahagian lain, catnya kelihatan pudar sedikit.
Adakah Maintain Like New Berbaloi ?
Jawapan ringkasnya, ya. Mari kita jelaskan mengapa.
Menggunakan alatganti terpakai kemungkinan besar akan menjadikan kereta anda lebih lemah daripada menggunakan alat ganti yang baharu. Dalam kebanyakan kes, bahagian terpakai telah haus pada Ketika ia digunakan di kereta anda. Ini menyebabkan kereta anda lebih lemah kerana alatganti tersebut mungkin tidak tahan lama. Dengan add-on ‘Maintain Like New’, anda akan mendapat alat ganti yang baharu sahaja semasa kerja pembaikan. Sebagai tambahan, anda juga akan mendapat pengecatan keseluruhan kereta dan bukan hanya bahagian yang diperbaiki. Jadi, kereta anda akan kelihatan baru kerana lapisan cat yang baharu. Ini menjamin bahawa kereta anda akan berada dalam keadaan sempurna selepas pembaikan. Dalam kebanyakan kes, keadaan kereta anda mungkin lebih baik daripada sebelum kemalangan.
Oleh itu, kami berpendapat bahawa ia adalah add-on yang bermanfaat. Sebenarnya, ia wajib dimiliki oleh mereka yang mampu, kerana ia dapat mengelakkan “stress” dan kerumitan setelah berlaku kemalangan.
Leave a Comment