Categories: Asas Insurans

Adakah Bjak Lebih Murah Daripada iBanding?

Anda mungkin pernah mendengar tentang Bjak semasa anda perbaharui insurans kereta anda. Tetapi adakah anda pasti bahawa Bjak benar-benar lebih murah? Pernahkah anda buat sebarang perbandingan untuk mendapat  kepastian?

Banding Dan Jimatkan Wang Anda

Adalah mudah untuk menjimatkan hampir seratus ringgit setahun semasa membuat pembaharuan insurans kereta anda. Namun, kebanyakan pemandu menerima tanpa soal, sebutharga yang ditawarkan oleh syarikat insurans. Mereka membayar harga yang jauh lebih daripada apa yang sepatutnya.  Pemandu biasanya tidak membuat perbandingan insurans. Mereka berpuas hati kerana amaun dalam sebutharga tahun ini adalah kurang daripada amaun yang mereka bayar pada tahun lepas. Ini adalah satu kesilapan yang besar. Banding dan jimatkanlah wang anda.

Ramai orang sering tertanya-tanya bagaimana untuk memilih syarikat insurans yang paling murah. Membandingkan harga insurans motor bukanlah tugas yang sukar. Kini terdapat laman sesawang yang dapat melakukan tugas ini. Anda mungkin pernah mendengar tentang Bjak.my dan tugas yang mereka lakukan. Walau bagaimanapun, kami ingin membuktikan kepada anda bahawa Bjak.my tidak semestinya menawarkan anda tawaran paling murah dan mengapa iBanding.my adalah pilihan yang lebih baik untuk anda.

Contoh Perbandingan

Di bawah adalah perbandingan yang dilakukan oleh seorang pemandu yang membeli insurans komprehensif atau perlindungan penuh untuk Volkswagen Jetta 1.4 TSI (2015). Pemandu mempunyai rekod pemanduan yang bersih, mendapat NCD “55%”. Kereta pemandu dinilai sebanyak RM38,000. Syarikat Takaful Malaysia dipilih untuk kedua-dua perbandingan ini. Imej di sebelah kiri menunjukkan tawaran sebutharga yang dihasilkan oleh Bjak.my manakala imej di sebelah kanan menunjukkan tawaran sebutharga yang dihasilkan oleh iBanding.my

Bjak vs. iBanding

Dalam kedua-dua perbandingan ini, kos premium asas adalah sama iaitu RM1,235.80 dan Diskaun Tiada Tuntutan (NCD) juga sama iaitu 55%. Ini menjadikan sumbangan asas atau premium kasar sebanyak RM556.11 di kedua-dua platform perbandingan. Satu perbezaan ketara antara kedua-dua perbandingan ini ialah rebat. Syarikat insurans biasanya memberi rebat 10% apabila anda membeli insurans secara dalam talian. Dalam tawaran sebutharga platfom iBanding terdapat rebat 10% sebanyak RM55.61 yang dihadiahkan oleh Syarikat Takaful Malaysia manakala tiada rebat ditunjukkan dalam tawaran sebutharga yang diperoleh menerusi platfom Bjak. Perbezaan penting ini mengubah segala-galanya. Dengan rebat ini, anda akan menikmati juga caj SST yang lebih rendah. Seperti yang dapat dilihat SST dalam perbandingan Bjak ialah RM33.37 manakala SST dalam perbandingan iBanding hanya RM30.03.

Jimat hampir RM59 apabila anda menggunakan iBanding

Related Post

Apabila anda menggunakan platfom perbandingan Bjak.my, anda tidak membeli terus daripada syarikat insurans. Maka, anda tidak menerima rebat 10%.  Apabila anda menggunakan platfom perbandingan iBanding.my., anda membeli terus dari syarikat insurans pilihan anda. Anda menerima rebat 10%.

Bandingkan url di bawah: online.takaful.malaysia.com.my serta bjak.my

Pulangan Tunai Dengan iBanding

Selain itu, anda juga akan menerima pulangan tunai RM10 apabila anda membeli insurans motor Takaful Malaysia melalui pautan khas iBanding. Pulangan tunai ini ialah hadiah daripada iBanding.my dan berjumlah di antara RM10 sehingga RM150. Seperti yang anda dapat lihat di bawah, pemandu segera menerima peringatan untuk mendapatkan pulangan tunai tambahan apabila mereka perbaharui insurans motor mereka. Adalah penting untuk buat pembaharuan menggunakan pautan khas yang disediakan oleh iBanding untuk anda menerima hadiah pulangan tunai ini.

Klik Untuk Besarkan

Ringkasan : iBanding adalah RM69 lagi murah dari Bjak

iBanding adalah lebih murah daripada Bjak. Contoh yang jelas ini menunjukkan bahawa membeli insurans kereta yang sama daripada Takaful Malaysia melalui iBanding adalah lebih murah daripada membelinya melalui Bjak. Bersama-sama dengan pulangan tunai RM10 anda menjimatkan RM69 apabila anda buat pembaharuan insurans motor di laman web iBanding.my Cubalah sendiri. Bandingkan tawaran sebutharga insurans motor antara iBanding dengan Bjak.

Recent Posts

Penjagaan Kesihatan Swasta vs. Awam

Adakah anda tahu perbezaan antara perkhidmatan penjagaan kesihatan awam dan swasta di Malaysia? Memahami cara…

6 hari ago

Punca Utama Kematian di Malaysia

Tahukah anda bahawa penyakit jantung adalah punca utama kematian di Malaysia? Pada tahun 2022, ia…

4 minggu ago

Penjagaan Kesihatan Malaysia – 5 Fakta

Penjagaan kesihatan di Malaysia adalah sistem yang teratur yang menggabungkan elemen awam dan swasta untuk…

1 bulan ago

Tune Protect Travel Easy Insurans: Ulasan Menyeluruh

Perjalanan telah berkembang secara signifikan dalam beberapa tahun terakhir, begitu juga keperluan untuk asuransi perjalanan…

7 bulan ago

Insurans Kereta Perodua Myvi Paling Murah

Adakah anda mencari insurans yang paling murah untuk Perodua Myvi anda tahun 2018? Mendapatkan insurans…

7 bulan ago

Insurans perjalanan terbaik 2024 untuk rakyat Malaysia

Adakah anda seorang pelancong Malaysia yang mencari liputan insurans yang sempurna untuk pengembaraan seterusnya anda?…

7 bulan ago