Gaya Hidup

Adakah Pelitup Muka Anda Berkesan Menghalang Covid-19?

Sejak penularan Covid-19, Malaysia masih lagi meneruskan usaha menentang virus tersebut. Dengan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) masih berlaku malah diperketatkan di beberapa kawasan seperti Sungai Petani dan Lahad Datu, rakyat Malaysia juga haruslah menjalankan tanggungjawab masing-masing. Salah satu cara untuk membantu penularan Covid-19 adalah dengan memakai pelitup muka. Kerajaan Malaysia telah menegaskan bahawa setiap orang mesti memakai topeng di tempat awam. Tetapi, bagaimanakah pelitup muka dapat melindungi anda daripada virus? Adakah ia memberi anda perlindungan yang mencukupi?

Mengapa anda perlu memakai pelitup muka?

Sebab utama pemakaian pelitup muka adalah untuk mengelakkan zarah daripada sistem pernafasan seseorang merebak ke udara, lalu tersebar ke sistem pernafasan orang lain. Oleh itu, ia mampu menurunkan penyebaran virus, terutama dalam situasi di mana penjarakan sosial sukar dijaga. Mari kita lihat jenis topeng muka dan keberkesanannya

Perlindungan Covid-19 Terbaik Malaysia

1. KN95 ★★★★★

  • Perlindungan: Terbaik
  • Harga: Mahal

KN95 menawarkan perlindungan terbaik kerana dapat menyaring zarah-zarah besar dan kecil semasa pemakainya bernafas. Dengan perlindungan 5 lapisan, ia menyaring 95% daripada semua zarah yang terkandung dalam kuman, virus, atau debu halus. KN95 dan N95 sering dikelirukan, tetapi perbezaannya ialah N95 dapat menangkap zarah yang lebih kecil. Manakala KN95 mampu memerangkap semua zarah yang berdiameter lebih besar dari 0.3 µm. KN95 dianggap agak mahal kerana hanya bertujuan untuk sekali pemakaian sahaja.

2. Pelitup Muka Perubatan ★★★★☆

  • Perlindungan: Bagus
  • Harga: Berpatutan

Pelitup muka perubatan atau turut dikenali sebagai pelitup muka 3 lapis adalah topeng pakai buang yang terbuat dari lapisan kain nipis. Ia menghalang zarah-zarah besar merebak ke udara serta mengurangkan pendedahan pemakai kepada air liur dan rembesan pernafasan. Zarah besar dapat disaring dan melindungi hidung dan mulut pemakai daripada titisan yang mungkin mengandungi kuman. Topeng ini berpatutan dan bertujuan untuk sekali pemakaian sahaja.

Produk Cadangan Lazada

Related Post

3. Pelitup Muka Kain ★★★☆☆

  • Pelindungan: Sederhana
  • Harga: Berpatutan

Kebanyakan orang mula memakai pelitup muka kain kerana harganya lebih murah dan mesra alam. Untuk keberkesanan maksimum, pastikan kain yang digunakan bersifat hidrofilik (penyerap air), mudahbernafas, dan sekurang-kurangnya memiliki dua lapisan. Jenis topeng ini memerangkap titisan daripada merebak ke udara ketika pemakainya bersin, batuk, atau bercakap. Topeng kain perlu dicuci setiap hari, disimpan dengan betul, dan tidak boleh dikongsi.

4. Pelitup Muka dengan Injap ★★☆☆☆

  • Pelindungan: Sederhana
  • Harga: Mahal

Sebahagian topeng mempunyai injap sehala di bahagian depan untuk memudahkan pemakai bernafas. Injap sehala ini tertutup apabila pemakai bernafas dan terbuka ketika pemakai menghembus nafas. Sama ada topeng kain atau KN95, topeng jenis injap tidak berkesan menurut CDC kerana menyebarkan titisan pemakai dan zarah virus ke udara yang menyebabkan pemakaian pelitup muka tidak berkesan. Oleh itu, pemakaian topeng dengan injap adalah tidak digalakkan.

5. Selendang ★☆☆☆☆

  • Perlindungan: Lemah
  • Harga: Murah

Penggunaan selendang atau bandana tidak melindungi anda daripada Covid-19. Ini kerana selendang atau bandana tidak meliputi semua kawasan yang diperlukan seperti yang dipandu oleh KKM iaitu hidung, mulut, dan dagu. Zarah daripada sistem pernafasan seseorang boleh tersebar ke udara atau saluran penafasn orang lain melalui bukaan seperti di bawah dagu. Selain itu, memakai selendang juga tidak terbukti mampu melindungi daripada Covid-19.

Kesimpulannya

Pelitup muka terdapat dalam pelbagai gaya dan saiz. Intinya adalah mencari pelitup yang paling sesuai yang menutup hidung, mulut, dan dagu serta selesa untuk bernafas. Simpan dan buang topeng muka anda dengan betul. Untuk topeng muka yang boleh digunakan semula, adalah penting untuk mengetahui cara mencuci, membasmi kuman dan menyimpan pelitup muka dengan betul.

Pelitup muka manakah terbaik di Malaysia untuk perlindungan daripada Covid-19?

KedudukanNama ProdukPerlindunganHarga
1KN95TerbaikMahal
2Pelitup Muka PerubatanBagusBerpatutan
3Pelitup Muka KainSederhanaBerpatutan
4Pelitup Muka dengan InjapSederhanaMahal
5SelendangLemahMurah

Recent Posts

Bagasi hilang? Bagaimana Insurans Perjalanan Boleh Membantu

Tahukah anda pada tahun 2022, kadar bagasi tersalah kendali global meningkat sebanyak 75% berbanding 2021,…

2 minggu ago

Insurans Perjalanan Membantu Dengan Penerbangan Sambungan

Tahukah anda pada tahun 2023, kira-kira 22% penerbangan mengalami kelewatan sekurang-kurangnya 15 minit? (selanjutnya…)

4 minggu ago

Boss, Insurans Berkumpulan Penting!

Bagaimana jika satu keputusan sahaja dapat meningkatkan kebahagiaan pekerja, memperbaiki prestasi perniagaan, dan menguatkan komuniti…

1 bulan ago

Kelewatan Penerbangan? Insurans Perjalanan Boleh Membantu

Tahukah anda bahawa Asia Tenggara mencatatkan kadar kelewatan penerbangan tertinggi di dunia pada tahun 2023,…

1 bulan ago

Insurans Perjalanan Malaysia: Pelaburan Kecil, Perlindungan Besar

Merancang perjalanan dari Malaysia? Sama ada anda bercuti ke Bali, meneroka Eropah dalam percutian impian,…

2 bulan ago

Insurans dengan Perlindungan Kesihatan Mental di Malaysia

Masalah kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan, dan gangguan bipolar semakin biasa, dengan sekitar satu juta…

2 bulan ago