Categories: Berita Insurans

Allianz Diabetic Essential berikan perlindungan insurans bagi pesakit diabetes

KUALA LUMPUR, Nov 3: Allianz Life Insurance Malaysia Bhd.- sebuah subsidiari insurans hayat Allianz Malaysia Bhd hari ini telah pun mencipta suatu revolusi baru dengan melancarkan sebuah produk insurans yang pastinya akan membawa berita gembira bagi mereka yang menghidap penyakit kencing manis jenis 2.

Setelah baru sahaja melancarkan produk 3H Cover pada bulan Oktober lalu, kini syarikat insurans yang prihatin ini memperkenalkan satu lagi produk yang unik untuk pengguna Malaysia. Ini membuktikan kesungguhan Allianz dalam matlamat mereka yang ingin memberikan perlindungan insurans terbaik dari A hingga Z.

Allianz Diabetic Essential – insurans bagi pesakit kencing manis

Allianz Diabetic Essential adalah pelan perubatan yang menawarkan mereka yang menghidap penyakit kencing manis jenis 2 peluang untuk mendapatkan perlindungan perubatan dan menjadikan kehidupan dengan penyakit ini lebih selesa.

“Kami di Allianz percaya bahawa setiap rakyat Malaysia di luar sana berhak mendapat perlindungan perubatan yang lebih baik. Sekiranya ramai rakyat Malaysia yang memerlukan perlindungan perubatan yang baik, kami ingin menawarkan peluang itu kepada mereka,” kata Joseph Gross, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Insurance Malaysia Berhad di majlis pelancaran pada hari ini.

Joesph Gross, Ketua Pegawai Eksekutif (kiri) dan Yeoh Eng Hun Ketua Pegawai Strategi & Produk (kanan) Allianz Life Insurance, ketika pelancaran Allianz Diabetic Essentials.

 

Related Post
Kini dengan Allianz Diabetic Essential, pesakit diabetes jenis 2 yang tidak mempunyai pelan perubatan boleh mula mendapatkannya sekarang. Manakala bagi mereka yang sudah memiliki pelan perubatan pula boleh meningkatkan perlindungan mereka.

Menurut Gross, Allianz Diabetic Essential bukan sekadar produk baru di pasaran untuk pesakit diabetes. Allianz sebenarnya mengambil satu langkah lagi dengan bergabung dengan Advance Medical untuk menerajui Program Penjagaan Diabetes untuk pelanggan mereka.

Pelanggan Allianz Diabetic Essential akan diberikan seorang doktor berlesen sebagai penasihat kesihatan peribadi mereka sendiri. Doktor ini akan menilai keadaan kesihatan mereka dan mengenalpasti keperluan mereka sebelum mengemukakan sebuah Pelan Pengurusan Diabetis yang komprehensif.

Untuk menggalakkan pelanggan untuk meningkatkan kesihatan mereka, mereka akan diberikan diskaun premium tahunan sehingga 40% sekiranya kesihatan mereka bertambah baik.

“Sekali lagi ingin saya menekankan bahawa perlindungan anda adalah tanggungjawab kami. Walau bagaimanapun, kami amat mengutamakan usaha menaiktaraf kuali hidup warga Malaysia. Oleh itu, ia amat penting bagi kami untuk mengeluarkan produk yang akan melindung dan berkhidmat kepada warga Malaysia sebaik mungkin,” kata Gross.

Untuk keterangan lanjut tentang Allianz Diabetic Essential , lawati: www.allianz.com.my/allianz-diabetic-essential

Recent Posts

Insurans Kumpulan: Panduan untuk Majikan Malaysia (Bhg 2)

Tahukah anda? Insurans kumpulan di Malaysia meningkat sebanyak 10.3%, menyumbang RM368.8 bilion dalam jumlah perlindungan…

3 minggu ago

Insurans Berkumpulan: Panduan untuk Majikan di Malaysia

Tahukah anda bahawa 62% pekerja mengutamakan perlindungan insurans kesihatan berbanding faedah lain apabila menilai kepuasan…

1 bulan ago

Apakah Insurans Berkumpulan?

Memahami faedah pekerja boleh menjadi rumit, terutamanya apabila melibatkan insurans berkumpulan. (selanjutnya…)

1 bulan ago

Bagasi hilang? Bagaimana Insurans Perjalanan Boleh Membantu

Tahukah anda pada tahun 2022, kadar bagasi tersalah kendali global meningkat sebanyak 75% berbanding 2021,…

2 bulan ago

Insurans Perjalanan Membantu Dengan Penerbangan Sambungan

Tahukah anda pada tahun 2023, kira-kira 22% penerbangan mengalami kelewatan sekurang-kurangnya 15 minit? (selanjutnya…)

2 bulan ago

Boss, Insurans Berkumpulan Penting!

Bagaimana jika satu keputusan sahaja dapat meningkatkan kebahagiaan pekerja, memperbaiki prestasi perniagaan, dan menguatkan komuniti…

2 bulan ago