Kuala Lumpur, 23 Februari 2018 – Kumpulan Allianz Malaysia Berhad (AMB) menutup tirai tahun 2017 dengan kadar pertumbuhan sebanyak 2.5% untuk Premium Bertulis Kasar (GWP) dengan jumlah sebanyak RM4.29 bilion
berbanding RM4.18 bilion pada 2016.
Keuntungan Sebelum Cukai pula adalah RM437.3 juta pada tahun 2017 berbanding RM454.6 juta pada tahun 2016. Jumlah Aset Kumpulan bertambah sebanyak 11.3% kepada RM16.59 bilion pada tahun 2017 berbanding RM14.91 bilion pada tahun 2016.
Ketua Pegawai Eksekutif AMB, Zakri Khir berkata,“Pada tahun ini, perniagaan akan terus dikembangkan melalui inovasi dalam bentuk produk-produk baru, memanfaatkan pasaran yang makin berkembang, servis yang tiada tandingan dan kepuasan pelanggan. Pada tahun 2018, kami berhasrat untuk menjadikan Allianz sebagai jenama isirumah yang sinonim dengan perlindungan menyeluruh yang anda perlukan, dari A hingga Z.”
Dalam meneruskan untuk mendahulukan pelanggan, fokus Allianz Malaysia kini adalah dalam memacu nilai perniagaan yang unggul melalui penyelesaian insurans yang sempurna.
“Dalam situasi perniagaan semasa, pengalaman pelanggan merupakan kunci utama. Sebagai penanggung insurans, dapat memberikan pengalaman pelanggan yang lebih baik sepertinya dapat mencapai titik kebahagiaan, keseimbangan yang tepat antara menyampaikan produk pintar dan perkhidmatan yang bermakna untuk kedua insurans am dan hayat yang melindungi anda dari A-Z,” kata Zakri Khir, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad.
Allianz General mencapai Premium Bertulis Kasar sebanyak RM2.14 bilion pada tahun 2017 berbanding RM2.08 bilion pada tahun 2016, iaitu peningkatan sebanyak 2.5%. Keuntungan Pengunderaitan pada tahun 2017 adalah sebanyak RM101.6 juta berbanding RM166.9 juta pada tahun 2016 manakala Keuntungan Sebelum Cukai menurun sebanyak 16.7% pada tahun 2017 iaitu RM266.9 juta dari RM320.5 juta pada tahun sebelumnya. Jumlah Aset meningkat 2.9% iaitu RM5.96 bilion pada 2017 dari RM5.79 bilion pada 2016 manakala Nisbah Gabungan pada 2017 adalah 94.5% berbanding 90.4% pada 2016.
Allianz Life terus kukuh dengan mencatatkan jumlah peningkatan pada 2.4% dalam Premium Bertulis Kasar kepada RM2.15 bilion pada tahun 2017 dari RM2.10 bilion. Premium Perniagaan Baru (ANP) meningkat sebanyak 15.3% pada 2017 kepada RM452.5 juta dari RM392.5 juta. Keuntungan Sebelum Cukai juga meningkat sebanyak 24.9% pada
2017 kepada RM172.9 juta berbanding RM138.4 juta pada tahun sebelumnya. Jumlah Aset juga meningkat sebanyak 16.8% kepada RM10.14 bilion pada 2017 dari RM8.68 bilion pada 2016.
Allianz Life menduduki tangga kelima dalam segmen insurans hayat, dengan mencatatkan penambahbaikan bahagian pasaran sebanyak 7.4% pada 2017 dari 6.6% pada 2016.
Untuk maklumat lanjut mengenai Allianz Malaysia,layari allianz.com.my
Leave a Comment