Berita Insurans

Allianz perkenalkan 3H Cover untuk lindungi penyakit gaya hidup

Kuala Lumpur (Oct 6): Allianz Life Insurance Malaysia Bhd. iaitu subsidiari kepada Allianz Malaysia Bhd. hari ini telah melancarkan suatu pelan 3H Cover yang melindungi mereka yang mempunyai masalah kolestrol tinggi, darah tinggi atau Indeks Jisim Badan (BMI) yang tinggi.

Dengan tujuan untuk menangani masalah yang semakin membimbangkan di kalangan penduduk Malaysia, pelan 3H Cover ini menawarkan harapan bagi mereka yang sebelum ini sukar untuk mendapat perlindungan insurans kerana masalah penyakit yang berkait dengan gaya hidup ini.

“Sehingga kini, bukan mudah untuk mendapatkan perlindungan insurans sekiranya anda mempunyai keadaan yang sedia ada seperti “3 Tahap Tinggi”. Terdapat peluang di mana anda akan ditolak secara langsung oleh penanggung insurans. Masalahnya amat jelas dan itulah sebabnya kami mengeluarkan Allianz 3H Cover,” kata Joseph Gross,  Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life.

“Kami ingin memberi warga Malaysia di luar sana peluang kedua dalam kehidupan mereka dan lebih penting lagi, perlindungan yang sewajarnya,” tambah Gross lagi.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Encik Ong Pin Hean, waktu bekerja yang panjang, stress, pemakanan yang tidak sihat juga kurangnya aktiviti senaman telah mengakibatkan 63% penduduk dewasa Malaysia mengalami sekurang-kurangnya satu daripada masalah “3 Tahap Tinggi” ini – kolestrol tinggi, darah tinggi atau pun BMI yang tinggi.

Related Post

Allianz 3H Cover ditawarkan kepada mereka yang berusia di antara 20 hingga 60 tahun, termasuklah mereka yang mengalami mana-mana dari “3 Tahap Tinggi” ini. Pembaharuan polisi adalah terjamin sehingga umur 85 tahun.

Pelan 3H Cover akan memberikan pampasan sekali gus sebanyak RM200,000 atas kematian dan kecacatan kekal serta perlindungan terhadap 4 penyakit kritikal yang berjumlah RM200,000, iaitu strok, serangan jantung, kegagalan buah pinggan dan kanser.

Sebagai insentif tambahan, Allianz 3H Cover turut menawarkan Perlindungan Tambahan Percuma yang mana para pelanggan akan menerima peningkatan sebanyak 50 peratus untuk kematian dan perlindungan TPD serta peluang untuk menaik taraf pelan penyakit kritikal mereka kepada pelan 36 penyakit kritikal yang menyeluruh dan komprehensif sekiranya “3 Tahap Tinggi” mereka kembali normal.

Untuk maklumat lanjut mengenai Allianz 3H Cover, klik di sini.

 

 

View Comments

  • SY BINGUNG LA CARI TAKAFUL YG COVER PNYAKIT SUDAH ADA...SUMA AKAN REJECT....APE HUKUM KLAU TIADA SYARIKAT LAIN OFFER PLAN PNYAKIT SEDIA DAN SY PILIH PLAN 3H DARAH TINGGI ALLIANZ NI DISEBABKAN TIADA PILIHAN LAIN?

Recent Posts

Insurans Kumpulan: Panduan untuk Majikan Malaysia (Bhg 2)

Tahukah anda? Insurans kumpulan di Malaysia meningkat sebanyak 10.3%, menyumbang RM368.8 bilion dalam jumlah perlindungan…

3 minggu ago

Insurans Berkumpulan: Panduan untuk Majikan di Malaysia

Tahukah anda bahawa 62% pekerja mengutamakan perlindungan insurans kesihatan berbanding faedah lain apabila menilai kepuasan…

1 bulan ago

Apakah Insurans Berkumpulan?

Memahami faedah pekerja boleh menjadi rumit, terutamanya apabila melibatkan insurans berkumpulan. (selanjutnya…)

1 bulan ago

Bagasi hilang? Bagaimana Insurans Perjalanan Boleh Membantu

Tahukah anda pada tahun 2022, kadar bagasi tersalah kendali global meningkat sebanyak 75% berbanding 2021,…

2 bulan ago

Insurans Perjalanan Membantu Dengan Penerbangan Sambungan

Tahukah anda pada tahun 2023, kira-kira 22% penerbangan mengalami kelewatan sekurang-kurangnya 15 minit? (selanjutnya…)

2 bulan ago

Boss, Insurans Berkumpulan Penting!

Bagaimana jika satu keputusan sahaja dapat meningkatkan kebahagiaan pekerja, memperbaiki prestasi perniagaan, dan menguatkan komuniti…

2 bulan ago