Kuala Lumpur, 9 Mac 2018 – Allianz Malaysia kini menawarkan perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok tahunan secara percuma kepada ahli-ahli syarikat baru FAOM.

Tawaran ini diberi kepada mana-mana ahli syarikat baharu berwarganegara Malaysia yang memiliki kurang dari 30 orang pekerja juga boleh mendaftar di FAOM bagi melayakkan mereka untuk tajaan ini.

“Allianz bersemangat untuk memacu inovasi. Dengan penghasilan inisiatif ini, kami mahu membantu meringankan beban syarikat-syarikat baharu dalam menangani isu-isu yang boleh menghalang perkembangan mereka; liabiliti kewangan yang wujud dari kemalangan pekerja ialah tanggungjawab yang besar yang boleh ditangani dengan perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok,” kata Michael Fong, Ketua Kerjasama Digital dan Innovasi, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

“Untuk sebuah syarikat baharu, mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kos insurans ialah sebuah tugas yang sukar, apatah lagi apabila mereka baru mula beroperasi dengan modal dan sumber yang terhad. Ini merupakan sebab mengapa Allianz melangkaui batasan dalam menaja syarikat-syarikat baharu yang berdaftar dengan FAOM dengan polisi Kemalangan Diri Berkelompok,”kata Michael.

Insurans Kemalangan Diri Berkelompok Allianz menawarkan pampasan kepada kakitangan yang mengalami kematian atau ketidakupayaan kekal yang berpunca dari kemalangan. Perlindungan tersebut juga boleh dinaiktaraf untuk melindungi pekerja dari ketidakupayaan separa atau sepenuhnya sementara, dan juga perbelanjaan perubatan yang dikenakan dari kerugian kemalangan.

“Persatuan FinTech Malaysia menggalakkan kerjasama strategik dari dalam dan luar komuniti dan sebagai langkah permulaan, kami berbesar hati untuk menjadi rakan kerjasama dengan Allianz General Insurance,” kata David Fong, Presiden Persatuan FinTech Malaysia.

“Selaku sebuah platform negara untuk Fintech, memberikan nilai kepada ahli-ahli kami merupakan salah satu matlamat utama. Perlindungan PA yang ditawarkan oleh Allianz ini merupakan sebuah cara terbaik bagi mengurangkan kos pelangganan perlindungan insurans buat syarikat-syarikat kecil-sederhana Fintech yang baru mula beroperasi. Kami mengalu-alukan dan berharap agar lebih banyak kerjasama seperti ini pada masa hadapan,” tambah David.

 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perlindungan insurans Kemalangan Diri Berkelompok Allianz, layari allianz.com.my/group-personal-accident.