Anugerah Insurans Motor Terbaik Malaysia 2016/17
Terima kasih Malaysia di atas undian anda! Kami di iBanding dengan berbesar hati ingin mengumumkan Syarikat Insurans dan Takaful Motor Terbaik di Malaysia bagi 2016. Andalah yang menjadikan anugerah ini suatu kenyataan. Setiap seal-selidik yang kami terima adalah suara and pandangan anda mengenai syarikat insurans motor anda. Kami yakin bahawa setiap seorang daripada anda memainkan peranan yang kritikal dalam menjadikan industri insurans lebih baik dan mantap bagi pengguna Malaysia.
Anda boleh baca siaran akhbar rasmi kami di sini.
Anda mungkin tertanya apakah signifikasi anugerah ini, terutamanya kerana syarikat-syarikat insurans dan Takaful menawarkan harga dan produk yang hampir sama sahaja. Ini salah satu punca mengapa kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengambil berat dalam memilih syarikat insurans untuk membeli insurans kenderaan mereka. Akan tetapi, tahap perkhidmatan pelanggan setiap syarikat tidak serupa. Syarikat yang mempunyai mutu perkhidmatan yang cemerlang bukan sahaja akan memanfaatkan anda, tetapi yang paling penting sekali, ia menyelesaikan kes tuntutan secepat mungkin apabila anda mengalami kemalangan jalanraya.
Walaupun harga atau premium adalah sama, tidak lama lagi ini akan berubah apabila kerajaan Malaysia memperkenalkan liberalisasi tarif insurans kenderaan. Oleh itu, mengetahui syarikat insurans yang terbaik dapat membantu anda membuat keputusan bijak semasa membeli insurans motor.
Anugerah Syarikat Insurans dan Takaful Motor tahunan iBanding membantu anda mengetahui kedudukan syarikat-syarikat insurans berbanding satu sama lain melalui kaji selidik yang kami lakukan ke atas pengguna sebenar.
Liberalisasi tarif motor adalah satu pelaksanaan di mana harga insurans kenderaan tidak lagi dikawal oleh Bank Negara Malaysia seperti mana yang telah berlaku selama 30 tahun sebelum ini. Pengiraan harga insurans yang selama ini dikawal mengikut struktur tarif bermakna harga insurans adalah sama (atau lebih kurang sama) tidak kira dari mana syarikat anda membeli insurans kenderaan anda. Ini akan berubah mulai 1 Julai 2017.
Dengan liberalisasi tarif, kaedah pengiraan premium tidak lagi dikawal. Ini bermaksud setiap syarikat insurans boleh menentukan harga untuk setiap pelanggan, menjadikan harga lebih fleksibel. Negara-negara seperti Singapura dan United Kingdom telah pun melaksanakan sistem ini selama beberapa tahun dan pelanggan manfaat dari harga insurans yang telah disesuaikan. Untuk keterang lanjut mengenai liberalisasi tarif insurans, anda boleh layari laman Bank Negara: “Phased Liberalisation of Motor and Fire Tariffs”.
Tahap kepuasan pengguna Malaysia dengan insurans motor mereka telah meningkat pada tahun 2016 berbanding tahun 2015. Ini fakta yang amat menggalakkan kerana ia menunjukkan peningkatan mutu perkhidmatan pelanggan oleh syarikat insurans untuk terutama dalam penyediaan menghadapi liberalisasi tarif insurans.
Satu lagi fakta menarik yang didapati dari kaji selidik kami ialah tabiat pengguna dalam membeli insurans kenderaan. Kajian kami menunjukkan bahawa peratusan pengguna membeli insurans dari ejen semakin menurun. Pada tahun 2015, 5 daripada setiap 10 orang pengguna membeli insurans dari ejen insurans tetapi angka ini merosot ke 3 dari setiap 10 pengguna pada tahun 2016.
Peningkatan sebanyak 2.6% jelas bagi wakil penjual kenderaan, ataupun dikenali sebagai wakil francais. Ini adalah di mana anda membeli kenderaan anda serta mendapatkan insurans dan pinjaman wang sekaligus. Satu faktor yang mempengaruhi pengguna menyambung pembelian insurans mereka dengan wakil francais adalah dengan adanya program-program khas yang ditawarkan seperti Total Protect program seperti oleh Perodua.
Peningkatan sebanyak 7.2% telah dicatakan bagi pembelian insurans melalui cawangan syarikat insurans, bank dan pejabat pos Malaysia.
Apa yang ketara adalah semakin ramai pengguna membeli insurans motor secara online (di talian) – ia menunjukkan peningkatan yang terbesar iaitu 8.2%. Ini bukan sahaja disebabkan syarikat insurans seperti Etiqa Takaful dan Takaful Ikhlas telah bermula menjual secara online, sebab utama adalah kerana syarikat-syarikat seperti MyEG dan ejensi-ejensi lain kini juga mula menjual insurans secara online melalui laman mereka sendiri. Ejensi-ejensi lain yang kini menjual insurans secara online adalah seperti House of Insurance (HOI Services Sdn. Bhd.), einsuran.com dan renewinsurance.com.my. Tabiat membeli insurans ini dijangka akan meningkat sekiranya trend membeli secara online melalui ejensi-ejensi berkembang.
Apa yang memeranjatkan adalah sebab mengapa pengguna mengesyorkan syarikat insurans mereka kepada rakan dan kenalan mereka. Sebab utama adalah kualiti perkhidmatan. Ini amat membantu syarikat insurans kerana ini menentukan bahawa harga insurans bukan satu-satunya faktor yang menarik perhatian pengguna. Cara untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan adalah memberi mutu perkhidmatan yang lebih tinggi.
Di bawah adalah senarai kedudukan Syarikat Insurans dan Takaful Motor bagi 2016 mengikut kaji selidik yang dijalankan.
Bagi kajian insurans motor 2016, kami menerima lebih dari 4,000 maklum balas. Kami menggunakan kaedah statistikal dan parameter untuk mengesan unsur penipuan bagi menentukan keputusan yang tidak berat sebelah. Oleh itu, hanya 2,600 maklum balas yang diterima. Malangnya, sesetengah syarikat insurans menerima hanya sedikit balasan menyebabkan kami terpaksa mengecualikan mereka. Kami hanya dapat menyenaraikan syarikat-syarikat yang mempunyai angka yang mencukupi supaya analisa syarikat insurans dapat dilakukan dengan adil.
Anugerah Insurans Motor Malaysia iBanding adalah sabuah kajian tahunan yang dijalankan oleh iBanding. Semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas serta mempunyai insurans motor yang sah boleh menyertai kajian ini. Kami melancarkan kajian pertama kami pada tahun 2015 dan ia memperoleh sambutan yang baik.
Jangan lupa, anda juga boleh menyuarakan pandangan anda mengenai syarikat insurans anda. Beritahu kami pengalaman anda dengan syarikat insurans anda, biar baik atau buruk, serta bantu pengguna lain agar dapat bersama kita menentukan syarikat insurans yang terbaik di Malaysia.
[wd_hustle id=”inpost-newsletter”]