Tinggal 4 minggu sahaja lagi sebelum ibanding.my menutup tirai Anugerah Insurans Motor (Motor Insurance Award) tahun ini. Masih belum terlambat untuk menyertai tinjauan yang diadakan setiap tahun ini.

Anugerah ini bertujuan untuk mendapatkan pendapat orang ramai mengenai syarikat insurans dan pengendali takaful kenderaan mereka.

Tahun ini, tinjauan ini bermula pada bulan November dan akan berakhir pada penghujung bulan Januari tahun 2018. Kali ini, peserta yang menghantarkan jawapan bagi kaji selidik anugerah ini berpeluang memenangi 2 buah iPhone 8 dan juga kad Petronas bernilai RM50 setiap minggu bagi pemenang bertuah.

Hari ini, iBanding telah pun mengenal pasti pemenang bagi minggu ketujuh bagi tinjauan tahun ini. Pemenang bertuah itu adalah Norizan Abu Samah yang berasal dari Rawang, Selangor. Tahniah tahniah kami ucapkan kepada Norizan!

pemenang mingguan

Peserta kempen tahun ini berpeluang memenangi 2 buah iPhone 8 daripada iBanding. Untuk sertai, klik di sini.

 

Adakah anda sudah menyertai kaji selidik Anugerah Motor Insurans tahun ini? Klik pautan di bawah untuk sertainya:

Kaji selidik dalam Bahasa Malaysia
Kaji selidik dalam Bahasa Inggeris