Categories: tuntutan insurans

Apa yang perlu dilakukan bila tuntutan anda dinafikan atau ditolak?

Apabila anda mempunyai insurans, anda menjangkakan syarikat insuranslah yang akan membayar kerosakan ataupun perbelanjaan mengejut. Namun apa yang anda lakukan apabila tuntutan anda dinafikan atau ditolak oleh syarikat insurans? Ketahui apa yang boleh anda lakukan apabila tuntutan anda ditolak.

Kebanyakan rakyat Malaysia akan membuat tuntutan insurans untuk kes kemalangan kereta.

Apabila anda membuat tuntutan, anda menjangkakan syarikat insurans akan membuat pembayaran

Sebagai contoh, anda terlibat dalam kemalangan kereta, anda akan memaklumkan kepada syarikat insurans mengenainya Ini dipanggil membuat tuntutan dengan syarikat insurans. Selepas membuat tuntutan, anda menjangkakan syarikat insuranslah yang akan membayar kos untuk membaiki supaya anda tidak terbeban dengan kos mengejut ini. Tapi apa yang anda akan lakukan, apabila anda membuat tuntutan, kemudian syarikat insurans menolak tuntutan anda?

“Menolak” dalam konteks insurans bermaksud menafikan tuntutan anda, yang mana syarikat insurans tidak akan membayar apa-apa. Dalam kes lain, syarikat mungkin memaklumkan kepada anda yang mereka tidak akan membayar sepenuhnya. Sebagai contoh, apabila kereta anda dicuri, syarikat insurans tidak akan membayar nilai keseluruhan kereta itu, mereka akan membayar lebih rendah. Berikut adalah empat perkara yang boleh anda lakukan apabila tuntutan anda dinafikan.

4 kaedah untuk meluluskan tuntutan anda.

1. Tanya ejen insurans/takaful anda tentang

Bincang dengan ejen anda dan fahamkan mengapa syarikat insurans menolak tuntutan anda. Mungkin ada beberapa dokumen yang tidak lengkap atau tersalah hantar. Penting untuk anda membeli insurans anda daripada ejen yang berlesen dan profesional kerana ejen sebegini berpengalaman dalam meluluskan tuntutan.

Ejen juga akan menolong anda dalam memastikan kesemua maklumat adalah lengkap ketika membuat tuntutan. Tuntutan yang tidak lengkap atau dokumen yang salah boleh melambatkan keseluruhan proses dan anda perlu tunggu lebih lama untuk tuntutan anda diselesaikan.

Ejen insurans adalah orang yang pertama untuk kita rujuk.

2. Tampal tuntutan yang ditolak itu dalam forum pakar atas talian

Bawa tuntutan anda yang ditolak untuk ditanyakan kepada komuniti atas talian. Forum terkini untuk semua jenis soalan adalah forum Low Yat, di mana orang ramai menampal pelbagai jenis isu. Bagaimanapun, dalam forum Low Yat, anda tidak kenal siapa yang menjawab dan bagaimana tahap kepakarannya.

Laman web yang lebih khusus untuk mencari maklumat adalah Asklegal.my. Anda boleh dapatkan pelbagai maklumat tentang undang-undang Malaysia. Malangnya, anda tidak akan mendapat bantuan yang khusus untuk tuntutan insurans anda yang telah ditolak. Untuk servis sebegini, anda boleh menggunakan laman web seperti Kamibantu. Laman web ini fokus kepada insurans dan takaful sahaja dan mereka yang menjawab soalan adalah ejen berlesen atau profesional dalam insurans. Kamibantu juga menawarkan soalan-soalan premium yang menawarkan respons pakar yang lebih pantas dan dilakukan secara privasi. Soalan-soalan premium tidak boleh dipaparkan kepada umum, maka anda boleh tampal secara bebas dan kongsi maklumat anda di atas talian.

Di kamibantu.com.my anda boleh menanyakan soalan percuma dan premium.

Related Post

3. Bawa tuntutan anda yang ditolak itu kepada syarikat penasihat tuntutan.

Alternatif terbaik untuk peguam yang mahal adalah dengan membawa tuntutan anda yang ditolak kepada syarikat penasihat tuntutan. Syarikat penasihat tuntutan mengambil bekas pekerja daripada syarikat-syarikat insurans yang besar yang kini membantu meluluskan tuntutan rakyat Malaysia. Contohnya syarikat Par Biz Advisory (PAR Biz Advisory Sdn Bhd).  Syarikat penasihat tuntutan Par Biz menawarkan servis mereka secara “Tidak lulus, tiada bayaran”.    Jika mereka tak mampu menolong anda, anda tidak perlu membayar apa-apa.

Jika syarikat ini dapat membantu anda, maka penasihat tuntutan akan mengambil 10% keuntungan. Sebagai contoh, jika tuntutan anda adalah RM 10,000 dan syarikat penasihat tuntutan ini dapat membantu anda. Maka anda akan mendapat bayaran RM 9,000 dan syarikat penasihat akan mengambil RM 1,000 sebagai bayaran kemenangan. Ini sangat bagus, memandangkan anda bermula dengan RM 0 kerana syarikat insurans telah menolak tuntutan anda.

Kamibantu merupakan rakan kongsi PAR Biz Advisory Sdn. Bhd. Anda boleh mendapatkan soalan premium percuma di Kamibantu.com.my + review percuma ke atas Par Biz Advisory dalam masa yang sama dengan menggunakan borang ini.

Syarikat Par Biz Advisory tempatan menghulurkan bantuan secara “Tidak lulus, tiada bayaran”. 

Claim rejected? Get help!

Get free review of your denied claim without upfront fees. You pay only when you win.

4. Berbincang dengan peguam yang pakar

Akhir sekali, anda boleh mendapatkan ulasan guaman untuk kes anda yang telah ditolak daripada peguam. Dalam menghubungi peguam, pastikan anda hubungi peguam yang betul. Contohnya, untuk kemalangan kereta, bincanglah dengan peguam yang khusus dalam undang-undang trafik. Jika anda membuat tuntutan atas kebakaran rumah anda, berbincanglah dengan peguam yang pakar dalam tuntutan insurans hartanah. Kebanyakan peguam akan mengenakan sedikit bayaran untuk konsultasi di peringkat awal. Kosnya di antara RM200-300. Jika mereka setuju untuk menerima kes anda, maka caj guaman tambahan dan bayaran mahkamah perlu dibayar.

Anda boleh dapatkan peguam berdekatan daripada laman web Malaysian Bar.

Dapatkan peguam pakar dalam Malaysia di laman web Malaysian Bar.

Berikut adalah rumusan artikel ringkas kami tentang apa yang anda boleh buat apabila tuntutan insurans anda ditolak. Ringkasnya, anda mempunyai pilihan yang berikut.

Apa yang anda boleh buat apabila tuntutan anda ditolak?

  1. Tanya ejen insurans/takaful anda tentang penafian tuntutan
  2. Tampal tuntutan anda yang telah dinafikan itu dalam forum pakar atas talian
  3. Bawa tuntutan anda yang dinafikan itu kepada syarikat penasihat tuntutan
  4. Berbincang dengan peguam pakar

Anda mempunyai pengalaman dengan tuntutan insurans yang ditolak atau mempunyai cadangan lain? Sila kongsi pandangan dan idea anda dengan kami di bawah.

Recent Posts

Penjagaan Kesihatan Swasta vs. Awam

Adakah anda tahu perbezaan antara perkhidmatan penjagaan kesihatan awam dan swasta di Malaysia? Memahami cara…

1 minggu ago

Punca Utama Kematian di Malaysia

Tahukah anda bahawa penyakit jantung adalah punca utama kematian di Malaysia? Pada tahun 2022, ia…

4 minggu ago

Penjagaan Kesihatan Malaysia – 5 Fakta

Penjagaan kesihatan di Malaysia adalah sistem yang teratur yang menggabungkan elemen awam dan swasta untuk…

1 bulan ago

Tune Protect Travel Easy Insurans: Ulasan Menyeluruh

Perjalanan telah berkembang secara signifikan dalam beberapa tahun terakhir, begitu juga keperluan untuk asuransi perjalanan…

7 bulan ago

Insurans Kereta Perodua Myvi Paling Murah

Adakah anda mencari insurans yang paling murah untuk Perodua Myvi anda tahun 2018? Mendapatkan insurans…

7 bulan ago

Insurans perjalanan terbaik 2024 untuk rakyat Malaysia

Adakah anda seorang pelancong Malaysia yang mencari liputan insurans yang sempurna untuk pengembaraan seterusnya anda?…

7 bulan ago