Insurans Kereta

Apakah Maksud Add-On Waiver of Betterment?

Dalam artikel ini, kami menerangkan mengenai Add-On Waiver of Betterment. Kami akan membantu anda memahami Add-On tersebut dan anda dapat menilai sendiri jika anda memerlukannya. Sekiranya berlaku kemalangan, kita sering bimbang jika keadaan kereta kita akan sempurna setelah kerja pembaikan selesai. Daya tahan sebuah kereta yang pernah terlibat dalam kemalangan, besar kemungkinannya merosot lebih pantas disebabkan kesan kemalangan tersebut. Ini menyebabkan keseluruhan kualiti kereta tersebut menjadi rendah dan menyebabkan pemilik kenderaan tidak berpuas hati. Dalam kebanyakan kes, mereka akan pertimbangkan untuk menjual kereta tersebut dan mendapatkan kereta yang baharu.

Satu sebab mengapa daya tahan kereta yang diperbaiki menjadi rendah adalah kerana kebanyakan perlindungan insurans hanya menanggung kos penggunaan alat ganti terpakai dalam kerja pembaikan. Satu-satunya cara untuk menyelesaikannya masalah ini adalah dengan menggunakan alat ganti baharu sebagai pengganti. Ini dipanggil ‘betterment’ di mana pemegang polisi terpaksa membayar kos tambahan kerana menggunakan alat ganti yang baharu untuk menggantikan alat ganti yang rosak. Izinkan kami jelaskan bagaimana anda boleh mendapatkan pengecualian untuk caj “betterment” dengan hanya menggunakan Add-On kepada polisi insurans anda.

Apakah Add-On Waiver of Betterment?

Waiver of Betterment adalah Add-On yang mengecualikan caj “betterment” dikenakan dalam kerja-kerja pembaikan kereta disebabkan kemalangan. Anda boleh membeli Add-On ini sebagai faedah tambahan kepada polisi insurans kereta anda kerana faedah ini biasanya tidak terdapat dalam polisi  insurans anda. Insurans kereta biasa membayar kos pembaikan setelah kemalangan. Walau bagaimanapun, jika kereta itu kereta lama dan alat ganti baharu digunakan untuk membaiki kereta, maka kereta itu lebih baik keadaannya berbanding sebelum kemalangan. Ini disebut “betterment” dan anda dikehendaki membayar caj tambahan. Untuk mengelakkan perkara caj tambahan ini, anda boleh membeli Add-On Waiver of Betterment. Jadi anda tidak perlu membayar apa-apa untuk alat ganti baharu. Anda tidak perlu bimbang mengenai penggunaan alat ganti terpakai dalam kerja pembaikan atau terpaksa membayar caj tambahan untuk sebarang penambahbaikkan.

Berikut adalah beberapa contoh :

Contoh 1: Bahagian Badan Rosak

Anda memiliki sebuah Honda Civic berusia 6 tahun dan mengalami kemalangan.

  • Bumper belakang remuk akibat kemalangan
  • Pintu sebelah kiri kemek disebabkan kemalangan

Dengan Add-On Waiver of Betterment, mekanik bengkel panel akan menggantikan bumper belakang dan pintu sisi yang baharu untuk anda. Mekanik TIDAK akan menggunakan bumper atau pintu sisi yang terpakai untuk membaiki kereta anda.

Contoh 2: Bahagian Enjin Rosak

Anda memiliki sebuah Toyota Vios yang berusia 7 tahun dan mengalami kemalangan.

  • Kotak gear rosak kerana kemalangan
  • Pad klac rosak akibat kemalangan

Dengan Add-On Waiver of Betterment, mekanik bengkel panel akan menggantikan kotak gear dan pad klac yang baharu untuk anda. Mekanik TIDAK akan menggunakan kotak gear terpakai atau pad klac terpakai untuk membaiki kereta anda.

Contoh 3: Waiver of Betterment daripada MSIG

Related Post

Berikut adalah contoh bagaimana MSIG membandingkan pelan insurans dengan dan tanpa Add-On Waiver of Betterment:

Ringkasnya, berikut adalah gambaran keseluruhan daripada kami. Jadual menunjukkan apa yang berlaku dengan dan tanpa Add-On Waiver of Betterment.

Syarikat Insurans Motor yang Menawarkan Waiver of Betterment?

Berikut adalah gambaran keseluruhan yang ringkas mengenai syarikat-syarikat yang menawarkan Add-On Waiver of Betterment :

Adakah Waiver of Betterment serupa dengan Maintain Like New?

Waiver of Betterment adalah serupa dengan Add-On  Maintain Like New daripada Etiqa. Kedua-dua add on ini agak serupa. Walau bagaimanapun, terdapat satu perbezaan yang sangat ketara antara kedua-duanya Add-On tersebut.

Add-On Waiver of Betterment ditawarkan oleh beberapa syarikat insurans di Malaysia. Add-On ini hanya merangkumi pengantian alat ganti baharu untuk kerja-kerja pembaikan. Ia tidak merangkumi kerja mengecat semula keseluruhan kereta selepas kerja pembaikan. Kereta anda hanya akan dicat semula pada bahagian kerja pembaikan dilakukan dan bukannya pengecatan keseluruhan kereta seperti yang ditawarkan oleh Add-On  Maintain Like New Add-On  ‘Maintain Like New’ hanya terdapat di Etiqa Motor Takaful dan Etiqa Motor Insurans. Disamping penggunaan alat ganti yang baharu, Add-On  Etiqa ini juga menawarkan faedah pengecatan semula keseluruhan kereta selepas kerja pembaikan jika kereta anda berusia antara 5 hingga 10 tahun. Kesannya, keseluruhan kereta anda mungkin kelihatan seperti baharu kerana diberi lapisan cat baharu.

Siapakah Yang Layak Untuk Add-On Ini?

Jadual menunjukkan gambaran keseluruhan mengenai siapa yang layak dan tidak layak untuk Add-On tersebut bergantung pada usia kereta anda. Dilihat sekilas pandang.

Apakah Add-On Waiver of Betterment Berbaloi?

Keputusan kami : Ya

Ringkasnya, ya. Perlu ada Add-On tambahan ini. Izinkan kami jelaskan mengapa. Apabila kereta anda terlibat dalam kemalangan dan ditunda ke bengkel, mekanik bengkel panel akan memberitahu anda mengenai senarai bahagian yang perlu diganti. Sekiranya kereta anda berusia 5 tahun dan keatas, anda hanya layak mendapat alat ganti terpakai untuk menggantikan bahagian yang rosak.

Menggunakan alat ganti terpakai kemungkinan besar akan menjadikan kereta anda lebih lemah berbanding menggunakan alat ganti yang baharu Dalam kebanyakan kes, alat ganti terpakai sudah haus pada ketika anda membelinya untuk digunakan di kereta anda. Ini menyebabkan kereta anda lebih lemah kerana alat ganti tersebut  mungkin tidak tahan lama. Dengan Add-On  Waiver of Betterment, anda akan layak mendapat alat ganti baharu semasa pembaikan kereta anda. Ini menjamin bahawa kereta anda akan berada dalam keadaan baik selepas pembaikan. Dalam kebanyakan kes, keadaan kereta mungkin lebih baik daripada sebelum kemalangan berlaku.

Oleh itu, kami berpendapat bahawa ini adalah  Add-On yang bermanfaat. Sebenarnya, ia wajib dimiliki oleh mereka yang mampu kerana dapat mengelakkan tekanan dan masalah rumit apabila menghadapi kemalangan. Kami berharap anda mempunyai idea yang lebih baik mengenai apa yang dimaksudkan dengan pengecualian Waiver of Betterment sekarang. Ringkasnya, jika anda mempunyai kereta berusia antara 5 hingga 10 tahun, dapatkanlah Add-On tambahan ini.

Recent Posts

Insurans dengan Perlindungan Kesihatan Mental di Malaysia

Masalah kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan, dan gangguan bipolar semakin biasa, dengan sekitar satu juta…

21 jam ago

Cari Ejen Insurans Pemenang Anugerah Malaysia!

Hey! Kami teruja untuk berkongsi sesuatu yang cukup istimewa dengan anda - "Anugerah Kecemerlangan" kami.…

1 minggu ago

Menavigasi Kenaikan Kos Penjagaan Kesihatan di Malaysia dengan Samuel

Tahukah anda kadar inflasi perubatan di Malaysia ialah 15% pada 2023-2024? (Sumber: AON The Global…

1 minggu ago

Memahami Insurans Perubatan Standalone bersama Adeline

Memilih jenis insurans yang tepat boleh menjadi sesuatu yang membingungkan, terutamanya dengan begitu banyak pilihan…

4 minggu ago

Apakah Kad Perubatan Termurah di Malaysia?

Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia lebih prihatin terhadap penyakit kritikal berbanding orang di bahagian lain…

4 minggu ago

Kenaikan Premium Insurans Perubatan

Adakah anda tahu bahawa premium insurans perubatan telah meningkat sebanyak 20% atau lebih tahun ini?…

1 bulan ago