Adakah anda sedang mencari insurans motosikal termurah? Jika ya, kami ada berita baik. Anda kini boleh menjimatkan sehingga 55% dengan mudah untuk insurans motosikal.
Nak tahu macam mana? Mudah sahaja, anda perlu banding dengan pelan insurans lain sebelum membeli. Mengenal pasti pelan insurans motosikal terbaik bukanlah mudah. Terdapat pelbagai syarikat di Malaysia yang menawarkan insurans motosikal dengan harga yang berbeza untuk jumlah perlindungan yang berbeza. Dalam artikel ini, kami telah mengumpulkan syarikat insurans motosikal terbaik di Malaysia untuk anda, jadi anda boleh membuat perbandingan sebelum membeli pelan insurans motosikal.
Berapa Banyak Anda Boleh Jimat Apabila Membanding Insurans Motosikal?
Sebagai cotoh, kami akan menunjukkan bagaimana anda boleh menjimat sehingga 55% semasa membeli insurans motosikal. Dalam contoh ini, model motosikal, cc, varian, tahun pembuatan dan nilai yang sama akan digunakan untuk menunjukkan pilihan yang paling murah dan terbaik.
Contoh Perbandingan
Butiran motosikal seperti di bawah digunakan:
Model Motosikal: YAMAHA 135LC 4 SPEED
CC: 134
Varian: Rotary
Tahun Buatan: 2015
Nilai Motosikal (Jumlah Diinsuranskan): RM 4,400
Berdasarkan butiran di atas, berikut adalah senarai 6 syarikat insurans di Malaysia yang menawarkan insurans motosikal pada harga yang berbeza. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan perlindungan yang sama (jumlah diinsuranskan) daripada syarikat yang berbeza dengan harga mereka dari terendah hingga tertinggi.
Berdasarkan jadual di atas, anda boleh melihat bahawa Etiqa Takaful menawarkan harga terendah bagi insurans motosikal iaitu RM142.66. Manakala harga insurans motor yang ditawarkan Allianz paling mahal iaitu RM220.55. Jika anda bandingkan pilihan insurans motor yang termurah dan paling mahal, perbezaan harga adalah RM77.89 untuk jumlah perlindungan yang sama.
Imej di atas menunjukkan bukti petikan daripada kedua-dua syarikat dan liputan mereka. Kesimpulannya, dengan memilih Etiqa Takaful anda akan dapat menjimat sehingga 55% dalam membeli insurans motosikal untuk perlindungan yang sama seperti Allianz.
Adakah Penting Untuk Membandingkan Pelan Insurans?
Ya. Ia adalah penting untuk membuat perbandingan sebelum anda membeli sebarang pelan insurans motosikal. Seperti yang dilihat sebelum ini daripada perbandingan contoh, anda akan menjimat sehingga 55% jika anda memilih Etiqa Takaful berbanding Allianz. Perbandingan yang dibuat dalam contoh adalah khusus untuk model Yamaha 135LC 4 Speed.
Motosikal yang berbeza mempunyai julat harga yang berbeza. Ini bermakna anda juga boleh menjimatkan lebih daripada 55% bergantung pada butiran motosikal anda. Dengan membanding, anda akan dapat menjimatkan banyak wang dan membuat keputusan yang lebih bijak dalam memilih pelan insurans yang sesuai untuk motosikal anda.
Senarai Syarikat Insurans Motosikal Teratas Di Malaysia
Berikut adalah senarai syarikat-syarikat yang menawarkan insurans motosikal di Malaysia. Anda boleh membandingkan harga insurans untuk motosikal anda dengan cepat dan memilih syarikat yang akan membantu anda menjimatkan wang.
Company | Link to buy | 10% Discount Online? | Webpage friendliness |
---|---|---|---|
Etiqa Insurance and Takaful | Buy Online | VERY EASY | |
Berjaya Sompo | Buy Online | VERY EASY | |
Pacific & Orient | Buy Online | VERY EASY | |
Allianz Malaysia | Buy Online | EASY | |
MSIG Insurance | Buy Online | MEDIUM | |
Liberty Insurance | Buy Online | MEDIUM | |
Kurnia | Buy Online | MEDIUM | |
Zurich Takaful | Buy Online | MEDIUM |
Kesimpulan
Kesimpulannya, membanding pelan insurans pasti akan menjimatkan wang anda. Jika anda ingin mendapatkan harga termurah untuk insurans motosikal, anda harus mula membandingkan pelan insurans. Anda akan kagum dengan berapa banyak yang anda akan simpan dalam jangka masa panjang. Mula bandingkan sekarang dengan jadual di atas untuk mencari insurans motosikal termurah.
Leave a Comment