Categories: Insurans Kereta

Bahaya Jika Terkurang Insurans (Under-Insurance)

Apakah erti “Under-Insurance” atau Terkurang Insurans?

Under-insurance adalah suatu keadaan di mana nilai perlindungan insurans adalah kurang dari nilai sebenar (nilai pasaran) untuk melindungi harta atau aset yang diinsuranskan, seperti rumah atau kenderaan anda. Kami akan memudahkan pemahaman dengan beberapa contoh.

Contoh under-insurance bagi insurans kereta adalah seperti di mana seseorang membeli insurans kenderaan dengan nilai perlindungan bagi sebuah kereta Perodua Myvi walaupun kereta yang diinsuranskan sebenarnya adalah sebuah BMW. Jika berlakunya kemalangan atau kecurian, beliau mungkin berfikiran yang beliau akan mendapat pampasan dengan nilai bersamaan dengan kereta Myvi tadi, tapi pada hakikatnya, beliau akan mendapat pampasan yang lebih rendah daripada itu.

Apa ertinya under-insurance dalam insurans kenderaan

1) Bagi kes kecurian

Chong memiliki kereta di mana ketika beliau memperbaharui insuransnya, nilai pasaran kereta itu adalah RM 50,000. Tetapi kerena Chong ingin berjimat, dia telahpun menginsuranskan keretanya pada nilai RM 30,000. Malangnya keretanya dicuri tidak lama kemudian. Memang sah lah beliau tidak mungkin akan dapat membuat tuntutan bagi nilai pasaran keretanya pada RM 50,000. Di sini saja telah pun terdapat satu kerugian besar.

Lebih malang lagi, kerana Chong terlah terkurang insurans (under-insured) keretanya dalam contoh ini, sebanyak 40%, dia tidak akan mendapat pampasan penuh iaitu RM30,000 tetapi hanya 60% daripada nilai insuransnya. Ini adalah kerana termasuknya “klausa purata”. Pengiraannya adalah seperti berikut:

 

Ini bermakna Chong hanya akan mendapat pampasan sebanyak RM 18,000!

Walaubagaimanapun, ingin kami menerangkan di sini bahawa nilai yang boleh dituntut adalah berdasarkan nilai pasaran di waktu tuntutan dibuat. Bagi contoh di atas, jika pada waktu tuntutan dibuat, nilai kereta Chong telah jatuh kepada RM 45,000, maka di sini Chong akan diberi pampasan RM 20,000.

 

Lebih murah tidak bererti lebih baik!

Apa yang membimbangkan adalah ramai antara pengguna Malaysia tidak sedar bahawa mereka sebenarnya mengamalkan under-insurance untuk insurans kenderaan mereka. Adakalanya, ejen/ ejensi insurans mengurangkan nilai insurans untuk merendahkan kadar premium pelanggan. Kadar premium yang rendah mungkin menyenangkan anda sekarang, tetapi jika berlakunya kecelakaan, mungkin pula anda akan rasa tertipu. Inilah antara sebab pentingnya bagi anda memiliki ejen atau perunding yang boleh anda percayai, seseorang ejen yang akan menjaga kepentingan anda sebagai pelanggan.

2) Bagi kes kemalangan

Kereta baru Siti bernilai RM 80,000, dia juga ingin menjimatkan wangnya maka dia menginsuranskan keretanya pada nilai RM 60,000. 8 bulan kemudian dia bertemu kemalangan jalanraya di mana dia terpaksa membuat tuntutan dari polisi komprehensifnya. Jumlah yang diperlukan untuk menampung kos membaiki keretanya adalah RM 10,000, di mana nilai pasaran pada waktu tuntutan dibuat adalah RM 75,000.

Sama seperti contoh pertama, klausa purata diambil kira. Siti hanya akan menerima RM 8,000 sebagai pampasan dan bukan RM 10,000. Kos selebihnya (RM 2,000) perlu dibiayai oleh Siti sendiri. Pengiraannya seperti berikut.

 

Related Post

Apa ertinya under-insurance dalam polisi kebakaran/ empunya rumah

Prinsip yang sama serta klausa purata juga dikenakan di sini. Perbezaannya yang ketara adalah nilai harta yang diinsuranskan mungkin jauh berbeza, antara rumah dan kereta. Maka impak dari segi kewangan bagi anda juga adalah jauh lebih besar. Contoh seperti berikut:

Anda menginsuranskan rumah anda pada nilai RM 600,000, walhal kos untuk membaik-pulih rumah itu secara keseluruhan adalah RM 900,000. Perhatian: Apabila menetapkan nilai insurans pada sesebuah rumah, hanya kos membaik-pulih diambil kira, ini bermakna harga tanah tidak termasuk dalam pengiraan. Satu hari, suatu kebakaran memusnahkan rumah anda, kos membaiki dan mengganti (isi rumah) mencecahi RM 300,000, pengiraan tuntutan adalah seperti berikut:

 

Tetapi bagaimana pula jika sewaktu tuntutan, kos membaik pulih rumah telah naik sehingga RM 1,000,000? Maka semakin kecillah jumlah tuntutannya sekarang. Inilah lazimnya memandangkan inflasi yang semakin tinggi dan akan menaikkan kos bahan-bahan pembinaan. Ramai antara pengguna yang tidak mengambil kira faktor ini, menjadikan ‘under-insurance’ suatu kebiasaan dalam insurance kebakaran/ empunya rumah.

Menurut Valuation and Property Service Department (JPHH), nilai rumah di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.4% dalam tahun 2015. Lebih lanjut dalam article ini Global Property Guide.

Seorang ejen yang cekap dan berpengalaman selalunya dapat membantu anda menganggarkan nilai insurans yang tepat untuk anda.

Jadi, apa yang telah kita pelajari dari sini?

Semua contoh yang telah dikemukakan di atas menunjukkan kerugian besar dari segi kewangan jika berlakunya tuntutan. Jika anda seorang pengguna yang berpengalaman membeli/ membayar insurans, anda pun mungkin sedar bahawa penjimatan yang anda dapat tidak lah sebanyak mana pun jika anda menurunkan nilai insurans, lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan risiko kerugian yang mungkin anda akan hadapi.

Apakah risiko lain berkenaan Under-insurance?

Kita mungkin berfikiran, “tidak apa lah, sekurang-kurangnya kita masih lagi dapat pampasan, tidak lah seteruk mana jika terkurang insurans”. Tidak semestinya! Jika adanya terkurang insurans (under-insurance), anda akan dibayar pampasan JIKA anda bernasib-baik! Ini adalah kerana syarikat insurans anda mempunyai hak untuk membatalkan polisi anda. Bayangkan rumah anda musnah dalam kebakaran, dan syarikat anda pulak membatalkan polisi anda kerana anda telah terkurang insurans. Adakah anda mampu mengeluarkan wang beratusan ribu ringgit untuk membaiki rumah anda dengan sendiri?

Anda perlu bertanya diri sendiri adakah ianya berbaloi untuk mengambil risiko seperti ini. Di mana anda berjimat beberapa ratus ringgit dalam pembayaran premium tetapi menanggung kemungkinan kerugian beratusan ribu ringgit.

Bagaimana iBanding dapat membantu?

Kami di iBanding ingin membantu anda mendapatkan polisi insurans yang terbaik. Sebab itu kami percaya bahawa ejen yang jujur, cekap, berpengalaman, juga yang mementingkan hak pengguna adalah sangat kritikal. Untuk membantu anda dan pengguna Malaysia mendapatkan ejen seperti ini, kami telah mengadakan suatu direktori ejen di Malaysia di laman web kami, di mana pengguna dapat memberi skor pada ejen-ejen ini dengan sistem 5-bintang.

Pengguna dapat membaca pengalaman pengguna lain (review) pada setiap ejen yang disenaraikan dalam direktori ini supaya anda dapat membuat pilihan yang lebih bijak dalam memilih ejen.

Jika anda telahpun mempunyai seseorang wakil atau ejen tetapi dia tidak disenarikan, bantulah ejen anda dan senaraikan dia di dalam direktori ini agar lebih ramai pengguna tahu tentang beliau.

 

View Comments

    • Tiada kebaikan. Selalunya syarikat insurans tidak akan membayar tuntutan penuh walaupun anda membuat over insurans. Keburukannya ialah premium insurans yang anda bayar adalah terlalu tinggi.

  • Bagaimana jika kemalangan yang melibatkan tuntutan dari pihak ketiga keatas tuan punya kereta yg melanggar yg mana tuntutan lebih tinggi dari nilai insuran yang diambil.

    • Tuntutan pihak ketiga tidak terhad kepada “insured value” atau “sum insured” mengikut polisi insurans. Jumlah sebenar akan dibayar.

  • Saya terlibat kemalangan jalan raya dimana dilanggar sebuah lori.
    Saya ingin claim insurance lori, tetapi insurance kereta saya under insured.
    Adakah saya perlu menambah kos pembaikan jika diminta oleh bengkel.

    • Tidak, anda tidak perlu menyumbang dari poket anda sendiri, kerana kerosakan akan dibayar oleh syarikat insurans lori.

Recent Posts

Insurans dengan Perlindungan Kesihatan Mental di Malaysia

Masalah kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan, dan gangguan bipolar semakin biasa, dengan sekitar satu juta…

2 hari ago

Cari Ejen Insurans Pemenang Anugerah Malaysia!

Hey! Kami teruja untuk berkongsi sesuatu yang cukup istimewa dengan anda - "Anugerah Kecemerlangan" kami.…

1 minggu ago

Menavigasi Kenaikan Kos Penjagaan Kesihatan di Malaysia dengan Samuel

Tahukah anda kadar inflasi perubatan di Malaysia ialah 15% pada 2023-2024? (Sumber: AON The Global…

2 minggu ago

Memahami Insurans Perubatan Standalone bersama Adeline

Memilih jenis insurans yang tepat boleh menjadi sesuatu yang membingungkan, terutamanya dengan begitu banyak pilihan…

1 bulan ago

Apakah Kad Perubatan Termurah di Malaysia?

Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia lebih prihatin terhadap penyakit kritikal berbanding orang di bahagian lain…

1 bulan ago

Kenaikan Premium Insurans Perubatan

Adakah anda tahu bahawa premium insurans perubatan telah meningkat sebanyak 20% atau lebih tahun ini?…

2 bulan ago