Kuala Lumpur, 15 Disember 2017Zurich Takaful Malaysia Berhad (ZTMB) hari ini telah lancarkan satu lagi pelan takaful menarik, Executive20 bagi pengguna Malaysia yang bukan sahaja memberikan jaminan perlindungan tetapi juga manfaat pembayaran tunai tahunan.

Para peserta Executive20 dapat menikmati perlindungan terjamin serta bayaran tunai tahunan untuk terma perlindungan selama 20 tahun atau 30 tahun.

Pelan takaful terbaharu ini memberi perlindungan terjamin sehingga umur 90 tahun dan ianya terbuka bagi sesiapa sahaja yang berumur antara 30 hari hingga 65 tahun, dengan syarat pemohon hendaklah berusia sekurang-kurangnya 16 tahun.

“Dalam keadaan ekonomi dan persekitaran yang kian mencabar hari ini, kebanyakan rakyat Malaysia didapati sukar untuk menabung apatah lagi mempunyai simpanan yang mencukupi. Fakta ini berdasarkan kajian yang menyatakan bahawa 50% isi rumah bandar di Malaysia tidak mempunyai sebarang bentuk simpanan kewangan,” kata Salim Majid Zain, Ketua Pegawai Eksekutif ZTMB

Dalam suatu kajian yang dijalankan oleh Bank Negara pada tahun 2015, lebih dari 75 peratus rakyat Malaysia menghadapi kesukaran untuk menyediakan RM1000 jika berlakunya kecemasan.

“Oleh kerana itu, Executive20 direka sebagai pelan yang ideal untuk membantu mereka yang ingin meningkatkan nilai simpanan disamping mendapatkan perlindungan yang mencukupi bagi menghadapi sebarang peristiwa yang tak diduga,” kata Salim lagi.

Menurut Zurich Takaful Malaysia, 5 manfaat dan ciri utama pelan Executive20 ini adalah:

  • Perlindungan Takaful Terjamin – Manfaat kematian yang dijamin sehingga umur 90 tahun dan manfaat hilang upaya keseluruhan dan kekal (HUKK) yang dijamin sehingga umur 75 tahun.
  • Bayaran Tunai Tahunan – Sehingga 6% daripada Jumlah Asas Dilindungi bermula dari penghujung tahun kedua sijil dan setiap tahun seterusnya sehingga sijil matang dengan pilihan dari 2%, 4% atau 6% daripada jumlah asas dilindungi.
  • Manfaat Tempoh Matang – Peserta akan menerima manfaat kematangan bersamaan dengan jumlah nilai Akaun Pelaburan Peserta (PIA).
  • Pilihan Mempertingkatkan Perlindungan dengan Manfaat Tambahan – Peserta mempunyai pilihan untuk memaksimakan perlindungan mereka sebagai persediaan menghadapi kejadian yang tidak diduga seperti penyakit kritikal, kematian dan lain-lain.
  • Pilihan Penukaran kepada pelan Takaful Keluarga yang lain – Peserta dapat menukar perlindungan mereka kepada pelan takaful keluarga yang lain setelah tamat tempoh sijil tanpa perlu mengemukakan sebarang bukti kesihatan.

Selain itu, Executive20 menawarkan pilihan tambah nilai bagi peserta yang ingin mengerjakan ibadah Badal Haji, Korban, Wakaf dan Kebajikan di bawah Program Amanah Trust yang diuruskan secara komprehensif oleh Amanah Raya Berhad.

Untuk maklumat lanjut mengenai Executive20, layari https://www.zurich.com.my/en/show-me-zurich-takaful-products/for-myself-savings/for-my-future/executive20.