(From Left to Right) –Philip Smith, Executive Director of ZTMB and Chief Executive Officer of ZIMB, Salim Majid Zain, Chief Executive Officer of ZTMB, Mukesh Dhawan, General Manager of Life Insurance, ZIMB introducing Executive20, ZTMB’s latest family takaful plan.
Kuala Lumpur, 15 Disember 2017 – Zurich Takaful Malaysia Berhad (ZTMB) hari ini telah lancarkan satu lagi pelan takaful menarik, Executive20 bagi pengguna Malaysia yang bukan sahaja memberikan jaminan perlindungan tetapi juga manfaat pembayaran tunai tahunan.
Para peserta Executive20 dapat menikmati perlindungan terjamin serta bayaran tunai tahunan untuk terma perlindungan selama 20 tahun atau 30 tahun.
Pelan takaful terbaharu ini memberi perlindungan terjamin sehingga umur 90 tahun dan ianya terbuka bagi sesiapa sahaja yang berumur antara 30 hari hingga 65 tahun, dengan syarat pemohon hendaklah berusia sekurang-kurangnya 16 tahun.
“Dalam keadaan ekonomi dan persekitaran yang kian mencabar hari ini, kebanyakan rakyat Malaysia didapati sukar untuk menabung apatah lagi mempunyai simpanan yang mencukupi. Fakta ini berdasarkan kajian yang menyatakan bahawa 50% isi rumah bandar di Malaysia tidak mempunyai sebarang bentuk simpanan kewangan,” kata Salim Majid Zain, Ketua Pegawai Eksekutif ZTMB
Dalam suatu kajian yang dijalankan oleh Bank Negara pada tahun 2015, lebih dari 75 peratus rakyat Malaysia menghadapi kesukaran untuk menyediakan RM1000 jika berlakunya kecemasan.
“Oleh kerana itu, Executive20 direka sebagai pelan yang ideal untuk membantu mereka yang ingin meningkatkan nilai simpanan disamping mendapatkan perlindungan yang mencukupi bagi menghadapi sebarang peristiwa yang tak diduga,” kata Salim lagi.
Selain itu, Executive20 menawarkan pilihan tambah nilai bagi peserta yang ingin mengerjakan ibadah Badal Haji, Korban, Wakaf dan Kebajikan di bawah Program Amanah Trust yang diuruskan secara komprehensif oleh Amanah Raya Berhad.
Untuk maklumat lanjut mengenai Executive20, layari https://www.zurich.com.my/en/show-me-zurich-takaful-products/for-myself-savings/for-my-future/executive20.
Tahukah anda? Insurans kumpulan di Malaysia meningkat sebanyak 10.3%, menyumbang RM368.8 bilion dalam jumlah perlindungan…
Tahukah anda bahawa 62% pekerja mengutamakan perlindungan insurans kesihatan berbanding faedah lain apabila menilai kepuasan…
Memahami faedah pekerja boleh menjadi rumit, terutamanya apabila melibatkan insurans berkumpulan. (selanjutnya…)
Tahukah anda pada tahun 2022, kadar bagasi tersalah kendali global meningkat sebanyak 75% berbanding 2021,…
Tahukah anda pada tahun 2023, kira-kira 22% penerbangan mengalami kelewatan sekurang-kurangnya 15 minit? (selanjutnya…)
Bagaimana jika satu keputusan sahaja dapat meningkatkan kebahagiaan pekerja, memperbaiki prestasi perniagaan, dan menguatkan komuniti…