Satu lagi kemudahan yang dibawakan oleh perkembangan teknologi masa kini. Pelanggan insurans dan takaful kenderaan Etiqa kini boleh menikmati proses tuntutan yang lebih pantas dengan kelulusan dalam masa 30 minit.
Perkhidmatan terbaharu daripada Etiqa ini adalah perkhidmatan Bantuan Video Tuntutan Etiqa (E-Cleva) yang membolehkan proses tuntutan dilakukan melalui panggilan audio video.
Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Insurance & Takaful, Kamaludin Ahmad berkata, pelanggan yang mengalami sebarang kerosakan sama ada pada cermin kereta atau kereta itu sendiri, ianya boleh dinilai dan diluluskan oleh pihak Etiqa dalam masa kurang 30 minit. Kemudiannya, pembayaran akan terus dibuat kepada pelanggan yang membuat tuntutan.
Menurut beliau, “Ini membolehkan pembuat tuntutan mengambil gambar atau merekodkan video bagi memberi gambaran jelas tentang kerosakan kepada perunding kami.
“Sistem E-Cleva ini merupakan satu daripada contoh komitmen berterusan Etiqa bagi menawarkan pengalaman yang mudah dan pantas kepada pelanggan kami.
“Kebiasaannya pihak yang membuat tuntutan sering berhadapan dengan masalah untuk memandu kenderaan mereka ke bengkel atau mengatur temu janji dengan pegawai penilai bagi menilai kerosakan terhadap harta benda dan rumah. Tetapi dengan perkhidmatan ini pelanggan tidak perlu risau kerana pembayaran akan dibuat serta merta,” katanya.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai e-Cleva, tonton video di bawah.
Nak bercuti ke tempat yang cantik, seronok dan murah? Lawatilah jiran kita. (selanjutnya…)
Merancang percutian bajet? Ini panduan lengkap ke salah satu destinasi pelancongan termurah di Asia. (selanjutnya…)
Mencari negara paling murah untuk melancong dari Malaysia? Cambodia harus berada di tempat teratas dalam…
Rakyat Malaysia cenderung memilih perjalanan jarak dekat dan sederhana, dengan negara-negara Asia Tenggara menjadi destinasi…
Tahukah anda bahawa anda boleh menjimatkan sehingga 25% untuk insurans perjalanan apabila membelinya secara dalam…
Tahukah anda bahawa anda boleh menjimatkan 10% untuk insurans kereta apabila membuat pembelian secara dalam…