Anugerah Insurans Motor Archives - iBanding Making better decisions https://ibanding.com.my/category/anugerah-insurans-motor/ Finding the Best Insurance Thu, 04 Nov 2021 10:16:19 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.7.1 https://i0.wp.com/ibanding.com.my/wp-content/uploads/2017/10/logo.png?fit=32%2C32&ssl=1 Anugerah Insurans Motor Archives - iBanding Making better decisions https://ibanding.com.my/category/anugerah-insurans-motor/ 32 32 234803146 Panduan Membeli Kereta Atas Talian https://ibanding.com.my/panduan-membeli-kereta-atas-talian-di-malaysia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=panduan-membeli-kereta-atas-talian-di-malaysia https://ibanding.com.my/panduan-membeli-kereta-atas-talian-di-malaysia/#comments Fri, 12 Jul 2019 10:39:22 +0000 https://ibanding.com.my/?p=43775 The post Panduan Membeli Kereta Atas Talian appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>

Dalam Panduan Insurans Kereta Terunggul 2019 ini, kami akan tunjukkan kepada anda di mana anda boleh membeli insurans kereta di Malaysia dan memberikan anda harga dan servis terbaik secara atas talian.

Malaysia mempunyai lebih 20 syarikat insurans dan takaful yang menjual insurans kereta atau motosikal, dan ia bukanlah mudah untuk mencari mana satu yang terbaik. Kebiasaannya, anda akan membeli insurans dan cukai jalan kenderaan daripada ejen insurans. Namun sejak Pentarifan Semula Kenderaan pada Julai 2017, syarikat insurans telah mula menjual insurans kereta secara atas talian.

Bila anda membeli secara atas talian, khidmat pelanggan sangat penting!

Kini memang mudah bagi orang ramai untuk berada di atas talian dan membeli insurans kereta dengan hanya satu klik. Kelebihan yang ketara apabila anda membeli di atas talian adalah kebanyakan syarikat akan memberikan anda diskaun harga sebanyak 10%. Namun awas bila anda membeli insurans secara atas talian, adalah sangat penting bagi sesuatu syarikat untuk menyediakan khidmat pelanggan yang cemerlang kerana dalam keadaan ini tiada ejen insurans yang boleh membantu anda.

Di bawah ini adalah senarai lengkap bagi 10 syarikat insurans paling popular yang menyediakan insurans secara atas talian dengan diskaun sehingga 30%. Jika anda sedang mencari syarikat Takaful Kereta, sila pergi ke Panduan Takaful Kereta Terunggul 2019 kami.

Penilaian Syarikat Insurans Malaysia yang menjual insurans kereta secara atas talian

#CompanyCustomer Service LevelUser Reviews RatingsWebpage friendlinessSpecial Discount
1AXA Affin
Buy Online

5 stars

234 reviews
VERY EASYup to 30% discount
2Tokio Marine
Buy Online

5 stars

245 reviews
VERY EASY10% discount here
3Etiqa General Insurance
Buy Online

5 stars

2,516 reviews
VERY EASY10% discount here
4Allianz General
Buy Online

5 stars

916 Reviews
VERY EASY-
5Berjaya Sompo
Buy Online

3 stars

166 reviews
VERY EASY10% discount here
6MSIG Malaysia
Buy Online

5 stars

175 reviews
EASY10% discount here
7AmGeneral & Kurnia
Buy Online

4 stars

510 reviews
EASY-
8Tune Insurance
Buy Online

4 stars

91 reviews
EASY10% discount here
9AIG Malaysia
Buy Online

3 stars

220 reviews
EASY10% discount here
10Liberty Insurance
Buy Online

3 stars

286 reviews
HARD10% discount here

Penilaian Laman Web Individu (Turutan Terbalik)

10. Membeli insurans kereta daripada Liberty Insurance

Liberty Insurance mendapat tempat ke-sepuluh dalam Anugerah Insurans Kenderaan 2019. Pada tahun sebelumnya, syarikat ini mendapat tempat ke-enam. Laman webnya adalah antara laman web yang paling sukar untuk membeli insurans kereta di Malaysia secara atas talian. Ia menggunakan sistem yang sama dengan Takaful Ikhlas. Malah kami yang sudah biasa dengan insurans dan sistem IT yang berbeza-beza juga menghadapi kesukaran dalam menggunakannya.

Fakta Penting 2019 

  • Kedudukan MIA 2019: #17
  • Tahap Khidmat Pelanggan: 3 bintang
  • Penilaian Ulasan Pengguna: 3 bintang
  • Tahap Mesra Pengguna Laman Web: Sukar
  • Cukai Jalan: Tiada
  • Tawaran Istimewa: Diskaun atas talian 10%

9. Membeli insurans kereta daripada AIG Malaysia

AIG Malaysia adalah salah satu syarikat baru yang menawarkan insurans kereta secara atas talian. Laman webnya mudah, tetapi memerlukan maklumat yang lebih terperinci berbanding laman-laman web lain seperti Etiqa atau Takaful Malaysia. Anda perlu memberikan 10 jenis maklumat sebelum anda ditunjukkan harganya. AIG Malaysia mendapat tempat ke-14 dalam Survei Insurans Kenderaan 2019. Sama seperti kebanyakan syarikat insurans yang lain, anda tidak boleh membeli cukai jalan di laman web AIG.

Fakta Penting 2019 

  • Kedudukan MIA 2019: #14
  • Tahap Khidmat Pelanggan: 3 bintang
  • Penilaian Ulasan Pengguna:  3 bintang
  • Tahap Mesra Pengguna Laman Web: MUDAH
  • Cukai Jalan: Tidak
  • Tawaran Istimewa: Diskaun atas talian 10%

8. Tune Insurance

tune online car insurance renewal

Tune Insurance adalah syarikat insurans yang dikendalikan oleh AirAsia. AirAsia terkenal dengan tiket penerbangan yang murah dan berpatutan. Namun tidak ramai yang tahu yang mereka juga menjual insurans kereta. Tune adalah syarikat yang kecil berbanding syarikat-syarikat besar seperti Allianz dan AmGeneral/Kurnia. Pada tahun ini Tune mendapat tempat ke-9 dalam Survei Insurans Kenderaan 2019. Insurans kereta Tune digelar sebagai “Tune Melindungi Kenderaan Dengan Mudah”.

Membeli insurans kereta secara atas talian daripada Tune Insurance adalah MUDAH. Anda hanya perlu sediakan IC, nombor pendaftaran kereta serta tempat untuk digunakan dan anda akan dapat tahu kos insurans kereta tersebut. Dalam langkah seterusnya, anda boleh memilih beberapa perlindungan lain seperti cermin depan, pihak ketiga dan lain-lain.

Sama seperti syarikat insurans yang lain, anda tidak boleh membeli cukai jalan di laman web Tune. Untuk membeli cukai jalan, anda perlu pergi ke pejabat Pos Malaysia atau membelinya secara atas talian daripada MyEG.

Fakta Penting 2019 

  • Kedudukan MIA 2019: #9
  • Tahap Khidmat Pelanggan: 4 bintang
  • Penilaian Ulasan Pengguna: 3 bintang
  • Tahap Mesra Pengguna Laman Web: MUDAH
  • Cukai Jalan: Tiada
  • Tawaran Istimewa: Diskaun atas talian 10%

7. Membeli insurans kereta daripada Kurnia / AmGeneral Insurance

kurnia online car insurance renewal

Kurnia / AmGeneral mendapat tempat ke-6 dalam Survei Insurans Kenderaan 2019, menjadikannya berada di tengah-tengah dalam syarikat-syarkat insurans kenderaan yang disenaraikan di Malaysia. AmGeneral Insurance membeli Kurnia pada tahun 2012, sebab itulah kadang-kadang kita nampak kedua-dua nama tersebut digunakan. Bagaimanapun, syarikat tersebut lebih kerap mengiklankan Kurnia di Malaysia. Kurnia menawarkan dua jenis insurans kereta yang komprehensif:

  • Private Motor Comprehensive
  • Auto 365 Comprehensive Premier

Kami telah menilai laman web membeli kereta insurannya, dan ianya memang mudah. Sesiapapun yang faham bagaimana Internet berfungsi secara umum dan mempunyai beberapa maklumat tentang kenderaan mereka mampu melakukannya.

Satu kelebihan yang ketara apabila membeli dengan Kurnia ialah anda boleh membeli cukai jalan anda bersama-sama insurans kereta anda! Kini, Kurnia adalah antara syarikat yang menawarkan cukai jalan secara atas talian dan syarikat sebegini tidak banyak.

Fakta Penting 2019 

  • Kedudukan MIA 2019: #6
  • Tahap Khidmat Pelanggan: 4 bintang
  • Penilaian Ulasan Pengguna: 3 bintang
  • Tahap Mesra Pengguna Laman Web: MUDAH
  • Cukai Jalan: Ya

6. MSIG Malaysia

msig online car insurance renewal

MSIG Malaysia mendapat tempat ke-5 dalam Survei Insurans Kenderaan 2019. Ini adalah pencapaian yang baik kerana Malaysia mempunyai lebih 20 syarikat insurans di dalamnya.

Portal webnya mudah untuk digunakan, bagaimanapun ia tidak semudah Takaful Malaysia atau Etiqa. Namun anda boleh mendapatkan harga malah memperbaharui insurans anda dalam hanya beberapa minit. Keburukannya, sekali lagi anda tidak boleh memperbaharui cukai jalan anda di sini.

Fakta Penting 2019 

  • Kedudukan MIA 2019: #5
  • Tahap Khidmat Pelanggan: 5 bintang
  • Penilaian Ulasan Pengguna: 3 bintang
  • Tahap Mesra Pengguna Laman Web: MUDAH
  • Cukai Jalan: Tiada
  • Tawaran Istimewa: Diskaun atas talian 10%

5. Berjaya Sompo

Baru-baru ini Berjaya Sompo telah memperkasakan laman web mereka dan kini membeli insurans kereta secara atas talian daripada Berjaya Sompo Insurance adalah sangat mudah. Anda hanya perlu menyediakan empat butiran, Nombor IC, Nombor Poskod, Nombor Kenderaan dan alamat emel anda dan anda akan dapat tahu kos insurans tersebut. Tambahan pula, Berjaya adalah salah satu syarikat yang menawarkan insurans khas untuk pemandu Grab, dan syarikat sebegini tidak banyak. Perlindungan insurans tambahan yang anda perlu pilih adalah E-Hailing.

Sama seperti kebanyakan syarikat insurans yang lain, anda tidak boleh membeli cukai jalan di laman web Berjaya Sompo. Untuk membeli cukai jalan, anda perlu pergi ke pejabat Pos Malaysia atau membelinya secara atas talian daripada MyEG.

Fakta Penting 2019 

  • Kedudukan MIA 2019: #16
  • Tahap Khidmat Pelanggan: 3 bintang
  • Penilaian Ulasan Pengguna: 3 bintang
  • Tahap Mesra Pengguna Laman Web: SANGAT MUDAH
  • Cukai Jalan: Tiada
  • Protection for GRAB drivers: Ya
  • Tawaran Istimewa: Diskaun atas talian 10%

4. Membeli insurans kereta daripada Allianz General

Allianz General adalah syarikat insurans kereta yang terbesar di Malaysia. Ia adalah syarikat terkini yang baru dibangunkan dan menawarkan insurans kereta secara atas talian kepada pelanggannya. Laman webnya mudah, dan anda boleh dapatkan sebutharga dengan pantas. Pada tahun 2016/17, Allianz General telah memenangi Anugerah Insurans Kenderaan sebagai Syarikat Terbaik. Sejak dari itu ia kekal terbaik sebagai syarikat insurans dengan servis 5-bintang. Pada tahun 2019, Allianz General mendapat tempat ke-4.

Fakta Penting 2019 

  • Kedudukan MIA 2019: #4
  • Tahap Khidmat Pelanggan: 5 bintang
  • Penilaian Ulasan Pengguna: 4 bintang
  • Tahap Mesra Pengguna Laman Web: SANGAT MUDAH
  • Cukai Jalan: Tiada

3. Membeli insurans kereta daripada Etiqa Malaysia

etiqa online car insurance renewal

Etiqa telah memenangi penilaian terbaik dalam Survei Insurans Kenderaan 2017/2018 dalam kedua-dua kategori insurans takaful dan konvensional. Pada tahun ini Etiqa General Insurance mendapat tempat ke-2. Etiqa adalah salah satu syarikat terawal yang menawarkan insurans kereta secara atas talian kepada rakyat Malaysia. Apabila anda memberli insurans kereta secara atas talian di Malaysia daripada Etiqa, anda tidak akan mengalami kesukaran. Dengan portal web Etiqa, ia mudah untuk menyemak harga insurans kenderaan. Anda hanya perlu mengisi enam maklumat berikut.

  1. Nama
  2. Nombor Pendaftaran
  3. Nombor IC
  4. Poskod
  5. Alamat Emel
  6. Nombor Telefon

Fakta Penting 2019 

  • Kedudukan MIA 2019: #2
  • Tahap Khidmat Pelanggan: 5 bintang
  • Penilaian Ulasan Pengguna: 4 bintang
  • Tahap Mesra Pengguna Laman Web: SANGAT MUDAH
  • Cukai Jalan: Tiada
  • Tawaran Istimewa: Diskaun atas talian 10%

2. Tokio Marine

Tokio Marine telah memenangi Anugerah Insurans Kenderaan 2019 sebagai syarikat insurans kereta terbaik di Malaysia. Untuk mendapatkan sebutharga anda hanya perlu menyediakan 8 maklumat kepada laman webnya, oleh itu ia mudah dan pantas. Tokio Marine adalah sala satu daripada 5 syarikat yang anda boleh cuba untuk membeli insurans kereta secara atas talian dalam hanya 5 minit.

Fakta Penting 2019 

  • Kedudukan MIA 2019: #1 Winner
  • Tahap Khidmat Pelanggan: 5 bintang
  • Penilaian Ulasan Pengguna: 4 bintang
  • Tahap Mesra Pengguna Laman Web: SANGAT MUDAH
  • Cukai Jalan: Tiada
  • Tawaran Istimewa: Diskaun atas talian 10%

1. Membeli insurans kereta daripada AXA Affin General Insurance

axa online car insurance renewal

AXA Affin adalah salah satu syarikat insurans kereta terbaik di Malaysia. Ia mempunyai penilaian pelanggan 5-bintang dan mendapat tempat ke-3 sebagai Syarikat Terbaik dalam Survei Insurans Kenderaan 2019. Produk insurans kereta yang ditawarkan dikenali sebagai Kereta Persendirian Yang Dinaiktarafkan Dengan SmartDrive. Buat masa ini hanya syarikat AXA sahaja yang menyediakan telematik untuk insurans kereta di Malaysia supaya anda dapat lebih penjimatan untuk insurans anda. Dengan telematik, anda berpeluang untuk jimat sebanyak 20% untuk insurans anda jika anda merupakan seorang pemandu berhemah. Produk AXA dikenali sebagai AXA FlexiDrive. Ia adalah penambahan kepada pelan insurans kenderaan.

Apa itu telematik? Telematik adalah kaedah untuk mengawasi kelakuan kenderaan dan pemandu. Dalam kes ini, syarikat insurans akan memasang satu peranti kecil dalam kenderaan tersebut dan membolehkan penjejakan dan pengawasan terhadap penggunaan kenderaan dan tingkah laku pemandu. Berikut adalah kelebihan daripada laman web AXA:

  • Bonus Pemanduan Selamat Sehingga 20%
  • Diskaun atas talian 10%
  • Ciri-ciri Keselamatan Yang Dipertingkatkan
  • Keselamatan Kenderaan 24/7 & Pengambilan Semula Daripada Kecurian
  • Komunikasi Yang Bijak Untuk Kenderaan Anda

Untuk membeli insurans kereta secara atas talian di Malaysia daripada AXA adalah mudah. Anda hanya perlu menyediakan maklumat berikut untuk melihat berapa kos insurans kereta anda dengan segera:

  • Nombor Kenderaan
  • Nama anda
  • Nombor IC
  • Lokasi Kenderaan seperti di sebelah Barat atau Timur Malaysia
  • Nombor Telefon
  • Alamat emel

Fakta Penting 2019 

  • Kedudukan MIA 2019: #1 Winner
  • Tahap Khidmat Pelanggan: 5 bintang
  • Penilaian Ulasan Pengguna: 4 bintang
  • Tahap Mesra Pengguna Laman Web: SANGAT MUDAH
  • Cukai Jalan: Tiada
  • Tawaran Istimewa: Diskaun atas talian sehingga 30%

Summary Online Car Insurance Malaysia:

  1. AXA Affin – AXA SmartDrive and AXA FlexiDrive Car Insurance
  2. Tokio Marine – Tokio Now Car Insurance
  3. Etiqa – MyEtiqa Car Insurance & Takaful
  4. Allianz General – Motor Comprehensive
  5. Berjaya Sompo – SOMPO Motor
  6. MSIG – Car Insurance
  7. AmGeneral & Kurnia – Private Car Comprehensive, Auto 365 Comprehensive Premier
  8. Tune Protect – Tune Protect Motor Easy
  9. AIG Malaysia – AIG Car Insurance
  10. Liberty – Car Insurance

The post Panduan Membeli Kereta Atas Talian appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/panduan-membeli-kereta-atas-talian-di-malaysia/feed/ 3 43775
3 Syarikat Takaful Kereta Terbaik Malaysia https://ibanding.com.my/3-syarikat-takaful-kereta-terbaik-malaysia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=3-syarikat-takaful-kereta-terbaik-malaysia https://ibanding.com.my/3-syarikat-takaful-kereta-terbaik-malaysia/#comments Fri, 28 Jun 2019 02:58:55 +0000 https://ibanding.com.my/?p=43631 The post 3 Syarikat Takaful Kereta Terbaik Malaysia appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>

Perlu memperbaharui insurans kereta anda di Malaysia? Anda sedang mencari insurans yang patuh kepada prinsip Syariah? Tertera di sini  3 Takaful Kereta Terbaik di Malaysia.

iBanding adalah web pendidikan insurans dan takaful bebas yang berdedikasi untuk menyampaikan anda informasi yang saksama. Kami membuat kajian dan mengutip review dan rating dari pemilik kereta Malaysia dan membantu anda mendapatkan takaful terbaik untuk kereta anda.

Malaysia kini mempunyai lebih daripada 20 syarikat insurans dan takaful kereta serta motorsikal dan ia bukan mudah untuk menentukan yang mana terbaik. Di Malaysia terdapat 4 syarikat terbesar yang menjual takaful kereta.

  • Etiqa Takaful
  • Syarikat Takaful Malaysia
  • Takaful Ikhlas
  • Zurich Takaful

Setiap tahun kami melancarkan kaji selidik online dengan lebih daripada 10,000 pemilik kereta di Malaysia untuk menentukan syarikat takaful terbaik. Dari 4 syarikat-syarikat di atas, 3 syarikat menerima 5 bintang rating manakala satu lagi 4 bintang rating. Rating ini seiras dengan rating hotel. 5 bintang syarikat terbukti membekalkan tahap perkhidmatan lebit cemerlang dari 4 bintang syarikat.

Di bawah adalah syarikat-syarikat yang menerima 5 bintang pada tahun 2019.

3 Syarikat Takaful Kereta Terbaik Malaysia (susunan terbalik)

3. Takaful Ikhlas

Takaful Ikhlas

Takaful Ikhlas General Berhad ditempatkan di tempat ketiga dalam Soal Selidik Insurans dan Takaful Motor 2019. Tahun lepas, Takaful Ikhlas berada di tempat kedua dalam kategori Takaful. Dalam kategori konvensional dan takaful, Takaful Ikhlas mendapat tempat kelima dari 22 buah syarikat.

Baru-baru ini, Takaful Ikhlas memperbaharui laman web dan dengan itu, ia sangat mudah untuk mendapat sebut harga secara online. Anda cuma perlu mengisi 5 butiran dan akan mendapatkan sebut harga serta-merta.

Fakta Penting

  • Kedudukan MIA 2019: #3
  • Tahap Khidmat Pelanggan: 5 bintang
  • Penilaian Ulasan Pelanggan: 3.7 bintang
  • Tahap Mesra Laman Web: Senang
  • e-Hailing: Tidak
  • Tawaran Istimewa: Diskaun online 10%

2. Syarikat Takaful Malaysia

Takaful Malaysia Online Car Insurance renewal

Syarikat Takaful Malaysia telah menjamin rekod yang cemerlang dalam soal kaji selidik kami tiga tahun berturut-turut. Pada 2016/2017 dan 2017/2018, Takaful Malaysia memperolehi tempat pertama dalam kategori Takaful.  Tahun ini, Takaful Malaysia tertinggal dua mata dari tempat pertama. Walau bagaimanapun, Takaful Malaysia membuktikan bahawa mereka adalah salah satu syarikat takaful kereta terbaik di Malaysia. Laman web Takaful Malaysia sangat mudah bahawa pelanggan tidak mempunyai sebarang masalah membeli takaful kereta online.

Perkhidmatan terbaru Takaful Malaysia adalah bayaran ansuran 6 bulan tanpa faedah. Anda hanya perlukan kad kredit yang sah serta premium tersebut lebih tinggi dari RM500.

Fakta Penting 2019 

  • Kedudukan MIA 2019: #2
  • Tahap Khidmat Pelanggan: 5 bintang
  • Penilaian Ulasan Pelanggan: 4 bintang
  • Tahap Mesra Laman Web: Sangat senang
  • Tawaran Istimewa: Diskaun online 10%  + No claims rebate

1. Etiqa Takaful

Etiqa Motor Quotation webpage

Etiqa Takaful adalah Syarikat Takaful Kereta Terbaik Malaysia dan pemenang Anugerah Prestij Takaful Motor 2019. Etiqa Takaful memperolehi tahap perkhidmatan pelanggan 5 bintang serta tempat pertama dalam soal kaji selidik kami tahun 2017/2018 dengan Takaful Malaysia. Etiqa Takaful mengikuti prinsip seperti berikut:

1. Nilai Terjanji (Agreed Value) Agreed Value, bukan Nilai Pasaran (Market Value)

Apabila kereta anda dicuri ataupun telah musnah dari kemalangan, anda akan dipampas dengan jumlah penuh yang diinsurankan. Syarikat insurans tidak akan menyoalkan nilai kereta semasa. Tanpa nilai terjanji, kereta anda cuma diinsurankan pada nilai pasaran/semasa.

2. Semua Pemandu Diliputi

Anda tidak perlu menbekalkan senarai nama semua pemandu kereta semasa membeli insurans dengan Etiqa Takaful dan ia adalah percuma.

3. No Excess semasa Kemalangan

Dengan “No Excess”, anda tidak perlu membayar sebahagian kerosakan sendiri apabila anda mengalami kemalangan. Setengah syarikat insurans memerlukan anda membayara sebahagian, ini dikenali sebagai ‘excess’. Dengan Etiqa Takaful, pemandu berumur 21 tahun dan ke atas tidak dikenakan ‘excess’.

Etiqa Takaful merupakan salah satu daripada syarikat insurans yang menawarkan insurans ntuk e-Hailing. Ini amat berfaedah sekiranya anda adalah pemandu Grab atau Uber untuk perlindungan semasa memandu.

Fakta Penting 2019  

  • Kedudukan MIA 2019: #1
  • Tahap Khidmat Pelanggan: 5 bintang
  • Penilaian Ulasan Pelanggan: 4 bintang
  • Tahap Mesra Laman Web: Sangat Mudah
  • E-Hailing / Pelindungan untuk Pemandu Grab: Yes
  • Tawaran Istimewa: 10% +  ‘no claim’ bonus

3 Syarikat Takaful Kereta Terbaik Malaysia

  1. Etiqa General Takaful
  2. Syarikat Takaful Malaysia
  3. Takaful Ikhlas

The post 3 Syarikat Takaful Kereta Terbaik Malaysia appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/3-syarikat-takaful-kereta-terbaik-malaysia/feed/ 5 43631
Kaji Selidik bagi mengenalpasti Syarikat Takaful dan Insurans Motor Terbaik Malaysia telah Dilancarkan https://ibanding.com.my/kaji-selidik-bagi-mengenalpasti-syarikat-takaful-dan-insurans-motor-terbaik-malaysia-telah-dilancarkan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kaji-selidik-bagi-mengenalpasti-syarikat-takaful-dan-insurans-motor-terbaik-malaysia-telah-dilancarkan https://ibanding.com.my/kaji-selidik-bagi-mengenalpasti-syarikat-takaful-dan-insurans-motor-terbaik-malaysia-telah-dilancarkan/#respond Thu, 15 Nov 2018 08:01:20 +0000 https://ibanding.com.my/?p=42549 The post Kaji Selidik bagi mengenalpasti Syarikat Takaful dan Insurans Motor Terbaik Malaysia telah Dilancarkan appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>

Kami telah melancarkan kaji selidik tahunan bagi mengenalpasti Syarikat Insurans dan Takaful Terbaik Malaysa 2018/19. Dalam masa 4 bulan ini pemandu-pemandu di negara ini boleh mengisi kaji selidik untuk berkongsi pengalaman mereka semasa bersama syarikat insurans mereka. Setiap minggu, kami menghadiahkan wang tunai manakala di akhir kempen kaji selidik ini, sebuah Smartphone akan dihadiahkan kepada seorang peserta bertuah. Tertakluk kepada terma & syarat.

Apakah kepentingan Kaji Selidik Insurans Motor kepada Pengguna?

Malaysia mempunyai lebih daripada 20 syarikat insurans takaful motor yang masing-masing mengenakan harga dan kualiti perkhidmatan yang berbeza. Sama seperti hotel di mana sesetengah hotel adalah lebih mahal, tetapi menyediakan perkhidmatan 5 bintang. Manakala sesetengah hotel pula mengenakan harga yang lebih rendah, tetapi memberikan perkhidmatan yang tidak setaraf hotel 5 bintang. Melalui kaji selidik ini, model analisa bebas kami akan mengenalpasti syarikat insurans dan takaful motor yang menyediakan perkhidmatan 5 bintang kepada pelanggan.

Tahun ini anda boleh memenangi wang tunai mingguan serta hadiah utama, sama ada sebuah iPhone 8 atau Samsung S9 – anda boleh memilih!

Layari halaman kami untuk menyemak pemenang-pemenang tahun-tahun lepas. 

Kaji Selidik Tahunan Insurans Motor ke-4

Tahun ini merupakan tahun keempat kami di iBanding menjalankan Kaji Selidik Insurans Motor. Tahun lepas telah menyaksikan Etiqa Takaful dan Takaful Malaysia memenangi Anugerah bagi Syarikat Takaful Terbaik. Manakala Etiqa pula memenangi Anugerah Insurans Kereta Terbaik untuk insurans konvensional.

2018-Best-car-Insurance-Company-in-Malaysia

Bagaimanakah penarafan syarikat melalui anugerah ini berbeza daripada anugerah-anugerah lain?

Penarafan dan anugerah ini berdasarkan maklum balas sebenar dari ribuan rakyat Malaysia yang memiliki dan melanggan insurans motor yang sah. Ini adalah amat penting kerana hanya melalui pengalaman peribadi bersama sesebuah syarikat insurans dapat pengguna berkongsi pendapat mereka terhadap syarikat tersebut. Kaji selidik ini bukan suatu pertandingan populariti, di mana syarikat terbaik dipilih melalui jumlah undian. Soalan-soalan yang ditanyakan telahpun terbukti kesaintifikan mereka, di mana maklum balas pengguna sebenar yang akan menentukan menarafkan syarikat-syarikat insurans yang terdapat di negara ini.

Kelebihan Penarafan Syarikat Insurans dan Takaful iBanding

  • Penarafan berdasarkan pengalaman pelanggan, bukan undian populariti
  • Pemenang dipilih oleh model statistik bebas, bukan dari panel hakim berbayar
  • Tinjauan tidak ditaja oleh mana-mana syarikat insurans

Cara penyertaan

Langkah 1:
Isikan borang kaji selidik

Klik pautan di bawah sama ada dalam bahasa Inggeris atau Melayu untuk dapatkan borang kaji selidik. Terdapat 10-15 soalan di dalam borang yang hanya akan mengambil masa kurang 5 minit.

Langkah 2:
Sahkan alamat emel anda

Setelah menghantarkan borang kaji selidik, anda akan menerima emel daripada iBanding untuk pengesahan anda. Langkah ini perlu agar kami dapat pastikan emel adalah sah dan anda boleh dihubungi.

Langkah 3:
Kongsi untuk gandakan peluang kemenangan

Anda akan menerima URL bertuah individu yang boleh anda kongsi dengan rakan anda untuk gandakan peluang kemenangan anda. Setiap kali rakan anda menjawab kaji selidik melalui URL bertuah anda, anda akan menerima 3 tiket tambahan bagi cabutan bertuah hadiah utama.

Sertai pencarian Syarikat Insurans Terbaik di Malaysia

Tinggalkan soalan jika ada di bahagian komen di bawah.

The post Kaji Selidik bagi mengenalpasti Syarikat Takaful dan Insurans Motor Terbaik Malaysia telah Dilancarkan appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/kaji-selidik-bagi-mengenalpasti-syarikat-takaful-dan-insurans-motor-terbaik-malaysia-telah-dilancarkan/feed/ 0 42549
Masa Kian Suntuk, 5 Hari Sahaja Lagi Untuk Menangi iPhone 8 – Seperti Dipaparkan di Astro Awani https://ibanding.com.my/masa-sudah-suntuk-5-hari-sahaja-lagi-untuk-menangi-iphone-8/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=masa-sudah-suntuk-5-hari-sahaja-lagi-untuk-menangi-iphone-8 https://ibanding.com.my/masa-sudah-suntuk-5-hari-sahaja-lagi-untuk-menangi-iphone-8/#respond Thu, 25 Jan 2018 15:51:04 +0000 https://ibanding.com.my/?p=36846 Kita sudah mulakan countdown! Anugerah Syarikat Insurans dan Takaful Kenderaan yang bermula November lalu hampir tiba ke penghujungnya. Setelah hampir 3 bulan dan beribu penyertaan, tinjauan yang dijalankan akan ditutup dalam masa 5 hari sahaja lagi. Setelah itu, mulalah team iBanding akan sibuk menganalisa setiap penyertaan untuk memastikan tiada penyertaan palsu yang akan diambil kira...

The post Masa Kian Suntuk, 5 Hari Sahaja Lagi Untuk Menangi iPhone 8 – Seperti Dipaparkan di Astro Awani appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>

Kita sudah mulakan countdown! Anugerah Syarikat Insurans dan Takaful Kenderaan yang bermula November lalu hampir tiba ke penghujungnya. Setelah hampir 3 bulan dan beribu penyertaan, tinjauan yang dijalankan akan ditutup dalam masa 5 hari sahaja lagi.

Setelah itu, mulalah team iBanding akan sibuk menganalisa setiap penyertaan untuk memastikan tiada penyertaan palsu yang akan diambil kira untuk memenangi iPhone 8 yang dinanti-nantikan. 2 buah iPhone 8 akan dihadiahkan untuk tinjauan kali ini; sebuah bagi pemenang cabutan bertuah manakala seorang lagi bagi peserta yang memiliki paling ramai referral.

Bagi pemenang-pemenang mingguan, kami ucapkan tahniah!

 

Tahniah buat semua pemenang mingguan yang telah memenangi Kad Petronas bernilai RM50 setiap satu!

Pemenang kami yang sudah pun menerima kad Petronas beliau. Tahniah Hanis!

  1. November 20th, 2017 – Amir Hamzah (Shah Alam)
  2. November 27th, 2017 – Catherine (Kuala Lumpur)
  3. December 4th, 2017 – Juaynna (Kajang)
  4. December 11th, 2017 – Hanis Najwa Noh (Johor Bahru)
  5. December 18th,2017 – Mohd Faisal (Batu Caves)
  6. December 25th, 2017 – Kwan Dat Siong (Puchong)
  7. January 2nd, 2018 – Norizan Abu Samah (Kuala Lumpur)
  8. January 8th, 2018 – Eng Siang (Kuala Lumpur)
  9. January 15th, 2018 – Nurul Azwa (Rawang)
  10. January 22nd, 2018 – Syakira (Shah Alam)

 

Mengapa penyertaan anda penting

Tinjauan ini bertujuan untuk mengumpul pendapat orang ramai tentang

syarikat insurans dan pengendali takaful kenderaan mereka. Terutamanya dari segi mutu perkhidmatan yang ditawarkan, harga, liputan perlindungan dan sebagainya. Hasil daripada tinjauan ini dapat membantu pengguna membuat pilihan yang lebih bijak dalam memilih syarikat yang bersesuaian dengan keperluan dan bajet mereka.

Penyertaan anda adalah penting buat kami kerana lebih banyak penyertaan yang kami terima, semakin tepatlah hasil tinjauan yang dapat kami berikan kepada para pengguna. Jadi sertailah kami dalam pencarian syarikat insurans dan pengendali takaful terbaik di negara ini.

Untuk mulakan tinjauan yang hanya mengambil masa 3 minit ini, klik butang di bawah.

Countdown to the end of the survey

  • days
  • hours
  • minutes
  • seconds

The post Masa Kian Suntuk, 5 Hari Sahaja Lagi Untuk Menangi iPhone 8 – Seperti Dipaparkan di Astro Awani appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/masa-sudah-suntuk-5-hari-sahaja-lagi-untuk-menangi-iphone-8/feed/ 0 36846
Anugerah Motor Insurans 2017 iBanding – Pemenang Minggu Kesembilan https://ibanding.com.my/anugerah-motor-insurans-2017-ibanding-pemenang-minggu-kesembilan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=anugerah-motor-insurans-2017-ibanding-pemenang-minggu-kesembilan https://ibanding.com.my/anugerah-motor-insurans-2017-ibanding-pemenang-minggu-kesembilan/#respond Mon, 15 Jan 2018 05:09:20 +0000 https://ibanding.com.my/?p=36376 Tinggal 2 minggu sahaja lagi sebelum tamatnya tinjauan bagi Anugerah Insurans Motor (Motor Insurance Award) yang diadakan setiap tahun oleh ibanding.my. Anugerah ini bertujuan untuk mendapatkan pendapat orang ramai mengenai syarikat insurans dan pengendali takaful kenderaan mereka. Tahun ini, tinjauan ini bermula pada bulan November dan akan berakhir pada penghujung bulan Januari tahun 2018. Kali ini, peserta...

The post Anugerah Motor Insurans 2017 iBanding – Pemenang Minggu Kesembilan appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
Tinggal 2 minggu sahaja lagi sebelum tamatnya tinjauan bagi Anugerah Insurans Motor (Motor Insurance Award) yang diadakan setiap tahun oleh ibanding.my.

Anugerah ini bertujuan untuk mendapatkan pendapat orang ramai mengenai syarikat insurans dan pengendali takaful kenderaan mereka.

Tahun ini, tinjauan ini bermula pada bulan November dan akan berakhir pada penghujung bulan Januari tahun 2018. Kali ini, peserta yang menghantarkan jawapan bagi kaji selidik anugerah ini berpeluang memenangi 2 buah iPhone 8 dan juga kad Petronas bernilai RM50 setiap minggu bagi pemenang bertuah.

Hari ini, iBanding telah pun mengenal pasti pemenang bagi minggu kesembilan bagi tinjauan tahun ini. Pemenang bertuah itu adalah Nurul Azwa binti Muhammade Rapitar dari Rawang, Selangor. Tahniah tahniah kami ucapkan!

Anugerah Insurans Motor (Motor Insurance Award)

 

Adakah anda sudah menyertai kaji selidik Anugerah Motor Insurans tahun ini? Klik pautan di bawah untuk sertainya:

Kaji selidik dalam Bahasa Malaysia
Kaji selidik dalam Bahasa Inggeris

The post Anugerah Motor Insurans 2017 iBanding – Pemenang Minggu Kesembilan appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/anugerah-motor-insurans-2017-ibanding-pemenang-minggu-kesembilan/feed/ 0 36376
Anugerah Motor Insurans 2017 iBanding – Pemenang Minggu Ketujuh https://ibanding.com.my/anugerah-motor-insurans-2017-ibanding-pemenang-minggu-ketujuh/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=anugerah-motor-insurans-2017-ibanding-pemenang-minggu-ketujuh https://ibanding.com.my/anugerah-motor-insurans-2017-ibanding-pemenang-minggu-ketujuh/#respond Tue, 02 Jan 2018 01:13:35 +0000 https://ibanding.com.my/?p=35156 Tinggal 4 minggu sahaja lagi sebelum ibanding.my menutup tirai Anugerah Insurans Motor (Motor Insurance Award) tahun ini. Masih belum terlambat untuk menyertai tinjauan yang diadakan setiap tahun ini. Anugerah ini bertujuan untuk mendapatkan pendapat orang ramai mengenai syarikat insurans dan pengendali takaful kenderaan mereka. Tahun ini, tinjauan ini bermula pada bulan November dan akan berakhir pada...

The post Anugerah Motor Insurans 2017 iBanding – Pemenang Minggu Ketujuh appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
Tinggal 4 minggu sahaja lagi sebelum ibanding.my menutup tirai Anugerah Insurans Motor (Motor Insurance Award) tahun ini. Masih belum terlambat untuk menyertai tinjauan yang diadakan setiap tahun ini.

Anugerah ini bertujuan untuk mendapatkan pendapat orang ramai mengenai syarikat insurans dan pengendali takaful kenderaan mereka.

Tahun ini, tinjauan ini bermula pada bulan November dan akan berakhir pada penghujung bulan Januari tahun 2018. Kali ini, peserta yang menghantarkan jawapan bagi kaji selidik anugerah ini berpeluang memenangi 2 buah iPhone 8 dan juga kad Petronas bernilai RM50 setiap minggu bagi pemenang bertuah.

Hari ini, iBanding telah pun mengenal pasti pemenang bagi minggu ketujuh bagi tinjauan tahun ini. Pemenang bertuah itu adalah Norizan Abu Samah yang berasal dari Rawang, Selangor. Tahniah tahniah kami ucapkan kepada Norizan!

pemenang mingguan

Peserta kempen tahun ini berpeluang memenangi 2 buah iPhone 8 daripada iBanding. Untuk sertai, klik di sini.

 

Adakah anda sudah menyertai kaji selidik Anugerah Motor Insurans tahun ini? Klik pautan di bawah untuk sertainya:

Kaji selidik dalam Bahasa Malaysia
Kaji selidik dalam Bahasa Inggeris

The post Anugerah Motor Insurans 2017 iBanding – Pemenang Minggu Ketujuh appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/anugerah-motor-insurans-2017-ibanding-pemenang-minggu-ketujuh/feed/ 0 35156