Infografik Archives - iBanding Making better decisions https://ibanding.com.my/category/infografik/ Finding the Best Insurance Thu, 20 Dec 2018 10:07:15 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.6.2 https://i0.wp.com/ibanding.com.my/wp-content/uploads/2017/10/logo.png?fit=32%2C32&ssl=1 Infografik Archives - iBanding Making better decisions https://ibanding.com.my/category/infografik/ 32 32 234803146 Infografik: 6 Manfaat Takaful Perjalanan Yang Tidak Anda Ketahui https://ibanding.com.my/infografik-6-manfaat-takaful-perjalanan-yang-tidak-anda-ketahui/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=infografik-6-manfaat-takaful-perjalanan-yang-tidak-anda-ketahui https://ibanding.com.my/infografik-6-manfaat-takaful-perjalanan-yang-tidak-anda-ketahui/#comments Wed, 13 Jun 2018 00:30:28 +0000 https://ibanding.com.my/?p=39613 Ramai yang sudah sedar akan kepentingan takaful keluarga, takaful perubatan dan takaful kenderaan. Tapi apabila sebut tentang takaful perjalanan, masih menganggap ianya langsung tidak penting, malah ianya suatu kemewahan yang tidak diperlukan. Mungkin jika kita kupas satu-persatu manfaat yang ditawarkan takaful perjalanan barulah kita mula menyedari bukan sekadar kepentingannya, malah juga keperluannya setiap kali kita...

The post Infografik: 6 Manfaat Takaful Perjalanan Yang Tidak Anda Ketahui appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
Ramai yang sudah sedar akan kepentingan takaful keluarga, takaful perubatan dan takaful kenderaan. Tapi apabila sebut tentang takaful perjalanan, masih menganggap ianya langsung tidak penting, malah ianya suatu kemewahan yang tidak diperlukan.


Mungkin jika kita kupas satu-persatu manfaat yang ditawarkan takaful perjalanan barulah kita mula menyedari bukan sekadar kepentingannya, malah juga keperluannya setiap kali kita ke luar negara. Jadi itulah tujuan infografik dan artikel ini.

Jom tengok!

Manfaat takaful perjalanan infografik

Kongsikan Infografik ini di laman web anda!

6 manfaat takaful perjalanan yang perlu anda ketahui

1.  Melindungi anda terhadap masalah penerbangan dan pesawat

Banyak yang boleh berlaku walaupun setelah anda menempah tiket kapalterbang anda. Contohnya ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang, teksi yang di naiki rosak menyebabkan anda tertinggal pesawat. Atau kelewatan perlepasan pesawat pula mengakibatkan anda kerugian duit kerana anda terlepas pertunjukan teater atau konsert yang tiketnya berharga ratusan ringgit. Mungkin juga pesawat tidak dibenarkan berlepas kerana cuaca yang sangat buruk.

Segala kerugian yang anda hadapi dari segi wang ringgit akan diberi pampasan oleh pihak pengendali anda sekiranya anda memiliki takaful perjalanan. Sebagai contoh, Allianz Travel Care menjamin RM 300 pampasan setiap 6 jam kelewatan sehingga maksimum RM 2,000 setiap orang yang diinsuranskan. Manakala jika terlepas perjalanan pula, Allianz membayar sehingga RM 1,000 pampasan setiap orang.

 

2. Melindungi anda terhadap masalah bagasi anda

Mungkin ramai yang pernah mengalami masalah bagasi ketika mengembara. Contohnya seperti kelewatan akibat masalah teknikal, atau kehilangan serta kerosakan ke atas bagasi itu sendiri.

Insurans perjalanan memjamin pampasan ke atas bagasi anda juga. Contohnya, Tokio Marina Travel Partner memberi pampasan sebanyak RM 200 bagi setiap 6 jam kelewatan bagasi sehingga RM 800.

Ini adalah satu manfaat takaful perjalanan yang sangat berguna. Malah kebanyakan tuntutan yang dibuat ke atas polisi perjalanan adalah jenis tuntutan seperti ini.

 

3. Melindungi anda daripada kerugian akibat kecurian wang

Wang anda mungkin kehilangan akibat kecurian. Parah juga jika kehilangan wang ketika bercuti di luar negara. Duit perbelanjaan ketika bercuti sudahpun kita sediakan cukup-cukup. Kini terpaksa pula mengeluarkan wang tambahan.

Ini salah satu lagi manfaat takaful perjalanan yang berguna, di mana jika berlakunya kecurian atau rompakan, polisi takaful perjalanan anda akan membayar pampasan terhadapnya.

Contohnya kedua-dua Allianz dan AXA memberikan pampasan sebanyak RM 800 sekiranya berlaku musibah sebegini.

 

4. Melindungi anda daripada kerugian akibat kehilangan barangan peribadi anda

Pernah terfikir apa yang akan berlaku sekiranya anda kehilangan telefon bimbit, atau kamera, ataupun passport anda ketika bercuti? Takaful perjalanan sebenarnya akan melindungi anda daripada kerugian jenis ini juga. Anda boleh membuat tuntutan ke atas polisi anda. Tokio Marine misalnya, membayar sehingga jumlah RM 5,000 bagi kehilangan barangan peribadi dengan had setiap barangan berjumlah RM 500.

Sekiranya anda kehilangan passport pula, kos langsung untuk mendapatkan permit perjalanan sementara tidak seberapa. Tetapi kerana ianya berlaku ketika berada di luar negara, anda mungkin terpaksa menyambung tinggal di sana sementara menunggu siapnya permit anda. Ini melibatkan kos penginapan, kos pengangkutan untuk ulang alik ke kedutaan Malaysia, segala kos komunikasi dan sebagainya. Dengan adanya takaful perjalanan, anda boleh membuat tuntutan ke atas segala kos tambahan ini.

 

5. Melindungi anda terhadap perubahan jadual perjalanan anda

Apa yang ramai tidak sedari adalah perlindungan yang diberikan bermula daripada hari anda membeli polisi perjalanan anda. Jadi jika anda sudah pun miliki insurans atau takaful perjalanan bagi sesuatu perjalanan, tetapi akibat kecemasan yang berlaku (seperti kemalangan menimpa ahli keluarga anda), anda terpaksa membatalkan perjalanan anda. Segala kerugian yang anda alami akibat pembatalan ini akan dibiayai oleh syarikat insurans atau takaful and.

Polisi perjalanan juga akan membayar ganti rugi andai kata anda telah pun memulakan perjalanan anda tetapi terpaksa memendekkannya kerana sebab-sebab tertentu, seperti jika anda jatuh sakit.

Segala kerugian bagi deposit dan pembayaran yang telah dibuat bagi tiket kapalterbang, hotel penginapan, tours dan sebagainya boleh dituntut daripada polisi perjalanan. Contohnya, AXA Smart Traveller memberikan pampasan sehingga RM 20,000 sekiranya pembatalan perjalanan atau pemendekan perjalanan berlaku.

 

6. Melindungi anda daripada beban kos perubatan yang tinggi

Apa yang perlu difikirkan oleh semua pelancong ke luar negara ialah apakah yang akan berlaku sekiranya sesuatu kemalangan menimpa diri mereka. Atau adakah mereka dapat membiayai perbelanjaan rawatan dan perubatan sekiranya mereka jatuh sakit ketika di luar negara?

Ini mungkin manfaat yang terpenting bagi pelancong dan pengembara terutama sekiranya mereka tidak memiliki insurans atau takaful perubatan.

Takaful perjalanan memberi pampasan terhadap kos pembedahan, perubatan, elaun hospital harian, penjagaan ehsan serta kos pemeriksaan susulan setelah pulang ke tanahair dan juga kos pemindahan dan penghantaran pulang pesakit. Ia juga memberi pampasan kepada ahli keluarga sekiranya orang yang diinsuranskan meninggal dunia akibat kemalangan ketika percutian.

Allianz misalnya, memberi jaminan RM 200,000 terhadap kematian akibat kemalangan, manakala AXA pula meberikan sejumlah RM 250,000. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai manfaat ini, rujuk artikel ini.

 

Jangan terlepas infografik mengenai risiko-risiko yang boleh berlaku ketika melancong ke luar negara pula. Klik imej di bawah untuk mendapatkannya.

The post Infografik: 6 Manfaat Takaful Perjalanan Yang Tidak Anda Ketahui appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/infografik-6-manfaat-takaful-perjalanan-yang-tidak-anda-ketahui/feed/ 1 39613
Infografik: 6 Jenis Risiko Ketika Mengembara Yang Perlu Diberikan Perhatian https://ibanding.com.my/6-jenis-risiko-ketika-mengembara/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=6-jenis-risiko-ketika-mengembara https://ibanding.com.my/6-jenis-risiko-ketika-mengembara/#respond Wed, 06 Jun 2018 00:30:44 +0000 https://ibanding.com.my/?p=39666 The post Infografik: 6 Jenis Risiko Ketika Mengembara Yang Perlu Diberikan Perhatian appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>

Kalau sebut pasal travel saja, semua mesti seronok sebab dapat jalan-jalan, tak kiralah ke luar negara atau di dalam Malaysia. Tapi jarang sekali terlintas di fikiran kita risiko-risiko yang boleh dialami ketika bercuti.

Sesetengah di antara kita pulak, menabung sekian lama untuk rancangan percutian kita. Duit tabungan cukup-cukup je untuk menampung perbelanjaan perjalanan dan sedikit extra untuk makan minum dan shopping apa yang patut. Langsung tak terfikir apa akan jadi sekiranya berlaku kecemasan.


Jadi jom kita bincangkan apakah jenis risiko yang boleh menimpa seseorang traveler. Tak kira lah dia kerap travel atau pun sekali sekala, sebab malang tidak berbau, kan? (Bersambung selepas infografik di bawah)

Mengembara ke luar negara infografik

Kongsikan Infografik ini di laman web anda!

Jenis-jenis risiko ketika mengembara:

1. Kelewatan penerbangan, pembatalan penerbangan dan ketinggalan pesawat

Dan bukan setakat itu, kita mungkin tidak dapat berlepas kerana pesawat sudah overbook oleh pihak syarikat penerbangan, atau juga kita terlepas penerbangan sambungan kerana penerbangan sebelumnya lewat tiba. Di sini saja boleh dilihat bermacam-macam risiko sebenarnya yang boleh terjadi.

Kelewatan penerbangan berlepas mungkin berpunca daripada cuaca buruk, atau masalah teknikal pesawat. Akibatnya, kita terkandas di lapangan terbang selama beberapa jam. Jika lebih daripada itu, kita mungkin terpaksa sewa pula hotel untuk menginap satu malam. bertambah pulak kos perjalanan kita. Kadang kala cuaca buruk di destinasi boleh juga mengakibatkan penerbangan dibatalkan. Padahal kita sudah pun membuat segala tempahan.

Risiko lain mungkin disebabkan oleh kita ketinggalan pesawat kerana sama ada pesawat kita naiki sebelumnya tiba lewat, ataupun kerana tren kita naiki ke lapangan terbang tergendala.

Bagaimana pula dengan tiket yang telah dibayar?

 

2. Kelewatan dan kehilangan bagasi

Kalau tiada halangan untuk kita tiba di lapangan terbang destinasi, kita mungkin menghadapi risiko lain pula. Contohnya bagasi yang tidak muncul di conveyor belt, atau muncul dalam keadaaan rosak.

Bagi bagasi yang tak muncul terus, macam mana pula kita hendak mulakan percutian kita ya? Pakaian yang dibawa semua tidak sampai. Perlu pula kita keluarkan kad kredit untuk membeli pakaian dan barangan keperluan seperti berus dan ubat gigi yang baru. Rosak segala mood nak bercuti.

Ada kalanya bagasi cuma lambat sampai kerana masalah teknikal, tetapi sementara menunggu, kadang-kadang ambil masa berhari-hari juga, wang ringgit masih tetap perlu dikeluarkan untuk membeli barang keperluan. Bayangkan pergi ke London ketika musim sejuk tak berjaket walhal ada jaket yang baru dibeli di dalam bagasi kita.


Kos lagi tu.

 

3. Kehilangan barangan peribadi

Contoh barangan peribadi? Kamera, laptop, telefon bimbit dan sebagainya, termasuklah passport. Ketika melancong di luar negara, pelancong sering menjadi mangsa scammers. Atau dalam asyik melihat permandangan tempat baru yang indah, kita mudah menjadi lalai maka menjadi sasaran mudah bagi peragut atau penyeluk saku. Mereka ini sudah pun cekap dengan teknik yang digunakan dan sering target pelancong yang tidak suspek apa-apa.

Jika kehilangan passport pula lagi teruk. Anda tidak boleh meneruskan perjalanan jika ia melibatkan kemasukan ke negara lain. Serta anda juga tidak boleh pulang ke tanahair selagi tidak dapatkan permit perjalanan sementara. Banyak juga kos yang akan terlibat dalam mendapatkan permit ini. Contohnya terpaksa memanjangkan tempoh penginapan di hotel sementara menunggu permit siap.

Siapa pula yang nak tanggung belanja ni semua?

 

4. Kecurian dan kehilangan wang ringgit

Ini bukanlah risiko kehilangan wang akibat shopping sakan di luar negara ya, walaupun itu sering terjadi. Yang dimaksudkan di sini, risiko kehilangan wang sama ada secara tidak sengaja atau pun akibat kecurian. Sama seperti risiko kecurian barangan peribadi, kadang kala pelancong seperti kita mudah menjadi sasaran penyeluk saku.

Atau ingatkan peti keselematan di dalam hotel selamat, tetapi sesudah penat sehari berjalan makan angin, pulang ke bilik hotel dapati duit dan travelers cheque yang disimpan dicuri. Penat duit dikumpul untuk belanja semasa bercuti, habis hilang atau diseluk saku pula. Nak makan pun terpaksa pinjam duit kawan. Cuti pun dah tak seronok. Tambahan lagi kerana terpaksa memikirkan macam mana nak langsaikan hutang kawan nanti.

Terpaksalah pula keluarkan wang daripada simpanan untuk menampung belanja tambahan ini kan?

 

5. Penukaran jadual perjalanan

Kadang kala segala perancangan telah dibuat. Tiket penerbangan telah pun dibayar, hotel pun telah ditempah. Tetapi disebabkan faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan, perancangan perjalanan terpaksa ditukar. Mungkin akibat daripada kemalangan atau sakit yang menimpa diri sendiri atau ahli keluarga. Ataupun semasa sedang bercuti di luar negara, ada kecemasan yang berlaku yang menyebabkan anda terpaksa pulang ke tanahair secepat mungkin. Seperti kematian ahli keluarga.

Penukaran jadual perjalanan, pembatalan dan pemendekkan perjalanan akan menyebabkan kerugian. Tambang perjalanan dan penginapan yang telah berbayar penuh atau telah dibayar bayaran pendahuluan (deposit) ada kemungkinan akan hilang begitu saja. Itu belum lagi termasuk tempahan tour, sewa kereta, teater dan sebagainya.

Dah lah rancangan percutian terjejas, duit pulak lesap. 

 

6. Sakit atau kemalangan

Sudah sering kita terbaca kisah rakyat Malaysia yang jatuh sakit ketika mengembara ke luar negara. Kerana kos rawatan yang amat tinggi berbanding kos rawatan di negara ini, dan dengan tiadanya perlindungan insurans, mereka terkandas di hospital di luar negara tanpa boleh membayar bil perubatan mereka.

Ini juga risiko yang boleh berlaku kepada diri kita. Contohnya jika kita keracunan makanan dan terpaksa dapatkan rawatan, atau kita kemalangan dan perlu diwadkan selama beberapa hari. Bayangkan diserang jantung ketika di negara seperti Amerika Syarikat atau United Kingdom, parah jugak tu nak bayar kos pembedahan dan lain-lain.

Simpanan cukup ke nak tanggung kos yang mungkin mencecah beratus ribu?

 

Beringat semasa merancang percutian anda

Sebagai penutup, ingin kami tekankan kepada pembaca agar beringatlah semasa membuat perancangan percutian. Musibah boleh berlaku di mana dan pada bila-bila masa. Ketika di negara sendiri, kita dekat dengan bantuan yang boleh kita harapkan. Tetapi ketika di luar negara, mungkin agak susah untuk dapatkan pertolongan. Ditambah pula dengan kos yang lebih tinggi, percutian yang pada mulanya bertujuan untuk menghilangkan stress mungkin akan mengakibatkan kita papa kedana.

Apa pula jawapan kepada segala permasalahan di sini? Kami di sini banyak mengeluarkan artikel berkenaan insurans dan takaful perjalanan. Banyak sebenarnya manfaat yang diberikan. Diharap pembaca dapat memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap perlindungan perjalanan.

 

The post Infografik: 6 Jenis Risiko Ketika Mengembara Yang Perlu Diberikan Perhatian appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/6-jenis-risiko-ketika-mengembara/feed/ 0 39666
Infografik: Kad Perubatan Standalone dan Rider – Apa Bezanya? https://ibanding.com.my/infografik-kad-perubatan-standalone-dan-rider-apa-bezanya/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=infografik-kad-perubatan-standalone-dan-rider-apa-bezanya https://ibanding.com.my/infografik-kad-perubatan-standalone-dan-rider-apa-bezanya/#respond Wed, 16 May 2018 00:30:50 +0000 https://ibanding.com.my/?p=39321 Apabila membincangkan tentang kad perubatan, tidak dapat kita lari dari soalan – standalone atau rider? Bagi yang tiada masa untuk mengkaji perbezaannya, kami sedia memberi sedikit pencerahan ringkas. Harap ia dapat membantu pemahaman pembaca sejurus menyedarkan akan kepentingan kad perubatan sebagai perlindungan diri dari segi kewangan. Kongsikan Infografik ini di laman web anda! </p><br /><br...

The post Infografik: Kad Perubatan Standalone dan Rider – Apa Bezanya? appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
Apabila membincangkan tentang kad perubatan, tidak dapat kita lari dari soalan – standalone atau rider? Bagi yang tiada masa untuk mengkaji perbezaannya, kami sedia memberi sedikit pencerahan ringkas. Harap ia dapat membantu pemahaman pembaca sejurus menyedarkan akan kepentingan kad perubatan sebagai perlindungan diri dari segi kewangan.

Kad Perubatan Standalone dan Rider Infografik

Kongsikan Infografik ini di laman web anda!

 

 

Fahami kad perubatan

Kad perubatan adalah kad yang dikeluarkan syarikat insurans atau pengendali takaful setelah permohonan bagi pelan perubatan diluluskan. Kad perubatan ini memudahkan pendaftaran masuk ke mana-mana hospital yang menjadi panel kepada pelan yang telah dipilih. Dengan memiliki kad ini, pesakit tidak perlu membayar kos rawatan dan perubatan yang diterima (selagi ianya terkandung di dalam liputan perlindungan pelan). Segala kos berkenaan akan ditanggung oleh syarikat insurans pesakit.

Terdapat beberapa jenis kad perubatan, tetapi yang sering disebut adalah standalone dan rider.

 

Apa itu kad perubatan standalone?

Kad perubatan standalone adalah pelan perubatan hanya melindungi manfaat perubatan di hospital. Ia bukan suatu pelan yang disertakan kepada apa-apa pelan asas atau pelan induk. Jadi caruman yang disumbangankan hanyalah terhadap manfaat perubatan sahaja. Dengan itu, caruman pelan standalone pada kebiasaannya lebih murah dan mampu milik.

Pada amnya, terdapat 3 jenis manfaat yang diliputi di dalam pelan kad perubatan standalone, iaitu:

1. Kos kemasukan hospital dan penjagaan pembedahan

Ini termasuklah segala kos yang berkenaan dengan kemasukan ke wad hospital, pembedahan, bilik dan penginapan, perkhidmatan ambulan, ubat-ubatan, kos rundingan pakar dan sebagainya.

2. Penyakit kritikal

Penyakit kritikal adalah penyakit-penyakit khusus yang disenaraikan oleh syarikat insurans atau pengendali takaful. Pada kebiasaannya mereka akan mengkategorikan 36 jenis penyakit sebagai penyakit kritikal, di antaranya, kanser, strok, serangan jantung dan penyakit koronari arteri. Kos rawatan bagi penyakit-penyakit kritikal ini adalah amat tinggi maka perlindungan kad perubatan amat diperlukan.

3. Rawatan jangka panjang

Manfaat ini berguna terutama bagi mereka yang menghidapi penyakit kronik yang mana mereka memerlukan rawatan dan penjagaan jangka masa panjang. Ini termasuklah pesakit kanser dan pesakit puah pinggang yang memerlukan rawatan dialisis berpanjangan.

 

Bagaimana ia dipakej

Kebanyakan syarikat insurans dan pengendali takaful di Malaysia menyediakan ketiga-tiga manfaat disebut di atas secara berasingan atau bersama. Pencarum akan menerima kad perubatan yang membolehkan mereka mendaftar masuk ke wad hospital dengan mudah. Sesetengah pelan perubatan juga membolehkan kad ini digunakan di klinik untuk rawatan.

Pelan perubatan standalone memberikan perkhidmatan seperti bilik dan penginapan hospital, perlindungan seumur hidup tanpa had, rawatan bagi penyakit kanser, buah pinggang, pembedahan dan lain lain.

 

Kadar Sumbangan dan Pembaharuan Pelan Standalone

Kadar sumbangan tahunan bagi pelan standalone adalah rendah, tetapi ianya tidak tetap. 2 faktor utama yang menyebabkan kenaikan kadar ini adalah

  • Usia –  di mana semakin meningkat usia seseorang, semakin tinggi risiko menghidapi penyakit, semakin tinggi kadar caruman
  • Inflasi perubatan – kos perubatan yang meningkat setiap tahun pada kadar inflasi 10% di Malaysia. Menurut laporan tahunan kadar perubatan Aon 2016, purata peningkatan inflasi di negara-negara Asia adalah pada kadar 9.4% manakala di Malaysia adalah pada kadar 14%. Syarikat insurans pula biasanya menyemak semula harga insurans setiap 2 hingga 3 tahun.

Pada kebiasaannya, kadar sumbangan meningkat setiap julat 5 tahun mengikut usia pencarum. Sebagai contoh:

Sesetengah pelan standalone yang menjamin pembaharuan setiap tahun walaupun pencarum menghidapi penyakit sebelum tarikh pembaharuan. Ini suatu tawaran yang perlu dititik beratkan ketika membuat pilihan sesebuah pelan perubatan.

Bayangkan jika anda memiliki pelan yang tidak menjamin pembaharuan ketika didiagnos sesuatu penyakit. Syarikat insurans anda mempunyai hak tidak memperbaharui pelan anda bagi tahun akan datang. Bukan sahaja anda tidak lagi mempunyai perlindungan perubatan dari syarikat tersebut, tetapi kini anda akan menghadapi kesukaran memohon perlindungan daripada syarikat lain kerana risiko penyakit anda.

Jadi ketika memilih pelan, pastikan ejen anda tunjukkan terma dan syarat yang menyatakan pembaharuan dijamin.

 

Apa itu kad perubatan rider?

Kad perubatan rider adalah suatu pelan di mana perlindungan perubatan adalah sekadar pelan tambahan kepada pelan induk. Selalunya ianya pelan tambahan kepada polisi hayat, atau pelan jenis simpanan atau pelaburan. Jadi perlindungan yang didapati daripada pelan rider adalah:

1. Pelan hayat/ simpanan

Ini perlindungan yang sesuai bagi mereka yang ingin menjamin kesejahteraan keluarga mereka dari segi kewangan akibat musibah yang berlaku ke atas diri mereka, seperti kematian atau kecacatan.

2. Rider – pelan perubatan

Pelan perubatan berbentuk tambahan boleh disertakan bersama pelan induk berbentuk perlindungan hayat atau simpanan/ pelaburan (investment linked). Ia boleh meliputi perlindungan bagi kos perubatan seperti pembedahan, kos bilik dan penginapan, rawatan dan sebagainya, mengikut jenis pelan yang dipilih.

Sumbangan bagi pelan sebegini diagihkan kepada dua bahagian. Satu bahagian terhadap perlindungan hayat dan perubatan (tabarru) manakala satu bahagian lagi bagi tujuan pelaburan.

 

Kadar Sumbangan dan Pembaharuan Pelan Rider

Jika dibandingkan harga pelan perubatan rider sahaja dengan pelan perubatan standalone, pelan rider adalah lebih rendah. Tetapi kerana pelan rider perlu didapatkan berserta dengan pelan induk, harganya tidak lagi serendah yang diharapkan pada mulanya.

Tetapi keistimewaan pelan jenis ini adalah kadar sumbangan tahunannya adalah tetap (dengan hanya sedikit peningkatan). Contohnya, sekiranya anda mula mencarum pada usia 40 dengan kadar RM 3,000 setahun, kadar caruman anda pada usia 60 mungkin sebanyak RM 3,300. Peningkatan kadar caruman bukanlah di atas faktor usia seperti bagi pelan standalone, tetapi faktor inflasi perubatan.

Pada kebiasaannya, pembaharuan pelan rider adalah terjamin walaupun pencarum menghidapi penyakit, kerana ia berdasarkan pelan induk. Walau bagaimanapun, anda masih tetap dinasihatkan agar mendapatkan kepastian daripada ejen anda.

 

Perbandingan di antara Pelan Rider dan Standalone

Kedua-dua pelan memiliki kelebihan masing-masing. Seperti dikatakan di atas, harga bagi perlindungan perubatan rider mungkin dilihat lebih rendah tetapi ianya tidak boleh didapati berasingan daripada pelan induk. Untuk mendapatkanya, perlulah juga dapatkan pelan hayat atau pelan berkaitan pelaburan yang akan mengakibatkan kadar sumbangan bertambah. Akan tetapi ianya amat sesuai bagi mereka yang belum miliki pelan hayat atau yang ingin mendapatkan pulangan dari segi nilai tunai daripada sumbangan mereka.

Pelan standalone pula memberikan perlindungan perubatan yang komprehensif kepada pencarum dan mungkin lebih sesuai bagi mereka yang hanya ingin mendapatkan manfaat perubataan semata-mata tanpa ingin membayar lebih bagi perlindungan lain serta nilai tunai. Mereka yang mahir tentang pelaburan lebih gemar memilih cara pelaburan mereka sendiri yang memberikan pulangan lebih lumayan.

Sebelum membuat keputusan anda, dapatkan nasihat beberapa perunding atau ejen insurans dan takaful dan bandingkan beberapa produk terlebih dahulu. Pastikan anda bertanyakan soalan-soalan seperti jaminan pembaharuan, kadar sumbangan tahunan, serta jenis liputan perlindungan perubatan.

Untuk dapatkan maklumat lebih mengenai kad perubatan, rujuk artikle ini.

 

The post Infografik: Kad Perubatan Standalone dan Rider – Apa Bezanya? appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/infografik-kad-perubatan-standalone-dan-rider-apa-bezanya/feed/ 0 39321
Infografik – Mengenali Diabetes di Malaysia https://ibanding.com.my/infografik-mengenali-diabetes-di-malaysia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=infografik-mengenali-diabetes-di-malaysia https://ibanding.com.my/infografik-mengenali-diabetes-di-malaysia/#respond Wed, 15 Nov 2017 02:16:39 +0000 https://ibanding.com.my/?p=31274 3.5 juta warga dewasa Malaysia (18 tahun ke atas) menghidap diabetes. Jadi kami di sini telah menyediakan infografik untuk mudah mengenali lagi penyakit berbahaya ini dan statistik berkaitannya di Malaysia. Untuk ketahui lebih lanjut tentang diabetes di Malaysia, baca artikel ini.   Kongsikan Infografik ini di laman web anda! Source https://www.ibanding.my   Untuk artikel penuh...

The post Infografik – Mengenali Diabetes di Malaysia appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
3.5 juta warga dewasa Malaysia (18 tahun ke atas) menghidap diabetes. Jadi kami di sini telah menyediakan infografik untuk mudah mengenali lagi penyakit berbahaya ini dan statistik berkaitannya di Malaysia.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang diabetes di Malaysia, baca artikel ini.

 

Mengenali Diabetes di Malaysia

Kongsikan Infografik ini di laman web anda!

 

Untuk artikel penuh tentang diabetes, klik di sini:

Kenali Diabetes di Malaysia dan Mengapa Pentingnya Perlindungan Insurans

Diabetes Malaysia

The post Infografik – Mengenali Diabetes di Malaysia appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/infografik-mengenali-diabetes-di-malaysia/feed/ 0 31274
Anda Perlukan Takaful Hayat Jika Anda… (Infografik) https://ibanding.com.my/anda-perlukan-insurans-hayat-jika-anda-infografik/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=anda-perlukan-insurans-hayat-jika-anda-infografik https://ibanding.com.my/anda-perlukan-insurans-hayat-jika-anda-infografik/#respond Wed, 04 Oct 2017 00:30:08 +0000 http://35.187.229.154/?p=29430 Insurans dan Takaful hayat (atau apa jenis insurans dan Takaful sekalipun) bukanlah topik kesukaan ramai. Pernah tertanya mengapa ramai yang masih tidak gemar bercakap tentang insurans atau Takaful? Daripada pemerhatian dan pengalaman kami sendiri, boleh dikatakan ianya disebabkan oleh 2 faktor utama. Pertama: ianya suatu subjek yang tidak mudah difahami. Kedua: Ianya terlalu mahal! Kami...

The post Anda Perlukan Takaful Hayat Jika Anda… (Infografik) appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
Insurans dan Takaful hayat (atau apa jenis insurans dan Takaful sekalipun) bukanlah topik kesukaan ramai. Pernah tertanya mengapa ramai yang masih tidak gemar bercakap tentang insurans atau Takaful? Daripada pemerhatian dan pengalaman kami sendiri, boleh dikatakan ianya disebabkan oleh 2 faktor utama. Pertama: ianya suatu subjek yang tidak mudah difahami. Kedua: Ianya terlalu mahal!

Kami tidaklah mengatakan faktor-faktor ini memang benar tetapi masih ramai yang berpendapat sedemikian. Insurans dan Takaful yang kebiasaannya dikaitkan dengan kematian dan penyakit juga tidak membantu. Topik yang menyedihkan!

Jika ditanyakan mana-mana ejen Takaful, tentu saja mereka akan mengatakan kita perlunya. Walaupun ramai antara kita yang sangsi akan saranan mereka, apa yang mereka katakan itu adalah benar. Perlindungan yang diberikan insurans dan Takaful bukanlah satu kemewahan tetapi keperluan yang semestinya dimiliki untuk jaminan diri dan keluarga dari malapetaka dan musibah kewangan.

Jika anda merasakan insurans hayat mengelirukan, kita ringkaskan di sini untuk tujuan mengenalpasti sama ada anda memerlukannya.

Anda Perlukan Takaful Hayat Jika Anda:

Anda Perlukan Insurans Hayat Jika Anda - Infografik

Kongsikan Infografik ini di laman web anda!

1. Anda penberi nafkah

Jika anda pemberi nafkah bagi keluarga anda, and perlukan insurans hayat. Ini untuk melindungi waris anda daripada terputusnya nafkah jika sesuatu yang buruk menimpa diri anda.

Kebanyakan orang mengatakan pemberi nafkah utama sahaja yang memerlukan insurans atau Takaful hayat dan selalunya ini jatuh kepada suami. Tetapi di zaman ini banyak isi rumah walaupun kedua suami isteri bekerja tetapi masih menghadapi kesukaran untuk menampung perbelanjaan keluarga. Maka disarankan kedua-duanya mendapatkan perlindungan hayat.

 

2. Anda menanggung pinjaman perumahan

Jika anda menanggung pinjaman perumahan, anda semestinya memerlukan insurans atau Takaful hayat. Ini untuk memastikan keluarga dan waris anda tidak kehilangan tempat berlindung ekoran kematian anda atau jika anda hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD) akibat kemalangan. Tiada yang lebih menyayat hati daripada melihat orang yang kita sayangi terpaksa merempat pada masa yang menyukarkan, bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga.

Pilihan lain yang anda boleh dapatkan ialah MLTT (Mortgage Level Term Takaful) atau MRTA (Mortgage Reducing Term Takaful). Walaupun pelan ini bukan mandatori ketika permohonon pinjaman, tetapi ianya sangat-sangat disarankan terutama sekali jika anda masih belum memiliki Takaful hayat dan perlindungan perubatan yang secukupnya.

 

 

3. Anda mempunyai ibu-bapa yang bergantung kepada anda

Walaupun anda bujang, dan tidak bercadang untuk berumahtangga. Anda mungkin masih mempunyai orang yang bergantung kepada anda terutamanya dari segi kewangan. Seperti kedua orang tua anda atau adik-beradik yang kurang upaya.

Waris anda tidak semestinya bererti anak-anak dan isteri/ suami anda. Bagi budaya Asia ini, ia sememangnya perkara biasa bagi anak-anak yang sudah dewasa untuk menjaga kedua ibu-bapa mereka. Jadi jika anda salah seorang darinya, anda pastinya ingin menjamin kesejahteraan mereka di mana mereka terus mendapat penjagaan walaupun setelah ketiadaan anda.

 

4. Anda memiliki perniagaan

Jika anda adalah peniagaan atau usahawan, waris anda mungkin dibebani hutang-piutang perniagaan anda ekoran ketiadaan anda. Dengan adanya perlindungan hayat, pampasan yang diterima oleh waris anda boleh digunakan untuk biayai hutang piutang yang ditinggalkan.

Insurans yang sangat disarankan bagi pengurusan risiko perniagaan adalah pelan Key Man. Pelan berasingan ini dapat membantu perniagaan yang ditinggalkan terus bertahan setelah kematian salah seorang rakan kongsi atau pekerja utama. Manakala pelan beli-jual (buy-sell) pula membolehkan rakan-rakan kongsi membuat perjanjian pembelian saham bagi ahli perniagaan sekiranya salah seorang daripadanya meninggal dunia?

 

5. Anda menanggung hutang dan pinjaman

Pernah anda terfikir apa yang akan berlaku terhadap hutang piutang dan pinjaman anda sekira anda meninggal dunia? Hutang-hutang kad kredit, pinjaman sewa beli kenderaan, pinjaman peribadi dan sebagainya. Ramai yang tidak hiraukan persoalanan ini. Manakala yang pernah tertanya pula mungkin membuat andaian bahawa hutang dan pinjaman ini akan dibatalkan begitu saja.

Bagaimana hutang dan pinjaman dikendalikan setelah kematian seseorang adalah berdasarkan beberapa faktor. Adakah ianya secured atau unsecured loan? Wujudkah penjamin (guarantor) bagi pinjaman tersebut? Adakah harta pusaka yang ditinggalkan?

Berdasarkan faktor-faktor yang disebutkan, pihak peminjam atau institusi kewangan berhak:

a. memberikan pilihan kepada waris untuk mengambil alih pinjaman tersebut dan memindah nama aset
b. mengarahkan penjamin untuk menyambung bayar hutang atau pinjaman tersebut
c. mendapatkan jumlah tunggakan dari peninggalan harta pusaka si mati

Jadi dengan adanya perlindungan hayat, pampasan yang diterima oleh waris anda dapat digunakan untuk melangsaikan hutang piutang dan pinjaman tertunggak.

 

Masih tidak pasti sama ada anda memerlukan Takaful hayat? Kami syorkan agar anda membuat sedikit lagi kajian mengenai perlindungan hayat, jenis dan kelebihan mereka sebelum berbincang dengan pakar di bidang ini. Pastikan anda dapat khidmat nasihat dari ejen yang dipercayai. Untuk mendapatkan ejen bertaraf 5 bintang, semak direktori iBanding di sini.

 

 

 

The post Anda Perlukan Takaful Hayat Jika Anda… (Infografik) appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/anda-perlukan-insurans-hayat-jika-anda-infografik/feed/ 0 29430
Infografik Tentang Jenis Polisi Kenderaan di Malaysia https://ibanding.com.my/infografik-polisi-kenderaan-malaysia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=infografik-polisi-kenderaan-malaysia https://ibanding.com.my/infografik-polisi-kenderaan-malaysia/#respond Wed, 19 Apr 2017 18:09:43 +0000 https://ibanding.com.my/?p=20579   Apakah 3 jenis polisi insurans kenderaan yang terdapat di Malaysia dan apa pula perbezaan mereka? Ramai pengguna yang masih tidak mengetahuinya. Sebagai pemandu, kita sepatutnya memahami polisi yang kita miliki dan apa perlindungan yang diberi oleh polisi kenderaan tersebut. Ini memudahkan kita untuk fahami hak kita sebagai pengguna, terutama ketika kemalangan jalanraya.   Infografik...

The post Infografik Tentang Jenis Polisi Kenderaan di Malaysia appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
 

Apakah 3 jenis polisi insurans kenderaan yang terdapat di Malaysia dan apa pula perbezaan mereka? Ramai pengguna yang masih tidak mengetahuinya. Sebagai pemandu, kita sepatutnya memahami polisi yang kita miliki dan apa perlindungan yang diberi oleh polisi kenderaan tersebut. Ini memudahkan kita untuk fahami hak kita sebagai pengguna, terutama ketika kemalangan jalanraya.

 

Infografik Tentang Jenis Polisi Kenderaan di Malaysia

Di sini kami sediakan infografik yang senang untuk difahami. Jangan lupa Like kami di Facebook untuk dapatkan lebih banyak maklumat tentang insurans di Malaysia.
jenis-jenis polisi insurans kenderaan di malaysia infographic

Kongsikan Infografik ini di laman web anda!

Kongsikan Infografik ini di laman web anda!


                          

 

 

The post Infografik Tentang Jenis Polisi Kenderaan di Malaysia appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/infografik-polisi-kenderaan-malaysia/feed/ 0 20579
Infografik Liberalisasi Tarif Insurans Kenderaan Malaysia https://ibanding.com.my/infografik-liberalisasi-tarif-insurans-kenderaan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=infografik-liberalisasi-tarif-insurans-kenderaan https://ibanding.com.my/infografik-liberalisasi-tarif-insurans-kenderaan/#respond Tue, 14 Feb 2017 01:00:23 +0000 https://ibanding.com.my/?p=12719 Segala yang anda perlu tahu tentang Liberalisasi Tarif Insurans Kenderaan di Malaysia Masih ramai rakyat Malaysia yang tidak sedar bahawa kadar premium insurans kenderaan mereka akan diolah menjelang implementasi liberalisasi tarif insurans kenderaan di bulan Julai 2017 nanti. Sebelum kita ketahui lebih lanjut mengenainya, kita fahami dahulu sistem sedia ada. Click here for English version...

The post Infografik Liberalisasi Tarif Insurans Kenderaan Malaysia appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
Segala yang anda perlu tahu tentang Liberalisasi Tarif Insurans Kenderaan di Malaysia

Masih ramai rakyat Malaysia yang tidak sedar bahawa kadar premium insurans kenderaan mereka akan diolah menjelang implementasi liberalisasi tarif insurans kenderaan di bulan Julai 2017 nanti. Sebelum kita ketahui lebih lanjut mengenainya, kita fahami dahulu sistem sedia ada.

Click here for English version

Liberalisasi Insurans Malaysia

Kongsikan Infografik ini di laman web anda!

Install iBantu and be prepared for Detariffication

Sistem sekarang

Selama ini, premium insurans kenderaan di Malaysia mengikut struktur tarif yang telah ditetapkan oleh Bank Negara. Cara pengiraan premium selama ini adalah berdasarkan 2 faktor utama, iaitu:

  1. Harga pasaran kenderaan
  2. Saiz enjin kenderaan mengikut cc

Selain itu, ada 2 lagi faktor yang mungkin menjejaskan premium insurans, iaitu:

  1. Packaging – di mana syarikat insurans mungkin menambah produk atau servis tambahan yang dipakejkan sekali di dalam produk insurans kenderaan utama, contohnya polisi perlindungan dari kemalangan.
  2. Loading – sesetengah syarikat insurans mengenakan syarat tambahan atas sebab risiko yang tinggi, contohnya kenderaan yang melebihi 10 tahun.

Oleh kerana cara pengiraan premium yang dikawal adalah sama bagi semua syarikat insurans, maka premium anda adalah lebih kurang sama tidak kiralah anda membeli insurans anda dari syarikat mana sekali pun, mungkin ada perbezaan tetapi ianya tidak terlalu ketara. Perbezaan ini adalah disebabkan:

  1. Harga pasaran – harga pasaran yang digunakan setiap syarikat mungkin berbeza.
  2. Packaging – produk dan servis tambahan yang dipakejkan berbeza-beza.
  3. Loading – syarat loading yang tidak sama mengikut syarikat.

 

Apakah Perubahan yang bakal dibawa oleh Liberalisasi Tarif Insurans Kenderaan

Dengan pelaksanaan dasar ini, premium insurans kenderaan tidak lagi dikawal. Ini bermakna, setiap syarikat insurans boleh mengenakan cara masing-masing dalam pengiraan premium. Ia dinamakan “risk-based pricing”, atau pengiraan mengikut risiko. Syarikat insurans tidak hanya akan mengambil faktor kenderaan (harga pasaran dan saiz enjin) dalam pengiraan premium tetapi juga faktor pemandu. Ini bukanlah suatu konsep baru tetapi telah pun lama diamalkan di negara seperti Amerika Syarikat, UK, Germany, China dan Singapura.

 

Bagi pengguna, beberapa perubahan dapat dijangkakan:

  1. Premium lebih murah – untuk bersaing, syarikat insurans dijangka berlumba-lumba menurunkan harga premium untuk menarik pelanggan.
  2. Produk baru – produk dan servis baru yang inovatif dan menarik dijangka akan diperkenalkan untuk pengguna juga untuk bersaing sesama syarikat insurans.
  3. Peningkatan mutu perkhidmatan – syarikat insurans akan meningkatkan mutu perkhidmatan mereka untuk memikat hati pelanggan untuk bersaing dengan syarikat insurans lain.

 

Cara baru pengiraan premium – pengiraan berdasarkan risiko

Dalam erti kata mudah, pengiraan premium akan mengikut risiko yang dipercayai dimiliki oleh seseorang pemegang polisi. Ini bermakna:

Lebih tinggi risiko seseorang = lebih tinggi premiumnya.

Lebih rendah risiko seseorang = lebih rendahlah premiumnya.

Faktor risiko termasuklah:

  1. Umur pemegang polisi: Lebih muda bererti lebih cetek pengalaman memandu, maka lebih tinggi risikonya.
  2. Jantina: Wanita secara amnya memiliki risiko lebih rendah berbanding lelaki kerana mereka memandu lebih cermat.
  3. Pekerjaan/ tahap pelajaraan pemegang polisi: Secara amnya, ianya dipercayai bahawa lebih baik pekerjaan atau lebih tinggi pelajaran seseorang itu, lebih rendah risikonya.
  4. Rekod tuntutan: Jika pemegang polisi pernah membuat tuntutan insurans, maka lebih tinggilah risikonya.
  5. Jenis dan model kenderaan: Kenderaan berprestasi tinggi, kenderaan mewah dan mahal berisiko tinggi.
  6. Kegunaan kenderaan: Contohnya, kereta yang hanya diguna oleh seorang ibu untuk menghantar anak-anak kesekolah adalah berisiko lebih rendah dari kenderaan yang digunakan untuk ulang-alik ke tempat kerja di bandar-raya.

 

Jadi apa yang boleh pengguna Malaysia lakukan untuk pastikan premium insurans yang rendah?

Di sini beberapa cadangan yang boleh anda lakukan:

  1. Buat perbandingan – Jangan tunggu sehingga insurans anda tamat tempoh. Sebaliknya, sebulan sebelum tamatnya tempoh, mula dapatkan sebutharga dari beberapa syarikat insurans dan takaful dan buat perbandingan harga. Jangan hanya banding harga, juga bandingkan dari segi produk dan perkhidmatan mereka.
  2. Pastikan kenderaan anda selamat – Ingat: lebih rendah risiko, lebih murah premium. Letak di kawasan selamat, pastikan auto-lock berfungsi. Jika mampu, pasangkan dashcam. Ini akan kurangkan risiko kenderaan anda dari dicuri atau dirosakkan.
  3. Berfikir sebelum membeli – Sebelum membeli kenderaan baru, periksa dulu berapakah insuransnya.
  4. Pandu dengan cermat dan selamat – Kurangkan risiko kemalangan dengan memandu dengan selamat! Jika anda tiada rekod tuntutan, premium anda akan berkurangan.

 

Fahami liberalisasi tarif insurans kenderaan dan bagaimana ia akan menjejaskan semua pemegang polisi kenderaan di Malaysia. Kongsikan dengan ahli keluarga dan rakan agar lebih ramai yang mengetahui tentangnya. Jadilah pengguna yang bijak, bersiap-sedialah.

https://ibanding.com.my/liberalisasi-tarif-motor-insurans-rakyat-malaysia-adakah-anda-sudah-bersedia/

https://ibanding.com.my/liberalisasi-tarif-insurans-malaysia/

The post Infografik Liberalisasi Tarif Insurans Kenderaan Malaysia appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/infografik-liberalisasi-tarif-insurans-kenderaan/feed/ 0 12719