Liberalisasi Tarif Archives - iBanding Making better decisions https://ibanding.com.my/category/liberalisasi-tarif/ Finding the Best Insurance Tue, 06 Nov 2018 08:00:41 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.8.1 https://i0.wp.com/ibanding.com.my/wp-content/uploads/2017/10/logo.png?fit=32%2C32&ssl=1 Liberalisasi Tarif Archives - iBanding Making better decisions https://ibanding.com.my/category/liberalisasi-tarif/ 32 32 234803146 Kurangkan Harga Insurans Kereta Dengan Membuat Perbandingan Harga https://ibanding.com.my/kurangkan-harga-insurans-kereta-dengan-membuat-perbandingan-harga/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kurangkan-harga-insurans-kereta-dengan-membuat-perbandingan-harga https://ibanding.com.my/kurangkan-harga-insurans-kereta-dengan-membuat-perbandingan-harga/#respond Tue, 24 Apr 2018 00:55:34 +0000 https://ibanding.com.my/?p=38875 Pada bulan Julai tahun 2017, Bank Negara Malaysia telahpun melancarkan liberalisasi tarif (pemansuhan tarif) kadar insurans kereta di mana syarikat insurans dan pengendali takaful dibenarkan menetapkan harga produk insurans komprehansif masing-masing. Ini berlainan dengan sistem sebelumnya yang telah dipraktikkan di negara ini selama lebih 30 tahun di mana harga insurans kenderaan dikawal oleh BNM. Berikutan...

The post Kurangkan Harga Insurans Kereta Dengan Membuat Perbandingan Harga appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
Pada bulan Julai tahun 2017, Bank Negara Malaysia telahpun melancarkan liberalisasi tarif (pemansuhan tarif) kadar insurans kereta di mana syarikat insurans dan pengendali takaful dibenarkan menetapkan harga produk insurans komprehansif masing-masing. Ini berlainan dengan sistem sebelumnya yang telah dipraktikkan di negara ini selama lebih 30 tahun di mana harga insurans kenderaan dikawal oleh BNM.

Berikutan pelaksanaan ini, hari ini tidak hairanlah jika syarikat-syarikat insurans mengenakan harga berlainan bagi kenderaan yang sama. Ini kerana syarikat kini memiliki keadah masing-masing dalam pengiraan kadar yang dikenakan. Ini menjadikan pentingnya perbandingan harga insurans sebelum membuat pembaharuan.

Dalam kajian iBanding baru-baru ini (Februari 2018), kami mendapati bahawa 45% daripada jumlah 7,000 pengguna mengatakan bahawa mereka tidak membuat bandingan ketika membeli produk insurans kereta. Manakala hanya 15% yang membandingkan harga daripada lebih 3 buah syarikat insurans dan takaful.

 

Potensi penjimatan diabaikan

Kajian ini agak mengecewakan memandangkan kajian terdahulu oleh iBanding yang dilakukan pada November 2017 mendapati perbezaan harga di antara insurans komprehensif yang terendah di pasaran berbanding yang tertinggi mencecah 24%.

Di bawah sistem liberalisasi tarif kadar insurans ini, lebih banyak syarikat yang kini menyediakan platform di talian untuk memudahkan pembelian dan pembaharuan produk insurans mereka. Pada bulan Oktober lalu, hanya terdapat tujuh syarikat yang menyediakannya. Tetapi kini telah pun melebihi 11 syarikat.

Di dalam sebuah kajian kami pada awal tahun ini, didapati tujuh daripada 11 syarikat itu menawarkan harga yang berbeza manakala empat yang lainnya menawarkan harga yang sama. Ini menunjukkan bahawa sesetengah syarikat sehingga kini masih menggunakan kadar lama dalam menentukan harga produk mereka.

Kualiti laman sesawang juga berbeza-beza. Takaful Malaysia, Etiqa, MSIG dan Tune menyediakan platform yang mudah digunakan bagi pembelian dan pembaharuan. Manakala pengguna terutama yang kurang mahir mungkin mengalami sedikit masalah membeli melalui platform Liberty, Berjaya Sompo, Axa Affin dan Takaful Ikhlas.

 

Bagaimana untuk membuat perbandingan harga?

Buat masa ini, tiada cara yang mudah dan efektif bagi pengguna membuat perbandingan harga bagi kesemua 26 syarikat insurans dan pengendali takaful di Malaysia, seperti laman agregator yang wujud di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat.

Apa yang anda boleh lakukan? Gunakan artikel ini sebagai panduan untuk dapatkan NCD kenderaan anda dan buat perbandingan harga seperti yang telah kami lakukan. Daripada keputusan yang kami dapati juga dapat membantu anda mengenal pasti beberapa syarikat yang mengenakan kadar yang lebih rendah.

Anugerah Syarikat Insurans dan Takaful Terbaik Malaysia

Setiap tahun iBanding menjalan kaji selidik untuk mendapatkan pendangan pengguna terhadap syarikat insurans kenderaan mereka dan pengalaman mereka terhadap layanan perkhidmatan yang diterima. Kaji selidik ini untuk mengenal pasti syarikat-syarikat yang terbaik berdasarkan pandangan dan pengalaman pengguna. Penarafan syarikat-syarikat insurans dan pengendali takaful di Malaysia yang dikeluarkan oleh kaji selidik ini diharap dapat membantu pengguna dalam keputusan mereka bagi memilih syarikat untuk memperbaharui polisi insurans dan takaful mereka.

Untuk maklumat lanjut tentang syarikat insurans dan takaful kenderaan yang memenangi anugerah bagi tahun 2018, juga penarafan setiap syarikat insurans dan takaful di Malaysia, sila rujuk laman ini.

 

harga insurans kereta

 

Jika anda ingin membuat perbandingan harga insurans kenderaan, ini beberapa fakta yang perlu anda fikirkan :

1: Jumlah sum insured perlu selaras (jumlah perlindungan)

Sum insured adalah jumlah perlindungan kenderaan anda, iaitu jumlah yang ingin anda lindungi. Terdapat syarikat yang membenarkan pelanggan menginsuranskan kenderaan mereka mengikut jumlah pinjaman (sewa beli) kenderaan. Jumlah perlindungan adalah salah satu faktor utama dalam menentukan kadar harga insurans anda. Jadi ketika membuat perbandingan, pastikan anda membandingkan jumlah perlindungan yang serupa bagi setiap syarikat.

 

2: Waspada kos tersembunyi

Banyak syarikat yang mengenakan kos-kos tambahan melalui produk yang dipakejkan dengan polisi insurans yang ingin diperbaharui. Jika anda tidak peka anda mungkin membuat bayaran tanpa menyedari bahawa anda telahpun membeli pakej yang tidak diperlukan. Jadi hati-hati ketika membuat pembelian. Pastikan anda periksa dengan teliti apa yang terkandung di dalam pembelian anda.

 

3: Nikmati 10% diskaun

Ramai yang tidak sedari bahawa mereka dapat 10% diskaun jika memperbaharui/ membeli insurans kereta melalui sesawang syarikat insurans. Ini adalah kerana tiada kos ejen yang akan dikenakan. Di sini pengguna perlu berhati-hati, kerana sesetangah ejensi insurans seperi MyEG dan House of Insurans menyediakan platform tersendiri. Jika pempelian dan pembaharuan dibuat melalui mereka, 10% diskaun itu tidak lagi dapat dinikmati. Jadi pastikan anda membeli terus melalui sesawang syarikat dan pengedali takaful.

 

4: Adakah bersedia menghadapi proses tuntutan dengan sendiri?

Dengan kemudahan pembelian melalui platform di talian serta diskaun 10% yang dinikmati, pengguna juga perlu bersedia menghadapi dengan sendiri jika berlaku tuntutan. Tiada lagi bantuan dihulurkan oleh ejen. Jadi jika pengguna tidak mahir tentang insurans terutama proses tuntutan, mungkin wajar bagi mereka membeli melalui ejen yang sedia membantu.

 

5: Bandingkan mutu perkhidmatan

Kini dengan ketetapan harga insurans oleh syarikat masing-masing, syarikat insurans juga akan menyediakan mutu perkhidmatan yang berbeza-beza. Syarikat yang mengenakan harga insurans yang terendah mungkin tidak dapat memberikan layanan perkhidmatan terbaik yang setanding dengan syarikat yang mana harga produk mereka adalah tinggi. Samalah seperti syarikat penerbangan kos rendah yang tidak menyediakan makanan percuma di dalam pesawat berbanding syarikat penerbangan biasa.

Jadi semasa membuat perbandingan, perlulah fikirkan faktor-faktor selain daripada harga. Harga yang tinggi tidak semestinya bukan pilihan, kerana mutu perkhidmatan dan liputan tambahan mungkin berguna terutama sekali ketika berlakunya tuntutan akibat kemalangan atau kecurian.

 

Untuk mengetahui bagaimana liberalisasi tarif insurans memberi kesan kepada anda sebagai pengguna, ini video yang telah kami sediakan untuk anda.

 

 

 

The post Kurangkan Harga Insurans Kereta Dengan Membuat Perbandingan Harga appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/kurangkan-harga-insurans-kereta-dengan-membuat-perbandingan-harga/feed/ 0 38875
Banding dan Jimat Sehingga 24% Harga Insurans Kereta 2017 Setelah Pemansuhan Tarif https://ibanding.com.my/banding-dan-jimat-sehingga-24-harga-insurans-kereta-setelah-pemansuhan-tarif-2017/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=banding-dan-jimat-sehingga-24-harga-insurans-kereta-setelah-pemansuhan-tarif-2017 https://ibanding.com.my/banding-dan-jimat-sehingga-24-harga-insurans-kereta-setelah-pemansuhan-tarif-2017/#respond Wed, 01 Nov 2017 08:39:50 +0000 https://ibanding.com.my/?p=31096 The post Banding dan Jimat Sehingga 24% Harga Insurans Kereta 2017 Setelah Pemansuhan Tarif appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>

Kini sudah pun masuk bulan ke-4 semenjak pemansuhan tarif insurans kenderaan atau liberalisasi tarif insurans yang dilaksanakan pada 1hb. Julai tahun ini. Kami di iBanding sekali lagi telah membuat perbandingan harga insurans kereta untuk mengetahui perubahan pada harga dengan terlaksananya sistem ini. Jika anda masih ingat, perbandingan sebelum ini dibuat pada pertengahan bulan Julai di mana tiada perubahan didapati.

Kali ini kami membandingkan harga daripada 7 buah syarikat insurans dan takaful bagi polisi kereta komprehensif. Mereka adalah:

  • Takaful Ikhlas
  • Syarikat Takaful Malaysia
  • Berjaya Sompo
  • Etiqa Insurance
  • AmGeneral & Kurnia
  • AXA Affin
  • Liberty

Perbaharui insurans kenderaan anda di talian bersama iBanding

Selain Liberty, kami telah mendapatkan sebutharga daripada platform online syarikat masing-masing. Antara maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut.

  • Nombor IC pemilik polisi
  • Jenama dan model kenderaan
  • Tahun
  • Nombor pendaftaraan kereta
  • No Claims Discount (NCD)

NCD boleh didapati dari MyCarInfo di sini

 

Perbandingan

Kami membandingkan harga insurans bagi polisi komprehensif untuk sebuah kereta jenama Peugeot tahun 2013, model 208 dengan NCD sebanyak 55%. Pemilik kereta seorang lelaki berumur 41 tahun.

Menurut MyCarInfo, harga pasaran kereta tersebut ialah RM 38,200. Harga pasaran ini digunakan sebagai Sum Insured iaitu jumlah yang diinsuranskan bagi polisi kenderaan tersebut.

harga insurans kereta 2017

Berikut adalah Sum Insured yang disyorkan oleh setiap syarikat dan sebutharga yang dikeluarkan oleh syarikat masing-masing.

*Sum insured lebih tinggi berbanding yang lain

 

Keputusan Perbanding Harga Insurans Kereta 2017

Keputusan kami di atas berbeza berbanding perbandingan yang kami lakukan 3 bulan lalu di mana kesemua enam syarikat (Liberty tidak termasuk dalam perbandingan) memberikan harga yang sama.

Kerana perbandingan lalu dijalankan hanya beberapa minggu setelah pemansuhan tarif, kami putusan bahawa syarikat-syarikat yang termasuk dalam latihan perbandingan ini masih belum lagi melaksanaankan kaedah baru bagi pengiraan harga produk insurans mereka.

Tetapi kali ini berbeza, jelas sekali syarikat insurans dan takaful rata-rata sudah pun mula menggunakan kaedah pengiraan harga yang berasaskan profil risiko pengguna. Untuk keterangan lanjut tentang profil risiko pemandu, lihat infografik menarik di sini: Infografik – Harga Insurans Kereta Anda Bergantung Kepada Sikap Anda Sebagai Pemandu

harga insurans kereta

 

Perbezaan yang agak ketara boleh dilihat pada harga yang ditawarkan oleh Syarikat Takaful Malaysia yang terendah di kalangan syarikat yang dibandingkan. Manakala Etiqa and AmGeneral adalah yang tertinggi yang juga disebabkan oleh sum insured yang lebih tinggi berbanding syarikat lain.

Berdasarkan harga yang ditunjukkan di atas, penjimatan sebanyak 24% boleh diperolehi jika dibanding harga tertinggi dengan harga yang terendah. Akan tetapi, perhatian perlu diberi pada sum insured yang berbeza.

 

Mengapa Sum Insured penting?

Sum insured di dalam gambarajah di atas adalah nilai yang disyorkan oleh syarikat insurans dan takaful masing-masing ketika permintaan harga insurans kereta dibuat. Etiqa dan AmGeneral/ Kurnia di sini mengesyorkna harga yang berbeza yang lebih tinggi berbanding syarikat lain. Salah satu faktor utama yang menentukan harga insurans kereta adalah sum insured. Lebih tinggi nilaui sum insured lebih tinggi harga insurans.

 

Kesudahan

Kebanyakan syarikat insurans dan takaful sudah pun mula menentukan harga sendiri bagi produk masing-masing. Perubahan dari segi harga berbanding sebelum terlaksananya liberalisasi tarif mengikut syarat yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia iaitu di antara 10%.

Kerana terdapatnya pemansuhan tarif, sesetengah syarikat mungkin menurunkan harga berbanding sebelumnya manakala syarikat lain pula mengalami kenaikan harga. Jadi terpulanglah kepada pengguna untuk pandai-pandai membandingkan harga.

 

Berikut adalah screen shot sebutharga dari syarikat insurans dan takaful yang dibandingkan.

Takaful Ikhlas

Syarikat Takaful Malaysia

 

Berjaya Sompo

harga insurans kereta 2017

 

Etiqa Insurance

AmGeneral & Kurnia

 

AXA Affin

The post Banding dan Jimat Sehingga 24% Harga Insurans Kereta 2017 Setelah Pemansuhan Tarif appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/banding-dan-jimat-sehingga-24-harga-insurans-kereta-setelah-pemansuhan-tarif-2017/feed/ 0 31096
Infografik: Harga Insurans Kereta Anda Bergantung Kepada Sikap Anda Sebagai Pemandu https://ibanding.com.my/harga-insurans-kereta-anda-bergantung-kepada-sikap-anda-sebagai-pemandu/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=harga-insurans-kereta-anda-bergantung-kepada-sikap-anda-sebagai-pemandu https://ibanding.com.my/harga-insurans-kereta-anda-bergantung-kepada-sikap-anda-sebagai-pemandu/#comments Fri, 27 Oct 2017 01:00:39 +0000 https://ibanding.com.my/?p=30933 Anda sudah tahu? Harga insurans kereta 2017 tidak lagi mengikut struktur tarif yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia! Perubahan ini berlaku pada 1hb Julai 2017 di mana pemansuhan tarif, atau liberalisasi tarif insurans kenderaan telah pun dilaksanakan di seluruh Malaysia. Scroll untuk infografik menarik di bawah atau klik di sini. Sebelumnya, harga insurans kenderaan ditetapkan...

The post Infografik: Harga Insurans Kereta Anda Bergantung Kepada Sikap Anda Sebagai Pemandu appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
Anda sudah tahu? Harga insurans kereta 2017 tidak lagi mengikut struktur tarif yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia!

Perubahan ini berlaku pada 1hb Julai 2017 di mana pemansuhan tarif, atau liberalisasi tarif insurans kenderaan telah pun dilaksanakan di seluruh Malaysia.

Scroll untuk infografik menarik di bawah atau klik di sini.

Sebelumnya, harga insurans kenderaan ditetapkan oleh BNM. Jadi tidak kiralah anda membeli insurans atau Takaful dari mana syarikat atau pengendali Takaful sekali pun, harga yang dikenakan adalah serupa. Harga dahulu berdasarkan 2 perkara utama: Saiz enjin kenderaan dan juga harga yang diinsuranskan (sama ada harga pasaran atau harga yang dipersetujui).

Faktor-faktor yang menentukan harga insurans kereta hari ini

Tetapi kini sudah lain! Harga insurans kereta ditentukan oleh macam-macam faktor. Contohnya: Faktor kenderaan seperti usia kereta, saiz enjin, kadar kecurian model kereta tersebut, sistem keselamatan yang dimuatkan pada kereta; faktor pemandu seperti pengalaman memandu, pekerjaan, taraf perkahwinan, rekod kesalahan lalu lintas, rekod tuntutan insurans dan lain-lain.

Di iBanding, kami sudah sering kali menyentuh topik liberalisasi insurans kenderaan secara detail dan menyeluruh untuk pengetahuan pengguna-pengguna di negara ni. Jadi kali ini kita lihat pula infografik mudah difahami yang menyentuh liberalisasi tarif insurans dari aspek sikap pengguna atau pemandu sendiri.

 

Infografik: Pemandu Berisiko Tinggi vs. Pemandu Berisiko Rendah

Penerangan lengkap didapati di bawah.

Infografik: Harga Insurans Kereta Anda Bergantung Kepada Sikap Anda Sebagai Pemandu

Kongsikan Infografik ini di laman web anda!

 

Sikap pemandu menentukan harga insurans kereta!

Harga insurans kereta kini ditentukan oleh profil risiko pemilik polisi atau pemandu kereta yang diinsuranskan. Secara ringkas:

Pemandu berisiko tinggi = Lebih tinggi harga insurans 

Pemandu berisiko rendah = Lebih rendah harga insurans 

harga insurans kereta
 

1. Pemandu Selamat vs Pemandu Bahaya

Pemandu yang selamat adalah mereka yang sentiasa berwaspada di jalanraya. Bertimbang-rasa dan mementingkan keselamatan diri, penumpang dan juga pengguna jalanraya yang lain.

Kerana sikap berhati-hati mereka, mereka tidak mudah menyebabkan kemalangan dan tidak juga terlibat dalam kemalangan.  Dengan itu, mereka juga tiada rekod tuntutan yang dibuat terhadap polisi insurans kenderaan mereka.

Pemandu bahaya pula gopoh dan tidak bertimbang rasa. Memandu dengan cuai di jalanraya dan tidak menghiraukan keselamatan orang lain dan juga diri sendiri. Mereka tidak beri perhatian kepada pemanduan mereka dan sering mengguna telefon bimbit ketika memandu.

Mereka kerap terlibat dalam kemalangan atau pernah mempunyai rekod kemalangan. Oleh itu mereka juga mempunyai rekod tuntutan yang dibuat terhadap polisi insurans mereka.

Pemandu selamat: Pemandu dan pemilik polisi insurans dan Takaful kenderaan sebegini dianggap berisiko rendah oleh syarikat insurans dan pengendali Takaful. Ini bererti untuk melindungi kenderaan mereka, syarikat insurans tidak perlu menanggung risiko yang tinggi. Oleh itu, harga insurans mereka adalah lebih rendah berbanding pemandu bahaya.

Pemandu bahaya: Pemandu berbahaya dianggap berisiko tinggi oleh syarikat insurans dan pengendali Takaful. Dengan itu, syarikat-syarikat ini akan menanggung risiko yang lebih besar jika mereka setuju untuk memberi perlindungan insurans terhadap kenderaan yang dimiliki atau dipandu oleh pemandu bahaya. Oleh itu, harga yang dikenakan adalah lebih tinggi, di mana ianya setimpal dengan risiko yang ditanggung oleh syarikat insurans.

 

2. Pemandu Yang Ikut Peraturan vs Pemandu Yang Langgar Peraturan

Pemandu yang sentiasa menurut peraturan lalu lintas secara amnya adalah pemandu yang berhati-hati. Mereka tidak melanggar peraturan trafik sewenang-wenangnya. Oleh itu, merka juga tiada rekod kesalahan seperti saman polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Jadi mereka ini adalah di antara pemandu selamat yang disebut di atas.

Pemandu yang sering melanggar peraturan lalu lintas pula memandang ringan undang-undang trafik. Memandu melebihi hadlaju, mengguna telefon bimbit ketika memandu, memotong ketika berada dalam double line, melanggar lampu isyarat merah. Peraturan sebegini tidak dianggap penting bagi mereka. Saman polis dan JPJ sudah menjadi kebiasaan bagi mereka.

Pemandu taat peraturan: Pemandu ini sama seperti pemandu selamat di atas, di mana mereka dianggap berisiko rendah. Maka lebih murahlah harga insurans kereta mereka.

Pemandu yang sering melanggar peraturan: Mereka ini pula dianggap pemandu berbahaya dan berisiko tinggi. Maka harga insurans mereka adalah tinggi kerana kos untuk melindungi kenderaan mereka oleh syarikat insurans adalah lebih tinggi.

 

3. Pemandu Cermat vs Pemandu Lalai

Ini dilihat dari aspek penjagaan kenderaan dan bukan dari aspek pemanduan. Pemandu cermat menjaga kenderaan mereka dengan baik. Mereka sentiasa pastikan keselamatan kenderaan mereka. Ini termasuklah memastikan kenderaan diletak di tempat yang selamat dan sentiasa berkunci. Ciri-ciri keselamatan tambahan juga dipasang pada kenderaan seperti anti-theft system dan steering lock.

Tetapi bukan itu saja, mereka juga pastikan keadaan kenderaan mereka baik dengan menghantar kenderaan mereka ke bengkel untuk servis tepat pada masanya.

Pemandu yang lalai pula melakukan yang sebaliknya. Mereka tidak menghiraukan keselamatan kenderaan mereka. Meletakkan tempat di tempat gelap, yang tinggi kadar jenayahnya. Mendedahkan kereta mereka kepada kecurian dengan tidak mengunci atau memasang alat keselamatan tambahan.

Pemandu cermat: Kerana keselamatan kereta mereka dijaga, maka kemungkinan kereta mereka dicuri, atau terlibat dalam kemalangan yang berpunca dari kereta yang tidak diservis adalah lebih rendah. Jadi pemandu sebegini menikmati harga insurans yang lebih murah.

Pemandu lalai: Mereka membahayakan kenderaan mereka. Mendedahkan kereta mereka kepada kecurian dan kemalangan. Mereka dianggap berisiko tinggi, Maka harga insurans kereta mereka juga adalah lebih tinggi.

 

Tanggungjawab anda sebagai pemilik kenderaan dan pemandu

Sememangnya adalah tanggungjawab kita untuk memastikan keselamatan diri juga pengguna jalanraya lain. Tetapi dengan liberalisasi tarif insurans, kini kita juga mempunyai tanggungjawab tambahan.

Harga insurans kenderaan kita kini bergantung kepada sikap kita sendiri sebagai pemilik dan pemandu. Tinggi atau rendah, sedikit-sebanyak dapat kita kawal harganya. Terpulanglah kepada diri sendiri.

 

 

The post Infografik: Harga Insurans Kereta Anda Bergantung Kepada Sikap Anda Sebagai Pemandu appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/harga-insurans-kereta-anda-bergantung-kepada-sikap-anda-sebagai-pemandu/feed/ 3 30933
Pemandu Cermat Nikmati Harga Insurans Lebih Rendah https://ibanding.com.my/liberalisasi-tarif-insurans-motor-ganjaran-kepada-pemandu-cermat/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=liberalisasi-tarif-insurans-motor-ganjaran-kepada-pemandu-cermat https://ibanding.com.my/liberalisasi-tarif-insurans-motor-ganjaran-kepada-pemandu-cermat/#respond Wed, 13 Sep 2017 01:30:40 +0000 https://ibanding.com.my/?p=29934 Tanggal 1hb Julai 2017 adalah satu tarikh penting bagi industri insurans dan Takaful kenderaan di negara ini sempena pelaksanaan liberalisasi tarif insurans kenderaan. Ini adalah langkah yang besar di mana selama lebih 30 tahun harga insurans kenderaan dikawal oleh bank pusat – Bank Negara Malaysia. Liberalisasi tarif insurans kenderaan telahpun mengubah keadaan ini. Apa itu...

The post Pemandu Cermat Nikmati Harga Insurans Lebih Rendah appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>

Tanggal 1hb Julai 2017 adalah satu tarikh penting bagi industri insurans dan Takaful kenderaan di negara ini sempena pelaksanaan liberalisasi tarif insurans kenderaan. Ini adalah langkah yang besar di mana selama lebih 30 tahun harga insurans kenderaan dikawal oleh bank pusat – Bank Negara Malaysia. Liberalisasi tarif insurans kenderaan telahpun mengubah keadaan ini.

Apa itu liberalisasi tarif insurans kenderaan?

Sebelum pelaksanaan liberalisasi tarif, harga insurans kenderaan ditentukan oleh 2 faktor utama iaitu: saiz enjin kenderaan (cc) dan sum insured (harga yang diinsuranskan). Harga ini mengikut struktur tarif yang ditentukan dan dikawal oleh BNM. Hari ini, keadaan telah pun berubah semenjak pelaksanaan liberalisasi tarif berfasa yang dilaksanakan pada bulan Julai 2017 di mana tarif kenderaan ini telah pun dimansukkan.

 

Sistem pengiraan premium yang tidak adil

Sistem tarif terdahulunya sememangnya memberi kelebihan dan juga keburukan terhadap pengguna di Malaysia. Berikut beberapa sebab mengapa liberalisasi tarif diperlukan dan bagaimana ianya boleh memberikan faedah kepada pengguna:

1. Pemandu berisiko rendah vs pemandu berisiko tinggi

Di dalam pasaran bertarif (sebelum pelaksanaan liberalisasi tarif), harga insurans tidak mengambil kira faktor sikap pemandu dan pengurusan risiko pemandu. Ini bererti pemandu cermat yang patuhi undang-undang jalanraya dan tidak pernah membuat sebarang tuntutan insurans dikenakan bayaran yang sama dengan pemandu berisiko tinggi yang melanggar peraturan jalanraya dan pernah melakukan tuntutan terhadap insuransnya – selagi kenderaan mereka mempunyai saiz enjin dan jumlah diinsuranskan yang sama.
Ini digambarkan di bawah (Sumber: BNM).

 

liberalisation of motor insurance

 

2. Model kenderaan berisiko tinggi vs model kenderaan berisiko rendah

Gambarajah di bawah oleh Vehicle Theft Reduction Council Malaysia menunjukkan 10 model kenderaan teratas yang sering dicuri dalam tahun 2016 di negara ini.
Dari tahun 2011 hingga 2016, syarikat-syarikat insurans dan Takaful telah pun membayar lebih RM 2.8 bilion bagi tuntutan kecurian.

Kerana harga insurans telah pun ditetapkan mengikut tarif, syarikat insurans danpengendali Takaful tidak dapat mengenakan harga yang lebih tinggi terhadap model kenderaan yang cenderung kepada kecurian.

Ini menghasilkan keadaan di mana semua model kenderaan di mana saiz enjin dan sum insured yang sama dikenakan harga insurans yang sama, walaupun sesetengah darinya lebih kerap dicuri. Contohnya Toyota Vellfire dan Toyata Alphard.

Setelah pelaksanaan liberalisasi tarif, syarikat insurans kini boleh mengenakan harga yang lebih tinggi bagi model yang sering dicuri seperti Toyota Vellfire, dan harga yang lebih rendah seperti Toyota Alphard.

 

Kerugian bagi pemandu risiko rendah di dalam pasaran bertarif

Kerana harga insurans yang telah ditetapkan oleh tarif dalam kedua-dua sinario dia atas, apa yang ketara adalah:

1. Pemandu cermat yang berisiko rendah membayar harga yang sama bagi insurans kenderaan mereka seperti pemandu lalai yang berisiko tinggi 

2. Model kenderaan berisiko rendah dikenakan harga insurans yang sama seperti model kenderaan berisiko tinggi yang menjadi sasaran pencuri.

Ini telah menimbulkan keperluan subsidi silang yang ketara. Di mana pemandu berisiko rendah terpaksa menanggung beban yang disebabkan oleh pemandu lalai. Di sebuah pasaran yang adil, pemandu sepatutnya membayar mengikut tahap risiko masing-masing.

 

Liberalisasi tarif insurans kenderaan: Faktor risiko yang diperluaskan memberi ganjaran kepada pengurusan risiko yang baik

Setelah pelaksanaan liberalisasi tarif, syarikat insurans dan pengendali Takaful kini bebas dalam menentukan cara mereka mengira dan menentukan harga bagi produk insurans mereka. Pemansuhan tarif ini telah mewujudkan sistem harga yang lebih adil di mana pemandu selamat dengan pengurusan risiko yang baik diberikan ganjaran harga insurans yang lebih rendah.

Kini lebih dari 2 faktor menentukan harga insurans kenderaan yang mengambil kira profil risiko pemegang polisi. Ini dikenali sebagai risk-based pricing.

Gambarajah di bawah yang disediakan oleh BNM menunjukkan faktor-faktor yang menentukan harga insurans. 2 faktor berwarna merah adalah yang digunapakai di pasaran bertarif sebelum ini. Ini diikuti dengan 3 faktor berwarna oren yang juga mempengaruhi harga insurans.

liberalisation of motor insurance

 

  • Loading: Syarikat insurans dibenarkan menaikkan harga insurans sebanyak tidak lebih 15% dari harga premium bagi sebab loading. Contoh loading adalah kenderaan tua dan pemandu muda.
  • NCD: Diskaun yang diberi semasa pembaharuan polisi jika tiada tuntutan dibuat pada 12 bulan tempoh polisi sebelumnya.

Liberalisasi tarif insurans kenderaan memperkenalkan beberapa faktor baru yang digunakan dalam menentukan harga insurans. Seperti yang ditunjukkan di dalam gambarajah di atas yang berwarna biru.

  • Model kenderaan: Seperti yang dinyatakan di atas, sesetengah model kereta lebih cenderung kepada kecurian berbanding model lain. Kini, model kenderaan sebegini dikenakan harga insurans yang lebih tinggi.
  • Pengalaman memandu: Pemandu yang mempunyai pengalaman memandu yang lebih lama dianggap berisiko rendah berbanding pemandu yang baru mula memandu. Kini, pemandu yang telah lama memandu akan dikenakan kadar insurans yang lebih rendah.
  • Sikap pemandu: Pemandu-pemandu yang memandu dengan selamat dan tidak mempunyai rekod kesalahan lalu lintas dianggap berisiko rendah. Maka mereka menikmati kadar insurans yang lebih rendah berbanding pemandu yang banyak melakukan kesalahan.
  • Ciri-ciri keselamatan: Kenderaan yang memiliki ciri-ciri keselamatan tambahan dianggap lebih selamat dan berisiko lebih rendah terhadap kecurian. Kenderaan seperti ini dikenakan kadar insurans yang lebih rendah.

Dengan harga berdasarkan profil risiko, pemegang polisi/ pemandu kini boleh mengharapkan kadar harga insurans kenderaan yang lebih adil.

 

Peranan pengguna

Dengan adanya sistem harga yang bergantung kepada risiko pemegang polisi, kini pengguna mempunyai lebih kuasa untuk menentukan harga insurans kenderaan mereka sendiri. Pengguna boleh melakukan beberapa perkara seperti di bawah untuk mengawal harga insurans mereka:

1. Pastikan keselamatan kenderaan bagi elakkan kecurian. Letakkan kenderaan di kawasan yang selamat, pasangkan alat pencegahan kecurian seperti immobilizer dan kunci tambahan.

2. Pandu dengan cermat dan selamat serta elakkan melakukan kesalahan lalulintas.

3. Bandingkan produk yang ditawarkan oleh beberapa syarikat insurans dan Takaful dan juga bandingkan harga mereka. Produk perlulah mengikut keperluan, manakala harga perlulah bersesuaian dengan skop perlindungan dan bajet masing-masing.

 

Direktori Ejen Insurans dan Takaful

Untuk membandingkan harga insurans kenderaan anda, gunakan direktori ejen insurans dan hubungi ejen-ejen dari syarikat insurans dan Takaful berlainan yang berdekatan dengan anda.

The post Pemandu Cermat Nikmati Harga Insurans Lebih Rendah appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/liberalisasi-tarif-insurans-motor-ganjaran-kepada-pemandu-cermat/feed/ 0 29958
Perbandingan Harga Insurans Kenderaan Setelah Pemansuhan Tarif https://ibanding.com.my/perbandingan-harga-insurans-kenderaan-setelah-pemansuhan-tarif/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=perbandingan-harga-insurans-kenderaan-setelah-pemansuhan-tarif https://ibanding.com.my/perbandingan-harga-insurans-kenderaan-setelah-pemansuhan-tarif/#comments Fri, 18 Aug 2017 11:32:38 +0000 https://ibanding.com.my/?p=29137 The post Perbandingan Harga Insurans Kenderaan Setelah Pemansuhan Tarif appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>

Dengan pemansuhan tariff insurans kenderaan yang dilaksanakan pada bulan Julai tahun ini, ianya kini penting bagi pengguna untuk membandingkan harga insurans kenderaan. Ini adalah kerana harga yang dikenakan syarikat insurans mungkin berbeza-beza.

Dahulunya, harga insurans kenderaan dikawal oleh Bank Negara yang berpandukan struktur tariff berdasarkan saiz enjin kenderaan dan harga pasaran kenderaan. Tetapi kini harga ditetapkan oleh profil risiko pemandu atau pemilik polisi.

Baru-baru ini, seorang rakan kami di iBanding perlu memperbaharui polisi insurans keretanya yang hampir luput tarikh. Kami dengan segera ambil kesempatan ini untuk menyelidik harga yang dikenakan oleh syarikat-syarikat insurans dan Takaful untuk membuat perbandingan. Tujuannya kami ingin tahu bagaimana liberalisasi tariff telah pun mengubah harga insurans yang dikenakan terhadap pemandu di Malaysia.

Perbaharui insurans kenderaan anda di talian bersama iBanding

6 syarikat dibandingkan

Kami telah menggunakan portal di talian 6 syarikat di bawah untuk mendapatkan sebutharga polisi:

1. Syarikat Takaful Malaysia
2. Takaful Ikhlas
3. Berjaya Sompo
4. AXA Affin
5. Etiqa Insurance
6. AmGeneral / Kurnia

 

Subjek kajian

Kajian kami berdasarkan subjek tersebut:

  • Model kenderaan : MYVI SE ZHS
  • Tahun: 2014
  • Jantina: Lelaki
  • Taraf perkahwinan: Bujang
  • Bank pinjaman sewa beli : ~
  • Numbor kenderaan: ~
  • NCD: 30%
  • Jenis polisi: Polisi komprehensif

Dengan maklumat di atas, kami terus dapatkan harga pasaran bagi kereta tersebut di MyCarInfo yang memberi jumlah sebanyak: RM29,000.  

 

Maklumat yang diminta:

Kami dapati beberapa maklumat yang sebelum ini tidak diperlukan kini diminta setelah pelaksanaan liberalisasi tarif insurans kenderaan di laman web syarikat-syarikat yang kami selidik. Rajah di bawah menunjukkan maklumat yang diminta oleh setiap syarikat.

Tanda:
X – maklumat wajib

Nama syarikat insurans Etiqa Sykt Takaful Berjaya Sompo AXA Affin Takaful Ikhlas AmGeneral / Kurnia
Pekerjaan X   X X X X
Garaj   X X X X X
Ciri keselamatan   X X X X X
Sistem anti kecurian   X X X X X
Jenis impot   X X X X  
Pengalaman memandu X     X X  
Jumlah tuntutan X     X X  
Kesalahan besar trafik X   X X    
Syarikat insurans terdahulu X   X   X  
Varien kenderaan X         X
Jenis lesen memandu X     X    
Tujuan insurans       X    
No. pendaftaran kenderaan   X       X
Nombor enjin   X X      
Maklumat chasis   X     X  
Jumlah maklumay diperlukan 7 7 8 10 9 6

 

Keterangan:
Ciri keselamatan: Peralatan atau teknologi yang membantu dalam pencegahan kemalangan. Contoh seperti airbag, brek anti-lock (ABS), traction control, electronic stability control, tali pinggang keselamatan, sistem accident avoidance, monitor tekanan tayar dan telematik.

Anti kecurian: Sebarang peralatan yang mencegah atau mengesan akses terlarang pada kenderaan. Contohnya seperti, kunci gear, kunci pada stering, crook lock dan kunci pedal break.

 

Keputusannya: Perbandingan harga insurans kereta

Rajah di bawah menunjukkan sebutharga bagi premium insurans kereta rakan kami oleh 6 syarikat yang dibandingkan:

Syarikat insurans Etiqa Sykt Takaful Berjaya Sompo AXA Affin Takaful Ikhlas AmGeneral / Kurnia
Jumlah perlindungan RM 29,000 RM 29,000 RM 29,000 RM 29,000 RM 32,000
Harga insurans RM 1001.8 RM 1,101.98 RM 1,001.80 RM 1,001.80 RM 1187.78

*Kajian ini dilakukan di penghujung bulan Julai.

 

Keputusannya, walaupun dijangka, tetap memeranjatkan kami sedikit. Walaupun perubahan drastik yang serta merta tidak munasabah, kami tidak menjangka bahawa tiada perubahan langsung pada harga yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tersebut.

Hanya satu syarikat yang harganya sangat berbeza iaitu AmGeneral/ Kurnia, akan tetapi ini adalah berpunca daripada jumlah perlindungan yang lebih tinggi yang tidak dapat kami ubah.

Di penghujung artikel ini, kami menyertakan pengalaman kami semasa memperbaharui insurans dengan setiap syarikat yang kami senaraikan. Harapan kami agar ini dapat membantu pembaca kami membanding bukan sekadar harga tetapi juga kemudahan online platform syarikat-syarikat insurans dan Takaful yang dikaji.

 

Kesimpulan kajian kami

Fasa kedua liberalisasi tarif insurans kenderaan yang dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia membolehkan syarikat insurans dan Takaful menetapkan harga bagi produk insurans masing-masing. Buat masa ini mungkin agak terlalu awal untuk membuat penilaian terhadap perubahan yang dibawa oleh perlaksanaannya.

Syarikat insurans masing-masing masih mengambil langkah berhati-hati dalam melaraskan strategi harga mereka sementara memerhatikan langkah yang diambil oleh pesaing.

Ini masa yang kritikal bagi syarikat insurans dan Takaful. Perancangan yang terperinci diperlukan dalam menentukan harga baru bagi produk insurans agar tiada impak negatif terhadap keuntungan dan bahagian pasaran masing-masing.

Walaupun kesan pelaksanaan pemansuhan tarif buat masa ini masih di tahap minima, akan tetapi pengguna tetap akan merasai perubahannya kelak. Syarikat insurans sudah pun mula melancarkan produk baru yang inovatif untuk menarik minat pelanggan. Contohnya seperti AXA FlexiDrive yang diperkenalkan pada bulan Julai yang buat ulung kalinya, membawa insurans berteknologikan telematik ke negara ini.

Pengguna perlu bersedia menghadapi perubahan. Sikap tidak apa terhadapnya mungkin akan menyebabkan pengguna bukan sahaja dikenakan harga yang lebih tinggu bagi polisi insurans kenderaan mereka, tetapi juga pengguna mungkin terbeli polisi tambahan yang tidak diperlukan yang lebih mahal. Pengguna perlu menyedari bagaimana profil risiko masing-masing memberi kesan kepada harga polisi insurans mereka serta produk yang mereka perlukan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang liberalisasi tarif insurans kenderaan, baca di sini.

 

   Perbandingan Pengalaman Pengguna

 

Kami menggunakan portal online 6 syarikat insurans dan Takaful untuk mendapatkan sebutharga bagi pembaharuan polisi kami. Di sini kami buat ulasan pengalaman kami bagi setiap satu syarikat. 

1. Etiqa

Pada mulanya Etiqa hanya menanyakan maklumat asas sahaja seperti di bawah. Tetapi sebaik sahaja kami klik “get a quote” (dapatkan sebutharga), kami perlu memasukkan maklumat terperinci. Apa yang wajar disebutkan di sini, Etiqa tidak meminta maklumat tentang garaj, ciri keselamatan dan sistem anti kecurian. Walau bagaimanapun, Etiqa meminta maklumat-maklumat yang tidak diminta oleh syarikat lain seperti varien kenderaan, jenis lesen memandu dan nombor pendaftaran.

Kami tidak dapat sebutharga oleh Etiqa, sebaliknya kami mendapat mesej: “NCD confirmation is unavailable as confirmation already been taken earlier. Make sure no duplicate confirmation request, if not the confirmation already taken by another insurance / Takaful company”. Malangnya kami tidak dapat meneruskan proses pembaharuan polisi bersama Etiqa. Dan kerana itu, kami terpaksa menolak satu bintang dari pengalaman kami bersama Etiqa.

 

 

Jumlah maklumat diperlukan: 7
Keseluruhan pengalaman pengguna: 

(4 daripada 5 bintang)

 

2. Syarikat Takaful Malaysia

Proses pembaharuan polisi dengan Syarikat Takaful Malaysia senang sekali kerana mereka menggunakan platform online mereka tersendiri yang ringkas dan cepat. Pengguna boleh mendapatkan sebutharga serta merta dengan skrin pertama seperti di bawah.

Takaful Malaysia tidak meminta banyak maklumat. Mereka juga tidak meminta maklumat seperti pekerjaan, pengalaman memandu, kesalahan trafik, iaitu maklumat-maklumat yang berkenaan dengan profil risiko.

 

Skrin pertama di laman Syarikat Takaful Malaysia untuk dapatkan sebutharga.

 

Jumlah maklumat diperlukan: 7
Keseluruhan pengalaman pengguna: 

(5 daripada 5 bintang)

 

3. Berjaya Sompo

Proses pembaharuan polisi bersama Berjaya Sompo di talian satu proses yang panjang. Kami terpaksa memasukkan segala maklumat sendiri secara manual. Berjaya Sompo memerlukan 8 maklumat.

 

Skrin pertama di portal online Berjaya Sompo.

 

Jumlah maklumat diperlukan: 8
Keseluruhan pengalaman pengguna: 

(3 daripada 5 bintang)

 

4. AXA Affin

Proses Axa Affin kelihatan amat ringkas. Dengan hanya beberapa soalan kami sudahpun dapat sebutharga polisi. Tapi lain pula apabila kami cuba membeli polisi ini. Kerana sebaik sahaja kami cuba teruskan untuk membaharui polisi setelah mendapat sebutharga itu, kami ditanya pula beberapa soalan lagi dan diberi harga berbeza.

Berbanding syarikat lain, Axa Affin meminta paling banyak maklumat daripada pelanggan. Proses keseluruhannya amat panjang dan remeh.

 

motor insurance prices

Skrin pertama portal online Axa Affin

 

Jumlah maklumat diperlukan: 10
Keseluruhan pengalaman pengguna: 

(2 daripada 5 bintang)

 

5. Takaful Ikhlas

Proses mendapatkan sebutharga/ memperbaharui polisi melalui portal Takaful Ikhlas adalah sama dengan Berjaya Sompo. Ini kerana kedua-dua syarikat ini menggunakan portal yang sama.

Takaful Ikhlas meminta maklumat seperti nombor chasis yang tidak diminta syarikat lain kecuali Syarikat Takaful Malaysia. Prosesnya secara keseluruhan, panjang dan remeh.

 

motor insurance prices

Proses untuk memperbaharui/ membeli polisi kenderaan dari Takaful Ikhlas.

 

Jumlah maklumat diperlukan: 9
Keseluruhan pengalaman pengguna: 

(3 daripada 5 bintang)

 

6. AmGeneral/Kurnia

Proses kami lalui dengan AmGeneral/Kurnia sangat mudah. AmGeneral/Kurnia meminta hanya 6 maklumat kerana kebanyakan maklumat lain didapati secara otomatik berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan. Walau bagaimanapun, kami mengalami kesulitan sistem, mesej yang kami terima adalah:  “Could not complete the request. Please retry, reason undefined”.

 

motor insurance prices

Mesej kesulitan yang kami terima.

 

Kami periksa segala maklumat yang kami berikan tetapi tiada kesilapan yang kami temui. Kami cuba sekali lagi dan kali ini berjaya! Tetapi kerana kesulitan ini, kami terpaksa menolak satu bintang.

Satu lagi kelemahan yang kami dapati di sini ialah di mana kami tidak dapat mengubah jumlah perlindungan seperti di portal syarikat lain. Tolak satu lagi bintang.

 

Skrin pertama portal insurans motor AmGeneral/ Kurnia

 

Jumlah maklumat diperlukan: 6
Keseluruhan pengalaman pengguna: 

(3 daripada 5 bintang)

The post Perbandingan Harga Insurans Kenderaan Setelah Pemansuhan Tarif appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/perbandingan-harga-insurans-kenderaan-setelah-pemansuhan-tarif/feed/ 1 29137
Liberalisasi Berfasa Tarif Insurans Kenderaan dan Kebakaran – 7 Perkara yang Perlu Diketahui https://ibanding.com.my/liberalisasi-berfasa-tarif-kenderaan-dan-kebakaran-7-perkara-yang-perlu-diketahui/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=liberalisasi-berfasa-tarif-kenderaan-dan-kebakaran-7-perkara-yang-perlu-diketahui https://ibanding.com.my/liberalisasi-berfasa-tarif-kenderaan-dan-kebakaran-7-perkara-yang-perlu-diketahui/#respond Thu, 18 May 2017 06:33:16 +0000 https://ibanding.com.my/?p=23224   Kurang 2 bulan sahaja lagi liberalisasi berfasa tarif insurans dan kebakaran akan dilaksanakan di Malaysia. Kita bakal berhadapan dengan suatu perubahan yang sangat besar di dalam industri insurans dan Takaful. Ia akan memberi implikasi kepada kita semua yang memiliki kenderaan bermotor. Di sini ada 7 perkara yang perlu kita ketahui:   Liberalisasi Berfasa Tarif...

The post Liberalisasi Berfasa Tarif Insurans Kenderaan dan Kebakaran – 7 Perkara yang Perlu Diketahui appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
 

Kurang 2 bulan sahaja lagi liberalisasi berfasa tarif insurans dan kebakaran akan dilaksanakan di Malaysia. Kita bakal berhadapan dengan suatu perubahan yang sangat besar di dalam industri insurans dan Takaful. Ia akan memberi implikasi kepada kita semua yang memiliki kenderaan bermotor. Di sini ada 7 perkara yang perlu kita ketahui:

 

Liberalisasi Berfasa Tarif Kenderaan dan Kebakaran – Apa yang perlu anda ketahu:

1. Apakah ertinya – Liberalisasi Berfasa Tarif bermakna Bank Negara Malaysia yang selama ini mengawal harga polisi insurans kenderaan dan kebakaran tidak lagi akan berbuat demikian. Ini bererti syarikat insurans dan Takaful boleh menetapkan harga polisi masing-masing.

 

2. Tarikh pelaksanaanLiberalisasi berfasa ini akan dilaksanaakan dengan berperingkat. Fasa pertama bermula 1hb Julai 2016 lalu, di mana syarikat insurans dan Takaful sudah boleh memperkenalkan produk-produk insurans kenderaan mengikut harga pasaran yang tidak lagi ditarif. Fasa kedua akan dilaksanakan pada 1hb Julai 2017. Di sini kita akan mula rasa impaknya kerana harga insurans kenderaan kita tidak lagi akan sama dengan tahun-tahun sebelumnya. Akan tetapi, polisi Pihak Ketiga tidak akan berubah dengan pelaksanaan ini. Ianya hanya akan diubah secara gradual.

 

3. Mengapa ia dilaksanakan – Perubahan ini adalah sesuatu yang perlu dilakukan memandangkan kos bagi polisi Pihak Ketiga yang sangat tinggi bagi syarikat insurans dan Takaful. Kos ini tidak seimbang dengan premium yang diterima. Kos tuntutan sebenar yang ditanggung oleh syarikat insurans dan Takaful pada masa ini ialah RM 1.30 – RM 3.00 bagi setiap RM 1.00 premium yang diterima. Liberalisasi tariff juga akan memperkenalkan harga yang lebih adil dan seimbang bagi pengguna di mana pemandu berhati-hati dan selamat akan dikenakan harga insurans yang lebih rendah berbanding pemandu bahaya yang berisiko tinggi. Konsep ini bukanlah sesuatu yang baru malah ianya telah pun dipraktikkan di banyak negara selama bertahun-tahun.

 

4. Harga – Harga insurans dan Takaful kenderaan di bawah liberalisasi tarif akan mengambil kira faktor risiko pemandu. Ini berbeza dengan sistem sedia ada di mana hanya faktor kenderaan yang menentukan harga (size enjin dan harga pasaran kenderaan). Kerana harga yang telah ditarif, harga yang kita dikenakan selama ini adalah lebih kurang sama sahaja tidak kira dari syarikat mana kita dapatkan polisi insurans dan Takaful kenderaan kita.

 

5. Pengiraan premium berdasarkan profil risiko – Profil risiko pemandu memberi gambaran atau kebarangkalian seseorang pemandu melakukan tuntutan terhadap polisi insuransnya dan jumlah tuntutan yang akan dibuat. Faktor yang akan menentukan profil risiko termasuk: Jantina, pengalaman memandu, rekod tuntutan, kawasan kediaman, pekerjaan, jenis kenderaan dan model, pengunaan kenderaan, dan rekod kesalahan trafik. Di bawah liberalisasi tarif, syarikat insurans dan Takaful akan melihat profil risiko pemegang polisi untuk menentukan harga yang akan dikenakan. Ini bererti, pemandu berisiko rendah akan dikenakan harga lebih rendah.

 

6. Apa yang dijangkan akan berlaku – Selain dari perubahan dari segi harga insurans, kita boleh jangkakan persaingan hebat di kalangan syarikat insurans dan Takaful dengan pelaksanaan liberalisasi berfasa tarif insurans ini. Syarikat insurans dan Takaful akan bersaing dengan cara memperkenalkan produk-produk baru yang akan menarik pelanggan dan juga meningkatkan profesionalism mereka untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik. Ini akan menguntungkan pengguna.

 

7. Peranan pengguna – Faktor yang paling diutamakan oleh pengguna adalah harga insurans, mutu perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat insurans dan juga perlindungan polisi insurans. Dengan pelaksanaan ini, harga polisi serta produk yang ditawarkan oleh setiap syarikat akan berbeza-beza. Maka wajarlah bagi pengguna untuk mula membuat bandingan sebelum menentukan polisi, harga dan syarikat yang bersesuaian. Sebelum tamatnya tempoh polisi sedia ada anda, dapatkan perkhidmatan beberapa orang ejen dan bandingkan beberapa syarikat dan polisi.

 

Ingin tahu lebih lagi tentang liberalisasi berfasa? Klik di sini!

 

 

The post Liberalisasi Berfasa Tarif Insurans Kenderaan dan Kebakaran – 7 Perkara yang Perlu Diketahui appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/liberalisasi-berfasa-tarif-kenderaan-dan-kebakaran-7-perkara-yang-perlu-diketahui/feed/ 0 23224
Infografik Liberalisasi Tarif Insurans Kenderaan Malaysia https://ibanding.com.my/infografik-liberalisasi-tarif-insurans-kenderaan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=infografik-liberalisasi-tarif-insurans-kenderaan https://ibanding.com.my/infografik-liberalisasi-tarif-insurans-kenderaan/#respond Tue, 14 Feb 2017 01:00:23 +0000 https://ibanding.com.my/?p=12719 Segala yang anda perlu tahu tentang Liberalisasi Tarif Insurans Kenderaan di Malaysia Masih ramai rakyat Malaysia yang tidak sedar bahawa kadar premium insurans kenderaan mereka akan diolah menjelang implementasi liberalisasi tarif insurans kenderaan di bulan Julai 2017 nanti. Sebelum kita ketahui lebih lanjut mengenainya, kita fahami dahulu sistem sedia ada. Click here for English version...

The post Infografik Liberalisasi Tarif Insurans Kenderaan Malaysia appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
Segala yang anda perlu tahu tentang Liberalisasi Tarif Insurans Kenderaan di Malaysia

Masih ramai rakyat Malaysia yang tidak sedar bahawa kadar premium insurans kenderaan mereka akan diolah menjelang implementasi liberalisasi tarif insurans kenderaan di bulan Julai 2017 nanti. Sebelum kita ketahui lebih lanjut mengenainya, kita fahami dahulu sistem sedia ada.

Click here for English version

Liberalisasi Insurans Malaysia

Kongsikan Infografik ini di laman web anda!

Install iBantu and be prepared for Detariffication

Sistem sekarang

Selama ini, premium insurans kenderaan di Malaysia mengikut struktur tarif yang telah ditetapkan oleh Bank Negara. Cara pengiraan premium selama ini adalah berdasarkan 2 faktor utama, iaitu:

  1. Harga pasaran kenderaan
  2. Saiz enjin kenderaan mengikut cc

Selain itu, ada 2 lagi faktor yang mungkin menjejaskan premium insurans, iaitu:

  1. Packaging – di mana syarikat insurans mungkin menambah produk atau servis tambahan yang dipakejkan sekali di dalam produk insurans kenderaan utama, contohnya polisi perlindungan dari kemalangan.
  2. Loading – sesetengah syarikat insurans mengenakan syarat tambahan atas sebab risiko yang tinggi, contohnya kenderaan yang melebihi 10 tahun.

Oleh kerana cara pengiraan premium yang dikawal adalah sama bagi semua syarikat insurans, maka premium anda adalah lebih kurang sama tidak kiralah anda membeli insurans anda dari syarikat mana sekali pun, mungkin ada perbezaan tetapi ianya tidak terlalu ketara. Perbezaan ini adalah disebabkan:

  1. Harga pasaran – harga pasaran yang digunakan setiap syarikat mungkin berbeza.
  2. Packaging – produk dan servis tambahan yang dipakejkan berbeza-beza.
  3. Loading – syarat loading yang tidak sama mengikut syarikat.

 

Apakah Perubahan yang bakal dibawa oleh Liberalisasi Tarif Insurans Kenderaan

Dengan pelaksanaan dasar ini, premium insurans kenderaan tidak lagi dikawal. Ini bermakna, setiap syarikat insurans boleh mengenakan cara masing-masing dalam pengiraan premium. Ia dinamakan “risk-based pricing”, atau pengiraan mengikut risiko. Syarikat insurans tidak hanya akan mengambil faktor kenderaan (harga pasaran dan saiz enjin) dalam pengiraan premium tetapi juga faktor pemandu. Ini bukanlah suatu konsep baru tetapi telah pun lama diamalkan di negara seperti Amerika Syarikat, UK, Germany, China dan Singapura.

 

Bagi pengguna, beberapa perubahan dapat dijangkakan:

  1. Premium lebih murah – untuk bersaing, syarikat insurans dijangka berlumba-lumba menurunkan harga premium untuk menarik pelanggan.
  2. Produk baru – produk dan servis baru yang inovatif dan menarik dijangka akan diperkenalkan untuk pengguna juga untuk bersaing sesama syarikat insurans.
  3. Peningkatan mutu perkhidmatan – syarikat insurans akan meningkatkan mutu perkhidmatan mereka untuk memikat hati pelanggan untuk bersaing dengan syarikat insurans lain.

 

Cara baru pengiraan premium – pengiraan berdasarkan risiko

Dalam erti kata mudah, pengiraan premium akan mengikut risiko yang dipercayai dimiliki oleh seseorang pemegang polisi. Ini bermakna:

Lebih tinggi risiko seseorang = lebih tinggi premiumnya.

Lebih rendah risiko seseorang = lebih rendahlah premiumnya.

Faktor risiko termasuklah:

  1. Umur pemegang polisi: Lebih muda bererti lebih cetek pengalaman memandu, maka lebih tinggi risikonya.
  2. Jantina: Wanita secara amnya memiliki risiko lebih rendah berbanding lelaki kerana mereka memandu lebih cermat.
  3. Pekerjaan/ tahap pelajaraan pemegang polisi: Secara amnya, ianya dipercayai bahawa lebih baik pekerjaan atau lebih tinggi pelajaran seseorang itu, lebih rendah risikonya.
  4. Rekod tuntutan: Jika pemegang polisi pernah membuat tuntutan insurans, maka lebih tinggilah risikonya.
  5. Jenis dan model kenderaan: Kenderaan berprestasi tinggi, kenderaan mewah dan mahal berisiko tinggi.
  6. Kegunaan kenderaan: Contohnya, kereta yang hanya diguna oleh seorang ibu untuk menghantar anak-anak kesekolah adalah berisiko lebih rendah dari kenderaan yang digunakan untuk ulang-alik ke tempat kerja di bandar-raya.

 

Jadi apa yang boleh pengguna Malaysia lakukan untuk pastikan premium insurans yang rendah?

Di sini beberapa cadangan yang boleh anda lakukan:

  1. Buat perbandingan – Jangan tunggu sehingga insurans anda tamat tempoh. Sebaliknya, sebulan sebelum tamatnya tempoh, mula dapatkan sebutharga dari beberapa syarikat insurans dan takaful dan buat perbandingan harga. Jangan hanya banding harga, juga bandingkan dari segi produk dan perkhidmatan mereka.
  2. Pastikan kenderaan anda selamat – Ingat: lebih rendah risiko, lebih murah premium. Letak di kawasan selamat, pastikan auto-lock berfungsi. Jika mampu, pasangkan dashcam. Ini akan kurangkan risiko kenderaan anda dari dicuri atau dirosakkan.
  3. Berfikir sebelum membeli – Sebelum membeli kenderaan baru, periksa dulu berapakah insuransnya.
  4. Pandu dengan cermat dan selamat – Kurangkan risiko kemalangan dengan memandu dengan selamat! Jika anda tiada rekod tuntutan, premium anda akan berkurangan.

 

Fahami liberalisasi tarif insurans kenderaan dan bagaimana ia akan menjejaskan semua pemegang polisi kenderaan di Malaysia. Kongsikan dengan ahli keluarga dan rakan agar lebih ramai yang mengetahui tentangnya. Jadilah pengguna yang bijak, bersiap-sedialah.

https://ibanding.com.my/liberalisasi-tarif-motor-insurans-rakyat-malaysia-adakah-anda-sudah-bersedia/

https://ibanding.com.my/liberalisasi-tarif-insurans-malaysia/

The post Infografik Liberalisasi Tarif Insurans Kenderaan Malaysia appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/infografik-liberalisasi-tarif-insurans-kenderaan/feed/ 0 12719
Liberalisasi Tarif Insurans Kenderaan – Rakyat Malaysia, Adakah Anda Sudah Bersedia? https://ibanding.com.my/liberalisasi-tarif-motor-insurans-rakyat-malaysia-adakah-anda-sudah-bersedia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=liberalisasi-tarif-motor-insurans-rakyat-malaysia-adakah-anda-sudah-bersedia https://ibanding.com.my/liberalisasi-tarif-motor-insurans-rakyat-malaysia-adakah-anda-sudah-bersedia/#respond Tue, 22 Nov 2016 05:09:41 +0000 https://ibanding.com.my/?p=6809 Apa itu Liberalisasi Tarif Insurans Kenderaan? Liberalisasi tarif bermaksud syarikat insurans diberi kebenaran untuk menggunakan cara tersendiri bagi pengiraan harga insurans kenderaan. Ini bermakna, setiap syarikat insurans dan takaful boleh menetapkan harga masing-masing bagi insurans dan takaful kenderaan.   Bagaimanakah pengiraan premium sekarang? Selama lebih 30 tahun, harga insurans kenderaan dikawal oleh Bank Negara Malaysia...

The post Liberalisasi Tarif Insurans Kenderaan – Rakyat Malaysia, Adakah Anda Sudah Bersedia? appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>

Apa itu Liberalisasi Tarif Insurans Kenderaan?

Liberalisasi tarif bermaksud syarikat insurans diberi kebenaran untuk menggunakan cara tersendiri bagi pengiraan harga insurans kenderaan. Ini bermakna, setiap syarikat insurans dan takaful boleh menetapkan harga masing-masing bagi insurans dan takaful kenderaan.

 

Bagaimanakah pengiraan premium sekarang?

Selama lebih 30 tahun, harga insurans kenderaan dikawal oleh Bank Negara Malaysia berdasarkan struktur tarif yang ditentukan. Bagi pengguna, ia bermakna harga premium insurans kenderaan adalah lebih kurang sama bagi semua syarikat insurans di Malaysia. Tidak hairanlah mengapa ramai di kalangan kita yang tidak keberatan membeli insurans kenderaan dari mana-mana syarikat sekali pun.

Apakah faktor yang menentukan pengiraan premium hari ini:
1. Harga pasaran kenderaan
2. Size engine kenderaan (cc)

 

Perubahan besar yang akan memberi kesan kepada kita semua

1. Pengiraan premium berdasarkan risiko

Perubahan yang dibawa oleh perlaksanaan liberalisasi tarif ini adalah besar dan akan memberi kesan kepada semua pemilik kenderaan bermotor. Antara risiko-risiko yang akan diambil kira dalam pengiraan premium adalah:

  • Jantina pemandu
  • Umur pemandu
  • Jenis kenderaan dan model
  • Tempat tinggal pemandu
  • Rekod tuntutan pemandu
  • Penggunaan kenderaan
  • Pekerjaan pemandu

Senarai ini mungkin berbeza antara syarikat-syarikat insurans. Mungkin ada syarikat yang lebih ketat dalam pengiraan premium mereka dan menggunakan banyak lagi faktor risiko dalam pengiraan mereka. Manakala mungkin juga ada syarikat yang agak longgar dalam menentukan risiko-risiko untuk pengiraan premium.

 

2. Pengenalan produk baru di pasaran

Dalam usaha untuk menjadi lebih kompetitif, syarikat insurans akan mula memperkenalkan produk-produk baru sebagai tambahan kepada polisi utama. Bagi pengguna, ini bererti lebih banyak pilihan untuk memenuhi kehendak yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun, berapa banyakkah produk ini yang akan dipakejkan sekali di dalam polisi utama yang akan menambahkan kos premium?

 

3. Peningkatan persaingan bererti peningkatan profesionalisme

Dengan pelaksanaan liberalisasi tarif yang akan memberi kesan terhadap harga premium dan juga dengan adanya pelbagai produk baru, pengguna perlu mula membuat perbandingan harga dan produk. Untuk bersaing secara agresif, syarikat-syarikat insurans terpaksa meningkatkan mutu perkhidmatan mereka agar tidak ketinggalan. Kita sebagai pengguna dijangka dapat menikmati peningkatan mutu seperti process tuntutan dan aduan.

 

Bagaimana pelaksanaan liberalisasi tarif akan menjejaskan kos premium?

Soalan yang dinanti-nantikan bukan? Malangnya tiada yang boleh memberikan jawapan tepat buat masa ini. Yang pastinya premium akan berbeza-beza mengikut risiko setiap pemandu. Jika pemandu itu dianggap berisiko rendah, seperti tiada rekod tuntutan dan sudah bertahun memandu, dia akan membayar premium lebih rendah dari seorang pemandu yang baru 2 tahun memandu dan pernah membuat tuntutan kerana kemalangan.

 

Penyediaan menghadapinya

Jangan tunggu sehingga hampir tamat tempoh polisi insurans anda untuk membuat persediaan. Tabiat pengguna yang kekal bersama syarikat insurans mereka yang sedia ada mungkin akan menyebabkan kos lagi tinggi berbanding jika mereka melakukan sedikit penyelidikan dan perbandingan harga.

Sebagai langkah pertama, apa yang patut dilakukan oleh pengguna ialah membandingkan syarikat-syarikat insurans dari segi harga, produk dan mutu perkhidmatan. Faktor-faktor yang patut diambil kira ialah:

  • Syarikat manakah yang gemar pakejkan produk tambahan dalam polisi utama yang menyebabkan kos tambahan
  • Berapakah kadar ‘loading’ yang dikenakan oleh lain-lain syarikat insurans
  • Syarikat manakah terkenal dengan mutu perkhidmatannya, dan syarikat manakah yang disebaliknya
  • Syarikat manakah yang cekap dan pantas dalam mengendalikan tuntutan

Dengan adanya informasi ini, ia dapat membantu dalam membuat persiapan menjelang pelaksanaan liberalisasi tarif pada June 2017 kelak. Di mana sudah ada senarai ringkat syarikat-syarikat insurans yang boleh kita pertimbangkan nanti.

 

Kempen mencari syarikat insurans kenderaan terbaik Malaysia

Salah satu usaha iBanding dalam membantu meringankan beban pengguna adalah dengan menyediakan suatu platform bagi pengguna untuk menyuarakan pandangan mereka terhadap syarikat insurans mereka. Setiap tahun iBanding menganjurkan soal selidik di mana pengguna boleh memberi nilai dan pendapat tentang syarikat insurans kenderaan berdasarkan pengalaman mereka. Di penghujung kempen. IBanding akan mengumpul semua data dan menamakan 3 syarikat yang dinilai sebagai terbaik.

Informasi ini dapat kita gunakan dalam menentukan syarikat insurans dan takaful kenderaan manakah yang patut diberi perhatian dalam usaha kita mencari syarikat yang terbaik untuk kita. Semasa perbandingan harga setelah pelaksanaan liberalisasi tarif nanti, tidak perlulah pengguna membanding harga banyak-banyak syarikat tetapi cuma perlu tumpukan pada syarikat-syarikat yang tersenarai sahaja. Ia dapat menjimatkan masa dan tenaga.

Pengguna dapat membantu usaha ini dengan menjawab soal selidik kempen ini. Lebih ramai pengguna yang menyertai soal selidik ini, lebih tepatlah data yang akan diperolehi.

 

Syarikat insurans terbaik malaysia

The post Liberalisasi Tarif Insurans Kenderaan – Rakyat Malaysia, Adakah Anda Sudah Bersedia? appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/liberalisasi-tarif-motor-insurans-rakyat-malaysia-adakah-anda-sudah-bersedia/feed/ 0 6809
Liberalisasi Insurans Kenderaan Bermotor dan Bagaimana Ia Mempengaruhi Premium Insurans Anda https://ibanding.com.my/liberalisasi-tarif-insurans-malaysia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=liberalisasi-tarif-insurans-malaysia https://ibanding.com.my/liberalisasi-tarif-insurans-malaysia/#respond Sat, 28 May 2016 00:17:24 +0000 http://stage1a.ibanding.my/?p=3365 Soalan Lazim Liberalisasi Tarif Insurans Kenderaan Jika anda kerap melawat ke laman Facebook kami, anda akan dapat melihat bahawa kami banyak menyentuh tentang Liberalisasi Tarif Insurans Kenderaan. Ini kerana kamimenganggap perkara ini sangat penting dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia yang memiliki kenderaan bermotor. Maka kami ingin memberi kesedaran tentang perkara ini kepada rakyat...

The post Liberalisasi Insurans Kenderaan Bermotor dan Bagaimana Ia Mempengaruhi Premium Insurans Anda appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>

Soalan Lazim Liberalisasi Tarif Insurans Kenderaan

Jika anda kerap melawat ke laman Facebook kami, anda akan dapat melihat bahawa kami banyak menyentuh tentang Liberalisasi Tarif Insurans Kenderaan. Ini kerana kamimenganggap perkara ini sangat penting dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia yang memiliki kenderaan bermotor. Maka kami ingin memberi kesedaran tentang perkara ini kepada rakyat Malaysia.

 

Berikut adalah beberapa soalan lazim yang mungkin bermain difikiran anda.

1. Apa itu Liberalisasi Tarif Insurans Kenderaan?

Liberalisasi Tarif Insurans Kenderaan bermaksud syarikat insurans diberi kebenaran untuk menggunakan cara tersendiri bagi pengiraan harga insurans kenderaan. Ini bermakna, setiap syarikat insurans boleh menetapkan harga masing-masing bagi insurans kenderaan.

 

2. Apakah perbezaan dengan cara pengiraan premium yang sedia ada?

Buat masa ini, harga insurans kenderaan adalah ditakrif iaitu ia dikawal oleh Bank Negara Malaysia. Syarikat insurans di Malaysia perlu mengikut panduan yang disediakan oleh BNM mengikut pengiraan yang mana harga bagi setiap syarikat insurans adalah sama. Mudahnya, ia seperti harga petrol di Malaysia yang mana setiap stesen mengenakan harga yang sama.

Apabila liberalisasi tarif dilaksanakan, setiap syarikat insurans bebas untuk mengenakan harga bagi insurans mereka. Sekali lagi, seperti stesen petrol ini seolah di mana setiap stesen boleh mengenakan harga petrol mengikut kehendak mereka sendiri.

 

faq4

 

3. Bagaimana cara pengiraan yang dilaksanakan kini?

Hari ini, pengiraan berdasarkan 2 faktor seperti berikut:

a) Nilai kenderaan
b) Size enjin kenderaan anda (dikira berdasarkan cc).

 

4. Jadi kenapa saya dikenakan harga insurans kenderaan yang berbeza daripada syarikat-syarikat insurans berlainan walaupun liberalisasi tarif masih belum dilaksanakan?

Ada 3 penyebab utama yang menyebabkan syarikat insurans mengenakan harga yang berlainan bagi kereta yang sama: .

i) Perbezaan nilai kenderaan
Ejen dan syarikat insurans boleh menganggarkan nilai yang berbeza bagi kenderaan yang sama. Jika syarikat A membuat penilaian kenderaan anda adalah sebanyak RM 50,000 dan syarikat B memberi nilai kenderaan anda sebanyak RM 60,000, anda akan mendapat 2 harga insurans yang berbeza. Cara yang terbaik ialah dengan mengikuti MyCarInfo. Kami percaya, MyCarInfo memberi nilai kenderaan yang neutral dan dari sumber yang boleh dipercayai.

ii) Loading yang dikenakan atas kereta anda.
Syarikat insurans mempunyai hak untuk menaikkan harga sehingga 15% bagi kes-kes tertentu. Contohnya seperti pemandu muda atau kenderaan yang berumur lebih 10 tahun.

iii) Pakej atau insurans tambahan yang disatukan dengan insurans kenderaan
Syarikat insurans gemar mem”pakej”kan insurans kenderaan anda bersama produk insurans lain. Yang paling sering dipakejkan bersama insurans kenderaan ialah Insuran Kemalangan Persendirian.

Sebagai contoh, Perlindungan Kemalangan Persendirian Allianz (PAC) juga dipakejkan dalam insurans kenderaan, yang dinamakan ‘Road Warrior’ manakala Zurich Insurance pula menamakan ia sebagai AutoPAC. Anda mungkin memikirkan anda hanya membayar harga insurans kenderaan, namun sebenarnya anda juga membeli insurans tambahan bagi diri anda. Syarikat insurans seringkali menetapkan pakej ini sebagai pakej wajib bersama dengan insurans kenderaan mereka.

Di atas sebab-sebab ini, anda dinasihatkan untuk membandingkan harga insurans dari syarikat yang berbeza-beza agar anda tidak membayar harga yang lebih.

 

5. Bagaimanakah cara pengiraan selepas liberalisasi tarif?

Selepas pelaksanaan liberalisasi tarif, syarikat insurans akan mengambil maklumat tambahan dari pemandu untuk menetapkan harga insurans. Contohnya.

a) Umur pemandu – Harga insurans lebih tinggi bagi pemandu muda kerana pemandu muda lebih kerap terlibat dalam kemalangan jalanraya.

b) Jantina Pemandu – Harga insurans lebih murah bagi pemandu wanita kerana pemandu wanita lebih berhati-hati dan kurang terlibat dalam kemalangan.

c) Tempat tinggal pemandu – Harga insurans lebih tinggi jika pemandu tinggal di kawasan jenayah tinggi kerana risiko mereka lebih tinggi.

d) Rekod tuntutan pemandu – Pemandu yang pernah membuat tuntutan dianggap mempunyai rekod buruk dan harga insurans yang lebih mahal akan dikenakan.

 

Cara pengiraan premium selepas liberalisasi tarif dilaksannakan kelak.

Cara pengiraan premium selepas liberalisasi tarif dilaksannakan kelak.

 

6. Bilakan ia akan dilaksanakan?

Bank Negara memaklumkan bahawa pelaksanaan liberalisasi tarif akan berlaku dalam 2 peringkat.
Julai 2016 – Syarikat insurans dibenarkan untuk memperkenalkan beberapa pakej/ produk baru dan penambahan perlindungan insurans.

Julai 2017 – Bermula dari tarikh ini, harga insurans bagi kenderaan tidak lagi ditetapkan oleh Bank Negara dan syarikat insurans boleh membuat penetapan harga mereka sendiri.

Ini bererti, perubahan harga insurans kenderaan anda akan mula berlaku selepas Julai 2017.

 

7. Bagaimana ini dapat merendahkan harga insurans kenderaan anda?

Harga insurans kenderaan akan lebih rendah jika anda dikenalpasti sebagai pemandu ‘selamat’ atau pemandu ‘kurang berisiko’.

 

8. Apa yang boleh saya lakukan sebelum pelaksanaannya?

Sebagai pengguna yang bijak, anda boleh membuat perbandingan harga dan pakej yang disediakan oleh syarikat insurans bagi mengetahui syarikat mana yang memberi pakej terbaik setanding dengan harganya.

 

9. Adakah ianya akan beri kesan positif untuk rakyat Malaysia?

Ya, kami percaya bahawa ini merupakan satu langkah baik dari beberapa segi seperti berikut:

a) Mewujudkan persaingan yang sihat di antara syarikat insurans dan akan menyebabkan lebih banyak pilihan dari segi produk baru dan seterusnya akan memberikan manfaat kepada pengguna.

b) Disebabkan persaingan ini, perkhidmatan yang lebih baik akan disediakan oleh syarikat insurans di mana anda boleh melihat peningkatan dari segi perkhidmatan seperti process tuntutan yang lebih cepat dan efisyen

c) Anda akan dapat melihat bahawa pemandu-pemandu akan memandu dengan lebih berhati-hati untuk mengelakkan dari dikenakan harga insurans kenderaan yang lebih tinggi.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Pentakrifan Semula Insurans Kenderaan di Malaysia, kami cadangkan agar anda melihat dari sumber-sumber berikut:

The post Liberalisasi Insurans Kenderaan Bermotor dan Bagaimana Ia Mempengaruhi Premium Insurans Anda appeared first on iBanding Making better decisions.

]]>
https://ibanding.com.my/liberalisasi-tarif-insurans-malaysia/feed/ 0 3365