Ramai di antara kita, terutama pengguna yang mengutamakan penjimatan akan mencari insurans atau takaful kereta murah ketika tiba masa untuk membuat pembaharuan. Takaful adalah mandatori bagi setiap kenderaan bermotor di Malaysia. Walaupun selama ini perbandingan harga adalah tidak diperlukan memandang setiap syarikat menawarkan harga yang sama yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia, keadaan ini berubah pada Julai 2017 setelah tarif insurans kenderaan dimansuhkan, atau dikenali sebagai liberalisasi tarif insurans kenderaan.
Di iBanding kami sentiasa mengkaji harga insurans dan takaful kenderaan yang ditawarkan setelah liberalisasi tarif untuk perbandingan dan telah pun berkongsikan keputusan di beberapa artikel kami. Kini dengan harga yang berbeza-beza, ianya lebih munasabah bagi pengguna untuk membuat perbandingan takaful dan insurans sebelum melanggan daripada mana-mana syarikat. Jadi, siapakah yang menawarkan insurans dan takaful kenderaan pada harga terendah?