Pandemik COVID-19 yang sedang berlaku pada masa ini telah membuatkan orang ramai di mana-mana menyedari bahawa perbelanjaan perubatan tidak dapat diramalkan. Rawatan perubatan adalah mahal dan ini boleh menyebabkan beban kewangan jika anda tidak bersedia dari segi kewangan untuknya. Inilah sebabnya mengapa anda memerlukan insurans perubatan.
Sama seperti perlindungan perubatan baru-baru ini oleh AXA, kini Berjaya Sompo turut menawarkan produk insurans perubatan baharu yang dipanggil SOMPO MedicNow. Anda akan layak mendapat diskaun 15% untuk insurans perubatan ini. Ketahui caranya dalam artikel ini.