Skim Insurans Pekerjaan (SIP) yang diperkenalkan tahun ini oleh kerajaan merupakan satu jaringan keselamatan sosial yang dapat membantu individu yang kehilangan pekerjaan atau menganggur, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Antara perkhidmatan Skim Insurans Pekerjaan adalah bantuan kewangan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan serta bantuan dalam carian kerja, kaunseling kerjaya dan pemadanan pekerjaan.
“SIP menyediakan kaunseling kerjaya, kaunseling pekerjaan, pencarian kerja, pemadanan kerja, penempatan pekerjaan melalui pendekatan pengurusan kes dan rujukan latihan untuk latihan, latihan semula, peningkatan kemahiran, melatih semula dan sebagainya.”
Antara elaun yang disediakan oleh skim ini adalah:
- Elaun Mencari Pekerjaan kepada penganggur dalam tempoh pencarian kerja
- Elaun Bekerja Semula Awal bagi mereka yang kembali bekerja awal
- Elaun Pendapatan Berkurang bagi yang mempunyai lebih daripada satu majikan
- Elaun Latihan berdasarkan permohonan dan keperluan pekerja
- Fi Latihan kepada penyedia latihan yang dilantik
Caruman SIP yang bermula pada Januari 2018 adalah pada kadar 0.2% syer majikan dan 0.2% syer pekerja yang dihadkan sehingga jumlah gaji RM4,000. Ini bererti jumlah potongan gaji bagi skim ini adalah di antara 5 sen sehingga RM7.90 bagi gaji RM4,000 dan ke atas. Tuntutan skim ini boleh dibuat bermula tahun hadapan.
Murugan
Julai 13, 2018 10:01 amSaya dihentikan kerja tahun lepas October. Umur saya sekarang 43 tahun. Masih tidak dapat kerja lagi. Masalah kewangan sudah bermula saya mempunyai 4 anak. Sudah hadir beberapa temuduga tetapi belum dapat kerja lagi. . Mempunyai Diploma dan jawatan terakhirnya ialah Test Engineer.
Rgds. MURUGAN .