Berita Insurans

SIP Membantu Individu Kehilangan Pekerjaan dan Penganggur

Skim Insurans Pekerjaan (SIP) yang diperkenalkan tahun ini oleh kerajaan merupakan satu jaringan keselamatan sosial yang dapat membantu individu yang kehilangan pekerjaan atau menganggur, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Antara perkhidmatan Skim Insurans Pekerjaan adalah bantuan kewangan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan serta  bantuan dalam carian kerja, kaunseling kerjaya dan pemadanan pekerjaan.

“SIP menyediakan kaunseling kerjaya, kaunseling pekerjaan, pencarian kerja, pemadanan kerja, penempatan pekerjaan melalui pendekatan pengurusan kes dan rujukan latihan untuk latihan, latihan semula, peningkatan kemahiran, melatih semula dan sebagainya.”

Related Post

Antara elaun yang disediakan oleh skim ini adalah:

  • Elaun Mencari Pekerjaan kepada penganggur dalam tempoh pencarian kerja
  • Elaun Bekerja Semula Awal bagi mereka yang kembali bekerja awal
  • Elaun Pendapatan Berkurang bagi yang mempunyai lebih daripada satu majikan
  • Elaun Latihan berdasarkan permohonan dan keperluan pekerja
  • Fi Latihan kepada penyedia latihan yang dilantik

Caruman SIP yang bermula pada Januari 2018 adalah pada kadar 0.2% syer majikan dan 0.2% syer pekerja yang dihadkan sehingga jumlah gaji RM4,000. Ini bererti jumlah potongan gaji bagi skim ini adalah di antara 5 sen sehingga RM7.90 bagi gaji RM4,000 dan ke atas. Tuntutan skim ini boleh dibuat bermula tahun hadapan.

 

View Comments

  • Saya dihentikan kerja tahun lepas October. Umur saya sekarang 43 tahun. Masih tidak dapat kerja lagi. Masalah kewangan sudah bermula saya mempunyai 4 anak. Sudah hadir beberapa temuduga tetapi belum dapat kerja lagi. . Mempunyai Diploma dan jawatan terakhirnya ialah Test Engineer.
    Rgds. MURUGAN .

Recent Posts

Lawati Vietnam 2025: Panduan Perjalanan Rakyat Malaysia

Mencari destinasi yang penuh dengan sawah padi hijau zamrud, pantai yang dramatik, sejarah yang kaya,…

10 jam ago

Lawati Indonesia 2025: Panduan Perjalanan Rakyat Malaysia

Nak bercuti ke tempat yang cantik, seronok dan murah? Lawatilah jiran kita. (selanjutnya…)

1 minggu ago

Lawati Thailand 2025: Panduan Perjalanan Rakyat Malaysia

Merancang percutian bajet? Ini panduan lengkap ke salah satu destinasi pelancongan termurah di Asia. (selanjutnya…)

2 minggu ago

Lawati Cambodia 2025: Panduan Perjalanan Rakyat Malaysia

Mencari negara paling murah untuk melancong dari Malaysia? Cambodia harus berada di tempat teratas dalam…

3 minggu ago

5 Tempat Paling Murah Untuk Melancong pada 2025

Rakyat Malaysia cenderung memilih perjalanan jarak dekat dan sederhana, dengan negara-negara Asia Tenggara menjadi destinasi…

4 minggu ago

Insurans Perjalanan Termurah di Malaysia 2025

Tahukah anda bahawa anda boleh menjimatkan sehingga 25% untuk insurans perjalanan apabila membelinya secara dalam…

2 bulan ago